Bee Gees

Thursday, 15 December 2011

Sesekali di Kota Bharu

Sebelum tibanya 9 Desember ini, berbagai rencana yang bermain di minda saya. Pada awalnya mahu ke Sri Aman, lepas tu terfikir ke Sabah pulak. Dan saat akhirnya pun masih berangan mahu ke Medan sekeluarga. Tetapi, masaalahnya, anak anak tak pasti cuti mereka bila, yalah, semua sedang berkuliah, sedangkan Izzuddin setiap masa bersedia untuk mengekori saya.

Akhirnya , sebaik anak anak yang di asrama menyatakan persetujuan, dan untuk menaiki pesawat AirAsia pun, tiketnya sudah mahal kerana lewat pesanannya, jadi yang paling mudah....ke Kelantan sahaja.

Sehari dua sebelum berangkat ni, dimedia sudah diwarwarkan bahwa hujan yang lebat akan melanda Kelantan bermula Ahad 11haribulan . Oh, masih selamat untuk kami sekeluarga ni.

Bergerak meninggalkan Sungai Petani tepat 730 pagi.Hmmm, sudah banyak kenderaan yang bersaingan dengan saya menuju ke Baling pagi ini. Jalanraya dari Baling - Gerik ini agak lengang, tiada pengguna. Masa perjalanan tak sampai 40 minit dari Baling.

Kami tiba di Tasik Banding sekitar 945 pagi. Berhenti untuk sarapan pagi. Sarapannya, Nasi Lemak yang berlebihan sisa malam tadi. Hanya minuman yang kami pesan dari gerai Jeti Awam Tasik Banding ini.


Jambatan menyeberangi Tasik Banding ke Kelantan.

Diatas tapak Heli-pad.

Suasana cerah pagi ini. Kami disini hingga pukul 10.30 pagi.

Perjalanan agak nyaman. Tiada kesesakan , dan kami memasuki pekan Rantau Panjang melepasi pukul 12 . Terus memasuki kompleks Imigresen untuk ke Sungai Golok. Terkejut anak anak , rupanya, saya membawa kesemua paspot mereka.

Ini pertamakali saya sekeluarga memasuki pekan Sungai Golok ni.

Sungai Golok - Baru saya tahu, memang rapat sempadannya Malaysia-Thailand ini.

Saya kira, kalau baling batu pun, boleh sampai ke seberang ni!

Terus saya memandu selamba memasuki pekan Sungai Golok ni. Hm , besar jugak pekannya. Tapi, tak berani nak pergi jauh, sekadar dijalan besar ini sahaja, dan saya membuat pusingan U.


Raja Chulanlongkhorn ke, Raja Mongkhut?.

Memasuki Malaysia semula, terus ke pusat pekan Rantau Panjang ini, untuk membeli belah sekadarnya sahaja. Lagi pun Solat Jumaat sudah menghampiri.

Masjid Beijing di Rantau Panjang.

Kami dah berangan nak Solat di Masjid ini. Jam dah pukul 1 tengahari, mengapa tiada tazkirah atau alunan ayat ayat suci dicorong pembesar suaranya.

Sebaik memasukinya, ternyata...... belum beroperasi.

Laa.... kecewanya. Terus meluncur laju mengarah keluar Rantau Panjang, mencari cari Masjid yang berhampiran.

Selesai solat, kami terus ke Kota Bharu. Saya sudah membuat tempahan di Perdana Resort, jadi kami terus kesana. Sebelum itu , kami sudah berhenti di tengah Bandar Kota Bharu ini, bertanyakan hotel hotel berhampiran, ternyata masih banyak kekosongan kamarnya.

Akhirnya , saya batalkan niat untuk bermalam di Pantai Cahaya Bulan ini.

Memang lebih menarik menginap di tengah kota.


Merayau sebaik pasti bilik sudah ditempah.

Malamnya di Gerai kebiasaan kami bila bertandang . Nasi Dagang/Nasi Kerabu dan ayam percek.

Ini kemestian, walaupun saya bukanlah berminat sangat dengan nasi nasi ini. Malamnya hanya berjalan kaki disekitar KB Trade Centre.

Saya memang jenis tidur awal, dan mudah letih, jadi sekitar pukul 10 saya dah mula 'hilang'.

Paginya Sabtu ini, saya keluar dari hotel untuk sarapan. Mencari cari didalam sesawang dimana letaknya Restoran Wau, Yati Ayam Percek, Restoran Ulam Cikgu. Dan dengan menggunakan daya ingatan, saya memandu terus mencari, dan ketemu dua dari tiga restoran yang dicari.

Ini semua gara gara Idid Marcello yang mencanangkannya didalam TV3 tu tentang keselesaan dan keenakan makanan di sini.


Pagi di Restoran Wau.

Hanya memesan, roti nan, roti canai dan nasi lemak. Itu aje yang ada untuk sarapan.

Saya lebih berminat untuk berFB sahaja disini.

Selesai sarapan, kami teruskan acara membeli dan belah di Pasar Khatijah. Tak sah kalau ke KB tanpa memasuki pasar ini. Sebuah lagi pasar bersebelahan stesen bas KB tu pula, dah diruntuhkan untuk pembinaan semula.

Saya seketika disini, terus naik ke hotel untuk lepak sendirian.




Latiff Hariri
0728 13122011
Sungai Petani

Tuesday, 13 December 2011

Sarapan di Seberang Laut

Pagi Rabu 23 November ni, saya bergegas seperti biasa ke Butterworth. Bukannya kerja, tapi nak kejar keretapi ke Kuala Lumpur pukul 830 pagi. Tiba di stesen pukul 745 pagi, dan terus melangkah memasuki stesen. Keretapi sudah setia menanti, kali ini tepat waktunya, tiadanya Ketibaan Tidak Menentu lagi. Ya lah, stesen hentian permulaan, mestilah tepat waktunya.


Keretapi bergerak tepat 830 pagi

Roziah ke Shah Alam lagi, lewat ke Tg Malim.

Kami yang tertinggal ini, apa lagi, mencari gerai untuk sarapan lah. Tiada gerai yang berhampiran stesen, paling dekat pun di stesen bas Butterworth. Saya tinggalkan kereta di parkir stesen keretapi ini. Terus menapak ke Jetty Ferry.

Berlayar ke Pulau Pinang sekitar 920 pagi. Tambangnya hanya 80sen saorang.

Dalamnya tetap sama sepertimana pertamakali saya menaikinya sekitar 1968 dahulu.

Kapal dan kapalterbang.

Jambatan Pulau Pinang.

Pulau Pinang dari hadapan.

Ferry menghampiri jeti untuk berlabuh.

Perjalanan sekitar 18 minit. Saya dan Izzuddin terus menapak ke arah perhentian bas/teksi di Jeti ini. Suasana hari bekerja, tapi sudah agak lengang, kerana waktunya sudah melepasi waktu masuk pejabat. Hanya menyeberangi jalan raya dihadapan jeti ini, kami tiba di Medan Selera dan terus memesan sarapan pagi ini.

Nasi kandar sepinggan penuh.

Sedangkan saya hanya memesan roti telur. Sudah lama juga saya hentikan sarapan begini atas nasihat doktor, tapi, kali ni, apalah salahnya.

Sekitar pukul 1010 pagi, kami melangkah semula ke Jeti Ferry untuk pulang. Kali ini tiada tiketnya, kerana tiket hanya untuk memasuki Pulau Pinang, sedangkan keluar adalah percuma. Percuma? Mereka dah kira siap dah bila nak masuk Penang tu.

Kapal mewah Cruise di Pelabuhahn Swetternham.

Sekitar pukul 11 kami sudah meluncur laju pulang ke SP. Dua hari ni santailah kami berdua, kerana emaknya Izzuddin tiada dirumah.


Latiff Hariri
0749 11122011
Sungai Petani

Sunday, 11 December 2011

Pernikahan 4 Pasangan - 11112011

Bila tamat acara 09112011 di Taiping bersama Aunt Insun itu, saya cuba aturkan pertemuan lain bersama rakan rakan OE ini.

Kami meluncur laju dan menghampiri pekan Parit Buntar, rencananya mahu menjengok saorang rakan di pekan ini, tetapi secara sepontan timbul ingatan, bahwa malam ini ada acara pernikahan anak buah saya, yang bertandang dari Kuala Lumpur untuk bernikah dengan budak Sungai Petani juga. Macam mana saya boleh lupa ni!!

Kami tiba di perkarangan surau Taman Perda ini tepat selesainya solat isyak.

Terus bergegas, ternyata acara sedang bermula, alamak, rugi ni.


4 Pengantin perempuan

4 pengantin lelaki

Maknanya, kami tidak terlewat, Tok Kadi sedang mengatur kerja, menyemak dokumen pernikahan, mendengar kata kata persetujuan dari pengantin pengantin perempuan. Meminta k/p setiap pengantin, dan bermacam macam lagilah, biasalah bila nak bernikah ni. Cuma, masanya agak panjang, kerana yang nak dinikahkan itu 4 pasangan, jadi banyak kerjanya lah.

Saya agak sahaja, anak buah lelaki saya ini, yang paling muda diantara pengatin pengantin lelaki yang lain.

Sekali lafaz aje tu.

Siap ter'ketawa' riang lagi sebaik selesai.

Saya terperasan juga, sedangan pengantin lelaki yang lain 'serius'semacam aje, tak berani nak senyum, dia ni sorang aje yang 'sengih ' sepanjang masa. Hahaha.

Abang Kudus dan Kak Jun dibelakang kedua mempelai.

Doa dari ibu dan ayah.

Abang Kudus dan abang Majid - keduanya adik abang, sepupu kepada Roziah.

Acara berakhir sekitar pukul 1030 malam. Sehari semalam acara kami pada 09112011 ini.

Esoknya melepasi pukul 130 petang baru saya mulakan perjalanan ke majlis perkahwinan mereka. Mereka sepakat mengadakannya di Kelab Cinta Sayang untuk kedua dua jemputan pihak lelaki dan perempuan.

Senang bila semuanya disekalikan. Tiada sambutan lagi di Kuala Lumpur.

Kami mai lewat, duk kat luar dewan aje.

Bersama abang Kudus sebaik selesai makan.

Kami disini sekitar satu jam, bersalaman dengan pengantin, dan berkenalan dengan para tetamu, terutamanya sanak saudara yang jarang saya jumpa .

Senang bila sambutan perkahwianan sekali , yang ruginya kalau ada saudara mara yang tak dapat hadir dari Kuala Lumpur.

Selamat Pengatin Baru sempena 111111 ini.

Latiff Hariri
0819 11122011
Hotel Azam , Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

Saturday, 10 December 2011

12 tahun 364 hari - Dua tahun berturut turut

Tak berjanji bertemu ni, ada keistimewaan tersendiri. Selain dari acaranya tidak formal, ikut dan dimana dan apa yang ada sahaja. Jadi, saya tidak meletakkan acara acara rasminya. Sekadar menanti kehadiran beliau sekeluarga, jika datang, datanglah, jika tidak, kita jumpa dilain masa dan waktu.

Bukan saya tak mengharap, tapi, dah memang jangka begitu untuk masa masa akan datang nanti. Bulan bulan yang lalu sekeluarga dah pindah ke Taiping, sekarang, hanya menanti 'kepala rumah'nya pula, pulang ke semenanjung dalam masa terdekat ini. Dan selepas ini , pasti acara bersua akan menjadi lebih kerap . Bukan sahaja saya, malah rakan rakan lain yang suka akan kembalinya 'wira' saorang ini ke bumi semenanjung.

Bertemu lagi sekitar pukul 10 malam di Sungai Petani. Kiranya, sudah menghampiri 2 kali hujung November berturut turut kami berjumpa di Sungai Petani.




Lokasinya ikut senang tetamu, di Rostoran Nazmir, Lagenda Height, Sungai Petani.

Dalam hujan kami bersua, sebaik selesai rakan saya sekeluarga ini menghadiri majlis prkahwinan anak kepada rakan sekolah mereka, yang juga pertama kali mereka berjumpa selepas tamatnya persekolahan era 80an dahulu.

Sambil menonton TV perlawanan bola sepak MU ni, kami perkena saorangsekeping tosei, kira supper lah.


Makan kenduri lagi malam ni, lepas kenduri kawin, hehehe.

Gelak ketawa adalah kemestian bila bertemu dengan beliau, sebab beliau ni suka ungkit kisah lama dan kisah baru, memang ceria kalau jumpa dia.

Kata dah kenyang, tapi, kami tambah lagi segelas minuman, dan tosei sekeping itu pulak, licin.......

Sedang menjamu selera, kenalan saya dari Sungia Petani pulak bertandang, bersama ole olenya.


Ole Olenya adalah kek cokelat untuk birthday girl ni. Dah 2 tahun dia di SP setiap hujung November.

Selesai acaranya pun sekitar pukul 12 malam.

Saya tahu beliau keletihan. Siangnya ada acara rasmi bersama boss No 1 beliau di daerah kelahiran beliau. Petangnya terus ke Sungai Petani. Malam acara perkahwinan, esoknya, masih nak putar putar Pulau Pinang, jadi saya tamatkan acara malam ini setepat jam 12 malam.

Pagi Ahad, 27 November ini pun, saya sekeluarga, tidak menyediakan acaranya. Kita ikut apa yang terfikir diminda Zawawi sekeluarga. Saya sendiri boleh bayangkan keletihannya bila setiap hari ada sahaja acara rasmi yang harus diisi.

Sekitar pukul 1045 pagi baru mereka sempat bertandang ke teratak kami. Itu pun sekadar duduk di buaian , tak sempat menjengok kedalam rumah lagi, kerana harus bergerak ke Pulau Pinang.

Foto 12 tahun 364 hari untuk birthday girl.

Rupanya Zawawi teringin makan restoran Melayu yang ada jual daging bakar , ikan bakar, yang sering beliau makan diawal permastautin beliau di Sungai Petani ini, bersama Zed suatu ketika dahulu. Berputar laju kepala saya , mencari Restoran apa yang dimaksudkan.

Rupanya Restoran Sadar di Taman Ria. Laaaaa. Ini restoran milik bapa kepada adik adik bujang saya ni, macam mana saya boleh lupa.

Restoran ini milik kepada bapa Budin, dan dikongsi bersama pakcik/adik beradik kepada Zul dan Tart. Memang terkenal dengan daging bakar cecah asamnya.

Ini merupakan 'brunch' kami untuk hari ini(breakfast cum lunch)

Sekitar 130 tengahari baru selesai acara makan makan kami ini. dapatlah saya perkenalkan bapa kepada Tart dan Zul ini kepada Zawawi.

Terima kasih Zawawi dan Zaharah kerana sudi merayakan 12 tahun 364 hari untuk kali keduanya di Sungai Petani. Maaflah, acaranya mudah dan bersahaja aje.

Menunggu 13 tahun 364 hari pulak pada 2012.

Kisahnya pertemuan 11 tahun 364 hari boleh dibaca dengan meng'klik' pada ayat tersebut disini


Latiff Hariri
0908 10122011
Azam Hotel, Kota Bharu, Kelantan Darul Naim

Tuesday, 6 December 2011

Ketibaan Tidak Menentu

Paginya Ahad 20112011.

Nak kata terbabas bangun pagi, tidak juga. Walaupun malamnya tidur menghampiri pukul 3 pagi. Bila nak balik ni, semuanya malaslah.

Apa apa pun sarapan dahulu.




Sarapan pagi dalam resort ni, makanan dipadamkan, supaya tiada komen yg makanannya terlalu mewah, hahaha.

Selesai sarapan, sekitar pukul 10 pagi ke Nilai untuk menghantar anak kedua pulang. Sekitar pukul 11 sudah bergerak semula ke Kuala Lumpur. Memasuki Petaling Jaya untuk mencari kilangnya Canon, tapi tersesat, sebab dah lama tak masuk PJ.


Di Nilai sekitar 11 pagi.

Terus memasuki Lebuhraya Plus sekitar pukul 1245 petang menuju utara, dan kami tiba di Tanjung Malim seawal pukul 230 petang. Sempat berehat sebentar dan makan tengahari, sebelum bergerak ke stesen keretapi Tanjung Malim.

Ya, kami naik keretapi balik ki Butterworth. Dah lama tak naik keretapi, terakhir 2-3 tahun yang lalu.

Keretapi akan tiba sekitar 430 petang.

Tunggu punya tunggu, Ketibaan Tidak Menentu ini akhirnya sampai ke Tanjung malim sekitar pukul 615 petang. Hm, tak marah pun, cuma saki hati aje sebab tiada pemberitahuan dari pehak pengurusan tentang kelewatan serta jangkaan ketibaannya pukul berapa.

Harap cantik aje, jadual masih celaru. Ini yang baru , harganya ....entahlah.

Tunggu ajelah dengan mengetap bibir, tanda protes.

Akhirnya bergerak.

Pada saat awalnya , gerabak kami ini , penghawa dinginnya tidak berfungsi. tapi ketua pengawal gerabak ini cekap, mengatur semula kedudukan kami kedalam gerabak lain yang penghawa dinginnya berfungsi.

Taiping - dalam proses menaik taraf. Sedih juga tengok stesen ini. Banyak kenangan manis disini, tak kurang juga kisah dukanya. Saya harus menjejakkan kaki di Stesen ini.

Sekitar memasuki Kamunting, saya terus merayap dari gerabak ke gerabak, mencari gerabak yang ada dapur. Di hujung hadapan rupanya. Kami perkena saorang secawan Maggi, dan akhirnya berkisah dengan ketua Pengawal keretapi ini, En Nizam.

Orang Yan, menginap di Butterworth, dan rakan kepada arwah Marzuki Latiff. Peramah orangnya. Walaupun saya tidak bersungut tentang perkhidmatan KTM ini, tapi beliau amat faham perasaan pengguna, dengan memberi seribu satu kisahnya sepanjaang perkhidmatan beliau sebagai warga KTM. Kami bertukar tukar no talipon sebaik keretapi menghampiri Parit Buntar.


Sekali berkenalan dengan En Nizam ni, dah macam kenal lama pulak. Peramah orangnya.

Sepanjang Parit Buntar-Butterworth saya beronline, kerana tiada gangguan braodband ini, dapatlah saya mengisi kelesuan ini sehingga pukul 11 malam.

Di stesen Butterworth sudah menanti adik adik bujang saya, Zul, Budin dan Tart bersama Avanza mereka. Balik SP dengan mereka. Senangkan, ada adik adik bujang ni.

Inilah kisahnya sepanjang perjalanan pulan dari berDinner bersama sama Old Edwardian Kuala Lumpur.

Latiff Hariri
0850 04122011
Sungai Petani.

Sunday, 4 December 2011

Wan Akmar Bertandang

Kisah ini berlaku pada Rabu 16112011, 3 hari sebelum OE KL Annual Dinner .

Terbaca pesanan rakan OE1981 ini diMukaBuku menyatakan yang beliau sekeluarga akan bertandang ke Sungai Petani pada 15 November, lewat petang. Katanya, kepada sesiapa yang mempunyai masa untuk minum petang, dipersilakan hadir. Hmmmm, sepatutnya saya yang warwarkan begitu kepada setiap tetamu Sungai Petani ini.

Saya mula mencongak, samada pesanan tersebut untuk saya yang 'solo' di Sungai Petani ini, atau untuk kesemua rakan OE1981 yang bermastautin di Kedah. Sehari kemudiannya, baru saya memberi jawapan dan meminta beliau menghubungi saya sekiranya sudah memasuki Kedah.

Dan saya tidak lupakan kepada kesemua rakan diutara ini, menjemput mereka hadir bersama. Ada yang memberi jawapan, dan ramai yang membisu.

Skeitar jam 545 petang terus saya bergerak pulang ke Sungai Petani, dieokori dari jauh Badrul Hisham.

Kami di persekitaran Hotel Seri Malaysia tepat pukul 640 petang, dan sudah mennati di luar Wan Akmar sekeluarga.



Wan mahu segerakan pencarian barang keperluan anaknya, sedangkan , saya mahu minum petang dahulu seperti yang diwarwarkannya.

Tuan rumah yang lebih lebih menjamu selera, hahaha

Bertemu di Sungai Petani, pada usia 47 tahun

Jadi, kami minum dahulu di Kafe Seri Malaysia dan hanya bergerak ke bandar Sungai Petani sekitar selepas Maghrib. Badrul berpisah di sini, untuk pulang ke Kulim.

Saya menjadi pemandu pelancung kepada Wan Akmar sekeluarga.

Selesai membeli belah barang keperluan anaknya, saya terus membawa mereka bertandang kerumah saya.

Mencadangkan makan malam diluar sahaja, sambil menunjukkan arah tuju jalan ke UiTM Sungai Petani . Kalau malam memang kelam dan payah untuk mencari hala tuju. Jadi dua kalilah saya membawa Wan Akmar untuk menghafal jalan menuju UiTM ini.

Diperkarangan UiTM Merbok, Sungai Petani.

Uitm hanya sekitar 12 minit dari rumah kami di Sungai Petani. Dan isteri saya pun kakitangannya, jadi tiada masaalah , sekiranya anda memerlukan bantuan dan tunjuk ajar kami , sepanjang pengajian anak anak anda di sini.



Ini tempat kebiasaan saya untuk kesemua tetamu yang bermalam di Sungai Petani.

Gerai Mak Anjang

Foto beramai begini menjadi kemestian disetiapkali berakhirnya acara makan makan ini.

Saya hargai setiap rakan rakan persekolahan saya yang sudi bertandang ke Sungai Petani, dengan memberitahu kehadiran kepada saya. Saya akan cuba menjadi tuan rumah terbaik.

Bayangkan kita sudah berkawan diawal persekolahan kita, dan ketika usia begini, kita masih dipanjangkan usia , dan masih berkesempatan untuk kunjung mengunjung, sedangkan ramai rakan rakan kita yang telah pergi dahulu dari kita. Jadi......

Jangan serik beritahu saya akan kehadiran anda semua ke Sungai Petani ya! Disini ada UiTM dan AIMST Universiti. Wan Akmar yang pertama menjejakkan kaki anak baliau ke sini, sedangkan ada saorang dua anak anak rakan saya yang bermastautin di UiTM Arau pun, masih sempat memberi salam kepada saya, sebelum mereka meneruskan perjalanan ke Perlis itu.

Selamat belajar untuk anak anak .


Latiff Hariri
0828 04122011
Sungai Petani