Bee Gees

Wednesday, 25 January 2012

Doa Selamat dan Tahlil(ii)

Sementara menanti ayam merah tu terhidang, anak anak dara kami ni berlima-berenam, dah meronda satu Taiping mencari ais batu. Kalau diminta saya mencarinya, saya dah menyerah-kalah, tak berdaya nak berebut rebut ke bandar, yang diceritakan sesak dengan kenderaan.

Kuat kederat kau Fatin?

Sebaik selesai solat Zuhur sekitar pukul 2 petang. Asri sekeluarga mengundur diri. Pulangnya Asri adalah untuk menyambut kehadiran Manan sekeluarga, yang keenam hadir. Kalau ditanyakan saya, lapar tak? Jawapan saya - sikit sikit aje. Tapi ini dah menghampiri pukul 230 petang. Lalu acara utama ini dimulakan supaya tetamu tidak ternanti nanti kelaparan. Bacaan Yassin diterajui adik ipar kepada Tuan Rumah, sementara tahlil dimulakan oleh Amran. Kombinasi yang baik.


Manan sekeluarga disambut Tuan Rumah dan Wak Joe, sebaik Asri bersalaman dengan Tuan Rumah untuk pulang ke Pulau Pinang.

&m;
Sudah melebihi 10 kenderaan diwaktu ini, yang 'mengerumini rumah Zawawi

Pucuk ulam yang direbus , yang dibawa khas dari Lenggong.

Bacaan Yassin sedang berlangsungkan.

Acara berYassin dan brTahlil ini selesai melepasi pukul 245 petang. Ketika ini saya sudah perasan akan kehadiran Mohd Noor, dan sanak saudara Awie yang lain.


Teruskan ke acara makan makan kita!!!


Itu arahan dari Tuan Rumah.

Antara yang petama mencedok lauk.

Waktu ini , saya mula memastikan kecepatan Nasi yang tersimpan didalam baldi nasi disegerakan agihan pinggannya, supaya tahu kedudukan hadirin. Tiada yang tidak cukupnya, sentiasa ada nasi tambahan supaya tidak terencat keenakkan tetamu menjamu.


Menunya, taucu anak borek, kari daging, ikan masin, sambal belacan, sambal nyior, ulaman timun, ikan goreng, ada mempelam untuk dicecah dengan sos rojak dan air oren.


Rasanya kesemua tetamu cukup teruja dengan masakan tengahari ini, saya agak aje lah. Tapi, memang benar pun, saya sendiri tidak menyentuh kari daging dek kerana teruja dengan lauk taucu tu


Sanak saudara Awie yang datang dari Lengggong/Kuala Kangsar

 
Bersama sanak saudara Zaharah dari Kuala Kangsar

Duduk bersila bebas, yang anak anak teruna ada yang melepak diluar.

Waktu ini Haniza dan anak terunanya dah sampai. Rakan yang keberapa ya?

Saya dah hilang pengiraan. Tapi bergitulah serba sedikit. Duk tertanya tanya , mana kak Mah kita? Padahal, seawal pukul 11 pagi beliau sudah bersms mengatakan sudah melepasi Ipoh.


Dalam Faridah dan Haniza duk bertanya Kak Mah ni, dia pun masuk, laaaaa, panjang umur.


Melepasi pukul 3 petang baru dia sampai.

Seronokkan dapat makan dan duduk bebas didalam rumah ni.

Sedar sedar waktu ini, sekitar pukul 4 petang, masuk pula Tok Penghulu Lenggong, Hasan Basri bersama rakan seangkatan SMDA81, si Nasir dari Sumpitan. Ceria dan meriah suasana ketika ini, bila ramai yang terharu akan kehadiran Nasir. Saya memang tak kenal Nasir, hanya cam wajahnya yang pernah tersiar di FB GOS.

Hasan bersalaman dengan Zawawi , sambil Nasir menanti dibelakang.

Korang tanya Nasir apa yang Kak Dah dah 'buat' kat dia sampai dia tak bangun nak tambah air

 
Anak anak dara yang senang dikerah kehulu hilir untuk menambah baik acara makan hari ini

Sampai kepintu hadapan tetamu duduk bersila

Anataranya , kakak sulong Zawawi dari Kuala kangsar

Ya, waktu ini Ismail sekeluarga pun dah datang. Saya dah hilang pengiraan....

Mail datang bersama sekotak penuh agar agar yang masih dingin sebagai ole ole dari Rawang! Ya, saya teruja dengan semangat Ismail ni
,
Dua Kak Long berjurai jurai air mata bila berjumpa - Kak Mah dan Kak Dah. Abang Man tahan sebak, sementara Niza tumpang sayu.

Masa ini dah riuh rendah dah. Aku sendiri tak tahu apa topik Tuan Rumah ni menyakat kawan kawan dia

Saya mula berkerut muka, kedapur menyelia anak anak dara ni bertugas. Kenapa lambat ni? Saya mula rasa kurang enak dengan situasi begini. 


Terus saya mulakan dengan arang dan pembakar panggang. Saya harus segerakan sementara tetamu sudah mula ramai ni, supaya tiada yang kecewa tidak dapat merasai daging kambing panggang ini. 


Ini pertamakali saya sekaluarga menyediakan daging kambing panggang untuk santapan ramai.


Latiff Hariri
1728 24012012
Sungai Petani

Tuesday, 24 January 2012

Chef-Chef Yang DiLantik(i)

Tiga atau empat hari sebelum tibanya acara ini, saya sudah mula sibuk memikirkan apa yang harus saya 'menu'kan untuk acara makan makan ini. Sebagai 'sahabat', tak diminta pun, saya pasti akan membawa ole-olenya untuk santapan kesemua hadirin, walaupun tak tercapai sepenuhnya.


Saya ingat akan budaya indah nenek moyang kita dahulu, bila adanya majlis kenduri kendara begini.Di Kedah beras seguni, merupakan buah tangan rakan terdekat, tak pun sekampit gula, atau setin susu. Sudah saya belikan dua puloh rusuk dan isinya kambing dan 5 ekor ayam yang siap saya proses sendiri dirumah. Malamnya sebelum berangkat, anak anak sudah siap 'merempah-ratuskan' isi isi daging tersebut bersama ayamnya. Waktu ini saya dah lena pun.


Dan paginya Ahad ini pun sudah tersedia 50 biji kuih tapai pulut dan 50 kuih koci sebagai penyeri mulut nanti , yang saya bawa khas dari Sungai Petani ni.


Tiada apa yang mahu saya segerakan pun, lagi pun tuan rumah menyepi sehingga ke hari kedua terakhir baru dimaklumkan, yang kami sekeluarga antara yang dilantik untuk mengawal selia dapur supaya berasap nanti. Saya pulak menyangkakan mungkin sudah terancang beliau bersama rakan kita itu, Si Wak Joe. Tak pun Faridah yang memang terkenal dengan air tangan yang 'menyenakkan' perut bagi yang tahu keenakkan masakan kampung orang kita di Perak ni.


Jadi, pagi Sabtu itu baru saya tukar acara saya. Sepatutnya kami bercadang untuk tiba sekitar pukul 12 tengahari, tapi saya tukarkan waktu perjalanan dan tiba di Taman Tasik tu sekitar 930pagi. Antara yang terawal sampai.


Kami tiba bersama Faridah Abang Man, yang menanti kami di persimpangan penjara itu. Kalau ikutkan urutan, yang pertama hadir, Wak Joe, kedua Faridah dan kami yang ketiga.


Sudah tersedia sarapan, tosei, roti canai dan kuih bahulu di meja . Diminta kami dua keluarga menjamah dahulu sebelum kerahan tenaga dimulakan. Wak Joe sendirian, anak isteri beliau masih dikamar hotel, dengar ceritanyalah.


Tapi, kami menolak, mahu terus kedapur. Saya sendiri teruja, dah pukul 10 ni, tak kan belum mula apa apa ni?


Untungnya bila ada anak anak dara yang terlatih, semua terus kedapur termasuk bapak bapak mak dara. Semua memproses ikan anak borek ni, dan ayam yang dirempahkan untuk digoreng.




Abang Man menyelia cara anaknya Aida memproses anak borek tu.

Sedangkan Aqilah menulis dikertas barang barang yang harus saya dan Abang Man belikan di Pasar Taiping itu nanti, kami bertiga menjamu selera dahulu. Dah pukul 1015 pagi, dan masih banyak rempah ratus yang belum dibeli. Saya terus mencadangkan supaya segera kami berdua keluar.


Eh, tong gas pun kosong? La, ini bahaya ni. Saya mula risau, bila dapur boleh mula berasap ni? Sedangkan hari ini hari minggu, kedai banyak yang tutup.


Tak sampai setengah jam pun, kami selesai dengan tugasan di Pasar Taiping tu. Senang kerja kami, sebab kedua duanya 'kaki memasak'. Sebut aje nama rempah ratus, asam garamnya, kami tahu mencarinya. Ya lah, dua dua pun dah biasa dengan bandar Taiping ni.


Saya yang risau lebih , bila menghampiri pukul 12 ni tong gas masih belum terbeli, kebanyakkan kedai sudah kehabisan stok. Saya cadangkan kepada abang Man, kita pulang dahulu menghantar pulang belian yang lain supaya mudah kerja orang orang dapur.

Sarapan bertiga sebelum ke pasar.

Sesampai dirumah, terus ke pintu dapur. Sudah menanti Wak Joe dan Amran.


Amran sekeluarga yang keempat hadir, sedangkan Wak joe pun sudah menjemput anak isiteri beliau. Dan mereka semua sedang menggoreng ayam di bahagian luar dapur rumah Awie ni.


Ada gas rupanya......lega saya. Tapi Abang Man harus keluar semula untuk mencari gas di persekitaran Kamunting pula. Saya dah mula bersila disisi Wak Joe , memproses anak borek yang saya dan abang Man belikan sebagai persediaan, kiranya berlalu 'kekurangan' dipertengahan majlis nanti.


Amran pun berminat kerja kerja dapur ni.


Kerja renyah menjadi mudah bila ramai yang membantu, dan yang menyelia pun pakar pakar dalam bidang masakan.
Bahagian menyiang ikan serahkan kepada saya dan Wak Joe

Selesai 4 kilo ikan ini, si Asri pun sampai bersama anak anaknya. Abang Man sudah pulang bersama dengan tong gas berisinya. Lega. dapur yang lagi satu tu dah boleh mula berasap.

Di dapur dalam, orang perempuannya, sudah siap menyediakan rempah ratus yang kami belikan tadi, dan proses menumis kari sudah dimulakan oleh Abang Man. Fullamak, semerbah harum dapur ni luar dalam. Macam tu rupanya bila masak banyak banyak begini.

 
Asri tiba sekitar 1230 tengahari. Yang kelima hadir.

Ni, macam ni caranya menuang minyak ke kuali. Faridah mengajar 'laki'nya didapur, hahaha.


Roziah dan isteri Amran, ambil kontrak potong bawang dan cabai, untuk ditaucukan nanti.

Anak dara si Asri pun membantu Abang Man menumis kari sambil diselia saya, hehehe

Masakan ayam masak merah sudah siap dimasak sekitar 115 tengahari. Periuk besar dikeluarkan untuk mengganti tempat kuali ayam merah ni. Sambil menambah panas daging yang direbus tu dengan api dapur yang lebih besar di luar ini, ayam merah sudah mula dihidangkan. Dah kari daging ni pun mula memasuki peringkat akhir untuk dihidangkan.


Tugasan Asri pulak mengangkat masakan untuk dihidangkan ke hadapan ruang tamu. Lagipun, dia yang pertama nak rasmikan masakan ini.

Memandangkan Asri yang harus pulang segera ke Penang untuk tugasan petangnya, Awie mencadangkan dia sekeluarga menjamah dahulu supaya tidak sia sia akan hidangan yang sudah tersedia ini. Tiada kari dagingnya, sekadar ayam masak merah dan sedikit ulamnya. Tak pe lah Asri, janji boleh makan, dan boleh segera pulang. Asri masuk kerja pukul 3 petang. Semangat dia untuk bersama rakan rakan tu yang penting.


Asri bersama anak anak 'pembuka' majlis kenduri tengahari ini.Orang rumahnya kerja

Sebaik selesai makan, mereka bergerak ke Penang menghampiri pukul 2. Rasanya sempat beliau sampai ke pejabat sebelum pukul 3 petang. Tahu sangat dengan pemanduan Taiping - Pulau Pinang ini.


Sebaik Zuhur, sekitar pukul 230 petang rasanya, acara doa selamat dan tahlil pun dimulakan. Acara ini diterajui oleh adik kepada Awie dan Ustaz Amran kita. Diwaktu ini sudah ada 3-4 kereta kehadiran sanak saudara Awie dan Zaharah. Kira terkejut jugak, bila memasuki ruang tengah ni, dah penuh dengan hadirin dua ruang makan yang kami susunkan seperahnya.


Hati nakal saya , macam biasalah, mula was was, "alamak, cukup ke masakan kami didapur ni?" 

Latiff Hariri
0908 24012012
Sungai Petani

Monday, 23 January 2012

Tertipu di Ceramah Politik

Najib datang betandang sebaik selesai Isyak.


"Jom! Kita pi dengaq ceramah" usul beliau sebaik melabuhkan punggung ke buaian disisi parkir kereta.


"Kat mana? Siapa yang datang? Saya tak tahu pun ?"


"Alah, jom ajelah, ada satu Uztad ni, dari Kuala Muda , kira dia ni popular jugak ni." Najib mula menabur benih.


"Kat belakang taman kita ni aje....." , benih disiram Najib


"Sat, sat, saya tukar pakaian." Laju saya memasuki rumah. Tak kan nak pakai kain pelekat aje .


Tak sampai 10 minit kami dah di kawasan pasar Sungai Layar ni. Tetapi mengapa lengang aje ni, ini yang menjadi persoalan saya. Ada 2 khemah tersedia, tapi separuh kosong dan suram.




Penceramah tiada, tapi tayangan video lama yang diulang ulang supaya hadirin kenal siapa dia Ustaz penceramah malam ini. Sudah melepasi 930 malam pun masih belum bermula, akhirnya pengacara majlis menjemput hadirin memenuhi ruang yang kosong dihadapan tu. Seakan akan tidak mahu dengar arahan hadirin ni pun. Sedangkan saya dan 3 rakan serta penyokong penyokong kuat yang ramai ini, tidak berganjak sambil pekena seoarang secawan kopi dan teh.




Acara bermula dengan doa dan mohon diberkati, serta kata kata maaf dari Orang Kuat Merbok yang tidak dapat hadir pada malam ini. Mungki dia malu agaknya, tak sampai 200 orang yang hadir, dan selebihnya , melebihi 70 orang orang Pakatan Rakyat yang turut tumpang telinga mendengar pencacai Uztad ini berdendang fitnah dan kutukan yang memualkan untuk didengar.


Tu, yang pakai baju melayu kaler pink tu


Dia kata dia Pegawai Khas kepada MB disalah sebuah Negeri tu. Kira hebat lah bila jadi Pegawai Khas @ Ustaz Pencacai. Tak tahan bila dia kata setiap kali dia bereramah , sambutan begitu menggalakkan. Kelmarin dulu katanya di Kota Kuala Muda, lebih 500 kehadiran. Malam ni di Sungai layar pun tak kurang hebatnya. Saya mual mendengar hujah topik malam ini, " HASAN ALI DIPECAT - PAS IKUT TELUNJUK PKR"


Pukul 1030 malam kami pun pulang, buang masa aje . Kena tipu dengan Najib!


Woit! Najib Teratai Indah lah!! Bukan Jib Soh!


Najib tertunduk sayu bila diherdik rakan rakan kerana menipu dengan ceramah politiknya.

Ada aku kesah!?

Latiff Hariri
1640 21012012
Sungai Petani

Friday, 20 January 2012

Tanpa Janji di Dolly

14012012


Selesai memesan makanan, kami termenung menunggu. Rasanya kali ini tidak menunggu lama, begitulah yang diharapkan. Pelanggan pelan lama , pelan banyak yang masuk. Saya mula risau dengan penantian ini.


 Masuk seorang ibu dengan anak gadisnya yang berpakaian sekolah. Hati saya berkata , "oh emaknya datang melawat anak di Sekolah Sains tu". Mereka berdua duduk disebelah meja kami. 


Masuk pulak seorang pelanggan lelaki, sendirian.... Laaaa, ini si Manan ni!!

Rupanya sang Ibu adalah isteri Manan, dan anak gadisnya

Terus saya bersalaman dengan Manan, dan beralih ke meja yang lebih besar untuk 6 orang.

 
 Perak ni kecil, kalau dah nak jumpa tu, jumpa jugak.

Tak Sangka petang ini kami semeja menjamu selera.

Kepada yang belum pernah merasai keenakan kueteow doly, sudi sudikan lah.

Lokasinya berhadapan dengan Kelinik Pergigian Taiping


Kecewanya , bila semakin ramai pelanggan yang memasuki restoran ini, makin perlahanlah servicenya. Kami cuba untuk menambah pesanan kueteow, paling tepat, untuk dibungkus pulang, tetapi pehak pengurusan hanya melayan yang mahu bersantap di restoran sahaja.


Sahingga jam 515 petang, kami bergerak pulang


Manan suami isteri hanya menziarahi anaknya di Sekolah Sains tu, mereka datang berdua dari Lenggong semata mata melayan anak, dan akan pulang selepas itu.

Berpisah selepas minum petang, tak berjanji pun, satu dari Sungai Petani, satu dari Lenggong, di Taiping kita berjumpa.


Latiff Hariri
2048 20012012
Sungai Petani



Wednesday, 18 January 2012

Sepetang Di Batu 20, Batu Kurau

Sekitar pukul 1230 tengahari, Sabtu 14hb ni, saya bergerak ke Taiping, menggunakan laluan Lebuhraya.


Tak lengkap rasanya ,bilamana, diminggu yang lalu, saya hanya bertandang ke rumah rakan di Taman Tasik Taiping tu, tanpa menjengok emak di Taman Sri Kota.


Ini perjalanan membayar hutanglah kiranya.


Selain itu, saya berniat juga , membawa sesuatu untuk Makcik Rahman di Batu 20 ini. Saya keluar di Bukit Merah, memasuki Semanggol dan terus ke Batu Kurau. Perjalanan yang nyaman, kecuali hujan renyai bila memasuki pekan Batu Kurau ini.


Hujan di Batu Kurau. Tapi hanya seketika, memasuki pekan Jelai hujan dah seriyat. Jadi mudahlah saya menapak ke rumah Makcik Rahmah, dengan memakir kereta di tapak Masjidnya.

Pekan Batu Kurau

Kehijauan desa yang permai. Pada awalnya lorong denai sekitar tahun 1973.


Ya, Makcik sihat, cuma bicaranya susah difahami. Kami disini selama 30 minit, bertanya khabar dan menitip sesuatu untuk Makcik. Si Rashi yang ceritakan kepada saya, jadi saya dan Roziah titipkan ajelah.
Masih kuat Makcik untuk bercerita suka duka kehidupan.


Kami bergerak pulang sekitar 310 petang sebaik memetik 2-3 rangkai buah rambutan dihalaman rumah. Dah terlalu ranum rambutan ni. 

 
 Bergerak memasuki Taiping sekitar pukul 4 petang. Terus ke Restoran Dolly. Untung, tak sampai setengah meja yang dipenuhi pelanggan, saya anggap cepatlah juga dapat pesanan makanannya nanti.

Latiff Hariri
1820 18012012
Sungai Petani

Thursday, 12 January 2012

Minum Petang Makan Malam 01012012

Dalam hujan lebat selewat pukul 4 petang ini, kami bergerak perlahan menuju ke Klebang Restu untuk mengambil rakan Roziah yang merupakan bodyguard beliau semasa saya berada di darjah 2 itu. banyak jalan yang mengarah ke Chemor ini ditenggelami air banjir, dek kerana hunan nan lebat.


Kami tersesat mencari rumah rakan kita ini. Ya lah, rumah ada dua, satu kat Taiping, satu kat Ipoh. Yang Taiping senang cari sebab dari kecil memang dah berkayuh basikal ke daerah Taman Tasik itu.


Kami tiba di rmah ini melepasi 530 petang, hujan dah mula reda.

Dah tersedia berjenis jenis kueh untuk dijamu kami berenam ini.

Sembang sembang sembang, ketawa. Iti lah kesimpulannya.



Amnah pun tiba lebih kurang 30 minit kemudian

Tuan Puan rumah yang beria menjamu kami dengan perlbagai juadah dan minuman

Haaaa, Wak Joe dah sampai

Aik, macam menari ronggeng aje deme berdua ni bersalaman.

Saya dan Wak Joe jarang jarang dapat berjumpa.
 
Tersandar tuan rumah dengan kehadiran rakan rakan sekolah beliau. Rambutan dari rumah Amnah.

Haa, buka lagi botol air fresh oren tu, kasi perabih.