Bee Gees

Sunday, 8 May 2011

Menuju D'lloyd

Petang Khamis ni, saya bergerak setepat pukul 510 petang meninggalkan Sungai Layar , memasuki tol SP Selatan, dan tiba di tok Juru sekitar 550 petang. Perjalanan mula lancar bila melepasi negeri Pulau Pinang.

Tiba di Changkat Jering sekitar 625 petang dan melepasi Ipoh sekitar 7malam.

Saya agak , ini rekod terbaru yang saya buat . Tiba di Bukit Lanjan sekitar 822 malam. maknanya dari rumah mengambil masa 3jam 12 minit.

Tunggu ajelah saman......



Melepasi gunung gunung batuan di Ipoh sekitar jam 7 mlm.

Terus ke KLCC mengambil anak sulong saya, dan langsung ke Al Rawsha....macam biasalah.

Tepat jam 9 malam , Rosmah dan anaknya masuk. Kali ini semua berjalan lancar, makanan terlalu segera sampai dan kami selesaikan dua pinggan nasi Moggul dalam masa 30 minit.


Rosmah yang paling dekat untuk saya ajak bertandang sama. Bukan tak ingat pada yang lain....tapi, masa nak disegerakan.

Kambing 2 pinggan besar untuk 7 orang....habis?

Makan malam yang terlewat.
Selesai sudah
Kenangan makan malam 5 Mei 2011 di Kuala Lumpur.


Kami tidak lama disini. Terus ke Setiawangsa menghantar Rosmah, dan seperti yang dicadangkan Rosmah, saya memasuki DUKE dan terus meluncur laju mengarah ke Shah Alam.

Letih dan mengantuk.

Tiba di UiTM resort sekitar 1110 malam. Tak boleh tidur pulak.

060511

Terbabas pagi ini. Malam tadi sempat ber-on-line dgn Din, kalau ada kesempatan kita berjumpalah nanti.




Sarapan pagi di Intekma Resort.



Latiff Hariri
0019 06052011
UiTM Resort Shah Alam

Friday, 6 May 2011

Pelangi Petang - ALFATIHAH

Ini perngakuan ikhlas saya.

Saya dan Izzuddin buat slide ini sambil lewa sahaja. Entah mengapa, saya agak keberatan untuk mencari waris waris serta keluarga terdekat. Mungkin faktor usia? Atau saya pun terikut ikut dengan Pak Lan(hehehe) yang mula terasa sambutan yang diberikan oleh rakan rakan seakan akan dingin.

Saya tak mengharap kehadiran sepertimana ditahun 2004, yang mencecah 70 orang. Ya lah, dulu ramai bunga untuk hero hero bunga datang menjengok. Kali ini just the guys, jadi kurang menariklah agaknya.

Pada saat jam 3ptg, slide ini masih diedit untuk dimasukkan foto foto terkini arwah Marzuki Abd Latiff. Dan lagunya pun agak pendek untuk diperbanyakkan foto fotonya.

Maafkan saya serta Izzuddin.

Saya bercadang akan menziarahi waris waris Arwah rakan rakan kita ini untuk disalurkan sumbangan dari warga OE Class 81 ni , dalam masa terdekat ini....atau pada awal Ramadhan sempena Syawal, tetapi agak lambat lagi dari sekarang.

Kepada yang berminat untuk bersama, sila hubungi saya.

Dimulakan dari Sungai Petani-Batu Kurau-Ipoh.

Dan berura ura untuk ke Teluk Intan/Selekoh mencari keluarga arwah Zulkifly Bahrain....





Istimewanya slide sambil lewa ini, bila ianya dipertontonkan kepada Bonda Ustazah Shamsudiar dan Kekanda Zainul, ibu dan abang kepada Zainal Azmi @ Mc Helm @ Haji, sepertimana beliau dikenali oleh anak anak saudara beliau.

Alfatihah untuk rakan rakanku, yang terlalu baik budi pekertinya.


Latiff Hariri
0948 06052011
UiTM Resort

(Disiarkan sekitar 845malam 6 Mei 2011. Saat ini sedang menghayati irama 60-70an dari D'lloyd dan Datuk Ahmad Jais di Istana Budaya)

Thursday, 5 May 2011

V for Victory!!

Bila saya keluar dari dewan, ternyata suasana hinggar binggar dengan bualan dan gelak ketawa. Mereka ni, tak nak berpisah sebenarnya!!

Terus saya dan Badrul susunkan kerusi untuk sesi fotografi. Memang seronok walaupun sudah menghampiri Maghrib.


V for Victory

Foto kejayaan petang 1 Mei dengan kehadiran sebenar OE 81 berjumlah 32, OE79 1, bonda dan abang Zainul, serta anak anakanda kami yang saya kira berjumlah 5 orang. Jumlahnya 40..

Yang tiada dalam foto ini Roslan Wahab dan Zul Rahim , mereka pulang dahulu.



Aik, masih nak bersembang?


Satu kenangan bersama Bonda Shamsudiar ....wakil kepada Allahyarham Zainal Azmi

Ok, semua dah mula bersalaman untuk kali yang keberapa agaknya....

Bonda Shamsudiar masih tak habis habis mengucapkan terima kasih kepada saya. Saya cukup terharu.....sepatutnya saya yang ucapkan terima kasih kepada Bonda. Bonda ingatkan saya, supaya sering sering bertandang ke Batu Kurau menjengok beliau.

Insyaallah..... dalam masa terdekat ini sudah pasti.... bersama rakan rakan yang sudi menziarahi pusara Zainal Azmi...tunggu ya Bonda.

Sama sepadan..... dua dua awet muda. Itu istimewanya bila ukuran badan molek

Seakan akannya, semua tak mahu berpisah

Sedang rakan rakan bersalaman sesama mereka , saya dan kesemua AJK terus memasuki dewan untuk menjelaskan bil kepada pehak Resort.

Wang kutipan amal jariah yang dikumpul serta baki RM20.00 dari pungutan sebenar Hi-Tea , disatukan.... ternyata jumlah melebihi RM2500.00 . Sedangkan Pak Lan sudah sahkan , ada yang terus mengirim wang ke akaun beliau. Besarnya hati saya melihat semua ini.

Biasalah begini setiap kali diakhir pertemuan. Sumbangan Jariah yang tekumpul harus dikira dan direkodkan. Sebenarnya, kami pun dah 'lost count' siapa 'siapa' yang sudah membayar untuk majlis Hi-tea ini, yang kami kenakan RM50.00 setiap yang hadir. Diakhirnya, bil yang dikenakan hanya berjumlah RM1,050.00 , sedangkan wang lebihan yang terkumpul melebihi RM800.00 dan dicampur sumbangan ikhlas untuk balu/waris serta derma Surau yang jumlah terakhirnya setakat senja ini ialah RM2,551.00

Disaat saya melepasi Bukit Merah, Bendahari masih berSMS dengan saya mengatakan masih ada yang mnengirim RM lewat akaun Maybank beliau, serta masih ada yang berderma di Majlis Makan Malam yang sedang berlangsung di Asrama King Edward.

Saya amat bangga bercampur terharu!!!! Itu baru kehadiran lebih kurang 32 orang!

Dah habis sesi fotografi pun mereka masih berpelukan dan tak mahu berganjak! Dah maghrib dah tu wei...... Cara Din dan Zamri berjalan berdua ni...saya teringat masa darjah 1-6 dahulu dimana....berjalan seperti ini sesama rakan adalah perkara biasa waktu rehat atau ditengah padang.

Bodyguard Malek memerhati ayahnya 'bayar hutang' agaknya, dengan Suzaili tu. Hehehe.

Akhirnya saya dapat berimamkan Hashim solat maghrib senja ini. Syukur, masih berkesempatan. Kira sendat jugaklah surau Resort ni.

Dalam gerimis kami bergerak. Saya singgah sebentar ke Sri Kota untuk bertemu Emak dan adik saya Fazdhil, sebelum kami bergerak ke PLUS lewat Simpang Empat.

Saya berkira akan tiba Sungai Petani sekitar 1030 malam, tapi dalam duk rancak berbual dengan Azmi tentang kenangan manis ini, sedar sedar dah memasuki Tol Juru sekitar 935 malam. Maknanya saya boleh sampai Sungai Petani sekitar 1010malam.

Apa yang saya suka, Azmi sudah luahkan perasaan gembira beliau , dapat bertemu dengan kesemua rakan rakan selepas lebih 30 tahun berpisah.

Saya tinggalkan Azmi dirumahnya sekitar 1005 malam, dan hanya tiba dirumah sekitar 1030 malam, selepas selesai makan malam bersama Izzuddin.

Tak boleh tidurlah malam ni!

Latiff Hariri
2035 04052010
Sungai Petani

(Saya siarkan kisah ini sekitar 1005 malam Jumaat ini. Waktu ini tengah dinner dengan anak anak dan rakan sekolah rendah/menengah dari SRJK/SMDA di Kuala Lumpur)

Wednesday, 4 May 2011

Suasana Ceria Penuh Jenaka OE Class 81

Presiden kita ni, kemana sahaja beliau bertandang, pasti ada yang pecah perut!!

Adakalanya, saya sendiri tak tahu dari mana mereka ni dapat jokes yang entah apa apanya! Hahaha.

Diambang 47 ni, biasalah, topik hangatnya pasti, sudah berapa? Bukan berapa anak, tapi berapa isteri? Hanya perlu sesaorang yang mulakannya. Lepas tu, topik ini akan meleret leret tanpa ada noktah. Dan maknanya jugak, suasana sudah panas.

Kalau Bapak Presiden buat lawak, mesti 'masuk' punya..., itu satu kelebihan Raja Anuar

Mereka mula mengimbas kembali kisah 30 tahun lalu. Zul Rahim danAnuar-Rul-haq

Din Selamat, Hashim dan Jawaed

Wakil Bapak Presiden, Mohd Nazri Noor. Ini rakan baik sekelas saya.

Nazri berkisah tentang insiden patahnya javelin ketika latihan petang dimana beliau menunding jari kepada rakan rakan yang turut terlibat, tetapi cuba dinafikan mereka didalam dewan ini, sudah tentu ketawa besar bila ada yang separuh mengaku. Tapi, yang pasti petang tu semua kena dengan Pak Thong.

Kalau Mustaffa berbicara, mesti pecah perut jugak, yang menyakat ramai terutama Anwer, Kamal, Madzran... ada aje yang mereka nak menyampuk ucapan kawan ni.

Anwer pulak kena attack dek Mustafa Ahmad

Anuarrul-Haq memberi sepatah dua kata

ZulRahim...hehehe, simpan rahsia tu....

Tetamu tak kering gusi dengan perkenalan selepas 30 tahun ini. Saya sendiri akui, ada yang saya kenal gitu gitu aje dialam persekolahan kerana terlalu ramai, melebihi 300 orang. Dan tak saya nafikan, saya lambat untuk mesra dengan rakan rakan kecuali kalau dah kenal lama.

Zamri Omar tak ketinggalan memberi sepatah dua kata.

Zamri pun orang utara. Kita kena selalu berjumpa sarapan pagi lepas ni Zamri, terutamanya hari minggu bersama ZulRahim.

Wan Akmar pun sudah mula bercerita tentang diri.

Yang rakan rakan pasti , Wan Akma mirip wajah ayah beliau.


Khairul Anuar, salah saorang yang saya kira, terlalu asyik dengan OE 1981

Roslan Abdul Rahman @ Pak Lan.

Idea untuk tahun ini datang dari beliau. Kita hanya beri sokongan dari belakang. Saya sehaluan dengan beliau. Pada usia 47 ini, tiada yang saya fikir menghadapi masaalah kewangan kritikal. Mungkin segelintir. Sekadar RM50.00 setahun, dari setiap rakan rakan, kepada waris/rakan yang telah pergi, kalau dikumpulkan dan keahlian mencecah 100 orang .......Banyak yang dapat kita lakukan. Bukan sahaja perjumpaan tahunan percuma tanpa bayaran, bahkan anak anak bangsa di King Edward VII pun, kita boleh beri biasiswa tahunan.

Hidup ini sudah menghampiri penghujungnya, tinggalkanlah satu kenangan untuk ingatan kesemua di bumi ini.

Kadir.....saya memang tak menduga yang ini dia!! Dia teramat baik serta suka mengusik masa di asrama sekitar tingkatan 4 dahulu. Terima kasih atas kenangan ini Kadir. Apa yang anda niatkan, memang tak terfikir oleh saya.....buat masa ini. Sungguh terharu. Anda adalah contoh terbaik untuk kami semua. walaupun sekitar setahun bersama....semangat anda jitu.

Kotak pun diedar oleh Nazri Noor untuk mencabar keikhlasan hati semua.

Bercakap tentang orang lelaki yang akan menempuh 4 kehidupan sekiranya panjang usia kita. Tapi, ada yang menokok, sepatutnya 5!!

Jawapan dari Mustaffa Ahmad tentang dunia lelaki dengan 4 kehidupan....yalah, dia salah saorang Joker angkatan ini.

Syed Jamalullai.....anda tunggu kehadiran saya di Ipoh nanti ya!!

Roslan Wahab.... sekelas dari darjah 3 hingga Tingkatan 5. Roslan ini terlalu low profile dan kuat pegangan ugamanya.

Azmi Abu Kassim... seorang lagi rakan seasrama dan sebandar Sungai Petani.

'TIgers........!!!!!' Disambut OE Class 1981 "ROAR!!!!!"

Wizan salah saorang Joker yang banyak cerita merapu dan kelakar . Sepanjang bersama beliau di KE, dia saorang yang berani bertanya itu ini kepada Cikgu dan mudah mesra dengan semua.

Mohd Shamsuddin... Timbalan kepada Azmi Abu Kasssim didalam Kedett Bersatu King Edward.

Dr Rosli Wahab.... doktor gigi di Jitra Kedah. Orangnya pun low-profile.

Perkenalan semula ini berakhir sekitar jam 6 petang. Terlalu gamat dengan gelak ketawa terutamanya bila Presiden memarahi hadirin kerana bising bila beliau bercakap! Ada saja yang nak menokok tambah ucapan beliau.

Acara seterusnya pertunjukkan slide Re-Union Sesudah 23 Tahun -2004 . Semua memberi tumpuan sepertimana ditahun 2004 lalu. Suara siulan kedengaran bila ada foto Aweks Tingkatan 6 terpapar sertu guru guru wanita yang masih bujang waktu itu. Seperti biasa, foto Wizan berpakaian seksi menjadi igauan semua.....hahaha.

Terima Kasih Din atas daya usaha anda menyediakan slide yang begitu panjang.


Terpaku melihat foto tahun 2004 Reunion pertama kita.

Anak anak kepada Malek turut berada dalam Dewan ini

Bila berakhirnya acara ini, saya secara rasminya menjemput dua tetamu istimewa ini memasuki Dewan untuk diperkenalkan kepada semua. Terima Kasih Bonda dan Kekanda yang sudi hadir bersama. Maafkan saya, kerana layanan tak seberapa,. Sekadar secawan kopi/teh serta kuih muih yang masih tersisa.....Maafkan saya Bang Zainul dan Bonda Shamsudiar.

Bonda Shamsudiar.... dah 84 tahun tu!!

Saya tahu, Bonda saorang yang menghafal Al-Quran. Sebab itu minda Bonda mengalahkan saya yang setengah dari usia bonda.

Abang Zainul adalah rakan sepejabat Suzaili di Damansara. Bonda hanya seketika, dan saya langsung pertontonkan slide terakhir dimana foto foto Arwah Zainal Azmi tersiar untuk tatapan Bonda.

Sementara saya melayan Bonda , rakan rakan lain terus menatap Album saya yang hampir ghabai ini, kerana selalu dibuka/tutup, bila saya rindu kepada detik detik yang berlalu.....

Ini pun atas permintaan Khairul Anuar, kalau ikutkan, saya segan nak bawa sebab album tak terjaga, mengalahkan album antik.

Zul Rahim yang mula mula memohon diri.

Sedangkan yang lain mula beredar keluar dewan untuk sesi fotografi. Saya teruskan berbual hingga ada yang memberi isyarat kepada saya supaya keluar sekarang, untuk sesi selanjutnya.

Sambil bergerak perlahan bersama Bonda Shamsudiar dan Abang Zainul, kami terus ke tengah lobi Resort untuk mengambil tempat.


Latiff Hariri
1952 04052011
Sungai Petani

Tuesday, 3 May 2011

Hi-Tea Class 1981 Bermula

Ikut rencananya , bermula sekitar 340 petang, tetapi, dek karana hujan dan keadaan hinggar binggar dengan gelak ketawa, saya hanya biarkan kawan kawan dengan acara persendirian. Ya, begitulah jadinya disetiap kali majlis bertemu semula bekas pelajar ni. Kita kena biarkan mereka mengungkit kisah lama sesama mereka, tak perlu tergesa gesa.

Hanya sekitar jam 4 baru saya mulakan dengan kata kata aluan .





Sempat bersalaman dengan peminat dalam mendendangkan lagu D'lloyd...Eh eh eh.

Dalam mengalu alukan kehadiran semua ni , ada lagi yang baru mamasuki dewan ini.

Terus saya menjemput saudara Jamal Wahid untuk memohon restu dariNya.


Jamal Wahid rakan sekelas Tingkatan 4-5 , kami gang jahat, duk dibaris belakang.

Wan Akmar pulak masuk sebaik doa selesai diaminkan, disambut Badrul dan Din. Kharul dah tak sabar dibelakang tu.

Selamjutnya ucapan dari Wakil Bapak Presiden untuk memberi sepatah dua kata , yang saya kira teramat ringkas tapi padat. Presiden masih dalam perjalanan.

Wakil Presiden, Bapak Mohd Nazri Noor, juga rakan sekelas Tingkatan 4-5.

Selesai ucapan beliau, sekitar 5 minit, terus saya menjemput rakan rakan menjamah makanan yang telah terhidang. Tapi, mereka seolah olah tak endah dengan jemputan saya. Mengapa ek?

Rupa rupanya lauk sudah terhidang, sedangkan nasinya tiada.

Manalah saya nak perasan, maaf ya....

Hadirin bertanya , mengapa Wakil Presiden yang berucap, mana Presidennya

Dr Rosli Wahab disambut Badrul Hisham. Dr Rosli pun rakan sekelas saya.

Meja istimewa untuk mereka yang istimewa. Saya tak tahu pulak ada meja khas ini, jadi saya serahkan kepada Presiden yang baru tiba, Wakil Presiden, Zul Rahim, Din dan Khairul.

Badrul, Malek dan Jawaed

Dicelah celah rakan yang sibuk menjamu selera, saya pun menjemput Pak Lan , selaku Bendahari membari sepatah dua kata kepada kesemua rakan rakan yang hadir.

Saya nak tanya rakan rakan semua, ada tak yang tak kenal dengan Pak Lan?

Nor Kamal Azmi, Shaharuddin, Badrul Hisham, Wan Akma, Madzran dan Anuarrul Haq

Suzaili, Anuar Othman, Anwer dan Mustaffa Ahmad

Suzaili, Anuar Othman dan Wan Akma

Senior OE1979 Bro Aziz disambut Nazri

Makan makan sambil bercerita

Keadaan yang pada awalnya agak perlahan, mula menunjukkan kelajuan bila perut mula terisi

Anuar bertandang kemeja sebelah bersama Hashim, Khairul, Wizan, Zamri, Dollah, Azmi, Nazir dan Mohd

Syed Jamalullail, Kadir, Dr Rosli dan Hashim

Acara bebas ini berlangsung tanpa ada gangguan, semua bebas bergerak dan berbual sesama mereka. Hingga melepas asar, bila ada yang selesai bersolat, dan memastikan tiada lagi tetamu yang hadir baru saya mulakan acara suai kenal secara rasmi. Saya rasa ini perlu, kerana dari pengalaman lalu, ada rakan rakan yang bertanya setiap kali acara tamat, yang itu siapa, yang ini siapa? Kerana wajah dan fizikal yang berbeza selepas lebih 30 tahun tak bertemu.

Acara ini pada awalnya bermula dengan tertib, tetapi bila sampai ke tangan Madzran, Badrul Ragbi, Mustafa Ahmad, Anwer.....Wizan, Hashim dan bapak Presiden suasana menjadi gamat. Mereka ni memang joker.

Pecah perut bila ada yang mengaku sudah memasuki soalan Nujum Pak Berlalang, ia itu 'kad-dang, kad-dang'

Antara percaya dengan tidak aje ni!





Latiff Hariri
1925 03052011
Sungai Petani