Bee Gees

Sunday, 14 July 2013

Vietnam 3 Hari 2 Malam

Ini rombongan UiTM Merbok ke  Ho Chin Min City pada 19 June 2013.

Nak cerita panjang pun saya tak reti, sebab bukan saya yang alami. Jadi lebih kurang ajelah.

Bergerak seawal jam 4 pagi subuh Rabu dari UiTM ke Lapangan Terbang Pulau Pinang, ,menaiki pesawat MAS ke Kuala Lumpur untuk penerbangan ke Hanoi  jam 9 pagi.

Penerbangan seketika sahaja, sekadar 1 jam 45 min


Restoran Islam

Shopping orang perempuan....

Lobi Hotel


Motor banyak dari kereta

Rata rata kisah shoppingnya, lebih menarik ke Bandung sahaja. Lebih mahal di Vietnam, dan Imigresennya tak mesra alam, ala ala kominis begitu bila berinteraksi bersama pelancung asing seperti kita orang Malaysia ni.

Gambar pun tak banyak sebab Roziah tak bawa kamera.

Cerita pun ringkas, sekadar nak kemaskini blog saya sementara menanti cerita selanjutnya.

Latiff Hariri
2108 14072013
Sungai Petani


Thursday, 11 July 2013

'Beli' Saga FLX 5 Hari di Sabah

Bila sampai Kota Kinabalu, adalah sesuatu yang menyusahkan sekiranya kita tiada kereta sendiri. 

Ini suatu kemestian setiap Kali Saya ke Sabah. Kalau pergi 'bujang', nak cari kereta sewa yang murah memang berlambak di KK. Tapi Kalau bekeluarga, kita harus pastikan kereta yang di'beli' menyenangkan seisi keluargaa

Saya dapatkan khidmat ini secara online





Khamis 11 julai ini baru memandu sejauh 504.9km Dan minyak yang diisi baru dua Kali bejumlah RM104.20  . 

 
Ini pertama kali Saya kemaskini blog dengan menggunakan IPad. Mungkin agak lain persembahannya.

Latiff Hariri
0848 11 Julai 2013
Sandakan, Sabah

Wednesday, 10 July 2013

Hadiah Sempena 49 Tahun

Biar foto foto ini berbicara

Aqilah di Kolej Vakasional petang 1 Julai 2013 sebaik selesai lapur diri.

;
Faiqah tamat belajar.


07072013 . Mohd Izzuddin Ketua Pengawas 2013 @ HeadBoy SunLay.

Abah tiada pencapaian semua ni......Anak anak melengkapkan.

SELAMAT BERIFTAR

Latiff Hariri
2007 11072013
Sandakan, Sabah

Tuesday, 9 July 2013

Wisuda Ke3 Kolej Antarabangsa Murni

Pada asalnya, rencana menginap di Shah Alam. 

Tapi lokasinya jauh dari PutraJaya, dan saya tak suka bergerak dalam keadaan tergesa gesa. Jadi, secara rahsia saya dan anak anak saya aturkan satu penginapan d PutraJaya.

Pagi tu , tak lah kelam kabut bergerak. kerana hotel berhadapan dengan PICC.

Bawah Basement Pullman.

Memasuki dewan utama ini sekitar 8 pagi, acara bermula jam 9 .

Kami antaranya terawal, jadi senang pilih tempat duduk yg terdekat dengan pelajar dan pentas.

Kira barisan terkedepanlah juga, walaupun di belakang pelajar

Sementara menanti acara bermula, saya lelapkan mata seketika selain dari merayau rayau di luar dewan untuk menikmati PutraJaya dari puncak PICC


Jerebu di PutraJaya.

Biasalah , acara konvokesyen ini meletihkan selagi nama anak anak kita tidak disebut untuk penganugerahan segulong Diploma.
Sepatah dua kata dari Bapak Bupati sebuah daerah di Lampung, Sumatera Selatan.

Dah selesai, tunggu acara fotografi.

Acara ini tamat sekitar 1145 pagi, tetapi sesi fotografi yang memanjang seakan tidak mahu berakhir.

Menuruni tangga dewan


Kami terus ke Medan Selera di lantai Lobi PICC untuk makan tenghari. Memang lapar.


Sebaik selesai makan, kami bergerak semula ke Hotel Pullman untuk acara fotografi sebelum berangkat pulang ke Shah Alam. Waktu ini Aqilah sudah selesai acara Taklimat dan Penempatan beliau sebagai Guru. Secara rasminya beliau akan bertugas di Kolej Vokasional Sandakan.

Kira Kejayaan dan Keraian Bergandalah pada hari ini.

Makan makan sekektika si Seksyen 3 Shah Alam. 

Kami bergerak laju menuju utara sekitar 4 petang . Memasuk persimpangan Kg Kubu Gajah untuk lawatan kekeluargaan terhadap pakcik saya yang kini tidak sesihat dahulu lagi.

Makcik Maznah dan cucu cucunya

Pakcik Rosli - Genggamannya kuat, ingatanya tajam.

Bergerak pulang sekitar 640 petang. Kami tiba SP sekitar 11 malam.

Latiff Hariri
1148 08072013
Sungai Petani

Sunday, 7 July 2013

Satu Malam di Purtajaya


Pernah saorang rakan baik saya memberi komen, ' Tip, dulu hang sikit sikit turun KL, la ni aku dah ada kat KL , hang tak turun turun."

Itu masa keseronokan berFB hinggakan ke mana mana pun asyik nak berFB. La ni saya dah kurangkan berFB dan tak nak ganggu rakan rakan seketika. Kerana sekiranya saya mewarwarkan kehadiran saya, pasti tergendala urusan saya, tak pun urusan rakan rakan yang mahukan saya bertandang ke tempat mereka.

Saya bergerak bertiga petang itu ke Kuala Lumpur. Dapatlah saya mewangikan 2 buah rumah di Kuala Lumpur ini dengan bauan durian dari kebun saya.


Maghrib di rumah Kak Sham

Dan Osman memeriahkan rumah Kak Sham ini kemudiannya.

Bergerak mengarah ke PuteraJaya sekitar 830 malam dan tiba di destinasi sekitar 940 malam. Anak anak dah tunggu kami di sini. Ibu mereka dan Izzuddin pun tak tahu plan kami bertiga ni.

Terus ambil anak anak ni, dan keluar makan, teramat lapar hingga perut dah masuk angin. Gara gara nak makan malam bersama.

Ruang dapur dan tamu

Ruang tamu berkongsi dapur

Bilik tidur

Ruang tamu berlatarkan tasik PuteraJaya dan PICC

Agak kecil kamar ini, tapi kenalah dengan harga dan lokasinya.

Selesai makan, masuk kamar, mandi dan bergerak ke persekitaran Hotel ini untuk menikmati keindahan senibinanya.

Lobi hadapan....tetapi sebenarnya lobi ditengah, tidak mengadap jalan besar.

Suasana rekreasi yang cantik ditengah tengah Hotel. Kamarnya mengelilingi taman rekreasi ini. 

Hotel Pullman PutraJaya, Sesuai untuk keluarga

Kami lena pun dah melebihi jam 12 malam. Tak tahulah, boleh bangun awal atau tidak.

Esok dah nak kejar masa.......

Latiff Hariri
0538 05072013
Sungai Petani


Thursday, 4 July 2013

Akaun Kebun Jun 2013

Ini lapuran akaun kebun saya untuk bulan kelima 2013. Akaun perniagaan ini mula dibuka pada jualan pisang yang pertama di bulan Februari 2013

Aktiviti saya lebih kepada mengutip buah durian yang mula luruh. Memang saya tak kira berapa yang luruh, puratanya setakat kini sekitar 200 biji lebih dari 3 pokok. Sementara itu ada lagi sebatang pokok yang buahnya tak gugur gugur. Keseronokkan mengutip durian, melupakan seketika akan hasil buah pisang, hingga ada buah pisang yang ranum, sudah dimakan burung!

Ok, hasil jualannnya adalah RM891.50 . Peratus pencapaian 89.15%

Memang saya dah usaha yang terdaya. Saya tahu boleh capai RM1,000.00 , tetapi entah mengapa ada sahaja halangannya. Selain dari kemarau, pokok tumbang. lebihkan jualan tebu dan sebagainya, tetap hasilnya dibawah RM1,000.00.

Nak kata apa? Alhamdullillah.....

Ini cartanya hasil jualan untuk bulan ini.

Jumlah setakat April 2013           Mei         % +_          June      

Berangan                                 RM696.70                   RM443.40  
Nangka                                    RM299.50                   RM162.00
Emas                                        RM    7.20                   RM  88.90   
Awak                                        RM  13.20                   RM  85.70
Tebu                                         RM  17.00                   RM111.50
Serai                                                  

Jumlah                                     RM933.60      95.49     RM891.50

Saya juga membelanjakan RM85.00 untuk baja buah dan racun rumpai kopi-o RM38.00.
Jumlah perbelanjaan RM123.00 . Isteri saya mencadangkan setiap perbelanjaan gunapakai sahaja wang hasil kebun ini. Saya masih belum berminat kerana saya mahukan jumlah penuh tanpa menolak perbelanjaan.


Padi dah mula hijau hijau kuning. Pengalaman kemarau sepanjang Mei dan sebahagian Jun membuat otak saya berputar ligat bagaimana caranya untuk saya atasi supaya bekalan air mencukupi dalam keadaan dana yang kecil. Sudah saya jelaskan, saya tidak akan membeli mesin pam air selagi tiada bangsal dibina dipinggir taliair bersebelahan.

Akhirnya , ini jawapan saya.

Korek lubang kat parit dan masukkan paip pvc.
Jadi pagi Sabtu 22 Jun, si Zul datang sendiri dengan motosikalnya menyerah diri.....

Tanah dikorek untuk laluan paip pvc.

Ini kerja si Zul menggerudi tanah dengan chalk. Memang mengeluh panjang adik yang baru kawin ni, hehe.

Parit saliran untuk bendang yang akan penuh pada musim menanam padi. Parit ini memanjang dihadapan kebun saya sekitar 300m


Nangka....isinya tak seberapa manis, tapi lemak yang lebih.

Upahnya untuk Zul selepas selesai mengorek tanah. Kena panjat sendiri , dan dapat sekitar 8 biji nangka.

Cili burung yang tumbuh meliar. Memang power gila cili ni


Antara pokok pisang yang tumbang.

Kejadian ribut yang melanda utara terutamanya pada hari runtuhnya menara telekomunikasi di Menara Umnu di Pulau Pinang itu, kebun saya juga terkena tempiasnya,

Saya tidak kerugian apa apa. Sekadar 30 pokok pisang tumbang, bukan patah pinggang..
Tak terdaya untuk saya mengangkat semula pokok pokok yang tumbang itu. Dari 30 yang tumbang, 3 sudah berbuah dan hasilnya terus saya jual. 

Musibah ini saya anggap kecil berbanding dengan apa yang orang lain alami.

Sasaran bulan bulan medatang tetap RM1,000.00 . Cuma saya jangkakan tebu akan memberi pulangan yang melebihi RM500.00 kerana bulan Ramadhan. Sedangkan akan berlaku penurunan dari Berangan kerana kemarau yang panjang membantutkan pengeluaran jantung pisang seterusnya penghasilan buah. Saya jangkakan pisang Nangka dan Awak akan memberi sedikit peningkatan. Dari jangkaan ini, saya pasti sasaran RM1,000.00 masih realistik.

Puasa tidak akan menghalang saya dari beraktif di kebun......

Selamat menyambut Ramadhan AlMubarrak.

Latiff Hariri
2008 30062013
Sungai Petani

Monday, 1 July 2013

I Julai Penuh Kenangan - 31 Tahun Kemudian

Sandakan - Taman Tinosan/Prime Square


Sejak sebelum PRU hingga kini, memang saya terkenangkan banyak tentang Julai.

Adakalanya suka bersentimental dengan kisah silam yang berkaitan dengan bulan Julai ni.

Mengapa Julai?

Julai merupakan bulan kelahiran saya. Selain itu ramai kawan kawan rapat saya yang berbintangkan sama seperti saya iaitu bintang 'Cancer'. Bulan Julai memang saya nantikan sebagai tanda bertambahnya usia saya. Masa remaja saya tak ambil pusing tentang tarikh ini. Tapi , bila saya memulakan karier saya, saya mula terasa betapa tarikh ini penting untuk menentukan sejauh mana perginya hidup saya.

Saya memulakan karier saya pada 1 Julai 1982 . Ini pilihan saya.

Sebenarnya saya boleh melanjutkan pelajaran lagi pada tarikh tersebut. Tetapi hati naluri saya berkata, tidak. Ini adalah peluang terbaik saya untuk memulakan karier, dan lupakan tentang pelajaran.

Pada 1 Julai 1982 , secara rasminya saya mendapat kerja dengan majikan saya yang sedia ada ini. Saya mendapat surat perlantikan jawatan pada pertengahan Jun 1982 , dan perlantikkan bermula 1 Julai sebagai - Kerani/Juruwang/JuruTaip.


Ada gaya tak? Kerani/Juruwang/JuruTaip - Taiping 1985

Gaji adalah sesuatu yang sensitif yang saya tak suka berbicara sesama rakan. Tapi, untuk pencapaian rekod terbaik saya, saya ceritakan juga. Surat perlantikkan saya itu membicarakan tentang gaji permulaan saya yang berjumlah RM310.00 bersama elaun RM50.00 .

Itu yang saya harapkan ketika itu. Gaji!!

Padahal , pada pertengahan Jun 1982, saya terima dua surat penerimaan sambung belajar dari 2 institusi pengajian awam yang meminta saya melapur diri pada tarikh yang sama, 1 Julai 1982 .

Pertama Institut Pertanian Malaysia , dan yang kedua Institut Perdagangan MARA. Yang pertama menjanjikan karier tetap sebaik tamat latihan iaitu sebagai Pembantu Pegawai Pertanian. Ya....minatlah jugak sikit sikit dengan pertanian ini. Tapi......era 82 ketika itu pertanian tidak mendapat perhatian sewajarnya. Sedangkan rakan rakan saya lebih kepada Pendidikan dan Perkilangan.

( Baru saya teringat, saya bakal mewarisi karier arwah datuk datuk saya sekiranya saya menerima masuk ke Institut Pertanian Malaysia. Datuk datuk saya yang berjawatan Pegawai Pertanian era sebelum merdeka, merupakan pejuang pejuang kemerdekaan yang tidak diiktiraf sewajarnya iaitu Tok Mustapha Hussain yang merupakan Orang kedua tertinggi Kesatuan Melayu Muda (sebelum UMNO) dan Tok Aziz Ishak , Menteri Pertanian pertama Malaysia. Mereka berdua merupakan Pegawai Pertanian sebelum kemerdekaan dan menjadi peneraju utama kemerdekaan Malaya). Kedua mereka pernah berkhidmat di Taiping.)

Institut Perdagangan MARA tidak menjanjikan karier, lebih kepada belajar, dan boleh sambung hingga ke peringkat Diploma ke ITM ketika itu.

Tapi.......duit jugak yang menjadi matlamat saya.

Saya anak ketiga , tetapi yang pertama memulakan karier. Sedangkan kakak sulong masih di IPTA dan abang masih di luar negara belajar. Banyak yang saya fikirkan ketika itu. Tapi , yang utama lebih kepada mahu membantu keluarga, walaupun ada yang tak setuju dengan kenyataan saya ini.

Kini , selepas 31 tahun kemudian, kenangan ini sekali lagi berulang kepada anak saya. Syukur usia saya mencecah keumur 49 tahun ini dan saya dapat menikmati rasa kepuasan sepertimana Emak dan Bapak saya lalui 31 tahun yang lalu, bilamana saya memulakan kerjaya kecil saya secara rasmi pada tarikh ini.


Surat Penempatan -  Saya dilantik dan ditempatkan di Jalan Pudu ,Kuala Lumpur

Malangnya pada usia muda sebelum 18 tahun itu, saya tidak reti menyimpan bukti surat perlantikan saya . Mungkin disebabkan berpindah randah, file yang menyimpan segala interaksi antara pekerja dan majikan sudah tiada lagi. Saya tidak ralat hati kerana tidak ada salinan, tetapi pasti,  bersama Majikan saya, tentu ada.

Masa yang agak lama untuk belajar dan perlantikkan menjarakkan usia saya dan Aqilah , dimana saya memulakan karier pada usia 17 tahun 362 hari. Aqilah harus menambah lebih 7 tahun untuk belajar/kerja/belajar/kerja sebelum secara rasminya mendapat pekerjaan tetap .

Aqilah pada 27 June 2013 dihari Taklimat dan Penempatan di PutraJaya.

Gaji dahulu dan kini antara saya dan Aqilah kecapi amat jauh berbeza. Saya tak mahu berbicara tentang gaji, lebih kepada beruntungnya saya ketika itu dan kini, kerana pada tarikh yang sama, anak sulong saya secara rasminya menjadi saorang Guru.

Tahniah untuk Aqilah . Sekarang ini tumpuan adalah pada kerjaya beliau. Saya sudah mula memikirkan yang saya akan berkurangan ke Indonesia selain ke Sabah sahaja untuk bulan bulan mendatang. 

Kisah ini saya catitkan untuk rujukan anak anak dan waris waris terkemudian sebagai kenangan dan sejarah keluarga.

Teruskan perjuangan hidup!!

Latiff Hariri
1328 29062013
Sungai Petani