Bee Gees

Friday, 8 June 2012

DarulAman bakal Hijaukan PutraJaya

Kami dari team MediaMaya Sg Layar ini bergerak meninggalkan Sungai Petani sekitar 530 petang.


Kami guna lebuhraya sahaja, bagi memudahkan perjalanan. Kesesakan hanya bermula bila memasuki pintu tol Alor Setar Selatan. 
Namun kami tiada masaalah untuk sampai ke destinasi sebelum waktunya maghrib bermula. 

 

Anak Muda semakin galak inginkan perubahan, tak tahulah puak puak yang dah berkarat didalam umnu itu.


Saya tidak mahu berceloteh panjang kali ini, biar foto foto ini menceritakan segalanya.
Apa yang pasti ada blogger umnu mengatakan kehadiran tak sampai 2000 orang, gasak korang lah nak buat pengiraan bebudak tadika itu, tak pun korang berguru dengan Rais anak Pak yatim itu!


Yang pasti Madey kepanasan mengtakan bahawa kami Ahli PAs dibayar untuk hadir. Mamak haprak tu ingat kami ni mamak kutty yang bila kena bayar baru nak buat kerja ke?

Kami sanggup bayar kepada PAS setiap kali permohonan sumbangan dilancarkan disetiap ceramah yang diadakan.

                      
Perbezaan usia tetapi niat nya satu!

                           
Yang tempang, datang bertongkat, semangat itu!!        
        

Kesesakan dipersekitaran Stadium sejak dari Asar lagi, kini sudah menghampiri maghrib.

Mat Sembab pun dah mula rewang rewang nak adakan BR1M untuk kali kedua. Hari tu Mat Monggol buat BR1M pertama , Mat Sembab buat kering aje, seolah olah, masaalah merasuah rakyat ni biar Mat Monggol tanggung sendiri, kununnya, kalau Bee End menang dengan majoriti kerdil, mudah bagi Mat Sembab mengabil alih kepimpinan.


Rupanya tidak, tengok aje Himpunan Hijau ini, baru Mat Sembab tersedar, ini bukan menang mojoriti kecil ini, tapi kalah terus dan akan jadi serpihan pembangkang didalam Parlimen nanti.


Baru dia teringat nak buat BR1M kali kedua!




Anggota PDRM yang mengawal lalulintas. Saya beranggapan, pehak Polis harus memainkan peranan disetiap ceramah umum anjuran PR, bukan hanya menyaman tanpa mengawal.


Tandas menjadi rebutan untuk persiapan Maghrib

                          
Hmmm, pandai pulak peniaga ni ambil kesempatan, tahniah!


Maghrib bermula


                              
Muslimah di saf belakang. terdapat kekosongan ditengah padang disebabkan becak sesudah hujan petang tadi.

j
Siapa yang anda kenal diSaf hadapan ini!

 
Sujud.....sojuk mato den

Semasa acara solat maghrib ini, kami masih boleh berlegar mengelilingi Stadium


                           
Bertentangan Pentas Utama Stadium.

 
Para hadirin yang mula mengambil tempat sebaik selesai solat.


Kami ke padang pulak untuk rakaman dari bawah

                                               
Anak sekolah ini mahu kami rakamkan aksi beliau.

 
Suasana padang yang becak, sebaiknya bila musim hujan begini, pakai kasut boot sahaja

 
Sekitar Isyak'

Pengagihan bendera PAS
 
Kepimpinan Utama PAS


Abang Hj Mahfuz




                             
Tuan MB Ustaz Azizan


Lautan umat mengiringi ucapan pemimpin.


945 mlm, sekitar ini sudah mencecah 80,0000 hadirin.

Ketika ini , kami sudah tidak dapat bergerak pantas dek kerana kesesakan. Secara perlahan kami berundur mencari pintu utama. Ternyata dari asakan hadirin yang mahu memasuki dari setiap 4 pintu utama ini, kami yang cuba bergerak keluar ini menjadi buntu seketika.


Bukan kami tidak mahu mengikuti acara seterusnya, tetapi kami hanya mahu buktikan , dan nyatakan bahawa kami berada disini dan terbukti lautan manusia malam ini mencecah 100,000 tidak seperti Perhimpunan Belia yang digebangkan mencecah 2 juta hadirin, serta perhimpunan keluarga 69 yang menyambut ulang tahun ke 66(?) di Bukit Jalil itu yang dihebohkan mencecah 100,000 juga itu, kunun!!


Latiff Hariri
FB - Foto MediaMaya Sg Layar 
1158 08062012
Sungai Petani

Tuesday, 5 June 2012

Hari Keempat di Bandung - 4 Mei

Pagi Jumaat 4 Mei ini, saya bangun agak awal, dan lenanya sudah terubat untuk 'cover' dua malam yang terlewat tidur itu. Pagi pagi, sebaik sarapan bermula pukul 7, saya dan Mokhtar terus keluar dari Hotel Kenangan untuk menikmati nyaman pagi di Kota Bandung.

Di hadapan rumahnya Bapak Gabenur Kota Bandung, Istana lah!


Kami menapak ke stesen keretapi untuk melihat suasana didalam stesen. Tiada masaalah untuk memasukinya, tiada halangan untuk mendapatkan pas masuk

Di hentian ini disediakan wifi percuma

Kepala Kereta mengarah ke Jogja.

Penuh dengan warga Belanda.

Saya sering ingatkan rakan dan teman yang sering mengiringi saya ke Indonesia, kalau korang bertemu mat saleh, korang jangan kata yang bukan bukan kat mereka ni, sebab rata rata pelancung Eropah yang berada di Indoensia adalah warga Belanda, dan mereka fasih berbahasa Indonesia. Jangan duk kutuk sembarangan!

Macam keretapi kita jugak.

Namanya keretapi ini Argo Wilis.

Kebanyakan keretapi di indonesia adalah milik swasta, mereka hanya bayar sewa landasan sahaja.

Dalam koc yang lain, pun penuh warga Belanda.

Kepada rakan rakan yang akan ke Indonesia, saya galakkan anda mencuba manaiki keretapi dari Jakarta ke Bandung, atau kemana mana daerah , kerana suasananya berbeda dengan menaiki bas rombongan mahupun dengan menaiki mobil.


Merayau rayau ini kami tamatkan bila Zul sudah mencari kami, Zul ni agak slow bila bersiap waktu pagi.


Pagi Jumaat ini sekali lagi kami cek out untuk memasuki Hotel yang lain pulak. Terpaksa, kerana Hotel Kenangan pun bakal dipenuhi tetamu yang sudah memesan kamar untuk hujung minggu ini. Saya Sudah aturkan Hotel Serena pulak.




Menanti angkutan kota untuk ke Cibaduyut
   

Ini Hotel untuk Jumaat -Sabtu dan balik pada Ahad


 
Angkutan kota , tambangnya sekitar RP3000 seorang

 
Beg tangan yang begitu murah kalau nak dibandingkan dengan milik Rosmah tu.



Sepatu wanita yang harganya ok, tetapi saya tak beli pun, sebab anak anak tak minat walaupun saya promosikan melalui FB siang malam.

 
Salah satu toko kasut yang begitu banyak di Cibaduyut, Bandung.

 
Korang tengok anak anak teruna ni berbelanja, kalah anak dara!



Maafkan kami, kami miss Jumaat hari ini.....Moga diampuniNya....sangkut dalam kesesakan.

 
Pasar Baru dari sisi lorong bersebelahan.

Petang ni, acara bebas, saya tidak kemana, sedangkan Zul dan Mokhtar masih teruskan pencarian di Pasar Baru . Saya benar benar letih, lagipun semua yang saaya kehendaki sudah saya temui.

Selepas rehat petang ni, kami hanya bersiar siar dipersekitaran, tak nak buang masa diluar, akhirnya saya mengambil keputusan untuk makan malam dihotel sahaja.

Makan nasi goreng je malam ni. Lagipun cuaca malam ni, hujan.

Saya seperti biasa, nak jaga suara, tidur awal seperti malam malam yang lalu.


Latiff Hariri
2158 05062012
Sungai Petani



Friday, 1 June 2012

Pertemuan Sesudah 26 Tahun (3) - Mohd Izham Jaafar

Bergerak pulan ke Ipoh pagi Jumaat itu.


Bertanya kepada Roslan Wahab Samaada masih ada masa untuk satu pertemuan dengan salah saorang rakan sekolah rendah kami itu.


Syukur Lan bersetuju.


Bergerak laju dengan mengekori kereta Lan Wahab memasuki Medan Gopeng, tempat perhentiannya bas express Ipoh itu.


Menanti seketika di Restoran Capati Ipoh, bila sebuah Mitsubishi putih memberi hon persalaman dari simpang hadapan.


Hm, lain lah orang nya?!


Pelukan pertama dari dua rakan sekolah rendah selepas 36 tahun.

Izham masih cuba memutar ingatan beliau dengan siapa beliau bersalaman ini.

Roslan tidak dapat berada lama dengan kami untuk msaorang secawan teh tarik. Beliau ada temu janji dengan pelanggan beliau. 


Sedangkan saya dan Izham terus sambung perbualan di dalam restoran.


Mungkin ada yang tidak mengingati beliau. Kalau tak silap saya, Izham berpindah ke Sekolah King edward VII-1 pada usia 11 tahun. Ayah beliau merupakan Guru Besar disalah sebuah sekolah di Batu Kurau.


Sebaik tamat sekolah rendah, beliau menyambung persekolahan di MRSM Kulim, bersama sama dengan Azwan, Lutpi dan Ismail Abu bakar.


Ada nama nama menarik yang diberi gelaran kepada rakan saya ini. Namanya seperti Mat Salleh itu, semuanya dipanjangkan oleh rakan baik Izham, Allahyarham Zainal Azmi Md Diyar @ McHelm itu.(AlFatihah untuk arwah). Bila arwah digelar McHelm, Izham pun sudah ada namanya yang tersendiri, hahaha.


Kami sekadar 40 minit disini, untuk memendekkan kisah 36 tahun yang terlepas itu.

Janjinya untuk bertemu lagi dimasa mendatang untuk menyambung kisah kisah silam yang kami terlepas dari berkongsi selama perpisahan sekitar 1984 itu.


Ya, kali terakhir kami bersua muka adalah dimasa percutian musim panas 1984,  semasa Izham pulang bercuti dari Amerika itu. 


Kenangannya, mandi berempat di Lata Padang Rengas ( Kg Buaya?), bersama Hatta Ghazali yang juga pulang bercuti dari Amerika, serta Raja Anuar .

Miripnya masih ada seperti tahun 1984 itu, tapi Izham kelihatannya agak kurus.

Berpisah sekitar 1230 tengahari.


Saya masih berbelah bagi samaada mahu berJumaat di Masjid Ubudiah Kuala Kangsar itu, atau teruskan perjalanan pulang . 


Yang pasti saya teramat mengantuk untuk menruskan perjalanan pulang ini.


Letih dan mengantuk, tapi hati teruja , dapat bertemu tiga rakan sekolah rendah serentak pada satu hari. Roslan Wahab, Azwan Mat Taridi dan Mohd Izham Jaafar.


Terima Kasih semua.

Latiff Hariri
2038 01062012
Sungai Petani

Wednesday, 30 May 2012

Sejarah Perjuangan Guru Melayu Kedah - 4


Antara perkara yang genting berlaku dengan perjuangan KGMK dan KPGMS ialah apabila, keengganan pihak Kementerian Pelajaran dan Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu menguatkuasakan Dasar Pelajaran Kebangsaan 1956 serta menangai isu-isu yang dikemukakan oleh guru Melayu, menimbulkan rasa tidak puas hati guru-guru Melayu. Oleh itu golongan guru mengambil keputusan untuk merenggangkan hubungan dengan pihak kerajaan Persekutuan terutama kementerian itu. Hal ini terjadi disebabkan terdapatnya jurang perbezaan pendapat dan mewujudkan ketidaksefahaman antara kedua-duanya. Tindakan mereka itu berlandaskan alasan yang kukuh kerana kegagalan pelaksanaan Laporan Razak 1956. Berikut dinyatakan sebab-sebab kegagalan Laporan Razak 1956;

          i.            Pengenalan sistem persekolahan majmuk di peringkat sekolah rendah.[1] Dalam laporan itu menyatakan bahawa ‘penubuhan sekolah-sekolah rendah standard dengan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar, tetapi bahasa pengantarnya mungkin Inggeris, Tamil atau Kuo-Yu’[2]
        ii.            Kegagalan untuk membina sekolah-sekolah menengah aliran Melayu,[3]
      iii.            Pengaruh penjajahan yang begitu jelas di dalam struktur dan kandungan kurikulum laporan itu,[4] dan
       iv.            Kekaburan pada dasar pelajaran secara keseluruhannya.[5]
Oleh itu, dalam masa yang sama, Utusan Melayu telah melaporkan suasana dan kemelut yang melanda ketika itu;
“10,000 guru-guru Melayu akan bertindak tegas sekiranya bahasa Melayu tidak dijadikan bahasa pengantar di sekolah.
… KPGMS menyesali sikap kerajaan mengekalkan pegawai-pegawai dagang di Kementerian Pelajaran.”[6]

Akhbar Utusan Melayu juga menyokong sepenuhnya segala tuntutan guru-guru Melayu kepada pihak kerajaan Persekutuan dan Kementerian Pelajaran supaya bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar di sekolah-sekolah rendah dan menengah seluruh negara.[7]

KPGMS menuntut supaya Sekolah Menengah Bahasa Pengantar Bahasa Melayu diadakan pada awal tahun 1958 ini dan bahasa pengantar di Sekolah Menengah Melayu sekarang ini hendaklah dengan bahasa Melayu. Tuntutan ini tidak diindahkan oleh yang bertanggong jawab tetapi tuntutan sekolah China nampaknya dihargai ya’ni selepas merdeka memberontak kerajaan menambahkan lagi sebahagian besar wang peruntokan pelajaran China yang cukup mewah itu pada hal bangsa Melayu yang miskin ini tetap tinggal dengan miskin dengan tidak mempunyai Sekolah Menengah sendiri dan jauh dari Sekolah tinggi.[8]

Pada masa yang sama juga, parti yang memperjuangkan Islam, PAS turut menyambut baik tindakan dan langkah-langkah golongan guru Melayu dalam memperjuangkan isu-isu bahasa Melayu dan sekolah aliran Melayu dengan memberi sokongan padu dan berjanji akan berjuang bersama-sama dengan persatuan-persatuan guru negeri dan KPGMS.[9] Menurut seorang guru agama dan juga Timbalan Yang Dipertua PAS iaitu Zulkifli Mohammed, parti Islam ini bersama-sama berjuang untuk mencapai hasrat golongan guru Melayu itu dan yakin bahawa melalui pendidikan dapat menyatukan bangsa.[10]


[1] Dipetik dari, Haris Md Jadi, Etnik, Politik Dan Pendidikan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa & Pustaka, 1990, h. 99
[2] Report of the Education Committee, 1956, perenggan 136.
[3] Haris Md Jadi, Etnik, Politik Dan Pendidikan, h. 99
[4] Ibid.
[5] Ibid.
[6] Dipetik dari Utusan Melayu, 30 Disember 1957.
[7] Utusan Melayu, 3 Jun 1958.
[8] Majallah Guru, Jilid 34, Dicember 1957.
[9] Lihat, “4 buah Kesatuan Guru Melayu Sokong KPGMS”, dlm. Utusan Melayu, 19 Januari 1958 dan 20 Januari 1958.
[10] The Straits Echo, 6 Ogos 1959.


Seperti mana guru-guru Melayu Kedah membantah kegagalan pelaksanaan Laporan Razak 1956, guru-guru agama dari PAS juga memberi tentangan yang sama. Sebab-sebab penentangan mereka ialah :

         i.            tiada sebarang jaminan dibuat dalam laporan itu bahawa bahasa Melayu akan dijadikan bahasa kebangsaan atau bahasa rasmi dalam masa sepuluh tahun setelah Negara mencapai kemerdekaan.

        ii.            dengan membenarkan bahasa-bahasa lain digunakan sebagai bahasa pengantar di sekolah-sekolah juga membawa makna bahawa bahasa-bahasa itu telah diikhtiraf sebagai bahasa rasmi Negara, dan

      iii.            laporan pelajaran itu juga tidak memberi apa-apa perakuan bahawa taraf bahasa Inggeris akan diturunkan.

Petikan dari, akhbar Utusan Melayu, 7 September 1957.

-bersambung-

UmiFathimah
Kedah Darul Aman

Sunday, 27 May 2012

TransStudio

Teksi Blue Bird, antara yang terbaik di Indonesia

Naik teksi tambangnya sekitar Rp48,000.00 atau dalam RM16.50 . Tak jauh, tapi sesaknya yang lebih.


Saya bukanlah berminat untuk ketempat ini, tetapi sebab promosi yang begitu ketara di Malaysia tentangnya , nak lah tengok juga apa yang menariknya disini.

Bersebelahan dengan kompleks membeli belah.

Untuk memasukinya harga tiket adalah Rp150,000 saorang. Makanan tidak dibenar , hanya perlu 'top-up' tiket untuk belian makanan yang tersedia didalam TransTV Studio.


Pada saya, tak berbaloi membawa anak anak kesini, selain dari harganya mencecah RM52.00 saorang, permainannya agak terhad, dan terlalu lama beratur untuk satu satu sesi permainan.

Semua 'in-door', tak seperti Dufan di Jakarta yang open-air

Ini yang kurang peminatnya, senang beratur, tak panjang dan tak lama menunggu.

Masa kecik kecik dulu ayah dia tak belikan kereta kayuh.



Artis Bandung teruja nak berfoto dengan cowok Malaysia

Seputar Indonesia , budak budak sukalah semua ni.

Cantik lukisannya

Lost City, tak masuk pun, sebab lama benar beraturnya

Kapal lanun

Bidadari mengiringi Tart



Sesungguhnya, saya tidak lah teruja untuk berada lama di sini.

Sudahlah terlalu lama menunggu giliran untuk ber'main' dengan permainan atau pertunjukkan yang disediakan, faktor usia saya pun dah tak beminat dengan semua ini

Kami hanya sekadar 2 jam lebih sedikit sahaja.

Selesai pekena Nasi Ayam Penyek, kami pun melangkah keluar.




Nak tunggu show, kena tunggu hingga 330 petang, sedangkan hati saya dah mula fed-up

Pemuzik Jalanan didalam TransTV Studio


Keluar baru terasa dunia luas

Terus kami naik teksi untuk mencari Jalan Acheh, dekat sebenarnya, tapi kerana naik teksi, dan jalannya sesak, agak payah untuk sampai kedestinasinya secepat mungkin


Asalkan ada muzik, mesti nak menari.

Ini toko kelengkapan Tentera Negara Indonesia, yang berjaya saya cari.

Hujan pulak sebaik selesai berada di Toko ini, untng kami dapat berteduh di Masjid berhampiran, dapatlah Asar berjemaah.


Pejalanan pulang tak sampai 5 minit pun , kami sudah berada di Hotel semula.


Sedangkan saya lebih teruja untuk berehat dikamar, kedua dua budak bujang ni mahu ke Pasar Baru lagi, untuk menolong peniaga peniaga menutup pintu toko mereka sekitar pukul 530 petang.


Makan malam hanya saorang sepinggan nasi goreng, sedaplah pulak menu kat Hotel Kenangan ini,

Kami menginap semalam sahaja di Hotel Kenangan ini, dengan alasan kamarnya sudah penuh untuk hujung minggu. Terpaksa saya mencari hotel lagi keesokkan paginya.


Bagus jugak, sekurangnya saya dapat mencuba setiap hotel di Kota Bandung ini, supaya mudah untuk pencarian dimasa masa mendatang.



Dalam duk berFB didalam restoran hotel ini, rakan baik saya selitkan foto edisi Jumaat 4 Mei 2012.

Gempaklah jugak anak bujang saya kat Sungai Layar itu.


Malam ini, seperti malam kelmarin, dengkurannya tetap bertenaga.

Latiff Hariri
2048 27052012
Sungai Petani