Bee Gees

Saturday, 18 June 2011

Lima Belas Tahun di Kuala Kangsar

Saya menghampiri Tapah sekitar 340 petang, dan bertanyakan khabar si Zawawi ni, dimana beliau berada. Tak nak janji awal supaya tidak menyusahkan mereka.

Nasib baik mereka kata mereka ada di Kuale, tak perlulah saya bertandang, tapi......

Dia suruh datang jugak ke rumah kakak dia ni!!

Tiba di Tol Kuala Kangsar sekitar asar.... terus ke arah Manong. Zawawi agak terkejut kerana saya selamba aje sebut Sekolah Bukit Merchu dan sebagainya, bila menanyakan arah rumah kakak beliau.

Saya pernah berkayuhan disini seawal umur sekolah rendah dan semasa umur saya 14 hingga 18 tahun. Kan saya ni kaki kayuh.

Kerumahnya kakak si Zaharah.



Laksa Kuale, satay, nasi impit, anggur menjadi menu hi-tea kami disini.

Langkah kanan diiring dengan doa, sebab tu murah rezeki, hehehe.

Dengan Awie ni tak payah ceritalah, banyak cerita yang dia boleh cerita. Nak jadikan cerita jugak, rupanya keesokkan harinya adalah Hari Lahir Anak kedua Zaharah/Zawawi ni. Dan sepertimana berlaku di Sungai Petani dahulu, dimana Hari lahir disambut sehari lebih awal, kini ianya berlaku di Kuale lah pulak.


Fatin Zafirah di kelilingi Makcik, pakcik serta rakan rakan emak ayahnya.

Apa agaknya doa dan harapan Fatin tahun ini selain dari 10A PMR? Hehe.

Senyuman manis sweet 15

Mohd menunjukkan kepakaran bermain organ elektrik sambil mendendangkan lagu Happy Birthday to You. Eh....Peminat ambik foto handphone tu.

Fatin Zarifah pun tak ketinggalan memainkan satu lagu untuk kakaknya.

Kami bertandang disini hingga melepasi 645 petang. Kekenyangan teramat sangat.

Bila keluar dari taman perumahan ini saya singgah sebentar di tanah perkuburan ini untuk Alfatihah sekadar ada, untuk kedua dua Tok Wan saya yang disemadikan disini sekitar tahun 1947 dan 1973.

Bila saya berbual dengan biras Zawawi ni, saya bertanyakan khabar gerai laksa di Talang tu, kedai gunting rambut We, laksa dan cendol berhampiran lembah, Kampung Pakri dan Changkat, yang boleh di'shortcut' dengan basikal dari belakang Taman Perumahan mereka itu. Zawawi agak pelik bagaimana saya boleh tahu semua ini.

Saya kaki basikal, semasa umur 14 tahun, bapak saya berpindah dari Taiping ke Kuala Kangsar, dan kami menetap di Kuala Kangsar hingga tahun 1984. Walaupun banyak masa remaja saya habiskan di Taiping bersama King Edward, tetapi setiap cuti hujung minggu atau penggal, saya akan pulang dan menjelajah sekitar Kuala Kangsar. Berkayuh menjadi hobi saya. Jadi setakat Enggor tu dah biasa sangat. Taiping - kira hujung minggu boleh kayuh aje dari Kuala kangsar, itu yang menjadi 'kemarahan' arwah Bapak masa tu.

Rumah pusaka datuk saya, Arwah Bab bin Abdul Rahman tu, terletak di Kampung Talang. Sesekali terutamanya Hari Raya, pasti saya menjengok pakcik saya yang tinggal sendirian disitu.

Maknanya Kuale ini adalah kampung Bapak saya, sementara Taiping adalah kampung emak saya, dan kami menetap di Taping untuk menjadi kampung kami pulak.

Arwah tok saya dahulu Juruteknik Jabatan Telekom. Beliau terkenal dengan perubatan menggunakan 'arus elektrik' dengan menggunakan mesin talipon yang menggunakan turbin kecil untuk dialirkan arus elektrik, kepada mereka mereka yang terkena serangan jantung, dan termati sebelah badan.

Kami terus pulang ke Sungai Petani dan hanya tiba di tol SP Selatan sekitar pukul 815 malam. Tahu kami kemana? Ke kebun, kutip durian, dapat 15 biji, tapi durian awal, kurang kualitinya.


Latiff Hariri
1012 12062010
Sungai Petani

Friday, 17 June 2011

Ini kisahnya, 'Kisah Saorang Gadis'

Kalau anda tahu serba-banyak latar belakang kami ni, anda akan perasan, banyak kisah kisahnya tentang kedudukan rumah kerajaan yang kami tinggal dari kecil hingga remaja ini. Semuanya rumah yang berdekatan dengan Balai Polis atau berjiran dengan Polis.

Memang begitu pun rancangan penjajah, mengumpulkan kesemua kakitangan kerajaan disatu kelompok yang agak selamat.

Saya pernah menginap dirumah kerajaan bersebelahan SRJK(I) Lenggong tu, dimana rumah kami betul betul dihadapan Balai Polis Lenggong. Tetapi kemudiannya Bapak dapat sebuah rumah 'banglo' di Simpang Pokok Jerai .

Bila pindah ke Taiping, Bapak menyewa di rumah sekitar Pokok Asam dan Aulong, sebelum berpindah ke kuarters kerajaan betul betul didalam tapak Balai Polis Aulong .

Pada awalnya ramai yang terkeliru mengatakan yang saya ini anak Polis dan Bapak berpangkat Inspektor, ceh. Hehehe.

Ya lah, sedangkan Sarjannya (ketua Balai) berumahkan kayu sebuah, berwarna hijau, dan rumah kami banglo 4 bilik. Tak dinafikan, adakalanya, diawal perpindahan kami, pakcik pakcik Polis yang bertugas menjaga Balai akan memberi tabik hormat kepada Bapak setiap kali kami melalui dipintu pagar Balai. Kelakar jugak.

Ditahun 1978 bila Bapak berpindah ke Kuala Kangsar, pun, selesai berpindah randah dari Kg Changkat, Bukit Chandan dan kuarters didepan SM Clifford tu , rumah terakhir kami pun bersebelahan dengan Banglo Tuan OCPD Kuala Kangsar. Dan pada awalnya hanya berjiran biasa, tetapi akhirnya , baru tahu yang Pak Su Yusoff tu ada tali persaudaraan dengan Bapak. Makin mesralah kami.

Jadi, bila minggu yang lalu saya gagal mencari anak Polis ini yang pernah berjiran dengan kami dahulu, kali ini sebaik pulang dari Cherating, saya terus ke Nilai menjengok anak dan pada waktu yang sama mengarah ke Seremban mencari Pakcik Sarjan Mokhtar dan isterinya Makcik Mai( Jamaliah).

Kali ini perjalanan lebih terancang kerana saya berjaya mencari salah saorang anak Pakcik Mokhtar melalui Facebook. Dan kami tiba di Taman Senawang Indah ini sekitar pukul 11 pagi.

Ternyata Pakcik Mokhtar dan Makcik Mai menanti kehadiran kami semula, selepas lebih 15 tahun tak berjumpa.

Saya terus memeluk Pakcik Mokhtar, dan kemudiannya Husni.

Saya ada kisah peribadi antara Bapak dan Pakcik Mokhtar ni, diawal perkenalan mereka sebelum kami berpindah ke dalam Balai Polis Aulong tu. Kisah menarik, yang saya simpan, mungkin pakcik Mokhtar pun ingat bagaimana Bapak mula mengenali pakcik Mokhtar. Emak jangan ceritalah, bila dia jumpa orang Nogori berjiran sebelah rumah dengan dia ni.

Kami dihidangkan roti canai dan mee goreng

Makcik Mai

Pakcik Mokhtar. Saya rasa dah Haji Mokhtar ni....

Bersama Husni Mokhtar. Ini kisaynya dua remaja yang berdendangkan lagu D'lloyd, Kisah Saorang Gadis.

Dan Husni sempat mengungkit kisah 'cinta monyet' masa kat Aulong. Saya ketawa , dan mengingatkan beliau setiap nama anak anak gadis yang menjadi igauan satu masa dahulu.

Satu tumbukan mesra saya tujukankan ke bahu Husni!! Hahaha.
Pakcik Mokhtar dahulu adalah Ketua Balai, Balai Polis Aulong. Kira warga Aulong , kalau tak kenal Pakcik Mokhtar, silap banyak la.

Dah anak Hariri pun kenal mesra dengan Makcik Mai, kini cucu cucu pulak.

Kami di sini sekadar satu setengah jam. Bertanyakan khabar dan membawa khabar. Dan saya diberitakan, bahawa salah saorang pakcik Polis di Aulong dahulu pun berada dalam keuzuran, tapi ramai yang telah tiada.

Bersalaman dengan makcik Mai, dan salam dikirm kepada emak saya. Saya sempat menalipom emak , dan Makcik Mai dapat berbual sekettika dengan emak, yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Taiping tu.

Mengucapkan terima kasih kerana layanan yang diberikan. Sempat saya mencuri sekeping dua foto foto lama , untuk simpanan saya, dari Husni.

Ingat ek, 30 Taman Senawang Indah, Senawang, Negeri Sembilan.

Bergerak ke Shah Alam menggunakan laluan Lekas dan keluar melalui Nilai. Tiba di Shah Alam sekitar pukul 1 tengahari untuk tinggalkan Aqilah, dan teruskan perjalanan pulang ke Kedah.

Tiada rancangan apa apa rasanya, kecuali jika ada 'halangan' di Ipoh. tapi, biar sampai di Ipoh, baru salam diberi. Tak nak biarkan orang menanti lama, ya lah, manalah tahu, kalau kalau lebuhraya sesak secara tiba tiba.


Hadiah kerana berjaya mendapat segulung Ijazah, dari Pakcik Makcik yang hadir, dibuka didepan adik Aqilah, Noor Faiqah.


Latiff Hariri
2215 14062011
Sungai Petani

Wednesday, 15 June 2011

Day 3 - Hingga ketemu lagi.....

Hari terakhir ni, saya turut terbabas dek melayan TV malam tadi.

Sedangkan yang lain sudah di ' Kedai Kopi', kami hanya memasukinya sekitar 815pagi.

Makan , makan, makan.

Sekitar pukul 915 pagi semua bergerak semula ke kamar untuk bersiap siap, dan berjanji untuk 'keluar' serentak pada pukul 1130 pagi.

Semua ada agenda tersendiri. Saya mahu terus Ke Nilai . Rahman mahu menyusuri bandar Kuantan, Kak Sham mahu melayan pekan kecil Cherating, Rashi dengan anak anak mengarah ke Chukai .



Berfoto sebelum berpisah.

Kita merasa teruja untuk bertemu semula, dan terasa bosan bila hari perpisahan semakin hampir. Apatah lagi, bila percutian sebegini diberi percuma, hahaha. Kenapalah tak dibuat seminggu dua ke?

Ini hanya 4 keluarga dari anak anak Hariri , yang jumlah besarnya 13 orang. Semuanya sudah berkeluarga, kecuali saorang adik bongsu kedua yang masih membujang pada usia 28(?), dan saorang adik lelaki saya yang sudah pergi bersama Arwah Bapak, sekitar tahun 2006, mengikuti Bapak 22 tahun kemudian.

Jumlah kehadiran 20 orang, maknanya hanya 1/3 dari keseluruhan anak cucu Hariri yang hadir. Kalau penuh, mahu jumlahnya 60(?), dan bilik hotelnya mencecah 15 kamar(?).

Parah yang tukang biaya ni, hehehe.


OK, OK, yang 'lowered kedepan., hahaha.

Aqilah dan adik adik pupunya, Madihah, Sofea , Aliyaa dan Hakim.

Aqilah yang paling suka posing depan , apa apa saja logo Impiana, kerana sebelum ini beliau bermajikankan yang sama di Kuala Lumpur, sebelum memasuki kelas mengajar.

Untung bila anak anak dah boleh memandu kereta ni. Saya santai hari ni, dek sebabkan mengantuk. Perjalanan agak nyaman, tiada gangguan lalu lintas dan cuaca terang.
Pamanduan diambil alih aleh saya sekitar R&R pertama lebuhraya Kuantan ni. Saya tahu, Aqilah pun nak membuta......


Kali ini, Pak Lang, yang mengusahakan kebun kami sudah menalipon, menyatakan bahawa buah durian dah mula luruh. Saya dah pesankan supaya Pak Lang makan sahaja, dan simpankan yang esoknya untuk saya . Tapi, tahu sajalah saudara taulan di kampung ni.....

Tiba di AlRawsha sekitar 340 petang.
Hm, korang ni tak habis habis nasi Arab ek?

Kali ni tak makan tengahari, dibungkus untuk makan malam 5 beranak dalam bilik Hotel nanti.

Kami tiba di Nilai sekitar jam 5 petang. Saya , kununnya nak lena, tapi, akhirnya hanya memerap dikamar, sedangkan yang lain lain menghilang ke Nilai 3. Apa lagi kalau tak berbelanja.


Latiff Hariri
2105 14062011
Sungai Petani

Monday, 13 June 2011

Makan Malam yang Meraikan

Semua seakan akan berlari anak mengarah ke kolam renang. Saya tak nafikan semua kelaparan selepas terkena angin malam menyusuri Sungai Cherating.

Di kolam, Emak, Kak Sham dan Rashi sudah menanti. Dan di meja hujung kelihatan 2 pasang mat dan minah salleh sedang berdinner. Menu malam ini BBQ plus nasi goreng cina, sayur campur dan tomyam. Kalau tak senak perut, sajalah.

Seakan akan semua dah tahu nak duduk semeja dengan siapa.

Hanim, Sarah , Aqilah dan Roziah

Aqilah menunjuk kepakaran beliau yang pernah bekerja di Hotel tu.

Saya, Haziq, Rashi, Emak dan Kak Sham Semeja

Pencuci mulut - bubur jagung dan sagu susu/gula merah

Sesama sepupu - Hakim, Alyaa, Aqilah, Madihah, Nurul Aqilah dan Sofea.

BBQ - sausage, ikan jaket(cencaru), sotong, ayam, kambing

Sarah, Aqilah dan Roziah

Kak Sham bersama puteri puterinya

Abang Jabar melayan puteri puteri dan anak anak buah.

Makan malam ini bebas, sebab hanya keluarga kami yang berada disini. Tak timbul soal malu dan segan. Makan ikut kemampuan. Saya lebih berhati hati sejak mejak ni , disebabkan oleh ketinggian kolestral dan asid . Makanan laut harus dikurangkan.

Sekitar pukul 11 malam, pehak Hotel meminta kami habiskan sisa sisa makanan yang masih ada , untuk ditutup persekitaran kolam ini.

Akhirnya kata kata aluan dari Rahman dan doa selamat dari Abang Jabar bermula. Ucapan terima kasih kepada emak dan semua yang sudi hadir. Semua diam mendengar ucapan dari Pak Cik Man ni. Akhirnya sebuah hadiah dikeluarkan untuk Emak dari anak cucu yang hadir.


Kata kata aluan dan terima kasih atas kehadiran daripada Rahman

Madihah menyampaikan hadiah untuk Nenek

Selesai hadiah pemberian kepada Nenek, Arif Kashani diminta beri sepatah dua kata sempena kejayaan beliau mendapat ' sayap penerbangan' selepas 18 bulan latihan di Melaka. Antara pelajar terbaik. Tapi, Ariff ni 'pemuda pemalu', sepatah aje ucapan beliau.

Rahman menyampaikan hadiah kepada anak beliau , hadiah dari pakcik makcik dan sepupu duai beliau.

Bila Aqilah diminta beri sepatah dua kata, bukan sepatah dua, karangan yang beliau bacakan. Tapi, itu buku Bapak dia yang dia pegang. Intipati dari saya, tapi beliau tokok tambah sendiri supaya lebih menarik.

Aqilah ada ayat power untuk pakcik Makcik dia, "Ini kali kedua kita bersama, selapas 16 tahun dahulu di Tasik Pedu , Kedah" . Saya pun terkedu....., ha ah, dah lama tak bersama ini.

Bapak dia suruh ucap sikit aje, tapi dia buat karangan.

Hadiah dari semua untuk Aqilah. Cucu pertama, dan yang pertama mendapat Ijazah.

Kak Sham siap memberi cabaran kepada sepupu duai (anak buah yang lain) supaya lebih berjaya dari yang tua, dan jadikan kakak dan abang sepupu sebagai tahap untuk dicapai.

Sesuai dengan Rahman dan Emak yang duduk bersebelahan, saya mengarahkan semua, dari anak anak hingga ke anak buah, beratur, bersalaman dan cium pipi dengan 'ketua' dari waris Hariri ini

Hakim menanti saat untuk bersalaman dibelakang Madihah.

Alyaa bersalaman dengan Pak Cik Man, Sofea dengan Nenek.


Aqilah bersalaman dengan Rahman, sedangkan Izzudddin mengadap Nenek
Izzuddin dengan Rahman, sementara Kak Sham dibelakang

Ariff Kashani yang pemalu.

Sepupu dari keluarga Hariri.

Berfoto di tepi kolam sekitar 1120 malam, dan menapak perlahan pulang kekamar.

Tiada siapa malam ini, hanya anak cucu Hariri yang berlegar di ruang kolam dan padang tepian pantai.

Letih tapi menyeronokkan
Akmal Hariri, adik kepada The Flying Musician . Akmal pakar piano dan gitar, sementara Arif pakar Piano dan Biola.


Kami dikamar melepasi pukul 12 malam, dan saya sambung menonton hingga pukul 3 pagi.
Jarang sangat saya buat perangai ni.


Latiff Hariri
2118 12062011
Sungai Petani

Friday, 10 June 2011

Menyusuri Kunang Kunang d Sungai Cherating

Acara untuk malam ini pulak, adalah melihat kelip kelip di sepanjang sungai/bakau di Sungai Cherating. Yang tidak hadir malam ini sepertimana malam semalam, Emak dan Kak Sham. Begitu juga dengan Rashi.

Kalau ikutkan, saya pun tak berminat menyusuri sungai tengah tengah gelap gelita malam ni, seram......

Kami mula bergerak sekitar 720 malam . Dekat saja, ke Sungai Cherating.

Kali ni, kami seperti sardin, 17 orang naik satu Van

Aqilah 'bangga ' dapat berfoto didepan Van Impiana ni, sebab dia pernah bermajikan yang sama di Kuala Lumpur sebelum ini.

Di sini sekitar 740 malam, kami kumpulan yang pertama. Saya lihat sekitar sungai yang kelam, gerun jugak ni. Botnya ada dalam 5-6 buah. Kumpulan kami sahaja akan memenuhi 2 buah.


Menunggu disini sekitar 40 minit, bila semakin ramai tetamu yang hadir untuk beraksi di Sungai Cherating melihat kunang-kunang.

Taklimat diberikan oleh Hafiz, dalam berbahasa Inggeris. Saya pasti Hafiz bukan warga negara Malaysia kerana 'slang'nya seakan akan Bangladesh.

Tapi, pengetahuan beliau tentang kunang kunang memang mengkagumkan

Antara isi taklimat, putaran kehidupan seekor kunang kunang. Habitat yang menjadi kesukaannya. Membezakan kelipan lampu dibadan kunang-kunang jantan dan betina.

Syarat syarat mengambil foto kunang kunang tanpa menggunakan lampu 'flash' kamera.

Akhirnya kami bergerak menuju ke jety. Ramai dah mula berebut untuk menaiki dahulu. Tapi, pengusaha dah faham sangat, yang datang awal diutamakan, terpaksalah yang kemudian hadir, berundur kebelakang. Kami memenuhi 2 bot berasingan. Kesemuanya 8 bot bergerak serentak.

Beratur naik bot

Alyaa dan Sarah didalam bot, tengok muka tahu, ada sikit cuak.

Yang ini menanti bot menghampiri jeti kecil ni.

Abang Jabar dan Madihah dihadapan, dikuti saya dan Izzuddin dan Roziah bersama Nurul.

Rahman, Akmal, Arif, Sofea di dalam satu bot yang agak kecil dari kami.

Kunang-kunang yang landing atas tapak tangan Madihah.

Memang menakjubkan bila kunang-kunang berkelipan di serumpun pohon bakau, seoalah olah pokok krismas.

Pengusaha bot ini menunjukkan 'skill' mereka memanggil kunang kunag supaya menghampiri bot kami.

Perayauan ini berakhir sekitar 920 malam, kira tak sampai sejam pun. Cuaca pun ok.

Menaiki jeti untuk pulang.

Semua ini telah termasuk didalam pakej percutian bersama Impiana Cherating.

Rahman dan Akmal

Kami bergerak sekitar jam 940 malam untuk pulang ke hotel. Perut pun dah berkeroncong. Kali ini pehak pengurusan Hotel memberi kereta V6 untuk mengurangkan kesesakan kami didalam Van.

Kami menapak laju ke arah Kolam Hotel untuk makan malam bersama.

Latiff Hariri
2013 07062011
Sungai Petani