Bee Gees

Monday, 24 December 2012

Perjumpaan Keluarga - Yang pertama 15122012

Tiba hari yang saya nantikan ini.

Ianya berlaku 91 hari selepas pemergian Emak (16Sept2012), bersamaan 10350 hari(+-)(13Aug1984) pemergian Bapak, dan sekitar 3361 hari selepas pemergian Nazahuddin Hariri (30Sept 2003), adik saya yang ke 7.

Saya di sini seawal 10 pagi - janji mesti diawalkan . Hargai peluang yang diberi.

Permulaan yang baik 15 December 2012 - Dewan Zamrud, Felda Villa D'saji

Felda Villa D'Saji, Jalan Semarak, Kuala Lumpur - 11 pagi - 5 petang

Rasiyuddin Hariri , Pengerusi Majlis hari ini bersama Abdul Rahman Hariri

Kakak sulong - Shamsiah Hariri

Muhammad Fadhil Hariri - adik lelaki saya yang ke empat atau ikut susunannya, yang ke 10.

Mohd Ghazali, adik lelaki ke 5 , dan dihujungnya Akhtaruddin Hariri. Ghazali adik ke 11, sementara Akhta adik yang ke 6.

Sekitar pukul 12 tengahari, tertunda.

Masa perlu dihargai serta dihormati . Saya kagum dengan adik saya yang paling jauh itu datang dengan motosikalnya sahaja, dalam hujan ribut lagi. 

Saya?

Saya jauh jugak, tapi kecil punya hal. Dalam hal begini, hujan ribut pun saya dan adik beradik sanggup datang. Bukan senang untuk membuat sesuatu keputusan tanpa pengetahuan yang lain. Sebaiknya keputusan dicapai dengan persetujuan bersama, atau yang majoriti 'bersuara' akhirnya. Itu yang baiknya.

Bermula musyawarah sekitar 1215 tenghari.


Rasiyuddin mengatur majlis hari ini

Dalam hujan ribut mereka sampai, tapi tak basah pun.... balik dalam panas terik

Saya ucapkan terima kasih kepada semua atas kerjasama yang diberikan.  Majlis tamat sekitar pukul 2 petang, dan saya tamatkan berada di sini sekitar pukul 3 petang.


Janjinya bertemu lagi pada 24 Mac 2013. Harap sudah melepasi PRU13 waktu itu.

Latiff Hariri
1748 23122012
Sungai Petani

(DiMayakan pada 24122012 - genap 100 hari)

Sunday, 23 December 2012

Tasik Bera II - 13122012

Hujan berhenti sekitar pukul 530 petang.

Tidak mahu memerap didalam kamar, saya mngajak Izzuddin mengelilingi kawasan Resort ini. Dan ternyata, kawasannya tidaklah besar mana pun. Ada Chalet bersebelahan yang milikny Perhilitan Negeri, jadi kami tidak dapat meninjau lebih dari sempadan berpagar ini.


Hmmm, macam mana saya boleh lari kekawasan hutan begini?

Suasana sunyi, dan ada mata mata yang memerhati saya dari kejauhan.....

Dari atas bukit ini, lagi ramai mata yang memerhatikan kami berdua.....

Sekitar 630 petang saya tamatkan pengembaraan ini. Masuk ke kamar dan berebut bilik air.
Keadan mula kelam dan gelap, hanya kelihatan cahaya air tasik yang bersinar , atas pantulan cahaya dari langit. Hm, menggerunkan..

Habis kesemua langsir cermin pintu dan tingkap saya rapatkan, tak mau lah tengok apa yang ada di luar tu. Buatnya timbul Naga Tasik Cini!

Sekitar jam 8, kami sekeluarga bergerak ke Cafe bersebelahan. Persisiran dipasang dengan lampu yang terang, dan tidaklah menakutkan, kerana Cafe memang bersebelahan

Tak lah lapar sangat, tapi tak nak tunggu lewat malam untuk makan. Janji 830, tapi sengaja diawalkan

Tunggu punya tunggu, akhirnya sekitar 815, telur dadar dan sayur campurnya mula terhidang. Hati mula teruja, macamana rupanya gulai tempoyak ikan patin dari Sungai Pahang ini?


Fuh, kaw sungguh kuahnya!!!

Kami tak tunggu lagi bila nasi mula dihidang.

Semuanya selesai sekitar pukul 9 malam. Untuk rekod, makan siang tadi harganya RM41.20, dan makan malam pula RM81.00 . Memang berpatutan untuk 5 orang dewasa.

Sebaik membayar dan pujian serta terima kasih saya berikan kepada pasangan ini., kami pun pulang ke kamar. Memang ada mata mata yang memrhati kami dari siang tadi.

Duk kalut masuk ke Chalet kami, sempat saya ambil parang panjang didalam kereta sebagai senjata sekiranya berlaku perkara yang tidak di ingini.

Saya yang awal lena. Sebelum itu pintu hadapan telah saya sendalkan dengan kerusi panjang kayu rotan, dan begitu jua dengan pintu kaca menghadap Tasik Bera. Sebagai langkah keselamatan.

Subuh, dari sisi baranda.

Dan bila saya keluar dari Chalet ini, ternyata anak kunci tergantung di luar Chalet. Maknanya, Chalet kami tidak berkunci, dan kunci kami tinggalkan di luar!!

Nasib nasib.

Jety dari sisi beranda Chalet, subuh nak ke siang

Ini dari pintu masuk Chalet. Kereta parkir di atas.

Saya ke sisi bukit berhampiran, dan masih ada yang memerhati saya dari kajauhan.

Sebaik semuanya sudah bersiap, sekitar 815 pagi, kami piun 'cek-out' dari Chalet ini. Masuk lagi 2 kereta pekerja Resort ini. Maknanya kesemua ada 4 pekerjalah. Saya ucapkan terima kasih sekali lagi kepada pekerja yang baru masuk ini sebaik menyerahkan kunci.

Saya boleh berikan 6 dari markah penuh untuk Resort tasik Bera. Memang sunyi dan agak terpencil, tetapi bagi mereka yang mahukan kedamaian tanpa ada orang ramai, disinilah tempatnya. Resort agak kurang mendapat penjagaan, tetapi bolehlah. Makanan memang sedap, layanan dari pasangan ini pun bagus.

Tiada yang tidak memuaskan hati saya. Sekadar jauh , itu sahaja, kalau dekat harus saya datang lagi. Tapi, yang dekat, Tasik Raban dan Bukit Merah tu pun saya payah nak pergi, inikan Tasik Bera.

830 pagi, kami bergerak meninggalkan Tasik Bera. Saya bercadang menggunakan laluan mengarah ke Negeri Sembilan, kerana laluan lebuhraya Karak agak jauh , membosankan, dan mahal dengan Tolnya.



Disisi kanan, Resort Perhilitan. Tiada orang langsung.

Harap perjalanan lancar untuk kami pulang ke Kuala Lumpur. 

Latiff Hariri
1858 21122012
Sungai Petani

#Mata mata itu adalah - monyet/ungka/lotong.

Friday, 21 December 2012

KL - Tasik Bera 13122012

Saya bergerak dengan hati yang berat.

Maafkan saya , saya tidak dapat memberi penghormatan sepenuhnya kepada Abang Yusuf, kerana harus mengikut jadual yang telah saya rancangkan ini.

Pemanduan bermula sekitar 1130 pagi. Kami meninggalkan daerah Ampang. Pemanduan oleh anak saya. Ternyata jalanraya masih sesak di Bandar Ampang, akhirnya, saya cadangkan , dari memasuki Hulu kelang yang sesak ini, kita guna sahaja lebuhraya memasukai KL dan keluar di susur Jalan Sultan Ismail.

Memasuki lebuhraya Duke seketika, sebelum saya arahkan anak memasuki lebuhraya Karak. Waktu ini baru anak anak tahu, destinasinya Pahang, daerahnya belum pasti.

Dari isisi lebuhraya Ampang menghala Kuala Lumpur.

Bila kita memandu di daerah yang jarang jarang kita lalui, perjalanannya adakala membosankan. Sekitar pukul 1 tengahari, saya mengambilalih pemanduan. Mungkin kerana cuaca yang panas, membuatkan anak saya menyerah stering kereta kepada saya.

Kami memasuki susur keluar mengarah Temerloh sekitar 115 petang. Hm, besar jugak bandar ini.
Pertamakali juga saya memasuki bandar Temerloh ini.

Memang saya agak risau, samaada pasti saya akan sampai kedestinasi ini, kerana melihat dari arah Google, ternyata teramat jauh di pedalaman Pahang.


Sungaii Pahang  - disini sudah banyak terjual ikan Patin dan Talapia, tapi, saya tak terfikir untuk membelinya.

Berhenti seketika di Petronas. Selain dari mengisi minyak, saya juga bertanya arah. Ternyata anak anak tempatan pun  gagal memberi jawapan yang tepat masa perjalanan ke Tasik Bera. Ada yang kata setengah jam, ada yang kata 1 jam, akhirnya mereka berbalah, saya ketawa dalam hati sahajalah.


Pintu Gerbang ke Tasik Bera.

Bermakna betullah rakan yang menyanggah itu, perjalanan lebih satu jam. Tapi saya lengkapkan masa dalam 40 minit sahaja. Ya, memang cepat, sebab berlumba dengan Iswara putih.Hahaha.

Kami disini sekitar pukul 210 petang. Dari pintu gerbang untuk sampai ke Tasik, sekitar 4 km lagi.


Dari tapak parkir

Ini Chalet yang kami inapi untuk satu malam.


Sebaik saya mendaftar, pengurusan terus meminta saya memesan makanan tengahari kami. Memang kami kelaparan. Dimintanya tempah setengah jam untuk penyediaan. 

Sebaik selesai memesan makanan, kami juga diminta memesan makanan untuk malamnya juga. Untung adanya saekor ikan patin untuk kami sekeluarga. tetapi, sebelum itu saya menanya berapa harganya saekor yang sudah siap dimasak, kerana saya tak mahu di'sembelih', kerana dari cerita cerita mereka yang pernah mencuba gulai tempoyak ikan patin ni, ada restoran yang sengaja 'menyembelih' di Negeri Pahang ini. Maaflah ye, orang pahang

Pemandangan dari Chalet inapan kami

Jeti Tasik Bera - ruginya kerana tiada pekerja yang boleh melayan kami untuk mengelilingi Tasik ini

Saya dimaklumkan oleh abang yang menyambut kedatangan kami tadi, bahawa hanya beliau berdua bersama isterinya yang mengendali Resort ini, untuk hari ini

Sebaik foto ini dirakam, kami pun memasuki kamar untuk istirehat. dan sekitar jam 3:15 petang, kami pun dijemput untuk makan tengahari.

Memang ok sangat sangat dengan layanan yang kami terima ini.

Tomyan campur, telur dadar dan sayur campur - Makanan tengahari kami

Ok, boleh makan masakan suami isteri ini, panas panas, itu yang menyelerakan.

Bila dah kenyang, ini aktiviti kami sebelum Asar

Merakam suasana dipersekitaran Tasik Bera

Ini Chalet standard untuk dua orang, semuanya berhawa dingin.

Jeti

Tangga untuk ke parkir sampan dan bot


Panjang jugak jeti ni

Pelantar

Pelantar untuk manaiki bot

Ini dari beranda Chalet kami.

Kami hanya sempat berAsar, bila hujan turun mencurah, dan aktiviti kami untuk melihat persekitaran terbantut. Yang mana sempat lena, tidurlah seketika, sedangkan saya, melayan mata dengan TV dan sesekali melihat kearah Tasik Bera yang 'menggerunkan' jugak tu.

Latiff Hariri
2008 17122012
Sungai Petani

Wednesday, 19 December 2012

Tiger Abang Yusuf Mat Arif dalam Kenangan(1961-2012)

Saya bangun agak awal walaupun tidurnya lewat.

Berjanji sarapan dengan adik saya sekitar 730 pagi di restoran bersebelahan. Dan saya ceritakan kepada beliau tentang berita duka yang saya terima melalui sms dari rakan sekolah saya, Dr Rosli Wahab.

Hmmmm, Innallillahhiwainnahirojiun....

Saya selalu memberi komen kepada anak anak dan rakan rakan rakan, bahawa satu satunya senior yang agak rapat dan saya hormati semasa alam persekolahan dahulu adalah abang ini. Dia ramah, tak sombong, suka menyakat mengusik junior pada tahap sederhana. Dia aktif bersukan, dia pengawas, dia merendah diri. Saya spernah bercerita sedikit tentang pertemuan 'dinner' bersama beliau. Bertemu semula lewat FaceBook, dan ada beliau menjemput saya kerumah beliau di Subang Jaya, tapi.....

Memang saya terasa, tak patut sangat kalau saya tidak hadirkan diri memberi penghirmatan terakhir, dan menyedekah Alfatihah disisi jenazah beliau. Memang Allah sudah tentukan saya berada di Kuala Lumpur ini, untuk memberi kesempatan terakhir untuk 'bersua' walaupun sudah tiada .....


Melepasi Petaling street sebelah pagi pula.

Kami bergerak meninggalkan Ancasa Express sekitar pukul 1030 pagi.

Destinasi - Ampang.

Dengan laluan Maluri memasuki Pandan Indah, terus meluncur laju ke alamat yang dikirim oleh Dr Rosli itu, dan memang mudah dengan bantuan Google.

Saya b erada disini seawal 11 pagi. Sudah menanti wajah wajah yang sering saya lihat disetiap pertemuan OldBoys.


309 Jalan Ikan Emas, Ampang, Selangor. Ini rumahnya mertua arwah Abang Yusuf.

Memang saya sadih atas pemergian ini. Sempat saya berYassin disisi jenazah sebelum berundur diri dan bertemu seoarang dua rakan rakan yang saya kenali.

Tiada perkataan yang boleh saya sampaikan untuk menyatakan rasa duka dihati saya, sesungguhnya Abang Yusuf adalah saorang insan yang penyayang.....(foto HjZul)

Alfatihah .

Latiff Hariri
1938 17122012
Sungai Petani

Monday, 17 December 2012

Ancasa Express, PuduRaya

Tiada rancangan yang pasti untuk cuti penghujung tahun 2012 ini.

Saya hanya ikut kata hati. Hampir kesemua sesawang Hotel di Malaysia inin saya terjah, tapi, tak tahu mahu kemana. Hingga ke Karabi Thailand,  pun saya lawat lewat internet, tapi....

Jakarta/Medan tu tak payah ceritalah.

Semua jadi begini kerana menunggu nunggu akan hadirnya surat yang tak kunjung tiba, oleh anak sulong saya. Jadi, kami 'bermain selamat', dengan hanya bercuti didalam Malaysia sahaja

Sekitar 830 pagi, Rabu 12122012 ini, kami bergerak meninggalkan Sungai Petani, mengarah ke selatan. Walaupun saya sudah 'set'kan dimana kami akan bertandang, tetapi anak anak tidak tahu arah tujuan saya.

Berhenti sarapan di Hentian Rehat Tapah, dan terus memasuki Kuala Lumpur sekitar pukul 2 petang.

Saya beralasan kepada anak anak untuk bertemu adik saya di PuduRaya, yang sekarangnya sudah bertukar nama dan wajah.

Pemandangan stesen LRT Plaza Rakyat yang jelek. Projek kroni sejak 15 tahun, tak siap siap

Sebaik saya selesai bertemu adik saya itu (kununyalah, berlakun kat anak anak), baru saya minta anak anak membawa beg masuk ke Hotel Ancasa Express, di lantai 4, Bangunan PuduRaya ini.

Untung anak anak tak kisah dengan kedudukan hotel ini, janji tengah kota.

Sekitar pukul 3 , terus meluncur laju ke Kelang, berpandukan rakan sekolah serta Google, kami tiba ke destinasi ini sekitr 350 petang.


Bentuk bangunannya lain, tapi, didalamnya membuat saya terasa seperti berada di Pasar Baru Bandung.

Towkay/Pekerja , rata rata orang Indonesia !!

Harganya , kalau di bandingkan dengan kompleks membeli belah yang lain teramatlah berpatutan. Saya tak kata murah. Sekiranya ditempat lain, harganya RM150.00, disini sekitar RM90.00  sahaja .

Kalau nak dibandingkan dengan Pasar Baru Bandung pula, tetap tiada tandingnya. Disini dijual dengan harga RM100.00 , di Bandung RP100,000 . Kalau ditukar nilainya, di Bandung harga RM adalah sekitar RM33.00 !!

Jom kita ke Bandung, duit baki RM67.00 dari setiap RM100.00 kita tu, boleh buat bayar tiker AirAsia dan hotelnya!! Hahaha

Saya yang tidak bersarapan di Tapah tadi, mula terasa lapar bila jam sudah menunjukkan pukul 5 petang.

Untungnya , tiada yang mahu bertawaf disetiap lantai bangunan GM ini, jadi kami terus bergerak laju ke Kuala Lumpur semula.

Lapar lapar.


Bersama adik saya, Akhtaruddin di Al-Rawsha

Pekena sepinggan besar Nasi Mogul dan sepinggan kecil Nasi Mande. Puas!

Dan terus pulang ke hotel sekitar melepasi Maghrib.

Malamnya yang sibuk itu, tidak saya lepaskan peluang untuk memeriksa PuduRaya yang sudah dinaiktarafkan oleh PM1Malaysia kita tu.

Anak anak yang seronok sebab pertamakali melepak di PuduRaya malam begini bersama saya. Kira disini banyak kenangan dimasa bujang saya, diawal perkahwinan saya dan bersama anak sulong saya ketika beliau masih 'baby'. waktu itu saya tidak mempunyai kenderaan sendiri, bas menjadi pengangkutan kami bertiga.

Semua berelektrik, tiada manual lagi, kecuali jejantas dihadapan. 10 malam di PuduRaya.

Gerimis pun mengundang, tapi kami redah juga menuju Petaling Street.

Singgah Subway sekejap, buat supper dalam bilik nanti

Faiqah dan Izzuddin yang teruja, pertama kali masuk ChinaTown. Saya sudah melepak disini pada usia 18 tahun, samaada merayau bersama rakan rakan, mahupun ketika hadir kursus dan menginap di hotel berhampiran.

Dalam gerimis dan remang malam

Inilah PuduRaya terkini, berhawadingin sepenuhnya(?)

Malam ni, kalau tidur awal , silap banyaklah. Bukan senang nak dapat melepak begini di PuduRaya ini. Sesekali turun KL, merayau begini ada keseronokannya, walaupun bagi rakan rakan yang menetap di sini, tak akan 'ada kuasanya' untuk melepak, tapi, bagi saya yang duduk di daerah luar, sesekali begini, memang menarik.

Lepas jam 1 pagi baru boleh lena.

Latiff Hariri
1728 16122012
Sungai Petani