Bee Gees

Wednesday, 22 August 2012

Raya pertama 19 Ogos 2012

Berakhirnya Ramadhan 1433 ini, sebaik selesai iftar terakhir ini, saya dikejutkan dengan sambutan takbir dari Masjid Al Amin Sungai Layar, dengan takbir Hari Raya!!

Malam ni kami main mercun sahingga pukul 11 malam.

Walaupun jiran tetangga mengajak saya merayau ke 'Uptown' Sungai Petani, saya tetap mengelak. Saya tahu kesesakan lalulintas di tengah bandar itu.

Tapi saya tidak mengelak  , bila rakan baik saya, si Zaki Hasan mengajak saya bertandang ke Taman Ria, untuk mengambil 5 batang lemang yang dikirim emak beliau dari Baling itu!!

Pagi Raya ini, seawal 810 pagi, saya sudah menapak ke Masjid Al Amin.

Solat Eid bermula pukul 9 pagi dan berakhir dengan tahlil dan doa selamat sekitar 1030 pagi.


Hahaha, posing orang tua dengan gang bujang

Tema Kuning Cokelat

Cokelat Enteng Jodoh dan Cokelat Gawat Darurat menjadi hidangan pagi Raya

Gang Assalamualaikum menerpa, tak dan kami nak bersiap

Rumah pertama ziarah kami, persekitaran rumah Abang Latiff TNB, orang kuat Sungai Layar.

Rumah Kedua - Abang Rahman, jiran belakang rumah. Mantan orang kuat MPSPK.

Seterusnya , kami bergerak ke Permatang Berangan, ziarah kubur ayah dan bonda Roziah, serta sanak saudara yang telah pergi.


Kemudiannya ke rumah Abang Jid, Kak Ara, Pak Andak Jan, Si Non, Abang Awang Mie. Di kampung ini , kami selesaikan  5 rumah. Walaupun ada yang mengajak kami bertandang kerumah mereka yang lain dipersekitaran kebun kami ini, saya terpaksa menolak dengan baik.


Rumah Pak Andak Jan yang paling hampir dengan kebun kami

Rumah Non pun sama

Rumah 'singgah' Awang Mie

Awang Mie sekeluarga menetap di Kulim, hujung minggu mereka akan balik ke rumah ini, rumah kampung ini dibina sendiri oleh Awang M ie

Keluar dr rumah Cikgu Hashim, ayah kepada Budin. Sini pun kami makan nasi lagi.

Ini Pak Tam, Tok Imam Iftar terakhir, yang buat kecoh di Masjid Al Amin,  " Pak Tam selesai solat aje,  terus Takbir, sebaik selesai Takbir, tak ada makmum yang sambut, semua pakat angkat kaki.....Ada yang sound Pak Tam, Tv belum buat announcement la..., apa lagi, Pak Tam pun bangun lah, buat solat sunat terus, hahaha. Tapi, nak tunggu announcement penama, Arab Saudi dah raya dulu dari kita" Saya tumpang ketawa mengusik Pak Tam.

Ini Pemuda Sungai layar yang menjadi klik dengan saya, terbuka minda mereka tentang perkembangan Sungai Layar serta Negara.

Adik adik bujang ni menjadi tetamu pertama kami sekeluarga. Mereka berborak hingga ke Maghrib. Selesai Isyak kami tak kemana mana, walaupun ada yang mengudang.

Kira 9 rumah yang kami ziarahi, dan bayangkan makanan yang kami 'ngap', ish. 

Letih tu. Esok nak beraya lagi.

Latiff Hariri
0738 22082012
Sungai Petani

Tuesday, 21 August 2012

Sempena Ramadhan

Sempena Ramadhan ini, rakan rakan OEClass1981, sudah memulakannya ditahun yang lalu, dan ini adalah tahun kedua kami memulakan tradisi begini. Terima kasih semua.

Balu dan waris anak anak Arwah Zulkifly Bahrain.

Zul meninggalkan 3 orang anak lelaki. Ucapan terima kasih dari balu dan anak anak kepada semua rakan rakan Zul

Balu kepada Allahyarham Mohd Yusree Yusuff


Balu dan anak anak kepada Arwah Azhar Aziz

Balu dan anak anak Arwah Marzuki Abd Latiff

Dan kesempatan tengahari ini, kami menafaatkan untuk bertemu rakan yang saorang ini, yang saya kira, kekurangan dari segi kesihatan beliau, saudara Azmi Abu Kassim

Rakan sekelas 5sc2 1981 SM King Edward VII Taiping.

Untungnya saya menetap setempat dengan Azmi Abu Kassim, jadi bolehlah 'update' perkembangan terkini sahabat kami ini.

Selamat Hari Raya, moga kesemua waris kepada arwah arwah rakan kami ini , tabah menjalani ujian hidup yang sementara ini.

Latiff Hariri
1918 21082012
Sungai Petani

Sunday, 19 August 2012

Selamat Hari Raya 2012

Sempena Syawal ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada kesemua rakan taulan, sahabat handai, sanak saudara dan kepada kesemua pembaca setia blog kecil ini.

Maafkan segala kekasaran bahasa dan kesilapan yang sengaja atau tidak sengaja, yang saya lakukan sepanjang hidup saya ini.


Syawal 1433 Hijri/19 Ogos 2012

Latiff Hariri
1718 19082012
Sungai Petani

Thursday, 16 August 2012

Nuzul Quran Pecah Tanah

Sekembali dari Bandung, di awal pagi Ahad ini, sebaik saya terlewat bangun, hahaha,(berapa banyak koma daa) saya terus ke pejabat Bekalan Air itu, untuk selesaikan tunggakan bil.

Saya tidak sendirian, si Zul sudi temankan. Kami merayau berdua pada 5 haribulan Ogos ni, mengarah ke kebun, lihat lihat kalau kalau ada durian yang gugur, ternyata ada. Terus mengarah ke Tikam Batu dan persekitaran mencari sesuatu yang wajib saya selesaikan sebelum apa apa terjadi kepada duit yang saya 'terpijak' ini.

Agak mengecewakan bila berurusan sesama Islam dan sebangsa ini. Bila kita perlukan khidmat mereka, alasan letih berpuasa dan akhirnya mengaku tidak berpuasa dek kerana letih memandu lori dalam cuaca panas.

Itu towkay yang cakap tu!

Bila berurusan dengan orang Tionghua, jawapannya positf selalu dan harga yang ditawarpun jauh lebih murah dari anak bangsa sendiri!

Mengapa jadi begitu!?


Si Azhan yang memulakan tugas mencuci semak samun dipinggir parit tali air ni.

Pecah tanah secara rasminya bermula pada 16 Ramadhan 1433 sekitar jam 8 pagi. Moga apa yang saya angankan akan menjadi kenyataan dalam tempoh 2 tahun sebelum mencecah usia setengah abad.


Lori pertama membuat laluan sekitar 815 pagi 7 Ogos 2012.


Lori ke dua membuat laluan

Azhan menunjukkan skill beliau kepada saya, Pak Anjang beliau.

Kerja saya dihari cuti Isnin ni, selain dari mencatit setiap lori yang memasuki ke tapak projek ini, saya usahakan menggembur tanah dan merumput pohonan serai . Sebelum  itu, sekitar jam 7, sudah saya selesaikan meracun rumpai di persekitaran pokok pokok pisang itu.

Laluan ke tapak projek sudah direntas

Meratakan tanah

Sekitar pukul 12 tengahari, sudah menghampiri 20 lori tanah yang memasuki tapak projek ini. Saya dah mula kekeringan, enjin kereta saya hidupkan untuk menikmati penghawa dinginnya. Sesekali keluar menyambut buku log yang diberi pemandu lori untuk saya tandatangani.

Memang saat ini, saya dah nak beritahu towkay Tionghua itu, yang juga pemandu lori, supaya menghentikan
sahaja kerja, kerana saya sudah kepenatan dan kehausan.

Tapi, si Azhan ni mengejutkan lamunan saya dengan menjerit kepada saya supaya menghampiri traktor yang beliau pandu itu.

Apalah pulak halnya nih!?

Sawa Batik!!! Astaghfirullahhilazim!! Buat Pak Anjang kau ni terkejut aje!! Nasib baik jantung ini masih tahap sihat.

Tak adalah saya nak pegang binatang berbisa ini.

Panjangnya sekitar 2 meter lebih, ini yang buat saya takut untuk sendirian memasuki kebun ini.

Tamat sekitar pukul 3 petang, sudah terisi dengan 30 lori tanah.

Saya terus berinteraksi dengan Towkay ini, mohon persetujuan beliau.

Agak payah, ya lah, pertama kalipun beliau mengenali saya. Tak semudah itu untuk memberi laluan mudah kepada saya. Pujuk punya pujuk , akhirnya saya terpaksa juga turut akan kemahuan dia.

10 lori lagi akan dihantar keesokkan harinya, dan bayarannya adalah secara kredit, heheheha.

Saya terpaksa teruskan, walaupun cita cita asal hanya sekadar 30 lori, tapi, bila difikirkan harga tanah yang semakin tinggi, saya harus dapatkan kredit dahulu, supaya dihari medatang tidak perlu lagi lori lori tanah ini memasuki tapak projek ini, kecuali perlu.

Pagi Selasa 8 haribulan, sengaja saya minta Towkay itu melunggokkan tanah 10 lori diatas tapak, supaya senang saya periksa disebelah petangnya.

Memang saya berhati hati, sepertimana Towkay itu berhati hati dengan saya, hehe.

Petang Sabtu 11 Ogos, Towkay Tionghua itu, nama Ah Too menalipon saya lagi,

"Tip, Ah Too aaa, hang tak nak tambah tanah lagi ka?" Ah Too dah mula mengayat saya, saya cepat tangkap, bila dia yang mulakan, maknanya dia dah mula percayalah tu.

Saya jual mahalllah, kata tak ada duit lah, kata kalau bayar sepertimana yang beliau mahu, biar lah dulu, saya tak mampu, saya makan gaji aje, gaji tak cukup, anak ramai, hahaha.

Akhirnya Ah Too mengalah. Saya tahu Ah Too mengalah sebab dia tak ada kerja ketika ini, bukan dia tak ada duit.

Saya berjaya menambah hutang ni!!


Pagi Ahad ni, Azhan meratakan 10 longgokkan tanah ini untuk memberi laluan kepada lori lori yang akan memasuki tapak projek ini

Maknanya, sudah 40 lori tanah yang saya angkut memasuki kebun ini, dan akan ditambah lagi pagi Ahad 12 Ogos.

 

Sudah melepasi 40 lori

Tebu Hitam ini menjadi sempadan laluan

Pagi Ahad 12 hb ni, bendang telah mula ditajak semula, sementara menanti tamatnya Ramadhan

Sekitar 1215 tengahari, rakan kembar saya , Badrul Hisham Hasanuddin pun sampai ke kebun saya ini, untuk acara bersama ziarah rakan OEClass81, saudara Azmi Abu Kassim.

Baru 14 lori yang memasuki tapak projek, dan saya arahkan lori ke 15 dan 16 dan seterusnya beralih tempat, dengan melonggokkan dipinggir ban jalan. Kira 54 lori sudah mencukup di tapak ini.


Laluan baru dibuka menuju ke tepian berhampiran ban tar laluan kampung Matang Kedundung ini

Habis 40 batang tebus dicantas.

Kisahnya, sekitar jam 11 pagi, ada satu pkcik ni , berdua bersama isterinnya, memasuki kebun saya, lalu diperkenalkan diri, bertanyakan, samaada saaya berminat untuk menjual kedua dua perdu hitam saya ini.

Saya minta beliau sebutkan harga, tanpa perlu ditimbang lagi. Berlalu beliau seketika , saya agak, beliau mengira berapa batang semuanya.

"Ok, RM40.00 boleh?"

Saya senyum tanda setuju, kira RM1.00 sebatang tu!!

Tunggu lagi?

Petang Isnin foto ini dirakam, sudah terlungguk 16 bekas tanah ditapak baru ini. 

Tapak ini kira wajib dinaikkan bersama, sekiranya angan angan ini menjadi kenyataan.

Lepas raya ni, saya wajib bergerak pantas merumput dan membaja tanaman tanaman ini bagi memastikan penat lelah ini berbaloi.

Latiff Hariri 
1648 160820112
Sungai Petani

Monday, 13 August 2012

Kampung Daun

Kira kami terlewat banyak, bila keluar dari Pasar Baru.

Sepatutnya sekitar jam 4 petang sudah bergerak pulang ke kamar Hotel, tapi, kami keluar sekitar 440 petang. Disambut dengan keksesakan warga kota yang baru keluar dari kantor masing masing.

Sabar ajelah.

Sekitar 510 baru kami bergerak semula mengarah ke Kampung Daun, untuk acara berbuka puasa. Di Bandung, waktunya berbuka adalah sekitar 550 petang wib, kira waktu kita sekitar 650 petang lah, maknanya awal 40 minit dari waktu kita .


Sekitar 615 baru kami memasuki persekitaran Cafe Kampung Daun

Kami hanya berbuka dengan wafer yang saya bawa dari Sungai Petani serta seteguk air mineral, didalam keretanya si Andry.

Bila sudah berada di sini, saya terkenangkan Cafe Puncak Mutiara yang terletak di Bukit Mertajam. Tarafnya lebih kurang, tetapi keistimewaan lebih di Kampung Baru. Dari segi teknologi Cafe Puncak Mutiara terhadapan, tetapi dari segi keaslian dan keinginan malam di puncak gunugn ini, mengalahkan pengahwa dingin yang disetkan suhunya kepada 16 celcius itu!

Sejuk gila gila di puncak ini

Penyambut Tetamu yang menyusun atur duduk kami.

Lorong denai yang harus dilalui untuk menuju ke gerai makan kami

Antara gerai gerai jualan yang tersedia.

Bila kami duduk sahaja di pondok kami ini, beduk harus dipukul, untuk memanggil pelayan.. ok jugak gaya pelanggan memamnggil pelayan ini.

Jarak satu satu pondok dengan pondok yang lain agak menyenangkan, kira ada 'prvacy'lah. Lampu dipasang agak malap( tapi kalau anda sering ke Indonesia, anda memang faham, kegunaan letrik memang begitu), itu yang membuat mata mudah mengantuk.

Setelah dipesan makanan, pelayan akan mengulang semula setiap makanan yang dipesan, dan bergerak pantas ke kaunter pesanan.

Disini saya kira, agak lama menanti juadah yang anda pesan. Saya teringat akan Cafe Puncak Mutiara, dimana pelayan sedia ada disetiap pondok/dewan makan, dan pesanan dibuat lewat talian langsung menggunakan sistem komputer.


Sekitar 25 minit, makanan pun tiba.

Andry bersama isterinya.

Menunya, sup bontot, geramu goeng, kangkong belacan dan ayam penyek.

Mula tu, ingatkan tak cukup hidangannya, maklumlah, nafsu berbuka puasa ini, tapi akhirnya, banyak yang tak termakan. Mungkin kepedasan ayam penyek membuat kami perlahan untuk menambah nasi dan lauk

Keadaan dingin membuat saya menangtuk, ditambah kekenyangan.

Bil dibayar


Kami bergerak perlahan menyusir lokasi Cafe ini. Memang luas, saya anggarkan melebihi 100 pondok makan disediakan, dan kakitangan yang bertugas pun begitu

Susun atur dan hiasan dalaman memang menarik.

Kengangan bersama.

Boleh saya jadikan ilham nanti

Beduk dipalu bila tiba waktu iftar.

Pintu gerbang utama....

Kami bergerak pulang sekitar jam 8 lebih . Saya sedar tak sedar aje didalam kereta si Andry. Memang mengantuk, ditambah seharian merayau kota Bandung , keluar masuk kereta, panas dan dingin, yang membuat saya begini. 

Malam ni saya lena awal.

Latiff Hariri
0638 13082012(1936 - 130884)
Sungai Petani.

Genap 28 tahun pemergian arwah Bapak hari ini.