Saturday, 12 November 2011

Kembara Qurban 2011 - Pulang ke Kampuong

Kami bergerak ke kampung sekitar pukul 130 petang. Si Ad mendahului Innovanya, sementara Avanza Roni mengekori. Jaraknya dari kampung ke kota Bukit Tinggi adalah 43km. Mudah untuk diingat kerana batu tanda jalannya, km43 terletak betul betul disisi rumah Pak Tua dan arwah Mak Tini.


Hujan baru seriat.

Perjalanan melebihi satu setengah jam. Ini jalannya sepertimana Malaysia tahun 1960, macam jalan Kuala Kangsar - Lenggong - Gerik waktu itu. Menuruni lurah, bendang dan permatang, diselang seli jeram, air terjun dan kali , memang mengasyikkan pemandangan disini.

Anak anak sekolah berjalan kaki pulang untuk berhari raya.

Ya. Anak anak SMP /SMA berjalan kaki dari sekolah menuju kerumah. Saya tahu mereka menetap di asrama kerana tiadanya sekolah Menengah di kampung mereka. Malah ada anak anak gadis, yang melambai kami untuk tumpang pulang. Tapi apakan daya, kereta kami penuh dengan penumpang dan beg begnya.

Saya pasti ada yang berjalan kaki sejauh 10km untuk pulang beraya. Kita bagaimana? Anak anak kita mewah......., dan kita juga merasainya kira kira 40 tahun yang lalu.

Bendang bertingkat dilereng bukit.

Kami melepasi batu tanda 43 km sekitar pukul 315 petang.

Ini rumahnya Pak Tua dan arwah Mak Tini.

Rumah ini yang sering kami inapi bila bertandang. Lokasinya dihadapan jalan utama Bukit Tinggi - Medan. Mudah untuk kami bergerak. Sedangkan 3 rumah utama, dibawah lereng bukit . Agak payah untuk kebawah kerana curam dan berlicin laluan denainya. Tapi, itulah uniknya kampung Haraban ini.

Semua berginjit ginjit, terlalu curam, mungkin mencecah 40 darjah.

Ini rumah Gadang kita!!

Saya titipkan kesemua belian dapur , daging, ikan dsbnya kepada Si Yus, untuk dimasak, dan didoakan kenduri doa selamatnya, dimalam nanti.

Rahman dan Pak Su di rumah Mak Juli.

Mak Juli sudah mencecah usia 78 tahun, agak saya lah. Matanya sudah kelam, dan berbongkok sabut. 15 tahun lalu Mak Juli masih boleh melihat kami, kini hanya suara kami dan anak anak menjadi dengaran beliau.

Arif bersalaman dengan nenek Juli. Arif dah lebih 10 tahun tak ke Kampung.

Minum petang bersama suami kepada Si Can, dan abang sulong kepada Syafirman.

Pak Muis, suami kepada Si Can. Pak Muis ini orang sastera dan sejarah.

Suka mendengar celotehnya tentang bahasa Minang dan nusantara. Anak Pak Muis, Si Rat, menuntut di Universiti of Padang dalam bidang Fizik.

Kami bersolat Qasar di masjid Haraban sahaja.

Masjid ini menjadi tapak pertama pijakan kaki kami berdua kira kira 15 tahun yang lalu. Kenangan manis ini, boleh dibaca di Sariah - Bulan - Fatimah Zaiton - Abdul Latiff Janaton.

Abang Ned pulak berfoto disini selepas kami berdua.

Abang Ned pertamakali menjejakkan kaki ke Sumatera Barat ni. Untuk rekod, sepupu pertama saya yang hadir. Saya sudah membawa Emak, Mak Tuo Sariaman, Mak Midah , Pak Cik Rosli dan Pak Cik Harun(anak Tok Osman, adik nenek Bulan) pulang ke kampung. Dan tak akan jemu jemu membawa yang lain diwaktu mendatang. Malah rakan rakan pejabat dan kenalan saya pun ramai yang sudah mengekori saya.

Selesai solat, kami bergerak ke utara. Kampung Air Kijang, kira kira 1.5km dari kampung Haraban. Disini rumahnya emak Sawi, emak kepada Syafirman, serta dua saudara lelaki beliau. Dan jua ada dua keluarga yang saya ingat ingat lupa namanya.

Disini jugak saya kirimkan lagi belian dapur seperti bawang, telur, minyak manis dan sebagainya. Minyak manis? Ya minyak kelapa. Orang sini sebut minyak manis.


Bersama adik kepada Abang Syafirman di Air Kijang.

Abil memang teruja dengan keindahan sawah bertingkat ini.

Rahman sampai kehujung bendang mencari lokasi terbaik.

Baru Pak Lebai berdua ni tahu kedamaian kampung ini.


Mengendap?

Hahaha, saya memang tergelak melihat gelagat Abil. Pak Su kenalah bawa dia balik selalu ke sini, jangan asyik Seremban - Baling aje. Hahaha.

Patut pun foto depa banyak, sorang satu kamera.

Kami hanya seketika disini. Mak Sawi pun tiada. Beliau Ke Jakarta, kerumah anaknya, Kak Yen yang pernah saya kunjungi bulan nan lalu. Ini rekodnya kunjungan saya ke Bekasi, Jakarta. Mahu ke Kumpulan , kira kira 6 km dari Air Kijang. Ya. Namanya pekan kecil di sana Kumpulan. Tempat orang orang kampung berkumpul dan berniaga tuaian yang dihasilkan.

Ok, sambung lagi ek.

Latiff Hariri
1045 11112011
Sungai Petani.



No comments:

Post a Comment