Bee Gees

Saturday, 19 January 2013

Sejenak 17 dan 18 Januari 2013

Khamis ni, disebelah malamnya, saya terpegun seketika menihat foto foto kota Jakarta yang tenggelam dek banjir. Kedua dua foto ini menjadi mercu tanda dan tempat yang biasa saya lenggangi bila berkesempatan merayau ke Jakarta.

Bela ikan dalam RollsRoyce....kat area Thamrin, dimana tempatnya saya pekena satay kambing.

Bulatan ini juga merupakan mercu tanda kota Jakarta

Sebenarnya saya tidak dapat kemaskini #HKR112 , kerana laptop sudah semput, dan dimasukkan ke pusat servis. Kesemua foto tersimpan didalam laptop tersebut, jadi terbantutlah kisahnya #HKR itu.

Sudah 3 hari tidak bersama laptop tersebut, dan terpaksa pinjam laptop anak anak ni. Jadi sekadar kemaskini dari foto foto Ipad dan Hardisk Luar yang tersimpan foto foto dari kamera rakan rakan MediaMaya Sg Layar.

Petang Jumaat ni, sebaik selesai Asar, saya terus ke kebun, ternyata padi sudah dituai dan talian anak sungai ini mula kering. 

Kelihatan jiran kampung ini sedang memasang perangkap untuk anak anak ikan ...

Air dah mula kering.....tak dalam mana. Sekatan dibuat bagi menghalang laluan anak anak ikan

Ralit buat kerja, tak perasan ada yang memerhati

Haaa, baru perasan yang foto dirakam. katanya abang ini, semalaman boleh menghasilkan sekitar 8-10 ikan dari setiap perangkap.

Hmmm, tapi kena tempah perangkap ni, tak reti nak buat bsendiri.

Saya terus menyambung kerja mencantas dedaun kering pohonan pisang ini.

Angin barat melanda - memang seakan tepian pantai pagi ini. Pagi 19012013

Ini Pisang Berangan pertama, yang bakal saya cantas sekejap aje lagi.

Untuk rekod , pokok pokok pisang berangan ini sudah mula mengeluarkan buahnya, dan dari pengiraan rambang saya, sudah menanti 50 tandan untuk saya cantas mengikut susunan setiap minggu, dan semakin banyak yang mula mengeluarkan jantung .

Memamg meriah

Setandan pisang Berangan - beratnya 6.8kg

Saya masih belum berminat untuk menjual hasil hasil kebun ini. Walaupun sudah menanya kepada peraih di Pasar tani itu, tetapi dek kerana belum kenal mesra, mereka agak 'jual mahal' bila saya membuat tawaran kepada mereka. 

Tak jadi hal pun, In Sya Allah, pasti ada yang mahukannya nanti.

Ini sebagai selingan menanti laptop diperbaiki.....

Latiff Hariri
1118 19012013
Sungai Petani

Wednesday, 16 January 2013

#HKR112 - KTM/Bulatan Bas Stand Kelang/Jalan Silang

Sebelum kita ke Stadium, kita lihat dahulu dua tiga empat foto foto ini , suasana sekitar pukul 11 pagi diperkarangan Masjid Negara.


Lihat, pasangan Tionghua ini selamba aje 'kecek' dengan pemuda Melayu , sama sama nak gi Masjid

Ini sekitar 1130. Saya memang malas nak berpusu pusu didalam perkarangan Masjid

Kami baru nak bergerak mengarah ke Bulatan Masjid Negara

Heli macam biasalah, kawal keadaan. Tapi, tak mengancam langsung tanpa kehadiran FRU!!

Ketika ini Pemimpin PAS/PKR sudah berada dibawah Flyover Masjid Negara

Baru saya perasan, bahawa, perarakan ini bukan hanya berkumpul di Masjid Negara, tetapi di sekitar balakang Masjid Negara, serta taman taman di prsekitaran.

Saya berani kata , kehadiran 100,000 orang di Masjid Negara!!

Pemimpin PAS/PKR sudah melepasi KTM, sedangkan rakyat masih berpusu pusu keluar dari Masjid.

Mereka tidak mengelilingi Bulatan Masjid Negeri, sebaliknya terus melawan arus

Memang terpegun, dari mana datang manusia seramai ini!!

Nak kata apa. Solat Subuh yang dihadiri rakan sepejabat saya di Masjid Negara ini, makmumnya melebihi solat Jumaat, ini 99% orang Melayu Islam. Sedangkan Solat Jumaat dipenuhi warga Islam Bangla, Arab, Indonesia dsbnya.

Disisi kanan foto, kelompok kedua Unit Amal mengawal keadaan supaya tidak bertembung dengan yang mengelilingi bulatan.

Pemimpin dah ke depan

Mengagumkan!!
Sekitar 15 minit, perarakan sudah melepasi Bangunan Public Bank mengarah ke bulatan 'Bus Stand kelang

Tengok!! Lautan manusia!!`

#HKR112 menguasai jalan raya seketika brhampiran bangunan 'UMBC'

Pemimpin PAS/PKR melepasi bulatan

Aman tanpa provokasi Pulis

Sementara ini rombongan Masjid Negara yang tak ikut rombongan, mereka guna 'Flyover' Jalan Kuching/Cheras. Mengelat ni.

Akhirnya perarakan ini bertembung bersama yang potong jalan pintas

Ini dihadapan Bangunan Dewan Perhimpunan Cina, mengarah ke jalan Silang/Petaling Street

Memasuki Jalan Silang, jurukamare kami naik kereta 4 wheeldrive

Saya sememangnya mahu menyegerakan Muatnaik  foto foto #HKR112 ini, tetapi selain dari masa yang agak terhad, minda saya terganggu kerana terlalu banyak foto yang menarik yang boleh saya kongsikan. Saya rambang mata!! 

Saya sendiri membawa Ipad dan kamera compact Canon, sementara Budin dengan Nikon D90nya, itu tidak termasuk camera HP Najib dan Tart serta Alang dan Nuar yang turut berkamera. Kira kami bertujuh ini punya foto yang menarik untuk dikongsikan.

Saya masih belum mendapat foto dari Hariri Brothers yang berada di dalam Stadium seawal pukul 12 tengahari, serta saorang rakan Bersih 3.0  yang tiba dari Kulim seawal subuh di Masjid Negara.

Cukup setakat ini untuk ketika ini, kita sambung lagi pada siri ketiga.

Nak tambah sikit, saya bangga pada tarikh 16 Januari 2013 ini, 'hit' blog ini sudah mencecah 26000. Saya catitkan pada malam hari Natal, hit mencecah 25,000. Ini bermakna sekitar 20 hari, meningkat 1000 hit , purata 50hit sehari. 

Terima kasih atas sokongan.

Latiff Hariri
2118 16012013
Sungai Petani

Monday, 14 January 2013

#HKR112 - NSTP/PUTRA LRT/MASJID NEGARA

Bergerak dari Sp sekitar 508 subuh.

Kami berlapan satu kereta. Solat di Bukit Merah setepat 612 subuh.

Di Jalan Riong sekitar 915 pagi, lapur diri kat NSTP samada perlukan wartawan sambilan yang telus.


Sarapan di Bangsar - Nasi Lemak Kopi O

Alang dan SB jemputan

Akhta, Budin & Tart

Baru nak order sarapan, gambar terkemudian.

Bergerak ke Masjid Negara dengan menaiki Putra di Bangsar, 10 pagi

Gang Media Sglayar

Tiket RM1.30 sorang

Stesen Pasar Seni mengarah ke KTM. 10:40 pagi

Gang Kedah bertembung di KTM . 11 pagi

YB Nga Kor Meng rupanya, YB Taiping, Tanah tumpah darahku, hehehe.

Pelancung memberi perhatian dari atas bas. 12 tenghari.

Ketika ini, yang kelihatan dari atas Flyover ni, kira kira 10 ribu sahaja, yang didalam Masjid negara saya kurang pasti, mungkin lebih 50 ribu.


 
Rombongan YB Azmin Ali.

YB Azmin Ali

1230 tengahari

Solat Zuhur

Di Bulatan Masjid Negara

Selesai Solat Zuhur 145 petang

150 petang - Unit Amal bersedia

Menunggu kemunculan Pemimpin PKR & PAS

YB Salahuddin Ayub, Chua Jui Meng dan Ustaz Idris Ahmad mendapat perhatian media.

Perarakan bermula sekitar 155 petang, dan kami tak menang jari meng'klik' kamera kami selain dari merakam video.

Untung bila jurukamera ramai......tapi dilokasi yangsama.

Bersambung nanti bahagian kedua.

Latiff Hariri
1008 14012013
Sungai Petani

Sunday, 13 January 2013

Tuan Guru Haji Salleh pun ada!!

Saya boleh kata, malu pada diri sendiri, jika saya yang kununnya sihat ini , berseribu alasan untuk tidak menghadirkan diri sempena #HKR112 .

Lihatkah Tok Guru Pondok Sik ini, antara Ulamak terbesar lagi terbilang , pada usia 85 tahun, kalau diterbalikkan usianya jadi 58, tetap saya lagi muda!!

Ini lapurannya sebelum #HKR112

Pada Usia 85 tahun tu!!

Ini yang terdekat yang dapat saya buktikan Tok Guru ni memang hadir bersemangat waja bersama kami orang muda, hahaha.


 Takbir!!



Kalau Ulamak sudah menolak umnu, apa yang korang sebagai pencacai umnu tunggu lagi!?

Haji Najib ularmak?

 Fikirlah jawapannya bila ditanya siapa pemimpin kamu disaat itu....

Latiff Hariri
1958 13012013
Sungai Petani

Lagu Umnu berkumandang di #HKR112 Masjid Negara

Dengarlah lagu ini sebagai selingan dahulu, sebelum saya kemaskini perhimpunan Hari Kebangkitan Rakyat #112 .

Mereka buat persembahan sepontan , diatas 'Flyover' hadapan Masjid Negara.





 Maaflah, pendek sangat sebab terlepas pandang persembahan mereka

Latiff Hariri
1018 13012013
Sungai Petani