Bee Gees

Monday, 9 July 2012

Balapan dan Padang ke 18 SMKSL - I

Sebenarnya saya mahu bergerak bebas merakam suasana anak anak sekolah ini berarak melepasi tetamu serta ibubapa. Tetapi, adakalanya, hati saya berkata, tak payahlah kalut kalut nak merakam suasana petang ini. Kan sekolah pun ada jurukameranya sendiri,serta guru guru pun pasti ada yang membawa kamera masing masing.


Jadi, kesudahannya , foto foto ini terakam kaku dari satu sudut yang sama...


dan kualitinya kurang, kerana cahayanya kelam , dari lensa Ipad sahaja.

Rejimen ke-3 Kor Armor DiRaja, Sungai Petani

Kadet Polis SMKSL
Rumah Delima
Rumah Biru

Yang kedua dua rumah ini kena letaknya berdekatan, melambangkan warna Negeri Kedah.

 Rumah Robinhood

Rumah Bersih, heheheh
Kadet Sekolah

JPAM

PBSM. Tengok betul betul pembawa bendera itu

Sebaik sahaja pembawa bendera ini melepasi kami, hujan pun mula turun.


Pandu Puteri
fff
Taekwando


Puteri Islam
Jalur Kejohanan Balapan

Acara Ikrar Kejohanan dilakukan didalam khemah dek kerana hujan lebat.

Saya memang gembira melihat anak anak ini tertib berarak memasuki padang walaupun hujan turun selebat lebatnya, sedangkan abang abang tentera pancaragam yang mengiringi muzik perbarisan ini, bertemperian melarikan diri bagi menyelamatkan peralatan muzik mereka!


Kami tunggu aje dalam khemah mendengar ikrar dan ucapan yang disampaikan. 


Bukan tak biasa, dulu masa dialam persekolahan pun , saya sudah lalui semua ini, biarlah anak anak ini bermain dengan hujan.


Latiff Hariri
1028 08072012
Sungai Petani

Sunday, 8 July 2012

Keluarga Besar Kita - Matematik

Ketika fikiran kita tak matang, kita selalu fikir yang bukan bukan tentang keluarga kita. Oleh kerana saya selalu dimarahi (nakal sangat) saya selalu fikir saya ni anak angkat, hehe...


Tambahan pula saya ni agak berlainan dari segi warna kulit. Adik beradik yang lain semuanya cerah... Saya ni gelap, dah la tu bulu roma mcm anak mami ja. Waktu kecil dulu, bila pakai skirt, putih gebu, mai kat saya... Sendiri mau tau la, hehe.


Saya tanya mak, pasai pa saya saya gelap, mak kata saya sorang ja dilahirkan malam... Lebih kurang jam 2 pagi 10 januari. Adik beradik yg lain semua dilahirkan siang hari... Waktu tengahari pun ada. Jadi, mak kata, saya gelap la sebab keluaq mai malam... Ya ka?... Waktu tu terima ja, walaupun tak berapa puas hati.


Walaupun bapak garang, tapi hatinya lembut. Dia sayangkan kami, sampai apa sahaja kerja dia akan bantu. Pernah waktu study digree kat USM, 'assingment' saya tentang mencari sumber pertama berkenaan pendudukan Jepun di Tanah Melayu, bapak tolong 'edi't dan semak ejaan. Hasilnya tugasan tu mendapat markah tertinggi dan diterbitkan oleh USM. Memang saya saorang berbeza dari 3 adik beradik yang lain, walaupun kami semua guru. Kakak, cikgu matematik dan 2 org adik saya pulak akaun dan perdagangan, kira semuanya berkaitan dengan angka. Bapak kan cikgu matematik.


Di sekolah dulu saya alergik dgn nombor, tetapi disebabkan kena marah dgn bapak kalau dpt markah rendah, saya score jgk matematik. Kena paksa lagi, waktu buat form 6 kat SMK Ibrahim saya ambik matematik.


Dapat tawaran matrikulasi akaun kat uum... Elergik teruk la.

UmiFathimah
2204 20062012
Kedah DarulAman

Saya tak terfikir sampai kesitu.


Cuma saya rasa agak tertekan bila kakak abang lebih berjaya dalam bidang akademik.


Dalam keluarga saya, kami dibahagi kepada dua kelompok. Yang putih ikut emak, yang gelap ikut bapak. 7 yang putih dan cerah, 6 yang sawo sawo matang gitu.


Selalunya jiran/kenalan arwah bapak akan kenal wajah wajah yang sawo matang ini , adalah anak anak Hariri, kerana saya akui iras muka mereka ini lebih kepada bapak. Sedangkan yang cerah cerah ini irasnya lebih kepada emak.


Berkisah tentang kasih sayang bapak ini, ya, saya akui, bapak utamakan pelajaran. dan antara yang menjadi kemestian kami untuk cemerlang ialah Bahasa Inggeris dan Matematik. Saya bertusyen matematik dari Tingkatan 2 hingga 5, satu satunya subjek yang saya dipaksa bapak untuk ambil kelas tambahan diluar. Dan saya mendapat 'kredit' Matematik Moden dan Tambahan. Itu dalam main main belajar tu! hehehe


Bapak memang pastikan anak anaknya boleh berbahasa Inggeris dan berkemampuan mengira. Dua adik perempuan saya didalam bidang BI dan Perakaunan, sedangkan, boleh dikatakan kesemua(tidak bagi saya)adalah pakar berbahasa Inggeris, tapi kesemuanya didalam bidang swastalah.


Bapak tak galakkan anak anaknya bekerja dengan kerajaan. Saya dan kakak sulong sendiri bekerja dalam bidang kewangan, sedangkan abang dan adik adik didalam swasta itu pun, sesekali membaca penulisan mereka didalam Bahasa Inggeris itu , hati teruja dengan lenggok gaya penulisan mereka. Ini semua kerana dari usia saya 7 tahun hingga ke akhir hayat Bapak, pagi kami  pasti akan dihidangkan dengan suratkhabar New Straits Times kami tanpa ada surat khabar bahasa Ibunda.


Jadi bila saya dah beranak pinak ini pun, saya cuba terapkan supaya anak anak boleh berbahasa Inggeris dan boleh mengira dengan baik, ok lah, ada jugak yang mewarisinya dari Datuk mereka itu.


Latiff Hariri
1108 07072012
Sungai Petani

Tuesday, 3 July 2012

Angkasawan Negara Ke - 3 ??

Saya tak tahu pun tentang majlis ni sebenarnya, mujur ada rakan saya yg memaklumkanya dan ibu saya yang mendapatkan lebih info tentang program ini memandangkan program ini diadakan di UiTM Kedah.


Pada awalnya majlis ini akan dihadiri oleh Dr Sheikh Muszaphar tapi mungkin beliau sibuk dengan kerjayanya dan tempat beliau digantikan oleh Mejar Dr Faiz.


Kalau tanya saya, saya lebih meminati Dr Faiz berbanding Angkasawan Pertama kita itu, ini mungkin sebab riak wajah dan perwatakan Dr Faiz yang sentiasa ceria dan ini membuatkan saya menjadikan beliau sebagai idola saya.


Majlis ini diadakan pada hari Sabtu 30/6/2012, tapi saya dah buat perancangan untuk hadir ke majlis ini sejak hari Isnin lagi. Pada Jumaat malam sabtu, saya sudah membuat persiapan kamera yang akan dibawa dan dengan menggunakan tiket MediaMaya saya hadir untuk mengambil gambar majlis ini (lebih untuk berjumpa dengan Dr Faiz sebenarnya)


Saya berada di majlis seawal jam 830...tiada apa yang menarik pada awalnya hanya kelihatan ketibaan para pelajar sekolah rendah dan orang ramai, selain dari menanti kehadiran Menteri serta pengiring VVIPnya ..


Ini gambar-gambar di sekitar majlis :-




Ketibaan Menteri Sains dan Inovasi Dato Dr Maximus Ongkili disambut Rektor UiTM Kedah Dr Haidar

Dr Haidar beramah mesra dengan Dr Maximus

Ini pertama kali berebut-rebut ambil gambar gaya wartawan




Kehadiran sekitar 500 orang, termasuk pelajar

Melancarkan Majlis



Antara gerai pameran yang mengambil bahagian



Ketibaan Angkasawan Kedua Negara



Pelajar pelajar tidak melepaskan peluang merakam kenangan sejarah peribadi


Dr Faiz memulakan program ..

Berinteraksi bersama pelajar pelajar 


Peminat peminat yang teruja

"Can i have a photo with you Dr Faiz?" permintaan merendah diri saya. Mungkin sangkaan Dr Faiz dan orang ramai bahawa saya ini adalah jurukamera rasmi dari mana mana organisasi

"Yes, sure...." jawapan dan senyuman diberikan.

Langsung saya serahkan kepada salah saorang warga yang mengiringi Dr Faiz untuk merakam detik manis ini.

Sambil menggenggam tangan, kami pun berfoto sakanlah sempat juga Dr Faiz mengatakan supaya menulis 'Pemilihan Angkasawan ke-3' di bawah gambar.

Sebaik selesai , saya meminta Dr Faiz menandatangani 'otograf' untuk saya sambil menyatakan ,
" I'm a 16 years old student..."

Tergaman dan terkejut agaknya, memandang saya semula, lalu dutulis dan ditandatangani nota kecil ini untuk saya. 

Ini yang saya banggakan hehe...," Pemilihan Angkasawan Ke-3"


Maka terciptalah foto bersejarah ini untuk kenangan hidup saya.

Petang itu saya pulang dengan wajah dan hati yang tersenyum.....Terima Kasih Dr Faiz.

IzzuddinJanaton
0638 03072012
Sungai Petani

Monday, 2 July 2012

Kak Dah Abang Man Bertandang

Rabu petang, macam biasa, sebaik selesai tugas, saya terus bergegas ke kebun.


Kerja kebun ni, tak boleh ditahan kalau tetiba 'mood' dia datang, tiap tiap petang boleh pi tengok, tapi, kalau 'mood' malas datang, seminggu pun saya boleh buat dek aje.


Jadi , ralitlah saya dengan kerja kerja mengotorkan tangan dan memandikan badan dengan peluh ini, sehingga panggilan atau pesanan ringkas yang masuk pun, saya tak perasan. Perasan tu memang ada, tapi, tangan dah kotor, malas nak seluk saku untuk menggagau telipon bimbit ini.


Sebaik selesai memasuki kereta baru terperasan ada panggilan masuk serta smsnya.


Terus saya membuat panggilan kembali kepada yang memanggil.


" Eh.... silakan. Datang lah, rumah kami pun dah lama tak ditandangi orang, mai, mai, kami tunggu", itu jawapan ringkas aluan saya.


Pulang kerumah, ligat memikirkan , samaada mahu makan di luar sahaja, atau masak aje untuk tetamu tetamu ini. Esok pun hari bekerja, kalau makan di luar, harus lewat bangun paginya, dan nak bersembang 'kuat' pun payah, sebab ditempat orang ramai.


Kalau makan dirumah, duduk bebas, makan apa yang ada, yang pentingnya boleh bersembang bebas tanpa menganggu pelanggan bersebelahan.


Akhirnya, kami masak aje untuk malam ini



Berempat bersilat di meja makan.

Maaflah abang Man, hanya sekadar yang ada, untuk malam ini.


Bersembang berbual, hingga ke pukul 1230 malam, bila saya meminta diri dari abang Man, yang saya biarkan beliau befFB di ruang tamu.


Tak pasti pukul berapa abang Man lena.


Yang pastinya, saya mahu bangun awal untuk mencari sarapan serta ke pejabat seperti biasa.


Pasangan sejoli ni berFB bersama sama tengah tengah malam buta ni.


 
Sarapan nasi lemak bungkus dan kuih muih.

Kami keluar rumah, bersaing.


Abang Man saya tinggalkan di persimpangan berhampiran, untuk beliau menuju arah ke Kuala Perlis, sedangkan saya ke selatan.


Sesekkali berjumpa secara sepontan ni seronok jugak, tak payah nak berprotokol sangat.

Latiff Hariri
0628 02072012
Sungai Petani

Friday, 29 June 2012

ZIARAH TEMAN

Awal June, sekembalinya saya dari Kuala Lumpur, yang kununnya untuk hadiri acara perkahwinan salah saorang sepupu saya di bandar Tun Razak itu, saya terus memecut laju pulang.




Anak anak saudara yang sesekali saya ketemu.


Melepasi Kuala Kangsar, saya teragak agak samaada mahu singgah Taiping untuk bermanja dengan emak, atau terus sahaja ke kebun yang saya tinggalkan tak sampai pun 4 hari itu.erus 


Rupanya, saya lebih teruja untuk melihat kebun. 


Sebaik sampai rumah, terus saya berpatah balik ke kebun, dan ralit melayan anak anak pisang dan serai itu. 


Tak sedar pun ada SMS yang masuk dari rakan sekolah saya ini. Memang tak sedar, hanya menyedari bila mahu pulang sekitar pukul 715 petang .


Laaaaa, kesalnya...Mengapa saya tidak singgah ke Taiping dan pulang lewat senja atau malam sahaja.








 
Memang kepala ligat mencongak tarikh dan harinya untuk segera pulang ke Taiping menziarahi rakan baik saya ini. Ditokok tambah sms/FB yang masuk mengatakan rakan saya ini berada di ICU dan kritikal. Lagilah kalut hati ini.
, 
Akhirnya, petang Khamis itu saya bergegas pulang ke Taping.


Dan untung, dapat memasuki wad pada waktu lawatan.



Abdul Manan Mohamed yang masih lemah....tapi, saya merasa bersalah, sebab terus melayan dan menanti, sebaiknya tidak berada lama, kerana Manan terlalu lemah , tapi dia mahu bercerita panjang senja itu.


Kami bergerak ke lokasi kedua iaitu Taman Tasik Taiping, untuk bersolat Maghrib , sebelum pulang ke Sungai Petani.




Maghrib kami di sini.

Sebelum pulang, kami berkueteow di Doli dahulu.

Ha ah, kami tak singgah ke rumah emak, sebab emak dah merayap ke Kuala Lumpur.


Kepada sahabat saya Manan , serta rakan rakan seangkatan yang kuat merokok, sudah tiba masanya untuk beralih ke fasa awal 50an, kita tidak sekuat dahulu. Rokok tidak mendatangkan kebaikan langsung. Bukan sahaja untuk diri anda, tetapi orang sekeliling anda.


Saya tidaklah anti pada yang merokok, tapi, bila korang 'bersama' orang rumah korang, ada tak mereka 'komplen' tentang bau rokok anda itu, hehehe.


Saya sendiri adakalanya merasa mual bila terhidu bau rokok .......


Maaf ekk, demi kesihatan semua......

Latiff Hariri
2038 27062012
Sungai Petani

Wednesday, 27 June 2012

Keluarga Besar Kita I

Eh, saya tak cerita ek?


Saya anak ketiga dari tiga belas adik beradik itu. Mempunyai soarang kakak sulong dan saorang abang, sementara adik adik saya 5 lelaki dan 5 perempuan.


Hari Jumaat sebaik selesai bekerja. Ini penyebabnya mengapa saya kurang beri perhatian kepada penulisan didalam blog ini. Saya merasa minda saya lebih tenang bila melihat kehijauan anak anak pokok pisang, serai , tebu dan buah buah durian yang melayut ditas pokok itu!!

Bila kita ini menjadi anak ketiga dan keempat, emak dan bapak sering menjadikan abang dan kakak sebagai contoh untuk diteladani. Untung kalau yang pangkat atas ini, menjadi contoh cemerlang, dan 'parah' jika kita yang berpangkat sulong ini gagal menjadi contoh kepada adik adik. (Itu yang saya alami diwaktu persekolahan)


Sepertimana kisahnya UmiFathimah itu, kerana sering gagal menyaingi kakak dan abang, saya biarkan aje , tak perlu fikir serius tentang pencapaian pelajaran ini. Memang arwah bapak cukup 'angin' dengan pencapaian akademik saya itu.Dan walaupun kita mempunyai keistimewaan tersendiri, ibu bapa tetap menjadikan yang sulong menjadi contoh terbaik untuk adik adik.


Dan setiap tahun bermula sekitar 1976 hingga 1981, saya kerap jugak naik kepentas majlis anjuran Koperasi Kakitangan Kerajaan itu, untuk menerima hadiah dermasiswa kakak dan abang yang cemerlang dalam Penilaian/SRP/SPM mereka itu!! Saya sendiri tak pernah dapat pun, hahaha.


Setiap Hari Lebaran, saya yang kaki ukur kampung dan pekan untuk mencari 'duit raya', pastinya kecewa bila pulang lewat senja, kakak dan abang mendapat pulangan duit raya lebih dari saya, kerana mereka dapat bersalaman dengan pakcik dan makcik yang bertandang tanpa memberitahu  kehadiran mereka kepadasaya yang kaki merayau ini!!


Bayangkan setiap rumah minima 'collection; sekitar 20sen, setakat tengahari baru dapat RM2.00 lebih sedikit, sedangkan abang kakak yang memerap dirumah, mendapat RM5.00 hingga RM10.00 saorang dari setiap pakcik makcik yang bertandang! 


Macam mana kita tak bebai!!?


Hmmm, pelik jugak, bila anak perempuan tak boleh 'ngam' dengan bapak mereka. Satahu saya, dan dari pengalaman, saorang bapak itu pasti 'meleleh' dengan anak anak perempuan mereka. Saya sendiri lebih 'manja' dengan emak, sedangkan saya sering menyakitkan hati bapak. Adalah jugak kenangan pahit dengan bapak ni, tapi, saya dah padamkan semua, walaupun ada satu dua yang berbekas dihati....tetapi, semuanya betujuan untuk merubah pemikiran saya , dan semuanya berbaloi dengan apa yang saya kecapi sekarang ini. Semuanya atas teguran bapak yang agak 'tajam' untuk diri saya fikirkan.


Berkisah tentang kahwin ni, dua hari sebelum bapak pergi buat selamanya, secara perbualan 'lelaki dengan lelaki' bersama bapak di stesen keretapi Taiping itu, antaranya kata kata akhirnya,


 " Bapak tak ada apa apa untuk korang adik beradik. Engkau kerja elok elok, tolong emak engkau tu, dia banyak bersusah untuk bapak, kau tengok tengok adik adik kau......., bapak tahu kau pun akan kawin tak lama lagi....."


Getus hati saya, " tak main lah kawin kawin muda ni! "


 Ya, benar, saya mendirikan rumahtangga pada 1986 sebaik bapak pergi pada tahun 1984 itu, pada usia belum mencecah 22tahun itu!


Tak main kunun!!


Latiff Hariri
1838 22062012
Sungai Petani

Bapak memang garang..., cenge orang Kedah kata.


Sayalah yang selalu menjadi sasaran kemarahan bapak... Memang padan pun sebab saya nakal.


Saya masih ingat macam mana bapak pernah marah saya sehingga dia pernah baling parang ke arah saya. Saya tahu bapak bukan niat nak bunuh anak bertuah ni... Cuma nak gempaq ja.


Apa lagi saya lari pecut la. Tahu apa kesnya?


Saya tak basuh kasut sekolah. Pada ketika tu, cuti sekolah, saya rendam kasut entah berapa hari saya pun dah lupa. Kakak pulak mcm biasa, hari jumaat sehari selepas cuti dah siap basuh semua pakaian sekolahnya. Mau org tak sayang. Selalunya bila saya rendam kasut tu... Bapak akan tolong basuh. Agaknya dia tak mau bg muka sangat kat saya.


Kes kedua yg masih saya ingat ialah saya pernah curi pahat bapak untuk pahat kayu nak buat pistol. Dari kecil, saya memang suka berangan nak jadi lelaki. Jadi saya pun 'try' la nak buat pistol. Malangnya pahat tu jadi sumbing kerana saya tersalah teknik ketika memahat, pahat batu, hehe... Apa lagi, mengamok sakanlah bapak.


Saya lari kuncikan diri dalam bilik, dari tengahari sampai maghrib. Akhirnya bapak mengalah, pujuk saya keluar sebab dari pg saya tak makan apa2. Sebelum saya berani keluaq bilik, saya suruh bapak ambil air sembahyang...


Fahaman saya masa tu org yg berwuduk dan nak sembahyang tak kan marah atau pukul org, hehe. Bapak, kalau marah akan lupa diri, dia akan tonyoh kepala, baling apa apa yang ada padanya dan saya memang pandai mengelak. Tetapi kadang kadang terkena jugak.


Pernah saya pi sekolah dengan pipi yang lebam, sebab bapak baling diarinya ke arah saya dan terena pipi.


Apa kesnya? Saya dok berlengah lengah waktu maghrib tak pi mandi.


UmiFathimah
0108 17062012
Kedah Darul Aman

Tuesday, 26 June 2012

Dua Ceramah Rafizi Dalam Satu Malam 23062012

Saya memang tertanya, Rifizi ni rajin sungguh turun ke Kedah ni? Negeri lain dia tak minat ke?


Jadi, malam minggu ini, 23hb kalau ikut kalendar Jerman itu, beliau menjawab persoalan saya. 


Memang kampung halaman beliau ialah Selangor dan Terengganu, tetapi Negeri Kedah adalah negeri ketiga yang beliau suka datang bertandang. 


Bukan bermakna Negeri Pulau Pinang dan Perak, yang bersebalahan Kedah ini beliau tidak kunjungi, tetapi aktiviti ceramah ini lebih bayak jemputan yang beliau terima dari Negeri Kedah.




Kira kami warga Sungai Layar ini bertuah, sebaik 48jam pengumuman perletakan jawatan beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat milik Negeri Selangor itu, beliau sudah turun
berjumpa kami untuk memberi jawapan mengapa.


Semuanya kerana Umnu dan Utusex sudah menjadikan isu yang beliau tidak 'sebulu' dengan MB Selangor. Kata Rafizi, kemana sahaja beliau pergi , ada yang tersenyum 'sinis' kepada beliau seoalah olah, apa yang dilapurkan oleh Utusex itu adalah benar. Seoalah olah, beliau akan melompat parti, mamaasuki Be End. Tetapi, percayalah, beliau masih menanti 'rasuah'nya , sekiranya umnu berani membayar Rm30juta untuk beliau keluar Keadilan.


Hehehe. 



Dan beliau sudah bersedia untuk di'sunat'kan sekali lagi sekirannya beliau melakukan amalan melompat parti, lainlah Ibrahim Ali yang sudah tiada apa apa lagi, untuk disunatkan. Kuang kuang kuang.

Ingatan beliau kepada kami, Pengarah Strategi Keadilan yang pertama dan kedua, Dato' Saifuddin Nasution dan saudara Tian Chua, sepanjang memegang jawatan itu, mereka tidak pernah menyandang apa apa jawatan didalam kerajaan Negeri. Tetapi berbeda dengan beliau , yang terus dilantik.


Mana ada masanya untuk berperang habis habisan dengan umnu untuk PRU13 ini, jika beliau masih lena menduduki kerusi empuk itu. Yang penting sekarang ialah tumbangkan kerajaan yang zalim itu!!


Umnu memang menanti apa apa jua perkara yang terjadi, untuk dijadikan isu, kerana untuk membuat isu terhadap Negeri Pakatan Rakyat , memang tiada yang boleh dipercayai rakyat.

\
Pada awalnya sekitar 100 hadirin, tetapi sebaik Rafizi mulakan ucapan, saya jangkakan melebihi 500 kehadiran untuk sebuah perkampungan pinggir kota ini.


Najib tidak berani membubarkan parlimen hingga kini. Semuanya kerana lapuran dari akar umbi serta SB SB macai pemakan rasuah itu melapurkan, yang Be End akan berkubur bila setiap kali lapuran diterima. Bayangkan , sudah elok percaturan Bijan, timbul isu Lembu Shahrizat, elok aja BR1M diagihkan, dan mood rakyat katanya memihak Bijan, timbul pulak Bersih 3.0 . 


Sudah 3 kali tertunda , dan Bijan sememangnya takut untuk umumkan tarikh pilihanraya, kerana lapurannya, walaupun SPR dan Pejabat pendaftaran bersekongkol menjayakan kemenangan umnu dengan melahirkan banyak kad pengenalan untuk pengudi hantu dan Bangladesh itu, lapuran bawahan masih menyatakan JANGAN!!


Anak muda berhati waja!!!

Walaupun beliau akan hadirkan diri ke Mahkamah dalam masa terdekat ini , untuk berhadapan Mami Shahrizat, beliau masih sempat berjenaka, meminta makcik makcik Sungai layar yang berminat untuk berlakun filem arahan beliau itu nanti. Hanya perlu berjumpa beliau sebaik selesai ceramah malam ini.


Tapi ada syaratnya, bukan sahaja pandai bersenteng lengan seperti Mami Ijat itu, tetapi wajib pandai menyelak kain!!! Kah Kah Kah.


Sememang tidak rugi mendengar celotehan beliau. Semua isu terkini termasuk kes rasuah di Perancis itu dikongsi bersama kami. 


Bekas Presiden Perancis yang lalu, yang disabitkan dengan rasuah itu tetap kalah dalam pilihanraya, walaupun diapit dan ditonjolkan isteri beliau yang cun , saorang model, pelakun, dan penyanyi pujaan rakyat Perancis, disetiap rapat umum kempen beliau.




Nicolas Sarkozy pun kalah, walaupun menonjolkan isterinya yang cun disetiap perhimpunan politik beliau. Semuanya sebab amalkan rasuah.




Inikan Bijan yang , sebaik terjaga dari tidurnya itu setiap pagi, terlihat isterinya yang dot dot dot itu!! Bukan sahaja cun, tapi.......(cun ke? macam nenek Imelda aje)


Boleh ke aku menang ni!!


Belum lagi mengenangkan kes Scorpene itu!




Sebenarnya memang menarik celotehnya Rafizi ini, pertuturan beliau lancar tidak seperti mamak Madey itu yang asyik duk kata apakanama apakanama, bila beliau gagal membaca skrip untuk menipu itu


Cermah beliau tamat sekitar 1050 malam, kira sejamlah. 


Lalu penganjur melarikan beliau untuk acara makan malam didewan bersebelahan, serta jamuan durian ditengah malam buta ini...


Kami yang sememangnya wartawan tak bergaji ini, sudah tahu kemana rancana Rafizi seterusnya, terus kami melarikan kereta ke arah selatan Sungai Petani, meninggalkan Rafizi yang sedang menjamu selera.




Dalam gelap orang orang kampung Datuk K sudah menanti kehadiran beliau.


Sebaik kami keluar dari kenderaan kami, Rafizi sudah meberi salam dan memulakn ceramah kedua beliau di Permatang Pasir, berhampiran Masjid Siti Nurhaliza itu.


Dia pakai ilmu apa ni, dia sampai dulu dari kami!



Tengok kehadiran melebihi 500, termasuk yang berdiri disamping jalan raya menuju ke Kota Kuala Muda



Kisah ceramah Rafizi disini pun, macam yang kami pernah dengar di Sungai Layar sebentar tadi, tapi semangat warga di Permatang Pasir lebih tinggi dari warga Sungai Layar.


Kali ini kami beranggapan, Rafizi datang bersama pemandu sukarela beliau, tidak seperti kehadiran yang lalu, dengan menaiki bas.




Pukul 110 pagi, semua masih nak berinteraksi melalui FB walaupun duduk bersebelahan.


Hmmm, hah lama saya tidak aktif begini sejak mejak rajin berkebun . Memang letih setiap petang bila berkebun, tetapi kepuasannya amat berbeza bila selesai kerja di pejabat. Kehijauan menjadikan saya lebih tenang.....


Tidur pukul 2 pagi, tapi Euro2012 tak pernah saya layan, gasaklah siapa nak menang pun.

Latiff Hariri
2058 25062012
Sungai Petani