Bee Gees

Sunday, 18 August 2013

Acara Tahunan Ramadhan -Belanja di JALAN TAR

Petang Jumaat 2 Ogos ni, kami bergerak ke Kuala Lumpur dari Butterworth sekitar pukul 510 petang, sebaik selesai solat Asar di Masjid Mak Mandin.

Perjalanan yang pada walnya sesak mengarah ke Tol Juru, kemudiannya beransur lengang bila melepasi susur keluar Tol Simpang Ampat.

Tiada masaalah untuk saya selesaikan perjalanan ini sebelum waktu Iftar, sekurangnya di Ipoh.


720 malam di Shell R&R Tapah.

Kami berbuka dengan nasi beriani bungkus 2 kotak dikongsin 4 beranak.

Bergerak semula ke Kuala Lumpur sekitar 815 malam didalam gerimis malam.

Kamim tiba di Kuala Lumpur sekitar 940 malam, dan terus menuju ke Bandar Tun Husseion Onn

                                          
Dijamu nasi dan mihun goreng oleh Sarah & Rahman

Sebaik selesai mandi dan pekena saorang secawan kopi o panas, sekitar 1145 malam kami bergerak ke LCCT untuk menjemput Aqilah yang dijangka tiba sekitar 1230 malam, dari Sandakan.


Pekena saorang sekeping burger dahulu sebelum pulang sekitar jam 2 pagi.

Memasuki rumah Rahman sekitar jam 3 , dan kami tidur tidur ayam, bila dikejut untuk bersahur sekitar jam 5 pagi.  Saya mamai habis......

Sebaik selesai Subuh saya sambung lena hingga ke pukul 840 pagi, dan terus mengejut kesemua anak anak untuk bersiap pulang.......

Tapi sebelum tu, acara Wajib ini harus dilakukan....

                         
Ziarah kubur Emak. Alfatihah.....

Kami bergerak keluar dari rumah Rahman sekitar 1030 pagi. Jalan agak sesak disusur keluar Cheras, tetapi dengan ingatan dan kefahaman jalanraya Kuala Lumpur ini, kami tiba di perkarangan Dataran Merdeka ini sekitar 1110 pagi.

Saya tinggalkan sahaja mereka di persimpangan Jalan Tun Perak, sementara itu saya terus melucur laju didalam kesesakan , menuju ke Dang Wangi dan memasuki semula Jalan Raja Laut untuk memakir kereta di perkir bersebelahan Hotel Qualiti/Pertama Complex.

Kemudian saya melangkah kaki perlahan menuju ke Sogo. Kununnya , nak beli sehelai dua baju lah. Masuk sahaja didalam Sogo, masyaAllah, berhimpit himpit orang ramai di dalam Sogo ni!!!

Lain kali aje lah.


                                              
Jadi, disinilah 'port' saya dari jam 1200 hingga ke 4 petang, melihat ragam manusia membeli belah diminggu terakhir Ramadhan ini.

Sebaik selesai berbelanja sekitar pukul 4 petang, kami pun bergerak pulang memasuki Tol Bukit Lanjan untuk pulang ke Sungai Petani.

Perjalanan lancar, dan kami berbuka puasa sebaik melepasi Tol Juru di Butterworth.
Mengerjakan Solat Maghrib di Maklom, dan singgah seketika di rumah rakan sepejabat, Roslan Abdullah di Kepala Batas.

Tidak terus pulang, sebaliknya kami menjamu selera di Restoran berhampiran Tol Selatan Sungai Petani.

Esok Ahad, cuti jadi tiada masaalah untuk tidur lewat.

Latiff Hariri
2028 15082013
Sungai Petani

Thursday, 15 August 2013

Raya Kedua Penuh Pengertian....

The Hariri Babs

Adik saya yang saorang ni pandai memainkan perasaan saya. Sebenarnya hati saya masih berbelah bagi, samaada mahu menghabiskan sekitar 4 jam di PLUS untuk berhari Raya di Kuala Lumpur atau tidak.

"Abang Boy ingat tak arwah Pak Long?. Setiap Raya dia tak pernah mis jengok bapak dan kita, masa di Taiping dan Kuala Kangsar dulu."

Saya mengangguk setuju sambil memutar memori silam bermula dari 1972 di Lenggong hingga ke 1983 terakhir di Kuala Kangsar. Pak Long dan Makcak tak pernah mis bertandang kerumah kami ketika itu.

"Tapi Fadhil , tak samalah....." saya memberi pendapat saya supaya adik saya faham kisah sebenarnya....hehehe.

" Kita ada sapa lagi pun abang Boy? Kalau kita tak rapatkan ikatan ni, makin berjauhanlah hubungan kita....."

Pandai kau ayat aku ya.

The Girls

Saya hanya memberi arahan kepada anak anak supaya bangun seawal Subuh, dan akan bergerak sebaik selesai solat Subuh. Hati saya tidaklah begitu berat untuk berjalan jauh pada Raya kedua ni. Terakhir 2012 pun sekadar ke Lenggong, dan sebelumnya hanya pulang ke Taiping untuk berRaya bersama Emak setiap pagi Raya kedua.

Ini dah kira melanggar dan mengubah tradisi, balik ke KL .!

Keluar dari rumah sekitar 727 pagi . Perjalanan berselang seli dengan hujan sehingga melepasi Taiping. Kenderaan agak minima, sesekali saya melepasi kelajuan 110 km.

Tiba di Ipoh jam 9 pagi, dan saya sudah mewarwarkan kepada adik saya yang saya akan memasuki KL sekitar jam 11 pagi. Yakin, kerana tiada kesesakan.

Dan kami berada di rumah Kak Sham Abang Jabar ni sekitar 1120 pagi. Lajukan?

Kami rasmikan dahulu kek dan Nasi Beriani yang dihidangkan

Satu satunya kakak arwah Bapak saya, Makcak @ Maznah Bab

Makcak merupakan pelajar pertama RIDA yang mendapat sijil kelayakan yang kini diiktiraf kepada seluruh anak anak  Bumiputera . Kini RIDA dikenali sebagai Universiti Ternologi MARA (UiTM).

Abang saya Rahman sekeluarga yang kedua tiba dari Cheras, dan adik saya Rasiyuddin yang ketiga dari Shah Alam.


Aliya, Sarah, Bie dan Kak Sham

Saya banyak kisah suka duka dengan Makcak ni....dosa saya pun banyak....jadi panjanglah sikit saya mengayat Makcak memohon keampunan. 

Masa bujang sebaik tamat SPM , rumah MakCak menjadi tapak saya memulakan karier. Dapat sebuah bilik lagi . Saya hanya bayar bill letrik dan talipon sahaja sebagai sewa bilik. Gaji pun kecil masa tu.

Sebaik semua selesai menjamu selera, acara fotografi dan bersalaman bermaafan berduit raya pun bermulalah.

Dimulakan oleh Abang saya, diikuti saya, Kak Sham dan seterusnya pangkat isteri  dan anak anak buah.

                        
Haziq claim duit raya dr pakcik Boy dia.

MakCak dah 84 .....saya 49.

Haziq petamakali merasa duit raya dari Aqilah, kakak pupu beliau.

Izzuddin pertamakali merasai duit Pilot Airasia ni......

Tuan tanah, eh Tuan Rumah, Ustaz Abdul Jabar Sudin

Dalam keseronokan usik mengusik ni, waktu Solat Jumaat pun hampir bermula, dan kami berduyun duyun ke Masjid yang terletak sekitar 400m dari rumah Abang Jabar.

Masjid baru siap, tapi kecil , jemaah melimpah keruang parkir.

Sekembali dari Solat, rupanya sudah menanti dua tamu dari keluarga Bab, iaitu adik kepada arwah Bapak, pakcik Yut dan Makcik Miah.

Pakcik Yut @ Kamarulzaman Bab. Adik arwah Bapak.

Selalu saya ceritakan kepada anak anak tentang kehebatan pelajaran Pakcik Yut ini ketika beliau menamatkan Tingkatan 3 beliau dengan LCE yang cemerlang....


Makcik Miah

Sebaik selesai menjamu selera untuk kali kedua, sebagai selingan telinga, Akmal dipaksa memainkan jari jemari beliau untuk dinilai oleh juri juri awam.

Cahaya Aidilfitri BDB

Anuar Zain

Duet Aliyaa & Sofea - Lagu moden tidak bertemakan Hari Raya

Kami menanti di sini sehingga pukul 315 petang. Berat jugak nak tinggalkan keramaian ini, bukan selalu dapat berkumpul sebegini. 

Sebaik Rasi meniggalkan rumah ini, saya sekeluarga pula mengekori. Destinasi selanjutnya ke Hulu Langat.

2 Syawal 1434 -  Eid Fitry yang penuh bermakna walaupun tanpa Emak disisi kami.

Alfatihah untuk Emak, Bapak dan Nazahuddin

Latiff Hariri
2018 15082013
Sungai Petani

Tuesday, 13 August 2013

1 Syawal 1434 - Tetamu Pertama Rumah Ke7

1 Syawal 1434 = 8 Ogos 2013

Izzuddin , Roziah, Latiff, Ustaz Ramlan , Pn Jamaiah, Bonda Bahara, Malini , Aqilah.
Puteri puteri, Muhammad Aminulfahmi, Nur Aminatul Faaizah, Muhammad Aminul Hakim & Muhammad Aminul Arif

Saya tidak menjangkakan semua ini. Dah saya kira, sekitar 5 tahun persahabatan saya dengan beliau. Masih mudalah kiranya.

Sudah saya akui secara jujur didepan beliau, disaat pertamakali diberitahu bahawa ketua Mutawwif rombongan Umrah kami sekitar 2008 itu adalah saorang Ustaz  yang dari tafsiran mata saya teramat muda.

Perasaan curiga akan kemampuan Ustaz Ustaz muda ini menerajui makmun yang dikira pangkat abang ayah ini, tidak boleh saya sangkalkan.

Perasaan syak itu terubat bila adik saya, Ustaz Ibrahim menceritakan serba sedikit latar belakang Ustaz muda ini. Dan sebaik selesai daftar masuk di KLIA, secara ringkas memperkenalkan diri beliau kepada rombongan kami ini, yang saya kira sekitar 33 orang itu, hati saya menjadi lega bila dengan rendah diri Ustaz itu mengenengahkan Ustaz Ibrahim sebagai Tok Guru beliau yang selayaknya mendahului rombongan kami ini!!

Curiga saya tidak habis di KLIA, ianya berlarutan hingga ke Masjidil Haram......

Muda sangatlah, nak buat macam mana?!

Ustaz Ramlan bersama bonda beliau dan isteri.

Saya terkejut bila beliau menyatakan keinginan beliau untuk bertandang kerumah saya sempena 1 Syawal 1434 ini.

Memang saya nanti natikan saat ini.

Dahulu, sekitar Mei 2008 tiada yang mengenali beliau. Waktu berUmrah bersama beliau pun, saya dapati beliau jarang berada bersama jemaah rombongan kami. Kemana beliau menghilang diri, itu yang saya curigakan. 

Dan yang menjengkelkan saya bila ada dua ahli rombongan yang saya kira mengiringi Ustaz Ramlan ini, yang begitu 'bebal' memakai T-Shirt berlambangkan logo parti itu di dalam pesawat menuju ke Jeddah!

Saya boleh agak dah dimana pendirian Ustaz muda ini.


Anak anak Ustaz Ramlan

Tapi, sedikit demi sedikit persoalan saya terjawab dengan sendiri, ataupun dirungkaikan oleh Ustaz Ibrahim Ahmad ketika kami beradu didalam kamar Hotel. 

Ya, semasa di Madinah pertamakali, saya, Izzuddin, Ustaz Ibrahim , Ustaz Ramlan dan saorang Ustaz warga Indonesia duduk sekamar lagi.

                                         
Roziah dan isteri Ustaz Ramlan.

Berkisah tentang semalam........menguatkan Ustaz Ramlan!

Bila foto beliau terpapar dimedia perdana bersama sumpah cacamerba Saiful Bukhari itu, ramai yang mengejek dan mengherdik beliau secara berdepan atau secara 'dosa kering' -dibelakang.

Ada yang memaki dan mencerca. Saya tidak kurang terasa tempiasnya, sebab menjadi buah mulut ketika itu, bila setiap kali saya bertembung dengan orang orang Pakatan, hanya kata kata hina yang dihamburkan!

Kerana mengenali beliau dan keyakinan akan kata kata pujian yang Ustaz Ibrahim berikan kepada beliau di Madinah dan Tanah Haram, saya menjadi benteng pertahankan bahawa Ustaz ini berada diperjuangan yang sama .


Bersama anak bongsu beliau.

Kini Ustaz dah terasa lapang. Ujian yang amat 'dasyat' telah beliau lalui dengan penuh keinsafan diri dan berserah kepadaNya. Ustaz boleh melangkah dengan laju menuju ke Sana.

Bak kata Ustaz kepada kami petang ini. " semuanya telah tertulis di Sana. Seoarang budak yang dilahirkan di Sandakan, dibesarkan di Penanti , Kubang Semang, berpendidikan sekolah Pondok dan akhirnya menjadi Imam 3 Masjid Wilayah....tanpa terfikir yang beliau bakal melalui detik hitam di iniaya dan difitnah, dan terus menjadi ingatan seluruh warga Malaysia amnya, khasnya Muslimin Muslimat. Dan melafazkan pendirian beliau semula di Masjid Permatang Pauh, dimana daerah inilah yang membuka minda beliau tentang Islam, dan tidak mudah terpedaya dengan janji janji palsu pemerintah yang zalim yang mempermainkan Sumpah sesuka hati di Rumah Allah...."

Amin......

Lama kami berbual, dan sekitar 520 petang kami dua keluaraga bergerak kerumah Tok Guru beliau untuk berEid Fitry lagi.

Saya berdoa menghajatkan agar Ustaz Ibrahim belum pualng kerumah mertua beliau di Chenderong Balai...

Langkah kami terkanan.....

Ustaz Ibrahim ada 10 akad nikah untuk 2 Syawal 1434 ini.

Jadi, secara automatik, terbatal pulangan beliau ke kampung mertua di Perak....kesiannya. 
Sesiapa yang tahu akan tugasan soarang Imam ni, pasti tahu, betapa beratnya amanah yang dibayar dengan pahala sahaja, wang ringgitnya sedikit.

Ketupat dan rendang   ...kanan sekali adik Ustaz Ramlan, Malini.

Petang itu, kami bergerak pulang sekitar 630, mengarah ke Masjid Al-Amin untuk mengerjakan Solat Asar yang tertunda.

Isteri Ustaz Ibrahim melayan.....

Dihadapan rumah Ustaz Ibrahim

Destinasi seterusnya ke Masjid AlAmin

Di hadapan Tahfiz Al-Amin.

Ustaz Ramlan bergerak ke Sungai Lalang kerumah kenalan beliau seterusnya.

Terima kasih Ustaz kerana sudi bertandang ke rumah kami. Panjang usia kita ketemu lagi.....

Latiff Hariri
2058 13082013
Sungai Petani


Friday, 9 August 2013

Berkunjung ke Kejiranan/Saudara Terdekat - Raya Pertama

Solat Eid Fitry bermula jam 9 pagi, tapi kebiasaan saya berada di Masjid Al-Amin ni sekitar 8 pagi, cari 'port'di barisan hadapan.

Khatib menyampaikan sepatah dua kata sebelum bermulanya Solat Sunat Aidil Fitri.

Adik saya, Alhafiz Ustaz Ibrahim Ahmad - junior 6 tahun dari saya.

Satu yang saya gemar setiap kali Solat Raya ni, sebaik selesai Khutbah, ada tahlil dan doa selamat.

Pulang kerumah sekitar pukul 10 pagi, dan sesi fotografi dan bermaaf maafan sesama anak pinak ni pun bermula....

Raya pertama pink

Selesai acara pertama , pukul 1040 acara bertandang ke rumah kejiranan terdekat. Macam biasalah susun rumah.

Bang Rahman - jiran belakang rumah saya.

Rumah Bang Omar - Bersama Bonda dan Wan si Tart dan Zul

Bergerak jauh sedikit ke Taman Kelladi

Rumah Kak Mar - Kakak Roziah

Rumah Bang Jit - Sepupu Roziah di Kampung Permatang Berangan.

Rumah Kak Ara - Kakak Ipar Roziah

Kepanasan dan keletihan, kami terus pulang sahaja, padahal masih banyak rumah keluarga dikampung ini yang belum kami kunjungi.

Jam 315 di rumah Cikgu Hashim - Bapa si Budin. (bersama Bang Latiff TNB)

Bebudak collect cukai.

Semua pakat makan tengahari di rumah Budin

Yang perempuan duduk dibawah saja.

Kami bergerak pulang sekitar 350 petang, kerana ada tetamu pertama yang menalipon, mahu datang bertandang kerumah kami buat pertama kali.

Selesai 6 rumah untuk Raya pertama ni. Ok lah, tak lah memerap kat rumah saja.

Latiff Hariri
2128 08082013
Sungai Petani

Wednesday, 7 August 2013

Redzeki Ramadhan/Julai 2013

Selalunya, nafsu kita kata kita kuat, tapi sebenarnya , bila berdepan dengan bulan Ramadhan ni, kita kena akur dengan fitrah usia kita.

Saya angankan tebu saya mencecah jualan RM500.00 sempena Ramadhan ini kerana permintaan akan meningkat di pasar psar Ramadhan.

Pada awal Ramadhan, sisa sisa kekuatan sebelum berpuasa itu masih kuat, tetapi masuk keminggu kedua ternyata saya harus akur dengan kederat yang tersisa.....


Tebu terbanyak yang saya tebang untuk sehari di Ramadhan ini adalah 84 batang @ 92kg

Ini jualan dan perolehan yang saya terima sepanjang bulan Julai 2013:-

Pisang Berangan     9 Mayang @ 7kg       RM129.00
Pisang Nangka       23Mayang  @ 225kg  RM219.40
Pisang Awak           4  Mayang  @ 33.1kg RM  33.20
Pisang Emas            5 Mayang  @ 24.3kg RM  43.70
Tebu                        330 batang  @ 397kg  RM198.50 
Getah                                                           RM  10.00
Sewa Bendang                                             RM400.00

Jumlah                                                       RM1,033.80

Saya akur dengan kemampuan diri pada bula yang mulia ini. Tiada dayanya, walaupun hati berkata boleh, sebenarnya kederat tiada. Kalau tidak dikira sewa bendang, jualan hanya sekitar RM633.80 . Perbandingan dibulan bulan yang lalu, pencapaian hanya sekitar 65% sahaja. Bermakna, kekuatan saya berkurangan 35% dibulan puasa ini. Alasan......hehe.



                                   
                                            Durian Gajah luruh ketika Ramadhan.

Saya kurang menggemari buah durian ini, kerana kedekut dan liat kulitnya. Isinya, Masya Allah!! Kuning dan tebal....terbaik. Ramai yang memuji, tapi saya biasa aje, kerana terlalu payanh untuk mengopeknya. 

Sempena akhir Ramadhan ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Bathin kepada seluruh sahabat handai rakan taulan, saudara kenalan serta pembaca yang sudi bertandang ke Blog kecil ini.

Maafkan terkasar bahasa penulisan saya. Adakalanya tidak disengajakan, ada waktunya disengajakan, bila berbicara tentang politik...... Pendirian saya tetap pada kebenaran...

Selamat Eid Fitry.

Latiff Hariri
1928 07082013 / 29 Ramadhan 1433
Sungai Petani


Tuesday, 6 August 2013

Bila 'Mood' Datang

Kalau ada yang tak tahu, ni, saya nak beri tahu. Kegemaran saya sejak dari muda hingga kini adalah memasak. Selain memasak, kerja kerja yang bersangkutan memasak memang menjadi kesukaan saya jugak.

Ke pasar membeli ikan dan daging atau ayam adalah tugasan saya semasa saya masih bersekolah rendah lagi. Tugas yang emak saya berikan.

Selain itu, saya gemar menyiang ikan dan kerja kerja di dapur. Sambil Emak memasak, saya akan jadi tukang pemerhatinya. Bertanya itu ini.

Ke pasar, saya warisi dari Bapak yang menjadikan rutin mingguan beliau terutamnya dihujung bulan . Saya sering mengekori Bapak setiap hujung minggu ke pasar. 

Jadi, sesekali bila 'mood' saya datang , inilah kerja saya. Saya kata sesekali kerana banyak kalinya isteri saya yang masak....hehe.

Ini resipi Ramadhan kali ini.


Kueteow udang.

Pengat pisang dari kebun sendiri

Cucur udang 

Kesemua resipi ini saya ciplak dari arwah Emak saya. 

Anak aanak paling suka Cucur Udang dan Bubur Lambuk air tangan saya. Tapi, terlupa nak snap fotolah pulak.

Selamat bertarawikh untuk malam terakhir ini.

Latiff Hariri
1918 06082013
Sungai Petani