Bee Gees

Monday, 16 August 2010

Syabas!! Gaji Pertama Anda!















Bila kita menjangkau keusia ini, ada kah diantara kita sudah mula merasai gaji pertama anak anak kita? Saya pasti ada rakan rakan yang sudah mula menuai hasil
dari anak anak . Mungkin tidak sebanyak mana, tetapi penat lelah mendidik, menjaga dan berkorban akhirnya, terbayar dengan pemberian kecil dari anak anak ni.

Ingat bila gaji pertama anda? Tahun berapa dan berapa jumlah gajinya? Ada yang memulakan kerja seawal umur 17 tahun? Ya, sebaik tamatnya SPM ? Kerja main main?
Tak kisahlah, janji kerja.

Ini catatan kerja saya, yang saya mulakan seawal tahu 1978, percaya tak? Tak perlu
saya ceritakan kerja apa yang saya buat, tapi gaji hariannya RM20 sehari. Besar waktu tu, dan 50% saya serahkan kepada emak. Hm, masa tu, nak buat apa duit banyak banyak ni? Kerja hanya dilakukan pada cuti sekolah sahaja.

Seterusnya sesudah SPM, saya kerja main main di A&W Imbi Plaza selama hampir 4 bulan, sebelum saya mulakan karier 'betul betul' saya semasa umur saya mencecah 17 tahun 11 bulan dan 28 hari. Belum 18 tu!

Berapa gaji masa tu? Hm, bolehlah hidup membujang, bayar bil letrik, air dan kadang kadang bil talipon rumah MakCak, sebagai bayaran bulanan sewa bilik bujang masa tu. Ditolak kos pengangkutan bas mini berjumlah RM1.00 sehari. Masa tu, tak menjadi masaalah sangat. Saya boleh berjalan kaki dari Lebuh Ampang hingga ke Jalan Pasar, melepasi Pudu Jail, semata mata nak jimatkan perbelanjaan. Gaji teramat 'ciput',
tapi, boleh lah , yang penting tak menyusahkan emak bapak dan orang disekeliling.

Ada yang bertanya saya, terutamanya, angkatan muda sekarang ni, tentang berapakah sumbangan bulanan saya kepada Emak dan Bapak sepanjang saya bekerja hingga kini? Kebanyakan adik adik ini, ya lah, lelaki. Mereka tidak pasti sebanyak mana sumbangan yang patut mereka kirimkan kepada keluarga di kampung.

Jawapan saya mudah, 10% dari pendapatan bersih anda. Jadi, kalau gaji kasar RM1000.00 , dicampur purata OT RM200 , ditolak Perkeso dan KWSP, jumlah bersihnya RM1060.00, maka dikirimkan RM106.00 kepada Emak dan Bapak di kampung. Ya lah, mestilah bujang lagi, kalau dah kawin , gaji banyak tu mana nak cukup tanggung anak bini. Tapi, saya pasti , kalau dah kawin pun, zaman sekarang ni, ramai yang isterinya berkarier jugak. Emak Bapak pasti mengerti sekiranya anak bergaji kecil dan tidak mampu mengirim setiap bulan.

Tapi, bagaimana, kalau yang bujang, gajinya mencecah RM2000 keatas? Adakah memadai mereka mengirim RM200 sebulan ke kampung. Saya kira, memadai, tapi tertakluk kepada taraf ekonomi kerluarga mereka di kampung. Saya pasti , yang bergaji besar melebihi itu, sudah tentu keinginan untuk berkereta, untuk bergaya , melebihi rakan rakan yang
bergaji purata RM1000 sebulan.

Ada jugak rakan rakan bujang yang pendapatan mereka melebihi RM4000, tetapi kiriman hanya 5% sahaja kepada orang tuanya. Saya kira, tak patut!

Peratusannya, 10% ini saya kira dari pengalaman saya sepanjang 28 tahun bekerja makan gaji ni. Saya tak pasti dengan rakan rakan , atau adik beradik yang lain. Masing masing ada kos tersembunyi masing masing. Tapi, kalau nak di kira, semasa gaji pertama saya, saya mengirim hampir 14% dari gaji pokok saya kepada Emak/Bapak , berbanding dengan sekarang yang saya padankan 10% itu. Ikut situasilah.

Adik nakal ni pernah bertanya, " Bang , kalau gaji saya RM400,000.00 sebulan, berapa saya nak kirimkan?"

OOOO, nak menyakat saya ni. Macam ni..

"RM40,000.00 kirim kat Emak Bapak, RM40,000.00 derma kat ketua ketua bahagian cawangan parti, sebab hang bendahari Cawangan Sungai Dua. Baki tu, simpan aje untuk ditaburkan masa pilihanraya. Hang biasalah, Pengerusi Syarikat milik kroni tu! Patutlah tak pernah untung Syarikat hang, gaji hang sebagai CEO aje melebihi RM5.1 juta setahun!!"

Siap kena luku kepala lagi adik sorang ni. Orang serius, dia main main pulak!

Syabas kepada 'dia' yang kununnya membekalkan air kepada rakyat Selangor tu!


Latiff Hariri
0719 16082010
Sungai Petani

Friday, 13 August 2010

Pesan Bapak




















Pada usia remaja , saya amat berminat dengan kerjaya Askar/Tentera. Pernah saya 'berperang' besar dengan emak gara gara mahu menyertai bidang tentera. Saya beranggapan emak tidak menggemari Askar kerana ada dua adik emak yang berkerjaya tersebut, mungkin apa yang dilihat emak terhadap kedua adik adiknya ini, menjadi emak begitu berkeras menghalang niat saya. Tapi, ini cerita lamalah. Masa tu fikiran memang cetek.

Tetapi sebagai remaja, memang teruja bila melihat pakaian seragam tentera , dan semangat setiakawan yang ditanam didalam dada anggota tentera ni. Minat saya berkubur begitu sahaja bila tamat Tingkatan 5.

Apa yang saya tulis ini tiada kena mengena dengan rakan rakan, pakcik pakcik atau ipar duai , sanak saudara yang berkhidmat didalam Tentera dan "Kepolisian' , mahupun apa jua jawatan yang berkaitan dengan keselamatan Negara. Lebih kepada nasihat arwah Bapak saya, yang tidak mahu anak anaknya berkhidmat didalam dua bidang diatas.

Bapak pernah berkata," kalau boleh elaklah bekerja didalam jabatan Kerajaan terutamanya yang berpakaian seragam."

" Mengapa Bapak? Bukankah Bapak bekerja dengan Kerajaan dan salahkan berjuang untuk Negara?" Itu soalan dalam hati saya.

" Banyak yang tak betul dalam pentadbiran didalam Kerajaan ni. Rasuah berleluasa "
Bapak memulakan kisahnya.

Ya , saya setuju, memang payah bagi Bapak bekerja didalam Pejabat Tanah ini. Terlalu banyak dugaan . Selain dari orang ramai, orang orang didalam pun merupakan 'api didalam sekam' , membakar sedikit demi sedikit keikhlasan warga yang jujur. Yang berkepentingan serta pandai 'berkolek' akan hanyut dengan kemewahan. Yang jujur,kira ajelah berapa hari yang tinggal untuk persaraan. Itu Pejabat Tanah tempat Bapak bekerja.

Yang saya nak cerita, tentang jawatan berpakaian seragam.

Saya tidaklah anti sangat, lebih kepada ingatan arwah Bapak, sempena 26 tahun pemergian 13 Ogos 1984.

"Bila berkuasa dan berpakaian seragam, kita akan terlupa bahawa tugas adalah amanah dariNya. Bila warga melakukan kesilapan , kita dengan senangnya menangkap atau menjatuhkan hukuman gara gara kita berkuasa dan ramai. Serta atas arahan orang atas, yang rata ratanya mengamalkan rasuah dan kaki bodek"

Bukan hanya dua jabatan yang saya sebutkan ini, bahkan Majlis Kerajaan Tempatan pun ada yang berpakaian seragam. JPJ dan Imigresen pun.

Dari 13 anak anak Bapak, hanya 2 yang bekerja Kerajaan. Itupun sebagai Pendidik. Yang lagi 11:- swasta dan kerja sendiri.

Kerja apa pun ok bagi saya, yang penting 'nawaitu'nya.

Alfatihah untuk Bapak.


Latiff Hariri
1437 130810
Shah Alam

Thursday, 12 August 2010

TIGO GUNUANG - A HUMANITARIAN TRAGEDY

Ini catatan bersama, saya dan Rahman, pada hari ke empat puloh, selepas kejadian gempa bumi di Padang, bersamaan 9 November 2009. Didalam blog saya, sudah dimuatkan oleh Izzuddin lewat email, tanpa foto pada 15 November 2009. Kira tragedi ni selepas Idul Fitri 2009 .

Tulisan bersama, dipetik dari Time in a Bottle.











PROLOGUE

This is not my entry per se; meaning I did not write the entry. But it is definitely of interest for me and I am reasonably sure to many too. And I have posted the same entry at my rahmanhariri.fotopages.com - practically the same exact word, but that entry is dotted with more graphic pics of a humanitarian tragedy. If you want to see more pictures, please go to that site. The link is also on the side bar of this blog.

My brother Aboy and his friends Wan and Hafis went to Padang on the 9th Nov (or 40th day since earthquake hit Padang). Basically it was humanitarian mission albeit on a very small and personal scale, with many boxes of old but usable clothes and of course cash that hehad gotten from friends and relatives - anybody actually who is sympathethic to the plight of their own kind and brothers.

If you were to ask me during the Acheh tsunami, I had always thought that the main reason the mosques had stayed intact in many places in Acheh, when most other buildings surrounding it were in total annihilation, was that it was made of concrete and that they were better built than the others.

But I could not explained what happened in Padang. As pointed out by Aboy below, the earthquakes was centered at least 50 km from Padang, but the way Padang was destroyed was way beyond what our eyes could perceive. Some buildings were left untouched, some were in total ruins. I am not sure if you could explain it from the plate movement of the earth beneath.

All the pics were taken by Wan and Hafis.

Here by I post his entry with minor changes for clarity. OK Aboy, take over from here.

Tigo Gunuang jadi makam besar

Perjalanan dari Padang ke Lubok Laweh mengambil masa 2 1/2 jam. Kami tiba jam 1245 wib. Ada dua laluan, satu melalui Sicincin kearah Bukit Tinggi, satu lagi melalui Pariaman. Kami guna laluan Sicincin.















Sicincin ni kira pekanlah jugak, tapi kena lalui kampung Tandikat, sebelum masuk kearah gunung dan hanya ada laluan satu lorong jalan jenis simen blok.















Kampung ni juga dikenali Tigo Gunung, sebab ada 3 gunung keliling, dibahagi kepada 3 dusun. Lubok Laweh, Cumanak dan Palo Koto (Kepala Kota).Terletak dilembah gunung sebab ada sungai mengalir melepasi ketiga kampung.

Here are the actual photos before they were combined using photoshop by Akmal.

Lubok Laweh 132 kematian, 51 dibawa keluar, yang baki tertanam hidup2 Cumanak 76 kematian, Palo Koto 32. Digunung sebelah kiri tu agak mistik sebab ada penemuan barang2 mistik spt bantal, lesung etc. katanya tempat bunian.














Caption: Hampir jadi padang Jarak padang tekukur di sini. Di lopak air tu bekas masjid yang dah hapusada gerai kopi sebelah kiri, semua di gerai mati, hanya nampak gerai aje. Bendera putih tu tapak kubur lama.















Direkahan sebelah gunung tu, tempat rumah pengantin yg sedang pesta, emak pengantin didapur mati, sementara pengantin dpt diselamatkan, Dihujung atas ada sebuah rumah yg masih tersangkut , hanya boleh dilalui dgn heli masa kejadian.















The house is hanging precariously.

Nofaldi 28 tahun, dimasa kejadian katanya sedang tidur dirumah, dia lari keluar rumah masa gempa pertama, jerit emak dan adik 23thn, dan 2 keponakan yg baru 2-3 hari balik dari Jakarta bercuti di tanah Minang. Tanah waktu itu beralun, ada yang terangkat keatas dan kebawah, dan dia dpt lihat gunung yg kami berfoto itu bergerak kebawah sebelum menghempas kampung. Semua pokok karet (getah).

Selepas kejadian, dia merayau cari emak, tapi ada org kampung kata emak dia bawa cucu2 dan adik ke kedai. Hingga kini tak berjumpa. Sedangkan abang ipar dan kakak naik motor keliling kampung, hanya jumpa mayat, tapi motor hilang.















Caption: Nofaldi sedang diinterview team Padang.

Kami jumpa khemah Mercy dan Amal Malaysia. Mereka agak aktif, termasuk yang antarabangsa. Mengikut infonya, ramai NGO antarabangsa cuba ubah Aqidah anak2 di sekolah kpd Kristian.

Kalau NGO Muslim beri 1 gula2 kepada anak2, mrk beri 4!!

Secara keseluruhan , tak se-ngeri Acheh, tapi, trauma kepada yang hidup, masih ada yang berkhemah dihalaman rumah, dan masih ada gempa kecil. Sepanjang 2 mlm di Padang, kami tak rasa gempa .

Jarak pusat gempa is 50 km di Laut Pariaman, and Pariaman ke Padang is another 50km atau lebih, tapi mengapa Hotel Ambachang and sekitarnya menjadi sasaran utama, selain dari perkampungan Tigo Gunuang (kena ikut telo minang) Mssjid yang sentiasa di imarrahkan terselemat dr kejadian, yang sentiasa berkunchi, dikuburkan.















Hotel Hang Tuah, still kukuh, I rasa sebab owner muslim n dia tak benarkan pasangan bukan muhrim menginap, sedangkan hotel yg 4 atau 5 bintang, tahu tahu ajelah. Hotel Rocky di Jln Permindo, pun tutup.

Spt baca dlm harakah, Jln Dipenogoro yg kelam setiap mlm n dipenuhi waria, kini sepi.......















(Caption: The five star 'solid' Hotel Ambacang runtuh)

Yang kagumnya, mengapa ada yang terpilih dari Allah, hotel Ambacang dan sekitar, hancur, tapi kem tentera bangunan lama didepan mereka, steady aje. Begitu juga Kompleks Matahari, Ramayana, rusak teruk sdgkan toko2 disepanjang jalan tu tak runtuh pun.















Masjid di pergunungan, yang aktif dan penuh aktivity keugamaan, selamat, sedangkan yang sentiasa berkunci atau orang jarang solat berjemaah, hancur lebur.















Team ke Padang bergambar ramai - Hafiz, Aboy, Kak Yus, Wan and Pak Supir.

Air Asia - Memang appreciate dgn tambang kos murahnya, dan beri tiket percuma 3 hari lepas gempa. Tapi dari komen2 NGOs yang gunakan pkhidmatan Air Asia, mereka tak kompromi dari segi berat bagasi kpd kakitangan NGOs. Jadi, kos agak mahal bagi NGOs nak bawa masuk makan melebihi 15kg (RM10) 25kg RM55.00.

Sebaiknya, kos bagasi NGOs di beri diskaun sebab kerja2 amal. Group Amal paling aktif pada mata I, kira turun naik kapalterbang , mesti ada orang2 mereka silih berganti.

Tuesday, 10 August 2010

Fasting For The First Time - 1993




















.Noor Aqilah Janaton, six.

" My mother said, when she was five, she fasted for 30 days. I fasted too.I fasted till four o'clock. Fasting makes me lose weight and I will look pretty on Hari Raya for Acu (youngest aunt and greatest rival) to see". Komen Aqilah didalam Sunday Star bertarikh 21 March 1993

Secara rasminya, saya mula berpuasa pada usia 7 tahun. Di Lenggong, rumah kat Simpang Pokok Jerai tu. Tapi, yes, saya mengaku, ada kalanya minum air kolah bila tak disedari oleh keluarga. Pernah jugak abang/kakak menyerkap-jarang, kata saya tak puasa. (Ish macam mana mereka tahu ni?)

Ini kisah kenakalan waktu anak anak dulu.

Remaja? Hmmm, mungkin ada kut? Tapi tak ingat dah.

Puasa pertama 2010 ni di rumah sahaja. Rencananya, selepas berbuka puasa pada hari Khamis 12 Ogos, kami bertiga akan bergerak ke Kuala Lumpur untuk bersahur dengan anak anak di sana. Jumaat di Shah Alam dan berbuka di dalam Uitm.

Sabtu 14 Ogos, malam minggu , skiranya di izinkan Nya, kami akan berbuka beramai ramai di Hotel Uitm, bersama rakan rakan, keluarga serta 3 tetamu istimewa jemputan Keluarga Hariri, iaitu mantan guru guru kesayangan kita semua. Insyaallah, ketiga tiga tamu sudah memberi 'green light' untuk hadir.

Ada rakan rakan yang mahu turut serta?


Latiff Hariri
2155 11082010
Sungai Petani

Sunday, 8 August 2010

Hari Keluarga Sembilan Generasi Datuk Jenaton Paling Bermakna - (Dipetik dr MStar Online) 3 Ogos 2010

Hari Keluarga Sembilan Generasi Datuk Jenaton Paling Bermakna

Oleh IZRA ABD RAHMAN

JIKA dua tahun lepas seluruh ahli keluarga Datuk Jenaton memilih untuk berhimpun di Pulau Pinang, tahun 2010 mereka semua sepakat memilih Putrajaya pula untuk bertemu buat sekalian kalinya.

Perhimpunan keluarga yang diadakan setiap dua tahun ini diadakan secara besar-besaran dan menjadi acara wajib dalam kalendar keluarga Jenaton.

Kali pertama, Hari Keluarga Datuk Jenaton diadakan di Ipoh pada tahun 2002 dengan penyertaan seramai 1,500 orang.

Pada tahun 2004 diadakan pula acara ini buat kali kedua di Taiping, Perak, sebelum majlis diadakan di Kepong pula, pada 2006.

Pada Disember 2008, berlangsung Simposium Datuk Jenaton : Salasilah dan Keturunannya dalam sejarah Minangkabau, Batu Bara dan Pulau Pinang/Kedah yang diadakan di Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang.
Sebahagian daripada ahli keluarga keturunan Jenaton tidak melepaskan peluang mengambil gambar kenangan ketika majlis berlangsung.












Tahun ini, pada tanggal 31 Julai pula menyaksikan keluarga besar ini mencatat sejarahnya sendiri apabila generasi kelima hingga generasi kesembilan keturunan Jenaton berhimpun, seterusnya berkenal-kenalan sesama sendiri di bawah satu bumbung.

Presiden Keluarga Datuk Jenaton, Rahmah Aziz yang turut hadir pada Hari Keluarga Datuk Jenaton 2010 berkata matlamat utama majlis ini dianjurkan tidak lain dan tidak bukan untuk mengeratkan lagi ikatan persaudaraan di antara seluruh ahli keluarga Jenaton.

"Keluarga kami besar. Ada di antara kami yang tidak kenal antara satu sama lain, dengan adanya majlis seperti inilah mereka berpeluang bersua-muka dan berkenal-kenalan dengan sanak-saudara sama ada yang jauh atau yang dekat.

"Selama ini ada yang kenal sebagai kawan, tetapi bila datang ke majlis hari ini barulah mereka dapat tahu yang mereka sebenarnya bersaudara dan datang dari keuturunan yang sama," kata Rahmah yang merupakan generasi keenam Jenaton.
Sesi melihat salasilah keluarga menjadi sesi yang menarik perhatian ramai.













Hari Keluarga Datuk Jenaton kali ke-lima ini juga menjadi lebih istimewa dan bermakna berbanding penganjuran sebelum ini apabila mereka menerima kunjungan keturunan Jenaton dari seluruh rantau, termasuklah dari Malaysia, Singapura, Brunei dan Sumatera, Indonesia.

Menjadikan majlis ini lebih berseri apabila seramai 50 ahli Cawangan Batu Bara, Indonesia yang diketuai Bupati Batu Bara, Bapak OK Arya Dzulkarnain yang sanggup terbang jauh dari Sumatera bagi memeriahkan majlis.

"Kita sangat berbesar hati apabila rombongan Bapak OK Arya seramai 35 orang sudi datang ke Malaysia untuk majlis ini.

"Rombongan mereka bukan sekadar memenuhi undangan, tetapi mereka turut membawa kumpulan penari khas untuk membuat persembahan di hadapan seluruh ahli keluarga Datuk Jenaton," katanya.

Menurut Rahmah, usaha menjejaki ahli keluarga dari jurai keturunan Jenaton di Indonesia dimulakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini dengan kunjungan ke daerah Padang dan kemudian ke Sumatera.

"Mula-mula kami membuat kajian salasilah. Bila kami sudah mengesan dan mengenal pasti mereka, barulah kami pergi melawat mereka di sana," katanya.

Berdasarkan nama-nama ahli yang dikumpul dalam salasilah, dianggarkan seramai 6,000 keturunan keluarga Jenaton terlebih dahulu menjejakkan kaki di Pulau Pinang sebelum kedatangan Inggeris.

Menurut sejarah, keturunan ini berasal dari Pagar Ruyong dan Bukit Tinggi, Indonesia.

Jenaton merupakan seorang anak raja yang membawa diri ke Batu Bara, Sumatera, sebelum berhijrah ke Pulau Pinang.

"Sebelum beliau melarikan diri, beliau dikatakan telah berkahwin dengan Ambun Suri, tetapi tidak mempunyai anak. Di Batu Bara dan Pualau Pinang, beliau turut berkahwin dan daripada dua perkahwinan itulah wujudnya keturunan Jenaton," katanya.

Pada majlis ini, seramai 500 ahli keluarga berjaya dikumpul dan jumlah itu merupakan satu jumlah yang amat memberangsangkan.

Jemputan dibuat menerusi kiriman email, pesanan ringkas (sms), telefon dan hebahan melalui suratkhabar.

Selain berpeluang beramah-mesra selama lebih dari setengah hari, mereka yang menghadiri majlis juga berpeluang bertukar-tukar nombor telefon, seterusnya menjalinkan hubungan yang lebih akrab untuk mengukuhkan talian persaudaraan.

Beberapa aktiviti turut diatur seperti persembahan Tarian Melayu dari Dewan Kesenian Batu Bara, Indonesia, cabutan nombor bertuah, bazar jualan dan sebagainya.
AJK Ahli keluarga Datuk Jenaton ketika membuat persembahan.















Bapak OK Arya Gembira Di Malaysia

BAPAK OK Arya Dzulkarnain, salah seorang daripada generasi keenam Jenaton yang datang dari Batu Bara, Indonesia melahirkan kegembiraannya apabila dapat berkumpul bersama-sama dengan ahli keluarga lain dalam majlis yang julung-julung kali diadakan ini.
Bapak OK Arya bersama isteri turut hadir memeriahkan majlis.





















"Ini merupakan kali pertama saya ke sini dan berhimpun dalam keluarga besar Jenaton. Semestinya saya berasa amat senang sekali.

"Saya turut berbangga apabila mengetahui ramai ahli keluarga saya mempunyai pekerjaan yang baik dan memegang pangkat yang bagus di Malaysia," katanya.

Arya, yang datang selama tiga hari ke Kuala Lumpur berkata kunjungan rombongannya ke Malaysia tidak sekadar untuk mengeratkan silaturrahim, tetapi juga mahu hubungan sesama ahli keluarga kekal selama-lamanya.

"Selain itu, hubungan erat yang terjalin juga akan dapat membina hubungan ekonomi, perdangangan dan pendidikan di antara kami semua," katanya.

MStar Online

Saturday, 7 August 2010

Jumaat 30 Julai 2010

Dalam perjalanan pulang dari masjid Kubang Buaya petang tu.

" Maz, rungkaikan khutbah khatib petang ni." Saya mulakan, nak uji minda adik nakal ni.

" Tak boleh bang, 3-4 kali saya terlelap." jawapan tulus Maz.

Satu kereta ketawa. Selalunya , kami berempat, atau berlima akan memberi ulasan disetiap khutbah Jumaat ni, tapi kali ni saya pasti ramai yang lena. Saya pun hampir hampir, tapi tahulah jugak inti patinya. Lebih kepada hiasan harta dunia - Isteri-isteri, anak anak, harta dunia, kuda(kenderaan) yang mana, semua ini malalaikan jika tidak faham pengurusan dari sudut Agama.

Kisah menarik Ling Liong Sik yang ditiduh menipu jemaah Menteri Dr M tu, ini komen Ah Seng, rakan pejabat saya.

" Mereka ni semuanya badut badut, yang akhirnya tiada penghujung, sepertimana kasus Eric Chia . Kenapa tak tangkap aje DR M , lepas tu baru tangkap Ling dan Samy. Samy dengan kes Mikkanya. Tapi, beranikah mereka menangkap Naga besar tu? Kes Teoh Beng Hock pun macam tiada penghujung, seakan akan ada 'orang kanan' yang terbabit didalam kes ini."

Haah, kasus Pelabuhan Kelang tu dilaporkan pada 2007 oleh The Sun, tetapi baru sekarang Ling Liong Sik didakwa, lebih 3 tahun SPRM dan PRDM bekerja. Najib pun lari bercuti tak mahu diungkit mengapa didakwa budak MCA dan jugak bekas pelajar King Edward ni. Ish ish ish, malunya.

" Hang tau Tip, PM pi bercuti ni, mesti ada agenda disebaliknya. Entah tanah/Pulau mana pulak yang nak kena gadai kat Brunei/Singapura tu. Aku rasalah, kes Ratu Monggolia tu , bukti video pun ada kat Singapura tu, hang baca ajelah pengakuan 'Bala' dalam akuan bersumpanya. Tak pun, dia duk 'tawar menawar' dengan Perancis, berapa juta RM untuk tutup siasatan Kapal Selam tu."

Hmm, jauh jugak pemikiran rakan saya ni.

Komen saya dan Maz tentang Guru-guru berpolitik ni. (Abang Nal baru saja komen kepada saya minggu minggu yang lalu sebelum cerita ini tersiar di akhbar arus perdana.

" Sebenarnya Guru guru yang berpolitik dalam DK&S aje yang dibenarkan aktif, yang masuk Bulan, Roket dan Mata, mesti kena tenyeh jugak. Mereka menindas rakan rakan satu sekolah yang anti mereka. Kena pindah kat sekolah hujung peta. Guru guru ini akan bermaharajalela sesuka hati kerana mereka kebal, hinggakan Pengetua/Guru Besar pun tak berani kata apa."

Contoh terdekat ada di Sekolah Sungai Petani ni.Sepanjang pengalaman saya beraktif didalam PIBG ni, budaya mendapatkan khidmat dari puak DK&S ni perlu, sebab mereka ada duit untuk ditaburkan kepada PIBG, walaupun mereka tidak perlu hadir mesyuarat bulanan PIBG, memadai 'duitnya' aje yang hadir.

" Tiada yang terlepas dari tindakan Undang undang, hatta Menteri sekali pun. Saya rela letak jawatan lah, saya rela segalanyalah........" Itu janji janji kosong setiap kali perlantikkan baru Ketua Pengarah SPRM. Kununyalah......Kasus Sime Darby baru dimulakan. Saorang 'Jeneral' Sime Darby dah didakwa. Bagaimana dengan Pengerusinya, Timbalannya? Berbilion tu!! Tak kan nak tunggu sampai dah jadi mantan menteri, baru nak didakwa? Kan kan kan.


Ya, selagi minda Melayu masih dijajah mereka, selagi itulah mereka bermaharajalela mengaut kekayaan Negara, dan menindas sesiapa saja yang menghalang laluan mereka. Hatta membunuh sekalipun akan mereka lakukan.

" Pada saya , Dr M punca segala galanya......., tak perlu dakwa beliau dengan kes kes rasuah , yang mana beliau pandai lakunkan dengan skrip SPRM, memadai dengan kes As-syahid Ibrahim Libya."

Walaupun saya menetap di Kedah ni sudah menghampiri 10 tahun, masih belum terlaksana niat saya, untuk menziarahi kubur As-syahid ni.


Latiff Hariri
0912 07082010
Sungai Petani

Sunday, 1 August 2010

JEJAK NENEK SARIAH/SITTI NURBAYA (2008)

Saya menjadi seronok pulak untuk berkisah, tentang yang ini.

Sambil membelek album album saya, terjumpa lah jugak foto yang agak terkini tentang kisah diatas ni.

Ini kisahnya Idul Adha 2008 , lebih kepada kisah pendek seiring dengan foto foto ini,

Kisah panjang akan saya blogkan kemudian.
















Ini kayuhan pertama saya di bumi Indonesia bersama Izzuddin. Memang seronok sebab gunung ganangnya dan kemesraan yang ditunjukkan warga Minang, disetiap perhentian saya . Kira macam kena interview pemberiatalah. Ya, basikal tu saya bawa naik AirAsia, memula percuma, dua minggu kemudian kena bayar Rp50000 pulak. Angan angan nak berkayuh di Sabah Sarawak/Bandung Jakarta masih tinggal angan angan.
















Ini Rumah Gadang milik emak kepada emak emak kami, Nenek Sariah. Foto Idul Adha 2008. Siap berkain pelekat aje. Bersama anak anak, Aqilah, Faiqah, Roziah, si Joni dgn 'Omak den'nya, dan Pcik Rosli.(Jurukamera: Izzuddin)

Pakcik Rosli sepupu kepada Emak, kelahiran Kg Haraban tahun 1940an dan ex student BM High School.

Saya tak pernah menolak kpd setiap pcik dan mcik yang teringin melihat tanah tumpah darah kelahiran nenek moyang ni.




















Ini foto terakhir simpanan saya., Arwah Mak Tini bersama Izzuddin. Emak Tini meninggal kira kira 50 hari yang lalu. Al-Fatihah.

(Terkenang keenakkan masakan Mak Tini berdapurkan api kayu atas tanah)
















Ha, ini Hari Raya Haji, ke 4-5 di Sekolah Dasar No 1, Jalan Tangsi, Kota Padang.(2008)
Bersama anak anak , Roziah, Pcik Rosli dan Kak Yus, serta sebahagian Ibu Ibu Guru, yang berwarna warni pakaiannya. Mungkin masih 'Mood' Raya ni.

Kan hampir sama dengan fotonya saya , di tahun 1998, di awal perncarian Sitti Nurbaya tu!!


Latiff Hariri
1715 01082010
Sungai Petani