Bee Gees

Monday, 15 February 2010

Good Morning Sir! Welcome to A & W

A&W Imbi Plaza 1982

Hassan, Latiff, Aziz, Peter, Sally, Taha, Patrick, XX, Hatta, Diana, Razak dan Ng


Mengapalah, masa exam SPM dulu, saya tak sabar sabar menunggu kertas akhir. Habis aje SPM, rasanya mlm tu atau esoknya, pack baju, terus naik keretapi malam dr Kuala Kangsar ke Kuala Lumpur. Adalah berbekal dlm Rm20/ dr emak, terus ke Ampang Jaya rumah Mak Cak. Dah janji dgn Hatta masa tu, kita cari kerja sama sama. Dan akhirnya berjaya di interview Mr Bala , dan jadilah kitchen helper di A&W Imbi Plaza.
Best sangat la masa tu, gaji tak boleh kamana pun, tapi, seronoknya , sebab dah terasa memasuki alam dewasa. Dalam tu pun risau jugak, apalah nasib SPM aku ni, hehe.

Kerja dlm 3 bulan byk mengajar saya cara berinteraksi dgn pelanggan dan bersosial dgn rakan rakan sekerja. Baru tahu kehidupan sebenar alam pekerjaan serta tipu muslihatnya. Baru tahu kisah sebenar kehidupan di Kuala Lumpur. Masa tu berjalan kaki dr Lembuh Ampang ke Imbi Plaza kira dekat la. Semuanya nak jimat belanja.
Masa tu baru tahu betapa susahnya Bapak mencari duit untuk ketigabelas anak-anaknya.



Latiff, Hassanuddin, Hatta, Patrick, Sally, Taha dan Peter.
Seingatan saya, Sally, Taha dan Peter, memang ngam sangat sangat dgn lawak mereka yang tak habis habis ketawa bila berjumpa. Dimana anda semua?


Hatta & Taha.
Masa ni Hatta dah behenti kerja, tengah bersiap ke Colorado US untuk sambung belajar selepas cemerlang dlm SPM
Taha saya berjumpa semula dlm 10 tahun lalu, kini bekerja dlm majikan yang sama dgn saya.


Hassanuddin, Patrick, Aziz, Penulis dan kwn baik, Hatta.


Ajax Van Huesen dan Sarimah dihari bahagia mereka.
Kawan baik ni, bernikah malam pun saya hadir, kenduri siang pun saya dtg. Aqilah masa tu baby lagi, pun turut digendong.


Abdul Razak bin Hussein aka Ajax Van Huesen.

Abang Razak ni senior dlm 3 atau 4 tahun. Orang Sri Menanti, Nogori. Kiro kerabat den juo lah. Dia crew leader, dan menjadi abang rapat kpd saya. Saya sering bermalam dibilik sewaan dia dan rakan2 lain di Jalan Ipoh. Orangnya brotherly dan memang sesuai jadi tempat rujukan saya masa saya remaja dulu

Masih berhubung hingga kini, terakhir jumpa di Tol SP Utara jam 12 mlm, selepas dia menghantar anak sulongnya daftar UITM Arau . Kami kirimkan Nasi lemak SP sebagai bekalan perjalanan pulang mrk ke Soromban.



Dalam Dapur, masa tu jawatan Kitchen Helper . Sama tak masa usia sekarang ni?

Adalah dalam 4 bulan saya bekerja di A&W. Oklah, sebagai permulaan mengenali alam pekerjaan, cara berinteraksi dgn pelanggan, berinteraksi dgn rakan kerja. Masa tu berat mulut jugak nak berbahasa Inggeris dgn rakan dan pelanggan, tapi , hentam ajelah Labi.

Thank You Sir, Please come again.


Latiff Hariri
1325 15022010
Sungai Petani

Zalina binti Nasrun SMDA 77-81(1964-14.2.2010)

Assalamualaikum.
Dukacita dimaklumkan kembalinya rakan SMDA kita kerahmatullah malam ini di Taiping, dan akan dikebumikan esok,Isnin 15.2.2010, yang belum diputuskan samaada di Taiping atau di kampung Chain , Lenggong.

Innalillahhiwainahirojiun......

Alfatihah

Sumber:Asri, Penang, dan Cikgu Hassan Basri, Lenggong

Latiff Hariri
1236am 15022010
Sungai Petani

Friday, 12 February 2010

125 Tahun KIng Edward VII Taiping -2008

Inilah persembahan ku.

Beberapa kali sambutan 125 tahun KIng Edward tertunda. Tapi, kami memang sabar, cakap aje bila , pasti kami turun.

Petang tu travel dr Sungai Petani dgn Izzuddin. Din dah menunggu di Rumah Rehat Taiping. Dan tepat jam 8 kami ke dewan MPT naik kereta Badrul, berlima, lagi saorang Jurukamera Fadhil. Senang bila ada jurukamera sendiri, foto kita sentiasa ada, tapi Fadhil tak dapatlah melepak dgn rakan rakan dia.

Parkir berhampiran Pejabat Pos, kami menapak ke dewan, tengok langit, gelap aje, dan gerimis tak diundang pun turun, panic sekejap. Pelajar2 King Edward menyambut kami sepanjang jalan kearah dewan, di kesesakan OldEdwardian kami mencari rakan rakan lain, bila dah jumpa bermacam aksi dapat dilihat didalam FaceBook Din Selamat, ceria sungguh, terasa masih dialam remaja persekolahan, padahal dah 45 tahun tu. Pelajar2 dah panggil pakcik kat kami masa tu.

Dewan penuh, kami dberkhemah diluar, dan disediakan skrin untuk tontonan aturcara majlis didalam Dewan. Bila dah ramai, tak semua yang kami kenal, hanya batch terdekat aje yang disapa, yang melebihi usia 10 tahun atau termuda sangat, memang tak kenal langsung.


Mohd Izzuddin yang teruja dgn karisma MB Perak, tanpa fikir dua kali, terus perkenalkan diri , berjabat dan "klik" foto terakam , disamping YB Taiping ,
En Nga Kor Ming.

Datuk Seri, boleh bergambar sama tak?
MB terus toleh kearah Izzudin dan disambut, 'Boleh, boleh'
Siap tanya Izzuddin dari mana?
Sampai mati tak lupa punyalah.


Peseruhjaya Tinggi British mewakili Ratu England, disamping Raja Muda Perak
YM Raja Nazrin Shah.



Foto Istimewa tetamu Kehormat bersama YM Sultan Perak.


Pesuruhjaya British dan Yang Berhormat Menteri Besar Dato Sri Ir Nizar Jamaluddin



Baginda Sultan Perak memotong Kek KE 125 tahun, di ikuti ole ole hasil nukilan tangan Pak Razak, gambar lukisan SR King Edward VII-1 Taiping.
Dan kami yang masih berdisiplin dimeja makan, lepas tu jadi huru hara....


Dengan Pak Thong dulu

Lps tu Pak Razak pulak dtg bertandang. Nak cepat, kenalah rakan rakan edit sendiri ek.


Saya pun tak lepaskan peluang perkenalkan diri.

Halwa telinga dr pelajar pelajar SM King Edward VII


Cikgu Zul dan Puan Azizah terkejut diterpa anak anak murid.


Dengan Cikgu Zul dan Puan Azizah, suami isteri mantan Guru King Edward


Dah biasa tengok wajah wajah ni, nak kena kenalkan ke?

a onblur="try {parent.deselectBloggerImageGracefully();} catch(e) {}" href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgpdfYTkVvMKSpbjp0uGjVc8xR2vMrz3Yvq3CHs-zjxJbexZrDRAiBElLPPTCLQmsjlpkxeeYOpqFPwgqzNsiBAe4Thg6M6S2l9WTSlnLUIl2dog3dOsjR8SehAEoPEV_xAB81z2r7H9UXc/s1600-h/9.jpg">
Dr barisan belakang: Din , Omar , Latif
Roslan, Hariri, Nazri, Badli, Badrul, Izzuddin
XCX, Rahman, Dollah, Baharul , XCX

Dah habis show, baru orang orang tak kenamaan dapat naik pentas berfoto.


Dah dinner di dewan MPT, masih tak puas, ke restoran pulak, sambung minum kopi, tapi sekejap aje, sebab dah tak ada kederat dah.

Malam tu, kami berpisah dalam jam 12 lebih, dengan semua menuju kerumah masing masing.
Nak tunggu sambutan jubli lagi pada umur 71 pulak, ada rakan rakan yang boleh tunggu waktu itu? Syukur, umur kita panjang.....


Latiff Hariri
2333pm 12022010
Sungai Petani

Thursday, 11 February 2010

A Get Together Hi-Tea - May 2009

Seminggu sabelum konsert BDB, tepatnya cuti Hari Pekerja 2009, saya dah turun ke KL, atas jemputan Din dan Anis, yang mahukan a get together Teh Tarik. Satelah 10 kerusi direservasi, last minit Anis undur diri, jadi, acara kami teruskan. Yang paling jauh, sepatutnya Pak Lan,dia kerja di Johor, tapi hujung minggu balik KL, kedua sayalah, ketiga Wizan dan Badrul Husham dr Kulim, diikuti Yem, Hatta dan Din. Walaupun sekejap, tapi, kawan kawan punya pasal, kami sanggup turun.

Sekarang ada rakan rakan yg bertanya saya di dalam Facebook, bila lagi Hi Tea?
Kat Sungai Petani , u all nak tak? Gunung Jerai atau Tanjung Dawai?





Foto ehsan dari Hatta, bukan royalti.....ish ish. Jadi , wajah Hatta tak ada



Berlangsung di Menara Kuala Lumpur, sepatutnya Anisah jadi Tuan Rumah, sebab tempat dia, tapi, akhirnya , kami kena bawa bawa diri sendiri.
Hm, semuanya mengungkit kisah lama masa di King Edward, dan terkini tentang keluarga dan anak anak masing masing.

Terus terang nak katakan, saya masih mengharap ramai lagi kawan kawan di KL terutamanya, hadir bersama disetiap perjumpaan. Tapi, akhirnya, wajah wajah regular ni jugak yang datang.

So, yang dah mula mencari kawan2 ni, terutamannya Raja Sukarno, sila mampir kedepan ya!


Latiff Hariri
2031pm 11022010
Sungai Petani

Wednesday, 10 February 2010

Ishak Latfi -SMDA 1977-1981

Assalam, ini hasil kerja Asri dan Cikgu Manan yang menyusul pada 09022010 ke rumah Ishak.

No Buku Simpanan Nasional Emak Halijah Mat 08218-29-84706325-5

Klik untuk besarkan foto

Tertera Kad Pengenalan dan No Tentera Ishak untuk pengesahan rakan rakan.


Buku BSN emak Halijah Mat dan Kad Pengenalan Ishak..Nombor K/P halijah bt mat 350207-08-5196.



Cikgu Manan dari PPD Lenggong/Gerik bersama Ishak kelmarin 09022010

Kos bulanan perubatan Ishak setiap bulan melebihi RM500.00 . Bantulah kepada rakan kita. Kita pun diuji jugak.... samaada nak bantu atau tidak.

Lagu Revolvers dibawah ni, khas buat rakan rakan Ishak di SMDA 77-81


Latiff Hariri
2250 10022010
Sungai Petani

Selamat Tahun Baru Cina

Kepada rakan rakan Tionghua, Gong Xi Fa Cai!! Gong Xi Gong Xi!! Terutamanya kepada David, Mr & Mrs Low (boon see), See Kim hoe n wife,Ong Ah Sun, Mr/Mrs Tan Kok Oon, Simon dan MaySee.Kena ucapkan sekarang kerana sepanjang Tahun Baru Cina ni mungkin tak berkesempatan untuk menulis.

Yang Melayu, jum cuti cuti.

Sepatutnya Penulis sudah terbang ke Jakarta Selasa pagi bersama Bapak Aziz, tetapi kerana Tahun Baru Cina, tak kan penulis boleh lepaskan diri, sedangkan rakan rakan Tionghua pun nak becuti, akhirnya Bapak Aziz sendirian bersama dgn 3 rakan dari pejabat Kerajaan . Saperti biasa, Aziz akan talipon beritahu keadaan terkini beliau di Bangkulu. Siap menanya, nak top-up credit hphone sebut apa? Pulsa, jawab saya. Sememangnya bila di Indonesia, kita digalakkan mengguna talian sana, kerana SMS nya teramat murah, lebih kurang 15sen se unit, tapi kalau guna roaming, 'tergolek' tengok bil talipon bila balik nanti.

Penulis akan berada di Kuala Lumpur untuk bercuti dgn famili , sambil menziarahi saudara mara dan rakan taulan. Harap dapat ketemu semua di KL.

Kepada semua , termasuk saya, hati hati dijalan raya.


Latiff Hariri
2110 10022010
SUNGAI PETANI

Tuesday, 9 February 2010

Konsert Black Dog Bone


Pada 8 Mei 2009, penulis ke KL lagi bersama anak anak, tapi kali ni ada jugak mengajak Raja Anuar di Selama, dan beritahu Din, manalah tahu, kalau kalau mereka mahu turut serta.Tapi yang tak menghampakan jugak, si Osman, dia tetap akan cuba joint setiap kali penulis menonton apa apa konsert di sekitar KL.

Saingatan penulis , kumpulan BDB ni mula berhantu masa tahun 1977-80. Masa tu, menjadi siulan kami di sekolah, terutama kpd rakan rakan yg pandai memetik gitar dan bermain drum. Ada peluang aje Pancaragam sekolah berhenti latihan, maka group yang diluar ni pun, tumpang berdendang bersama , sebab pancaragam tak ada gitar.
Penulis pernah jugak belajar muzik biola didalam Orkestra King Edward, tetapi separuh jalan kerana dibubarkan. Mungkin biayanya agak tinggi dari kumpulan Pancaragam. Masa tu Tingkatan 1, hanya berdua dengan Shaiful Boy, yang lain lain abang abang senior.

Pertunjukan mlm tu dimulakan oleh Jay Jay, yang mendendangkan lagu Rindu Bayangan,
Permaisuriku,Dendangan Laguku. Walaupun Jay Jay sebahagian dari proses pembesaran penulis waktu remaja dulu, tapi agak 'boring' sebab punyalah lama persembahan beliau, sebab penulis lebih 'eager' nak tgk BDB satelah 30 tahun mrk dlm arena muzik. Disambut pulak oleh Rahim Othman dgn tiupan Klarenetnya.

Malam tu jugak baru tahu apa makna Black Dog Bone.
Black = untuk pemegang blackbelt - kira mrk ni pakar lah
Dog = untuk 'setiakawan' sapertimana adanya pd saekor 'Dog'
Bone = untuk tulang. Ya dikenang sahingga mati, tinggal tulang pun irama mrk akan
dihayati
Tak lupa kpd orkestra pengiring, dan dibantu oleh S Atan. Memang muziknya Superb kalau disentuh Pak S Atan yang terkenal dgn irama kemelayuannya.

Tapi, yang terkedu dan tergelak, bila makna sebenar BDB di pecahrahsiakan,

Band Dari Boyan

Depan poster pun jadilah.


BDB in action. Sayup je nampak, lg pun tak boleh ada flash, kena marah nanti.

href="https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjsAI3KJ31jAaCb0e3HtmzAd7IgQjM0BTSXBvmnei5-hN6I3Qu3kX2uCe0nL2JDXHMoy3cO7A7fARQ6rmtCuwLZ2O00Zc-YFHyP9Oj8uyVmIAsNbrEBrr5uBcMa1tcnugU03oVI_ZSQ1i0U/s1600-h/P5083903.JPG">
Cuba curi curi ambil foto dgn Izzuddin menjengok disisi foto.


Lepas tu baru, Qilah,Eka dan Ibu berani berfoto, itu pun kena tegur, tapi buat selamba ajelah



Sesi Otograf BDB dan Jayjay. Penulis tak kuasa nak beratur untuk otograf, memadailah curi curi fotograf dr jauh.

Rata rata, terhibur dgn persembahan mrk, dah lebih 30 tahun BDB bersama, rasanya tak ada Band terkini yang setaraf mereka. Lagu Khayalan, walaupun saduran, tetapi alunan orkestra membuat membuat Penulis ikut sama menyanyi dan terkenang kepada rakan rakan di King Edward terutamanya Suhaimi, Nor Kamal Azmi, Raja Anuar, Raja Sukarno and a few others yang tak lekang dengan gitar mereka bernyanyi di pinggir padang sekolah, tak pun di rumah Kamal ditepian Taman Tasik Taiping. Khayalan, Nani Adikku Sayang, Sayang, Anekaragam, akan terus menghidupkan kenangan remaja saya di Taiping.



Dah tak dapat berfoto dgn BDB, sesama anak beranak pun jadilah


Latiff Hariri
2205 10022010
Sungai Petani