Bee Gees

Monday, 7 June 2010

2004 Tsunami di Acheh

Pagi Ahad 26hb Disember 2004 tu macam biasa, temujanji dengan peniaga pasar tani. Suasana agak bercelaru dengan tawar menawar antara peniaga dan pembeli. Saya dari satu gerai , menyusuri ke gerai lain,mencari sesuatu yang 'fresh', untuk dijadikan hidangan seminggu. Tiada apa yang menarik pagi Ahad tu, tapi, tetiba, suasana beralun, sepertimana kita berada di atas bot atau fery.

"Eh, aku pening ke ni?"

Semua terdiam dari aktiviti masing masing, saling berpandangan mencari jawapan. Saya melihat keatas menara telekom, ya, menara itu pun bergoyang. Hanya berhenti kira kira selepas 20 saat. Semua tertanya tanya, saya terus menalipon anak anak dirumah, mereka pun kata, lampu yang tergantung disiling rumah pun bergoncang. Sah! Gempa bumi ni.

Segera saya sms ke Kerinchi dan Medan, kenalan kenalan saya disana. Jawapan mereka, tiada apa apa, walaupun terasa goncangan kecil.

Tarikh sebenar saya kurang pasti, tapi, kira kiranya adalah sambutan bulan kelahiran saya berdua dengan Osman. Kami dah selalu bersama setiap kali bulan ni tiba. Osman dari Kuala Lumpur, dan kami ke Medan pagi tu melalui Pulau Pinang.

Tiket basnya sudah dibeli oleh kenalan saya di Medan, jadi tak ada masaalah dengan perjalanan. Seharian merayau di kota Medan berdua, kami hanya tumpang mandi dirumah kenalan, sebelum bas bertolak jam 2230 malam. Katanya kami akan tiba di Banda Acheh selepas subuh. Saya teruja nak melihat pekan Loksemawe yang akan kami lintasi dalam perjalanan nanti, tapi, tak pasti jam berapa boleh melewati pekan ini. Bukan apa, selain dari kota minyak yang sering abang saya kunjungi atas urusan kerja beliau, saya nak tengok tanah kelahiran P Ramlee!

Bas nya cukup menarik, kerusi 2+1, disediakan kain selimut, 2 bun roti dan segelas plastik air mineral. Disini mereka sebut Aqua aje.

Entahlah,mungkin keletihan, kami tidur lena, dan sesedarnya, sudah jam 0300 pagi, saya melihat diluar bas , gelap gelita, tiada lampu ,sesekali berselisih dengan bas dan truk. Di Indonesia mereka tak sebut lori, tetapi 'teruk ', kira sebutan baku bagi ejaan truck. Hm , agak kecewa, tak sedar bila masa bas ini melintasi Loksemawe.

View Larger Map
Klik(-) untuk kecilkan peta

Osman lena disebalah saya. Dalam kemamuman saya, jauh didepan, sudah kelihatan lampu lampu bas beratur disepanjang jalan kiri dan kanan. Bas kami pun berhenti mengikut aturan. Hm, apahal pulak ni. Lama jugak bas ni berhenti, saya sempat lena, bila tiba tiba lampu didalam bas dibuka, dan 2 anggota tentera menaiki bas kami sambil menyebut,



" Minta serahkan Ketepe(KTP)"maksudnya IC atau Kartu Tanda Pengenalan.



Saya masih terpingga pingga, saya kejutkan Osman, dia yang simpan paspot kami berdua. Digagaunya beg dibawah tempat kaki kami, lalu diserahkan kedua dua paspot kepada anggota tentera tersebut. Saya terkejut jugak, terus saje tentera tersebut berlalu menuruni bas. Eh, mana boleh ni, nanti hilang paspot kami. Secara pintas, saya terus bangun menuruni bas dan mengekori tentera tersebut yang langsung terus ke bawah khemah yang diterangi lampu gaselin sepertimana era Malaysia 60an dan awal 70an dulu.

Agak lama kami menunggu, ternyata pergolakan masih berlanjutan diantara Pejuang Pemisah Acheh dan Pemerintah.



" Maaf ya Bapak, yang Bapak ini kelihatannya saperti orang yang kami cari", pegawai yang menjaga khemah mulakan bicaranya.



Hahaha, saya ketawa selamba.



"Mana bisa Pak, kami dari Malaysia, ini paspot yang asli, lihat disini , disetiap muka surat, kami sering ke Jakarta serta Indonesia'"



" Ya , tapi, kelihatannya saperti yang kami cari"



Osman dah mula menunjukkan muka 'boring'nya. Terus di keluarkan dompet dari poket belakang celana jeansnya.



"Ini kartu majikan saya. Tip, hang bagi kad hang sama".



Saya turut menghulur kad perniagaan saya kepada pegawai tersebut.



Dia mengamati kad dan paspot kami berdua. Tapi, dari raut wajah, saya dah pasti, Pegawai tersebut sudah mula menerima kahadiran kami.



"Atas tujuan apa Bapak kemari?"



" Kami mahu menziarahi mangsa gempa bumi, dan ada kiriman pakaian serta bantuan uang dari Malaysia untuk warga Acheh. Ini bukan pertama kali , sudah banyak kali jugak kami ke Indonesia untuk tujuan begini." Itu penjelasan saya.



Osman sudah menunjukkan wajah 'cool'nya. Apa lagi, sekotak rokok dibuka , lalu dihulur kepada setiap anggota tentera didalam khemah, dan siap dinyalakan apinya sekali.



Ternyata semuanya aman, bila asap rokok dihembus keluar.

Akhirnya satu khemah menjadi kenalan baru kami, gara gara sebatang rokok yang siap terpasang diberi kepada setiap tentera didalam khemah.



Kerana kami berdua , bas tergendala melebihi 30 minit. Tapi, oklah, siap bersalaman lagi dengan mereka .

Didalam bas, kesemua penumpang dah tahu kami dari Malaysia, sebelum ini, muka kami pun muka Indonesia jugak!! Osman Jawa, saya Minang!


Tiba di stasiun bas jam 6 pagi, terpingga pingga. Stasiunnya tak berapa memuaskan. Tapi
boleh lah Solat Subuh dan cuci muka dan gigi. Dah ramai yang mulakan perniagaan. Kami pekena Kopi O panas, serta menjamu kuih muih di gerai yang tersedia. Sambil tu ramai penarik beca yang cuba mengumpan kami supaya menggunakan perkhidmatan mereka.



Saya 'part' tawar menawar ni, saya serahkan kepada Osman, sebab dia ni pakar menurunkan harga. Sampai mengeluh penjual terkena dengan Osman.



Akhirnya Mamat yang muda ni kami ambil jadi tourist guide kami.

Beca speda motor ni jadi mangsa kami. Bolehlah, sebab harganya patut. Dan dia sedia kami guna 24jam jika perlu.



Perjalanan dimulakan selewat jam 730 pagi, menyusuri jalan memasuki tengah Kota Banda Acheh.


Permulaannya agak ok, tapi, bila menghampiri pantai, dan pertengahan kota, sudah terlihat sisa sisa sampah, batu bangunan, atap zink dan apa jua yang boleh dibawa air , mengotori Banda Acheh.


Salah satu Masjid di perkampungan tepi pantai yang minima kerosakannya, tetapi seluruh kampung tiada lagi.




Masjid Raya Banda Acheh berdiri megah!!











Ini , dahulunya kawasan perumahan mewah.Sepertimana kawasan elit Subang Jaya, yang mana hanya banglo mewah terdiri disini.



Sekarang Padang Jarak Padang Terkukur.



Mobil Polisi jenis Kia Karen, yang hebat tu, jadi macam lempeng yang digoreng. Sayangnya, saya terlupa merakamnya. Sambil menaiki beca, kami melihat lihat sekitar. Tiada apa yang menarik selain dari runtuhan, serta orang ramai yang beraktiviti seperti baissa.




Tugu pesawat masih kukuh , yang lain habis dilanda tsunami.





Satu yang pasti, mamat Speda motor becak ni pasti
tersengeh setiap kali saya mengambil foto Bapak
Osman ni.



Salah satu Masjid ditepi pantai yang masih utuh










Kapal ini sebesar enam fery ke Pulau Pinang,

tersadai ditengah tengah kota Banda Acheh,

dibawa ombak Tsunami. Kata orang orang disini,

dibawah kapal, ada rumah orang bersama

warga yang berkubur dibawah kapal.










Bot yang tedampar begini kira 'ramai'lah di Kota Kuala Muda selepas Tsunami melanda daerah pantai Sungai Petani ni. Di KKM sedang berlangsung majlis perkahwinan, tiba tiba awan(ombak) hitam melanda persekitaran. Tetamu bertempiaran lari,ada yang membawa pinggan nasi sambil berlari. Jangan main main dugaan dariNya ni.





Kami bergerak memasuki perkampungan, sedar sedar sudah hampir tengahari. Di sepanjang perkampungan yang dilanda Tsunami ini , banyak terdirinya khemah dari negara negara Islam, terutama Kuwait dan Malaysia. Saya cukup bangga bila melihat khemah Mercy berada disetiap kampung. Sayangnya saya tak menjadi saorang doktor, hehehe.





Kami ketemu rumah anak anak yatim Darul Aytam ni. Tertulis perkataan dikelola/bantuan dari Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Kami memasuki ke kawasan sekolah, merayau rayau mencari kantor kepala sekolah ini.


Rupanya, ketuanya tiada, yang ada hanya ibu ibu guru yang sedang bertugas. Mereka sambut kehadiran kami, dan diberi taklimat kecil tentang aktiviti Rumah Anak AnakYatim Darul Aytam ni. Hampir keseluruhan anak anak disini adalah yang yatim piatu waktu Tsunami yang lalu.


Satelah menghulurkan bantuan dari kami dan rakan rakan di Malaysia, kami pun mengudur diri, anak anak melambai tangan kepada kami.







Berfoto kenangan bersama ibu ibu guru .


Perjalanan kami teruskan, melihat bencana yang melanda, serta kegigihan warga Acheh membangunkan semula serpiha kehancuran. Kami melewati lebih dari 4 perkuburan besar, dimana mayat hanya dikaut mengguna jentolak lalu di'jatuhkan' kedalam kuburan besar yang sudah dikorek. Tiada lagi mandi jenazahnya sebab kematian melebihi 100,000 warga Acheh.


Salah satu kuburan besar yang terdapat disetiap daerah perkampungan di Banda Acheh.




Dari mulut mamat speda ni, ada ibu yang masih memeluk 3 anak erat, mati bersama , dan mayatnya tidak busuk atau pecah, begitu juga dengan ketiga tiga anak didalam pelukan. Ternyata amalan ibu muda ini begitu kuat.


Dan tidak dinafikan, dihari Natal 25hb itu, disebelah malamnya diadakan sambutan hiburan berhampiran pantai dimana anak anak muda bersosial melebihi batas. tapi, saya tak pasti anak anak Muslim pun turut serta ,atau hanya yang bukan Muslim. Tapi, bencana tak kira agamanya, semua terkena


Saya tak dapat membaca apa difikiran Osman, selesai saja kami menjamu selera di restoran di tengah kota, " Tip, kita balik hari ni jugak" Osman mengejutkan saya.


"La, esok la, kan kita nak tengok keadaan malam disini"


"Tak payah lah, jom kita ke Tour Agent, cek tiket kapal terbang" Lalu diberitahu kepada Mamat Speda Becak Motor untuk mencari tour agency.


Dalam hati saya, minta mintalah tiada kapalterbang. Jumpalah satu agent ni, dia pun membuka pcnya, terus di periksa jadual setiap pesawat yang memasuki Banda Acheh. Lama jugak menunggu, akhirnya.


"Pak, ada jam 3 langsung ke Medan. Bisa Pak?


Saya tak bisa, tapi Osman bisa. Akhirnya kami bayar aje harga tiketnya. Sudah pasti dengan tiketnya, baru Osman ceritakan isi hatinya.


"Tak boleh Tip, ake gerun nak bermalam disini, silap silapnya datang Tsunami kedua, kemana kita nak lari....."


Dengan berat hati, terus ke Bandara, sebab jam ditangan sudah menunjukkan jam 1 lebih.


Tak pe lah, ada jugak kebenaran kata kata Osman ni.

Kami naik AdamAir milik Bapak Gusdur, rakan baik Bapak Gusdir ni. Gusdir? Dr M la.

Sedang menapak, saya tersedar, ruapnya saya bersaing dengan Tengku Adnan pulak, orang kuat DK&S ni, heeee, boringla!! Kena jalan laju meninggalkan puak ni. Maaf ya Bapak Adnan.






Berjalan kaki ke pesawat, sambil mencuri ambil gambar diatas.

Tiba di Medan sejam kemudian. Semua macam mimpi. Itulah , ada kalanya kita rasa kita kuat melihat bencana musibah yang melanda, adakalanya, kita jadi gerun dan terasa kekerdilan diri bila melihat berpuluh kuburan besar yang terdapat disekitar kita, belum lagi melihat mayat bergelimpangan tidak terurus di keliling kita.

Sepertimana di Banda Acheh, di daerah Sungai Petani, khususnya, di daerah Kota Kuala Muda,ada yang hampir menjadi gila, gara gara melihat ombak hitam yang mengejar mereka , sambil melarikan diri ke daratan.

Allah Maha Besar.

Latiff Hariri
1802 14062010
Sungai Petani

Sunday, 6 June 2010

Satu Perkahwinan 12 Sahabat

Anak anak kita dah datang

Sms terawal memasuki HP saya jam 0655
Datangnya dari Rosli memberitahu ketidakhadiran beliau di majlis Faridah nanti, atas sebab kematian keluarga terdekat.

Kedua dari Haniza yang sudah bertolak seawal jam 0830 , dari Bangi. Wah! Ni mesti yang pertama tiba ni. Saya pulak secara santai bersiap, masih berkira nak sampai awal atau lewat, kereta dah penuh dengan bantal dan toto.

Jam 1030 baru kami bergerak, itu pun ke Pinahg Tunggal sarapan, dalam jam 1110 baru masuk Plus. jalan masih sesak dengan cuti sekolahnya. Sebelum tu, seawal jam 0800 saya pun ada sms kpd Asri, tapi tiada balasan. Jam 1140 baru Asri talipon mengatakan beliau lewat bertolak. Kami tak 'rushing' pun, sebab pasti kami yang kedua akan tiba, walaupun Asri dah beritahu yang Zul baru melepasi Tapah R&R.

Kan saya kata, dari selatan sesak, kami dari utara boleh berlumba lagi.

Tepat 1220 kami di perkarangan rumah Faridah. Hebat!! 6 khemah bertema warna merah dan putih. Hidangan lauk enam jenis, self service lagi. Kira main kaut sendiri selagi termampu makan. Semuanya masakan Faridah dan abang Man sekeluarga. Saya tengok pasangan ni, ceria serta wajah 'keletihan;, walaupun tetamu baru mula sampai. Bukan apa, tak boleh nak bayangkan, merekalah tukang masak, mereka lah tukang sambut menantu dan tetamu.


Dialah segala galanya, tukang masak pun dia, sambut tetamu pun dia, kemas meja pun dia. Mana kawan kawan yang janji nak mai pagi tolong Faridah ni?

Masuk je kedalam khemah mencari kawan kawan, tak sempat nak tegur dulu, dia sebut nama kami dulu, siap beritahu ,ini mnitor yang selalu round dengan pembaris ditangan menjaga kelas,kununnyalah. Saya dah lupa dah semua tu makcik oi.....

Ini pasangan yang terawal tiba, foto dicurirakam, sebab tak nak ganggu mrk menjamu selera



Masih sempat teleng mata kat kamera Tuan Tanah, eh, Tuan Rumah ni

Tengok orang kuat Faridah ni, Abang Man, letih tu, tapi semangat!


Dah rancak bercerita sepanjang zaman persekolah masing masing. Dah pekena nasi, baru semangat nak bergebang

Jadi saya dan Roziah rakan kedua dan ketiga yang sampai, diikuti dengan Zul sekeluarga. Kami tak berganjak dari meja dan Zul pun datang duduk bersama selepas beliau selesai menjamu selera. Senyum dan ketawa aje sepanjang perbualan.


Sekali tengok memang Zul, kalau dia mengaku dia adik Bakri Omar pun saya percaya.



Dah mula dah menghoyat cerita terkini masing masing

" Tu, Niza, tip, Amran tu kat sana pakai songkok tu, macam Tok Kadhi tu ." Sambil Zul menunding jari ke arah sudut meja. Saya belum pernah bersua dengan Amran.
Amran melambai tangan tanda dah nampak kami.

Ya lah, Amran ada tokoh saorang Tok Khadi.

Kan dah berderai ketawa.

Haa, perkenalkan, isteri kepada Tuan Zul kita,



Keenam hadir,Rosmah Pandak dan abangnya, berderai lagi ketawa, diikuti pulak Ghafar tamu ketujuh.





Perlu saya perkenalkan ke? Niza,Zul, Amran, Rosmah dan Roziah





Berkenalan dengan isteri Amran


Saya dan abang Najib ketepi, bila perbualan rakan rakan lain lebih kepada kisah lama, remaja di SMDA. Kami gebang pasal kerja dan masaalah dunia.



Rupanya Manan tersesat, saya tak sedar Hp saya bergetar, rancak bercerita dgn suami Niza Menapak kearah jalan besar, mencari Manan, tapi Asri yang jumpa dulu. Saya sangkakan mereka ke Majlis kawin di lrng sebelah, tapi, takkan mereka tak tahu membezakan khemah yang terjurai dua batang pokok pisang serta bunga melati bergayut, dengan majlis kahwin orang kita. Hehehe.

Rupanya ada lagi 2 majlis perkahwinan berdekatan, patutlah pun. Mengiringi Asri suami isteri serta anak beliau, Manan , solo pun sampai. Alasan, orang rumahnya ada majlis lain di Lenggong. Mereka berdua ni kawan kelapn dan kesembilan yang hadir.
Berderai ketawa setiap kali bersua muka. Meja tu dah jadi milik group kita pulak.
Amran, Ghafar, Latiff, Zul dan abang Najib.

Mengapit Asri dan Manan yang baru nak mulakan makan makan


Normah Ghly, ada yang tak kenal ?

Yang perempuannya duduk di sebelah sana. Tapi, masih sempat menyakat dan bertanya khabar. Saya tersedar kehadiran Azizi, senior kita , bila beliau bersalaman dengan suami Haniza, rakan sekerja ni. Baru saya tahu, si Sorala bersama abang Mazlan, pun dah tiba. Azizi abang kepada Sorala.


Saya terperasan, Mak Umi, emak Shaiful dan anak Kak Lin pun ada, terus bersalaman dan bertanya khabar. Shaiful hanya menghantar wakil, isteri dan anak anak beliau. Oklah tu.



Haaa, sakat lagi, sesekali jumpa , apa salahnya


Macam waktu sekolah dulu, berpeluk bahu kira biasalah sesama kita ni


Sedar sedar tinggal saya, Asri, Manan dan Sorala bila jam dah menghampiri 1600.

Apa lagi nak buat, semua dah beransur pulang, tak katalah, jauh jauh pun. Keputusan saya buat, batalkan niat bermalam di Ipoh, tapi berkonvoi dengan Manan dan Asri ke Lenggong menjenguk saorang lagi rakan kita ni, yang saya tak jumpa lebih 38 tahun, dan Roziah pun selepas tamat darjah 6, 1976.

Berkonvoi 3 kereta balik Lenggong


Khemah dah siap terpasang di kg Chepor ni,tapi pengantinnya bertandang esk 06062010.
Besalaman dengan saudara mara beliau, si Asri tak beritahu kepada tuan rumah,sekadar menanya pengantin ada dimana. Sudah pasti jawapannya, pengantin di rumah mempelai perempuan di Gelok, sebab hari ni majlis disana, di Chepor sambutannya Ahad.

Rupanya Asri dah nampak kawan kita sorang ni.

" Tak pe , tak pe, kita duduk dulu, tengok dia perasan tak kita datang ." Asri mula pasang strateginya.

Kami duduk dikerusi yang tersedia sambil memakan sepinggan kueh yang sedia terletak diatas meja. Kawan kita ni sedang sibuk bersalaman dengan saudara mara yg mula beredar, selesai bertandang awal sepertimana kami jugak.

" Dia dah persaan , dia dah perasan, tengok, dia datang kat kita tak ?"

Sudah tentu dia perasan.

" Aku kenal kau Asri, kepala kau tu......"
Ketawa semeja.

" Manan, aku ingat lagi, tapi Latiff? Susah lah, saya tak bleh nak ingat, tapi tengok muka selalu dalam blog, kira boleh cam lah." Samad memulakan bicara.


Saya setuju, saya sendiri pun tak ingat dah, walaupun foto darjah 6 ada dalam simpanan, untuk saya mengingati setiap rakan kelas darjah 2, adalah mustahil.


Sempat pulak si Hamdan mengayat si Samad ni.

" Roziah saya ingatlah, rambut tocang dua, serta runner."

Terus terang saya katakan ,memang berbaloi dapat berjumpa Samad,bukan senang ni, dia di Sabah, kita diSemenanjung. Kami berpisah dalam jam 1845 petang. Asri mengadap Ayahanda Bondanya. Saya menuju kerumah Manan untuk mandi dan kemaskan diri sebelum pulang ke SP.
Ha, foto selepas 38 tahun ni
Satu untuk 5 rakan SRJK/SMDA

Samad kata, bila tengok blog ni dengan kayuhan basikal saya tempohari, dia jadi rindu nak balik, tapi, apakan daya, dah kerja begitu



Melenggang macam Aziz Sattar, S Shamsudin dan P Ramlee. Senang hatilah katakan.

Kami berpisah dengan Samad jam 1840 petang, mengekori Manan yang membuat 'lap' didepan simpang empat Kota Tampan, ingatkan dia nak singgah rumah kawan lagi, rupanya nak beli asap. Kurang asam sungguh, sia sia saya 'lap' sama. Hahaha

Saya sekeluarga mengekori Manan kerumah beliau. Mandi dan Maghrib dahulu, baru terasa segar badan. Selesai semua kami dijamu kueteow goreng pulak, sampai 3 kali tambah, anak teruna saya ni



Bergerak meninggallkan Lenggong jam 2030 malam,melewati Sumpitan. Kununnya mahu ke Taiping sambung makan makan, tapi, setibanya di Taiping pun dah melewati jam 2145, kesemua Medan Selera penuh, jadi saya teruskan perjalanan melewati Aulong. Kami gunakan jalan lama, dan berhenti di Simpang Kuala Gula,pekena tomyam panas dahulu.

Hanya di tol Nibong Tebal ,baru saya memasuki Plus, dan tiba di rumah tepat jam 0000 06062010 .

Tidur lena malam tadi, tapi, tetap bangun awal, kepasar lepak lepak dengan peniaga pasar tani. Jam 0945 si Ismail Talib bertanya khabar, beliau dalam perjalanan dariMuar ke Gerik hadiri majlis perkahwinan anak buah beliau. Diikuti oleh Asri, yan terus bertanya.

" Cempedak ada tak? Pekena cempedak goreng minum petang memang best tu "

Mai SP ajelah!! Hahaha


Latiff Hariri
2200 06062010
Sungai Petani

@@@@

070610 - Maaf, terlupa nak tanya nama suami Haniza dan Sorala, kita main main tanya kawan kawan, katanya Najib dan Mazlan. Ni terlewat kerana tak lengkap rasanya menulis tanpa memberitahu nama rakan rakan kita ni.

0645ptg, talipon Faridah, tau tak dia dimana? Di atas lori menghantar barang barang kenduri balik ke Taiping!! SUPERWOMAN apa dia ni?!

Saturday, 5 June 2010

JUMPA DAN JUMPA LAGI

Satu yang saya suka kawan sekolah yang sorang ni ialah, setiap kali dia bertandang ke utara, dia pasti talipon saya memberitahu kehadirannya. Petang Khamis tu, dia talipon lagi. Jadi saya pun tahu tugas saya.

@@@@@
Khutbah yang disampai Khatib dipetang Jumaat 4 Jun masih berkisar soal ekonomi,Israel dan Apco PDRM serta rasuah. Memang setiap Jumaat di Masjid Kubang Buaya ni, Khatibnya bertukar tukar. Yang kali ini agak lembut perwatakannya, tapi maksudnya mendalam. Diakhir khutbah,kami diminta berhimpun selesai Solat untuk Perhimpunan membantah kekejaman Israel.

Maka ramailah jugak anak anak muda dr PDRM yang mengawal keadaan. Kebelakangan ini, terlalu ramai anak teruna/dara dari PDRM yang terpacak disetiap simpang srategik memerhati orang ramai. Kesian dan lucu pun ada bila melihat mereka ini, sebab, umur rata rata baya anak anak kita, muka masih bersih, cerdik cerdik terpandai. Kesian, sebab ditengah panas mereka bekerja.

" Oit, Tip, pasal tak ikut demo depan Masjid? "

" Tak sempat bang, karang lewat pulak. Yang abang lewat masuk kereta ni apasal? Demo jugak? " Saya pulak menyoal abang Nal.

" Tak mau lah demo, nanti masuk paper Harakah, aku tak mau, paper Utusan Ok lah."
Sempat lagi menjawab tu.


@@@@@@@@

Jam 1655 baru saya dapat meninggalkan pejabat, terus ke pejabat Badrul Hisham di Seberang Jaya. Kami memecut ke Nibong Tebal guna laluan Plus. Jangkaan saya silap, walau pun awal, jalan dah mula sesak gara gara cuti sekolah sudah bermula. Hanya tiba di perkarangan Pusat Latihan MARA jam 1830 ptg.

Selesai bersalaman dan bertanya khabar , kami bertiga terus ke Parit Buntar. Rakan saya ni nak balik ke Melaka dengan bas jam 1030 malam,kira awal lagilah.

Hampir jam 1900 baru dapat parkir kereta di perhentian bas Parit Buntar. sementara menanti, kami minum minum dulu




Tengah sibuk menggoreng Char Kue Teow yang kami pesan, 3 pinggan. Tak lah lapar sangat, lebih kepada nak rasa airtangan masakan kawan kawan bujang ni.


Masih berasap

Nazir dan Mat Salleh


Itulah kisahnya.Mat Salleh bertandang ke Nibong Tebal, seperti biasa, berkursus sebagai saorang guru. Nazir pulak tukang masaknya. Nazir berniaga di foodcourt stesen bas Parit Buntar. Mereka berdua ni dari kelas Rancangan Khas bermula dari Tingkatan 1-5 . Jadi mereka adalah pelajar import yang cemerlang, dibawa masuk ke King Edward.


Wajah wajah ceria kawan kawan lama

Yang ini fotonya cerah sikit





Kami berpisah jam 2030, selepas solat Maghrib. Jalan sesak sepanjang perjalanan ke arah Utara. Moga Mat Salleh selamat tiba di Melaka.

Saya mula rapat dengan Mat Salleh di awal tahun 2003-4 rasanya. Semasa mula berpindah ke SP, ada saya mencari beliau disini, tetapi diberitahu majikan beliau yang dia dah berpindah ke Kelantan. Bila pertama kali menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu, beliaulah yang mengatur kereta sewa pandu sendiri untuk kegunaan saya, dan seterusnya , boleh dikatakan kerap saya mencari Mat Salleh setiap kali ke KK.

Kini dah bertugas di Semenanjung semula, dan dah berkampung di Melaka. Jadi orang Melakalah nampaknya .

Badrul dan Nazir memang selalu berjumpa, sekurang kurangnya, Nazir setahun sekali mesti ketemu. Badrul jangan ceritalah, nak jumpa dia senang sangat sangat, tak kat Mahkamah Butterworth, kat pejabat dia ajelah.

Kita jumpa lagi!

Latiff Hariri
0932 06062010
Sungai Petani