Bee Gees

Saturday, 12 July 2014

Alfatihah Untuk Pakcik Ya - Zakaria Bab

Pagi Rabu tu dah 4 Ramadhan bersamaan dengan 2 Julai 2014. Saya bekerja seperti biasa, tapi hati dah melonjak  lonjak, tak sabar nak menanti hari keramat itu.

Sempatkah saya mencapainya?

Sekitar 1140 pagi panggilan masuk, dari kakak saya.

"Assalamualaikum Boy, nak beritahu kamu ni, pakcik Ya dah tak ada...."

Hanya Innallillahhiwainnahirojiun yang dapat saya ucapkan.

Ringkas dan pendek. Katanya akan dikebumikan selepas Asar hari yang sama.

Saya mula memikirkan samaada mahu sendirian atau sekeluarga. Bertanyakan adik saya Fadhil di Balik Pulau. Beliau pun kela kabut tengah uruskan percutian isterinya , dan urusan anak anak.

Akhirnya, saya pulang dahulu ke rumah sekitar pukul tengahari, dan bergerak semula dari Sungai Petani pukul 2 tepat. 

Pemanduan yang laju, dan saya memasuki Bandar Bidor pukul 415 petang.

Sempat ke rumah Shirman, anak pakcik Ya. Jenazah sudah siap dimandi dan dikapankan.

10 minit sebeleum asar, ke Masjid Bandar Bidor.

Salah saorang anak Pak Ismail, pakcik Ya's best fren/relative. Saya agak belah Tok Bab.

Selesai solat jenazah sekitar 530 dan kami bergerak ke tanah perkuburan yang terletak kira kira 10 km dari Bandar Bidor, Tanah Perkuburan Ladang Bikam.

Antara sanak saudara rakan taulan yang mengiring Arwah Pak cik Ya.

Tahlil oleh Imam Masjid Bidor.

Saya diberitakan bahawa Pakcik Ya sudah berpesan kepada Imam, bahawa kubur pilihan beliau terletak di Jalan Slim River-Bidor, dan mahu yang berhampiran jalan besar. Hasratnya tercapai bila Imam memberi laluan untuk beliau.

Kereta yang mengiringi Jenazah melebihi 20 buah.

Selesai talkin sekitar 630 petang. Saya sempat menatap kali terakhir wajah PakcikYa , ternyata ketenangan dan senyum manis terukir, walaupun saya lihat dari sis jenazah yang di merengkan mengadap Kiblat.

Shirman, Ku Wan dan Zainis.

Anak anak dan cucu cucu Hariri.

Petang 2 Julai ini juga, buat pertamakalinya kami dapat berjumpa dengan kedua dua anak Pakcik Ya.

Semoga Pakcik Ya aman di Sana. 

Kenangan dengan Pakcik Ya ni, masa saya darjah 2 beliau pernah datang dan menghadiahkan 'basikal lipat' untuk saya dan abang saya bagi memudahkan kami bergerak terutamanya ke Sekolah. Waktu itu memanh gah , kami satu satunya budak Lenggong yang ada basikal itu.

Semuanya sebagai hadiah kecemerlangan kami dalam bidang akademik ketika itu.

Bila berpindah ke Taiping, dan kami menetap di Aulong, Pakcik Ya yang masih bujuang ketika itu turut duduk serumah dengan kami. Sifat penyayang Bapak, yang tahu akan nasib adiknya itu, mempelawa Pakcik Ya duduk bersama. Semasa di rumah sewa Kampung Baru Aulong tu, Pakcik Ya hanya tidur diruang tamu sahaja, tersorok dengan almari pinggan mangkuk emak, hahaha.

Bila Bapak dapat kuarters kerajaan di dalam Balai Polis Aulong itu, Pak cik duduk seketika dengan kami, rumah itu ada 4 bilik, jadi saya dan Rahman berkongsi bilik dengan Pakcik Ya, yang saya ingat sering pulang kerumahnya, lewat malam.

Pakcik Ya ini penyanyi Band Kilat dari Lembaga Letrik Negara. Jadi, malam malam dia perg jamming lah!

Ada satu ketika bila Bapak aktif bertabligh, Pakcik Ya mula 'slow' dengan aktiviti jamming beliau., sebab terikut sama ke masjid Hanafi tu.

Pakcik Ya bernikah ketika usia saya 10 atau 12 tahun, dan kemudiannya menetap di kuarters LLN .



Emak kata , suara Pakcik Ya mirip Sam Saimun

 Pernah satu malam tu, Bapak bawa kami bersiar siar dengan kereta Morris Minor keliling Bandar Taiping, terus menuju ke Taman Tasik Taiping. Bila pulang, kita kena lewati Pejabat Daerah dan Tanah Taiping, dan Bapak sengaja perlahankan kereta dan kami pun memanjangkan leher menoleh ke kiri jalan, bersebelahan Kwang Tung Association tu, untuk melihat Kelab Kilat, dan ternyata,
" Haa, itu Pakcik Ya, dia tengah menyanyi...", kata salah saorang dari kami.

Ya, baru saya pasti yang pakcik Ya ni betul betul menyanyi dengan Band Kilat. Selama ini saya hanya melihat foto beliau beraksi sahaja!

29 Mei 2014 sempena lawatan Pak Lang dari Sydney, merupakan hari terakhir saya memeluk kesemua pakcik makcik saya ini. Tiada dalam 'skrip' bahawa ini adalah hari ke 35 akhir untuk hidupnya.......

Al  Fatihah untuk pakcik Ya.

Terima kasih Pakcik Ya, kenangan sngkat , belum pun sempat usia saya mencecah 50.....Amin.

Untuk kisah selanjutnya, boleh share cerita RahmanHariri disini

Latiff Hariri
1808 12072014
Sungai Perani

SAM SAIMUN - DI WAJAHMU KU LIHAT BULAN.avi

 

Suara ini mirip suara siapa? 

 Latiff Hariri
 1758 11072014
Sungai Petani

Thursday, 10 July 2014

Abang Zainal Anwar Tetamu Dari Singapura - 23 June 2014

Banyak jugak kenalan saya melalui faceBook ini atas rekemen kawan/sanak saudara. Bila saya tengok ada yang minta di Add, saya tengok orangnya dahulu, siapa rakan rakan Facebook mereka, dah ok, baru saya terima.

Yang ini saya terima tanpa banyak periksa, kerana yang tukang perkenalkan saya tu kira orang kuat keluarga Janaton jugak. Bila saya cek, ternyata dari Singapura, dan saya beranggapan ini mesti dari salasilah Tok Yusuf Ishak, mantan Presiden Singapura yang pertama itu.

Ada sekali bebual melalui Facebook bertanyakan khabar samaada beliau berada di K Terengganu serentak dengan saya yang berada di Dungun. Ternyata status di 'update' untuk anak cucu yang pulang ke Terengganu pada cuti sekolah lalu.


Abang Zainal Anwar dari salasilah Janaton di Singapura.

Saya tidak mengenali beliau sebelum ini. Bila membaca status terkininya, yang menyatakan akan ke Pulau Pinang, saya masih buat selamba. Ini mesti urusan keluarga ni. Tak perlu di ganggu dengan soalan.

Jauh tu drive dr Singapura.

Ini waris dari Seberang Jaya, namanya saya dah lupa, isterinya waris Janaton.

Tetapi senja itu abang Zainal mengemaskini yang belia sudah lapurdiri di SP Lodge di Sungai Petani.

Wush! Ini sudah salah, masuk kawasan orang ni.

Saya pun menalipon dan memberi salam. Ternyata salaman saya disambut dan pertemuan pertama kami dari keluarga besar Janaton ini pun dizahirkan.

Makan makan di Food Court Sejati Indah sahaja.

Terima kasih abang Zainal kerana sudi bertemu muka. Terima Kasih juga atas nasihat dan tunjuk ajar bila bersama keluarga yang tersohor ini. 

Abang Zainal merupakan mantan Guru di Siglap Road, Singapura.

"Engkau tahu Siglap Five?"

"Ya, sudah pasti bang Zainal"

EP Band Siglap Five tersimpan sebagai sejarah keluarga Hariri yang semestinya meminati muzik dan lagu sejak dari dulu lagi.

Thank You abang Zainal Anwar and the group.

Latiff Hariri
1928 08072014
Sungai Petani

Wednesday, 9 July 2014

Pertunangan si Jijun di Shah Alam 21 Jun 2014

Kerana kerja , saya berdilak dalik samaada mahu turut serta rombongan ke Shah Alam ini.

Rencana pergerakannya Jumaat, mungkin 2-3 kenderaan. 

Saya batalkan saja niat saya untuk turut serta supaya memudahkan mereka yang lain membuat perancangan.

Jadi , pagi Jumaat 20 June itu mereka bergerak dengan sebuah MPV sahaja, yang katanya boleh dipenuhi penumpang untuk 3 buah kereta. Biar betul kau!

Saya yang bekerja seharian penuh Jumaat itu, terus memecut laju menuju ke Kuala Lumpur sendirian.

Tiab di Sek 7 Shah Alam sekitar 920 malam, dan sempat makan malam bersama adik saya Rashi sekeluarga.


Steak kambing lagi!

Selesai sekitar 10 malam saya terus ke Sek 19. Sek 19 ini ada kisahnya diawal perkahwinan saya. Sudah hampir jadi memiliki sebuah rumah teres 2 tingkat , tetapi, pinjaman saya tidak diluluskan Majikan.

Tidur di Homestay aje malam ini bersama rombongan Sungai Petani.

Pagi, sabaik selesai Solat Subuh, saya terus ke Sek 3 untuk bersarapn sendirian, dan membungkus 15 nasi lemak untuk sarapan kesemua ahli rombongan.

Sebaik menitip bungkusan nasi lemak itu, saya terus ke Bukit Jelutong, mencara kawan baik saya ni, Din Selamat. Bukan apa, kereta saya dah teruk berbau durian dari semalam lagi.

Myra dengan arnabnya

Rombongan meminang ini bergerak ke rumah pehak perempuan sekitar 1120 pagi. Dekat sangat pun, dalam Sek 19 jugak.

Nak gi meminang dah

Sesi suai kenal dan rundingcara....pehak perempuan.

Kak Mar menyarung cincin  tanda pertunangan bermula.

Sebaik bertukar tukar hantaran selesai, tuan rumah menjemput kami menjamu selera , tanda kesyukuran.

Makan makan sesama keluarga je.....

Menghampiri 1  tengahari , rombongan kami pun memohon diri.

Abang Nan, Bapa bakal pengantin lelaki dan Pak Long.

Kami meninggalkan Shah Alam sekitar pukul 1.20 tengahari , terus ke Putrajaya, utnuk acara jemputan majlis perkahwinan rakan sekerja Roziah di Uitm Shah Alam suatu ketika dahulu.

Tiba pukul 2, makan lagi. Rombongan dari Sungai Petani 1MPV tu saya jangkakan terus bergerak pulang.

Haniza dan Roziah, rakan sepejabat sekitar 80an dulu di ITM Shah Alam

Kami meninggalkan Putrajaya sekitar jam 3, tidak ada lagi lencongannya, terus menuju Sungai Besi mengarah ke Bukit Lanjan.

Sekitar menghampiri pukul 4 kami melepasi Rawang, dan tak dijangka, bertembung semula dengan MPV rombongan Sungai Petani di Changkat Jering.

Bersaing dengan rombongan di Taiping.

Sebaik lampu amran saya tujukan kepada pemandu, MPV terus mencanak mencecah 160km/jam!

Wah sakan ni!

Tiba di rumah sekitar Isyak.

Latiff Hariri
1758 09072014
Sungai Petani

Tuesday, 8 July 2014

Sehari Semalam di Dungun - 7 dan 8 Jun 2014

Sebenarnya , Dungun ni, pada saya , adalah suatu daerah yang agak asing. Saya adalah sesekali singgah di sini, tapi untuk bermalam , agaknya sudah melebihi 25 tahun tidak pernah. Terakhir saya kira sekitar akhir 80an.

Jadi, datang pun main terpa tanpa perancangan, jadi dapat homestay/hotel budget yang di aturkan oleh kawan baik saya itu, si Din Selamat.

Mereka dah check in tengahari tadi.

Minum petang di Jalan Pantai, Dungun.

Bilik sekecil ini untuk empat beranak.

Bilik sekecil ini sahaja, kesemua Hotel di Dungun penuh!

Hotel rumah Homestay, kecil molek tapi rapi, membelakang Laut Cina  Selatan.

Malam tu kami dah tak keluar makan lagi dah. Kekenyangan lah jugak dengan minuman petang tadi.
Lagi pun, fikir saya, masakan gerai/Restoran di Dungun ini tak dapat memenuhi citarasa saya.

Lena pulak tidur berhimpit himpit 4 beranak.

Pagi, saya beriadah sendirian  di Jalan Pantai mengarah ke UiTM

Sebaik selesai sarapan pagi, Sabtu, lami bersiar siar di Pekan Dungun hingga ke Teluk Bidara.

Pasar acara wajib.....mahal ikan di tepi laut ni!!

Sungai Petani lebih berpatutan harganya. Baca yang terakhir tertulis.....kau.

Posing.

Sebaik selesai makan tengahari sekitar pukul 230 petang, kami merayau lagi, bagi menghabiskan masa.

Jadi, sempena cuti Sekolah  Jun 2014 ini, dapatlah kami bersama sekeluarga sekereta.

Dah payah nak dapat masa yang terluan untuk bersama kesemua anak anak saya.

Petangnya, melepasi pukul 5 baru kami begerak meninggalkan Dungun menuju ke Kemaman.

Dapatlah saya menjengok keluarga Pak Long di Kampung Injin Gergaji tu.

Kami pulang ke Kuala Lumpur malam tu jugak, kerana Aqilah akan pulang ke Sandakan keesokkan paginya. Sedangkan sekolah biasa cutinya adalah 3 minggu, Kolej Vokasional hanya seminggu.

Kami tiba di Bandar Enstek sekitar 12 tengahmalam.

Sebaik meninggalkan Aqilah di rumah kawan persekolahan beliau, kami pun bergerak pulang ke SP.

Tiba sekitar Subuh.

Latiff Hariri
1848 08072014
Sungai Petani


Sunday, 29 June 2014

Tiada Perancangan ke Terengganu

Jadi, pagi Isnin itu seperti biasa, saya ketempat kerja saya. 

Tapi, sebelum itu, lewat petang Ahad, saya sudah terbaca 'status' adik Ustaz saya ini, yang sudah memulakan cuti sekolahnya ke Utara. Jadi, saya follow ajelah status dia ni.

Akhirnya pagi Selasa, sebelum beliau pulang ke Kuala Lumpur, saya 'tangkap' dia dulu untuk titipan sekeluarga.

Durian untuk Ustaz Ramlan .

Awalnya ,  kami sudah batalkan rancangan percutian sekeluarga, tetapi sesuatu yang tak diduga berlaku, dan kami wajib juga bercuti ke Terengganu. Jadi , petang Rabu itu kami sekeluarga bergerak ke Kuala Lumpur.

Tumpang lena di rumah kakak saya di Taman Dagang, Ampang.

Pagi Rabu dah nak bergerak ke Terengganu dr Kuala Lumpur.


Selesai sarapan.

Saya temankan anak anak hingga ke persimpangan Karak Hiway, dan mereke berempat sendirian ke Terengganu tanpa saya.

Saya naik Putra ke Kuala Lumpur semula.

Malam tu lepak lepak di Kuala Lumpur, bertemu dengan Profesor saorang ni, kecilnya dunia, saorang dari Kuching Sarawak, saorang dari Sungai Petani Kedah.

Siap posing lagi kau!!.

Tengahari Jumaat baru saya bergerak ke Terengganu dengan bas. Pertamakali saya naik bas ke Pantai Timur. Terakhir pada usia 16 tahun, yang saya kisahkan hitch hiking dahulu tu. Ada slot yang terlupa kisahkan , saya naik bas dari satu pekan kecil ke satu badar di Pahang.

Perjalanan lancar, tapi biasalah , double decker ni, naik bukit dia semput!


Dan akhirnya tersadai dibahu Lebuhraya, tayar pecah!!

Sekitar 1230 tenghari, bas kami terhenti bila tayar belakangnya pecah tertusuk besi .
Saya dah mula risau, siap minta anak anak datang ambil saya dari Dungun lagi!!

Tapi, untung, banyak bas yang lalu lalang sedia membantu, ada yang naik bas berlainan syarikat. Saya tetap memilih Transnasional, biarlah macam sardin dan tiada penghawa dingin.

Ni ....kami berdiri dari Kuantan hingga ke persimpangan Cherating. 

Pemandunya tak berbaju kerana kepanasan. Apalah nasib saya hari ni.

Berhenti makan tengahari di Cherating, dan teruskan perjalanan ke Dungun. Bas ini akan meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu. Saya turun di Dungun sekitar 530 petang.

Ok lah, nak bercuti ke Terengganu sangat. Anak anak datang ambil, untung maasih ada bilik hotel untuk penginapan kami malam tu.

Latiff Hariri
1918 29062014
Sungai Petani

Friday, 27 June 2014

Tiger81 Zulkifli Hamid Terima Menantu

Sebaik selesai pernikahan si Tart itu, kami terus bergerak ke Pulau Pinang.

Pagi tu, sekitar pukul 11 pagi, sebelum pernikahan Tart, saya sudah ke Pulau Pinang menjemput Din Selamat, yang sudah merancang perjalanan untuk ke Majlis Perkahwinan anak Zulkifli Hamid, dan terkena serentak dengan Tart.

Kami tiba sekitar pukul 3 lebih sedikit. Tiger81 Hashim dan Tiger81 Badli sudah pulang, tak kesempatan untuk bertemu.

Bapak Pengantin Lelaki bergaya spek hitam.

Sebaik tiba , kami terus makan, tak nak kehabisan nasi dan lauk, hahaha.

Bersama adik kepada Zul.

Adalah sekitar satu jam bersama Zul, bilamana kami bergerak ke restoran berdekatan untuk berjumpa rakan seUitm Din, yang tidak bertemu lebih puluhan tahun itu(?). 

Saya dah lupa namanya.

Minum petang di Pulau Pinang.

Din pulang ke KL sekitar sebelum Maghrib , sedangkan kami pulan ke edah.

Saya rasa , saya dah tunda percutian ke Terengganu ke cuti penggal ketiga. Nak buat macam mana, keadaan tidak mengizinkan. Saya dipaksa kerja oleh majikan saya pada keesokkan harinya, kerana sudah penghujung bulan Mei 2014.

Latiff Hariri
0658 27062014
Sungai Petani