Saturday, 31 December 2011

Dhiya Bintang Malam Itu

Saya tiada rencana sepanjang percutian Hari Natal ini. Sekadar bersama anak anak dihujung minggu, dan bersedia menanti kehadiran sanak saudara dan rakan taulan.


Hujung minggu ini dijangkakan tidak membosankan. Selain dari kunjungan Ariff Kashani Abul Rahman bersama emaknya tanpa diduga itu, saya sudah menduga bersama Din Selamat untuk sama bertemu pada petang Ahad ini.  Pada awalnya Din mengajak saya mencuba Mee Udang Sungai Dua, saya terima aje walaupun saya sudah ada aturcara sendiri untuk menyambut kedatangan Din sekeluarga. Terus terang, saya tak lah teruja untuk membawa rakan rakan jauh ini untuk menjamu selera di Mee Udang Sungai Dua itu.


Tunggu punya tunggu, pukul 640 petang baru Din Selamat menghubungi saya, dan satu temu janji saya aturkan. Makan malam bersama.


Tidak saya lupakan rakan rakan berdekatan. Saya jemput juga Faizan sekeluarga, ZulRahim Sekeluarga dan Badrul Hisham sekeluarga. Saya tidak warwarkan awal bagi mengelakkan dari mangganggu rencana rakan rakan yang saya pasti sudah direncana terlebih awal.


Terima kasih semua , dengan baik mereka menolak. Ada yang berada di Trengganu, ada yang berada di Kuala Lumpur dan ada yang berada di bandar kenangan, Taiping. Jadi kami dua keluarga ajelah nampak.


Janjinya bertemu di TOL BKE , tetapi untungnya Din membawa anak buah beliau Ustaz Hafiz , yang merupakan orang Bukit Mertajam.


Kami bertemu disini sekitar pukul 845 malam. Memang susah nak percaya didalam jalan kampung yang kecil ini, terdapat sebuah restoran yang boleh dibanggakan.






Faiqah -  jangan silap ya, yang ini Faiqah Latiff, yang itu Najwa Latiff

Yang menyeronokan saya adalah apabila abang kepada Din, yang mahu turut serta meraikan makan malam ini, yang saya jangkkan hanya  8 orang, kini menjadi 12 orang.



Abang Nirman Kamal, Ustaz Muhammad Hafiz dan Nafiz Nirman.

Anak anak cuba menggoda Dhiya malam ini, kurang mendapat perhatian dari Dhiya. Dhiya masih malu malu.

Berkenalan seketika dengan keluarga abang kepada Din Selamat. Pehak pengurusan restoran begitu cekap mengatur makanan malam ini. Sebaik kami duduk, sudah ada pelayan yang memulakan tugas mengambil pesanan.








Buku menu yang besar serta berwarna warni dengan foto hidangan yang pelbagai.

Kami terus memesan makanan. Terbahagi kepada 2 pilihan utama dari kami, Nasi Beriayani Kambing dan Steak Kambing/Arnab . Serta hidangan airnya, Air Kelapa Susu Kambing.

Hmm, Dhiya masih berkepit dengan ayah dan ibunya, tiada peluang diberi kepada anak anak untuk  'mencurinya'.

Saya menanya kepada pelayan, apakah kami perlu menunggu lama untuk menanti pesanan makanan. Jawapannya, tidak, kerana nasi sememangnya sudah tersedia, cuma perlu menanti masakan steak sahaja.

Adakah melebihi 30 minit?  Saya masih mahu menduga. Ini kali pertama saya kesini, dan saya mahu memastikan layanan terbaik.

Tidak melebihi 30 miniti sudah tiba pesanan steak pertama. 

Ya! Ini layanan terbaik.


.
Nasi Beriaya Kambing Power
berserta cendawan goreng.

Steak arnab pilahan Najwa Latiff, hahaha.

Dhiya , yang akhirnya menerima pelawaan anak anak untuk bermain dengan maya....













Din melayan buah hati kesayangannya nya.





















Sebenar acara ini tidak perlu, tetapi dek kerana anak anak sudah mahu pulang ke asrama masing masing keesokkan harinya, jadi acara menyambut hari ulang tahun ini dikedepankan supaya dapat diraikan bersama ibu mereka.


Doa selamat dari Uztaz Nafiz.
Satu foto kenangan bersama dari warga Taiping. Terima kasih kepada abang Nirman sekeluarga, Din Selamat Sekeluarga yang sudi bersama kami pada malam ini.


Acara berakhir sekitar pukul 11 malam. Itu pun kerana Din sekeluarga mahu berziarah ke rumah keluarga di Pulau Pinang pulak, pada malam ini jugak.


Terima kasih Din!!



Latiff Hariri
0838 31122011
Sungai Petani

Tuesday, 27 December 2011

Pemanduan pertama BTHO-Sg Layar?

Pagi Sabtu 24 haribulan, sekitar pukul 11 pagi, saya terima SMS dari Rahman, bertanyakan samaada saya ada di rumah sepanjang hujung minggu ini?


 Ya, sudah tentu. Itu jawapan ringkas saya.


Bila cuti panjang begini, anak anak akan pulang ke rumah, dan mereka pun tidak mahu kemana mana selain dari melayan bantal tilam mereka, serta masakan emak mereka. Jadi saya tunggu sajalah rencana dari Rahman ini.


Tiada tersedia apa apa yang istimewa pun, kerana anaknya Rahman, si Ariff ini bukan boleh makan sembarangan pun. Jadi , tunggu punya tunggu dari pagi ke petang, dari petang ke malam, akhirnya pemanduan pertama Ariff ke Sungai Petani tamat pada pukul 1010 malam di Teratai Indah Sungai Layar.


Cadangkan mereka makam diluar sahaja, dirumah ini hanya ada nasi ala ala arab berdagingkan kambing . Silaplah kalau Ariff nak makan menu begini.

Makan capati dan roti Nan ajelah di kedai mamak malam tu.


Selesai makan malam pun menghampiri pukul 1130 malam. Saya tidak mengekori, melayan TV bersama anak anak jiran tetangga ini di rumah, selain melayan MukaBuku.


Pagi Ahad, seperti biasanya saya ke pasar. Ternyata harga ikan melambung naik. Terbantut pembelian hari ini. Saya lebihkan kepada daging dan seumpamanya. Mungkin cuti panjang hujung minggu juga, tak ramai yang berniaga.


Terus memerap di rumah sepanjang pagi ini, sedangkan Roziah dan anak anak perempuan dan makcik mereka ke kebun melihat apa yang ada untuk di ole olekan ke Kuala Lumpur.


Bersama si Non, yang banyak membantu menguruskan kebun lalang ini, hahaha.

Nangka nan sebiji.

Pisang nan setandan.


Izzudin dan Ariff berdua, menuju kedestinasi utara, paling tepat ke Merbok mencari sisa sisa kenangan silam si Ariff. 

Kisahnya dari Izzuddin, Pakcik Guard yang mengawal pintu pagar MRSM tu, siap tanya Ariff. 

"Ini budak yang ahli muzik tu ke?"

Anak Bapak, kedua duanya ex-MRSM.

Kedua duanya sepupu, beza usia melebihi 5 tahun.

Berpisah.....

Kedua dua sepupu ini berpisah sekitar pukul 1. Ariff dan emaknya mengarah ke Alor Setar untuk hadiri majlis perkahwinan.

Sunyi semula rumah ini, tinggal kami berlima . Tak sunyinya....

Kami hadiri jemputan kenduri sambut cucu oleh abang Fauzi, jira dibelakang rumah kami , sekitar pukul 1 tengahari. Pergi beramai ramai bersama Mokhtar, Zul, Izzuddin dan Najib.

Memang sedap menu rumah abang Fauzi ini, nasi putih brlaukkan kurma kambing dan ayam goreng. Pencuci mulutnya bubur, agar agar dan pulut kuning.

Selesai di rumah abang Fauzi, kami ke rumah sebelahnya pulak. Abang Rahman pun buat kenduri kesyukuran sempena berpindahnya menantu beliau yang bertugas di Sabah ke Sungai Petani. Menunya tak kurang hebat, mihun sup berapi!!

Ahad ni memang rumah kami tak berasap

Latiff Hariri
2018 27122011
Sungai Petani






Monday, 26 December 2011

Kembara MRSM 1980

Diakhir penggal ketiga, semasa Tingkatan 4, saya sudah rancangkan sesuatu untuk menambahkan pengalaman hidup saya. Ini semua gara gara berkawan dengan Mohd Nazri Noor. Nazri ni ahli sukan yang tahan lasak, jadi, untuk membuktikan kepada beliau bahawa saya pun tahan lasak, saya rancangkan sesuatu sempena cuti sekolah waktu itu. Rasanya saya ada mengajak beliau bersama, tapi mungkin beliau lebih teruja untuk balik ke kampungnya di Chemor itu, akhirnya saya sendirian melakukannya.


Saya ke KL dengan menaiki keretapi. Waktu itu perkhidmatan bas tidaklah sehebat sekarang. Seperti biasa , menumpang di rumah Makcak di Ampang Jaya. Saya hanya berbekalkan RM10.00 sahaja dari emak waktu itu, serta titipan duit dari Makcak dan Makcik Miah. Kalau lah ingatan ini tepat, rasanya , saya bertolak pada hari Jumaat, dari rumah Makcik Miah di Gombak. Waktu itu Makcik Miah , Makcik Jamaliah dan Pakcik Mat menyewa rumah bujang.


Berjalan kaki mengarah ke jalan Gombak-Genting Sempah itu. Dengan muka selambanya, saya memulakan kembara hitch-hike ini seawal pukul 830 pagi. Saya hanya membawa beg sandang , adalah 2-3 helai pakaian, serta wang sakunya tak lebih RM30.00


Berdiri ditepi jalan sambil melambai tangan menunjuk ke arah kiri menuju Genting Sempah. Tidak lah susah mana, bila ada sebuah kereta Datsun 120Y milik orang Tionghua berhenti disisi. Katanya mahu ke Mentakab. Saya setuju aje, janji boleh mulakan perjalanan secepat mungkin. Sebenarnya Mentakab dimana pun saya tak tahu. Yang saya tahu ianya di Pahang.


Sampai di Mentakab saya mulakan sekali lagi memberi lambaian kepada setiap kereta yang lalu mengarah ke Kuantan. Tiada yang mahu berhenti. Saya dapati ramai pemandu Melayu tidak memberi tindakbalas kepada saya, tetapi pemandu Tionhua lebih perihatin dengan memberi tanda isyarat 'tidak boleh' kepada saya.

Akhirnya saya menumpang kenderaan milik warga India. Ok, peramah dan beliau hanya mahu ke Maran. Agak lama juga perjalanan ini. Saya rasa saya sudah terlepas waktu solat Jumaat waktu itu. Pemandu ini tinggalkan saya di pekan Maran.

Ini yang paling mencabar, melebihi sejam saya terpacak dan memberi lambaian kepada setiap kenderaan yang lalu, tiada satu pun yang mahu berhenti. Saya pun kelaparan, tapi masih boleh bertahan. Mungkin saya harus tukar strategi. Saya melangkah ke persimpangan keluar dari pusat bandar dan berdiri disisi simpang.

Setiap kereta yang wajib berhenti, akan saya bertanya, samaada boleh ditumpangkan saya ke arah Kuantan atau sekitarnya. Waktu ini fikiran saya mula runsing. Boleh ke saya sampai ke destinasi ini? Dimana saya nak tidur malam kiranya kembara ini gagal selesai dalam tempoh 24 jam? Mula terfikir betapa bodohnya saya waktu itu.

Nak patah balik dah tak boleh ni.

Haaa, tengok peta ni, betapa jauhnya saya ber'hitch-hike seawal usia 16 tahun ini.

Kalau anak saya mahu lakukan benda yang sama, taubat saya nak benarkan. Rela saya hantar atau benarkan mereka naik bas sahaja.

Bila dah lama termanggu manggu di pekan Maran ni, saya mula risau. Setiap kenderaan yang berhenti di simpang ini, saya tanya tanpa segan silu. Saya kira hampir sejam saya masih terpacak disini. Akhirnya , sebuah 'truck' tentera berhenti di simpang. Saya memberi tanda tangan kepada pemandu abang askar ini, dia membalas dengan insyarat tidak boleh. Saya tak mahu mengalah, terus saya panjat tangga pintu sisinya.

"Bang, boleh tumpang tak bang? Saya nak ke Kota Bharu".

"Tak boleh dek, ini kenderaan tentera,orang awam tak boleh naik" , balasnya berbahasa.

Saya memandang sekeliling tempat pemanduan beliau. Ternyata tiada siapa disisi, dan dibelakangnya jelas hanya dipenuhi barang barang rumah, menandakan lori ini hanya membawa barang barang rumah keluarga ATM yang berpindah.

"Alah, bang boleh lah, saya dah tak tahu nak tumpang siapa ni." Saya memujuk.

"Tak boleh dik, saya bawa barang bos saya ni, nanti kena jawab pulak", beliau masih berlembut. Sedangkan lori beliau sudah mula bergerak perlahan keluar dari simpang. Saya tahu beliau serba salah.

"Boleh la bang....." saya merayu.

Akhirnya saya berjaya. Dia benarkan saya naik. Mungkin beliau tidak mahu menghalang kenderaan dibelakang yang mahu bergerak.

Saya terus memasuki sambil mengucapkan terima kasih kepada beliau.

Katanya beliau menghantar barang barang bosnya, saorang kapten untuk berpindah ke Kelantan. Paling tepat beliau akan ke Kem Pengkalan Chepa.

Pucuk dicita , ulam mendatang. Saya memberitahu beliau arah tuju saya, dan beliau meminta saya berhati hati semasa pemanduan beliau. Ya lah, kenderaan tentera, beliau risau sekiranya apa apa berlaku, beliau yang dipertanggujawabkan.

Saya akui dan bersandar sebaik mungkin supaya tidak menyusahkan beliau.

Sepanjang malam ini perjalanan bertemankan hujan. Saya hanya memerhati kehadapan dan sesekali berbual dengan beliau.

Ya, sudah malam, sekitar pukul 12 malam kami masih dalam perjalanan. Jalan ditahun 1980 tidak sehebat jalaraya kini tau. Lagi pun 'truck' tentera ini tak lah selaju mana.

Disatu laluan yang lurus, saya masih belum mahu tidur, dan saya mula perasan , abang askar ini sudah hilang tumpuan panduannya. Sekejap kekiri, sekejap kekanan, saya cuba berdehem, dan beliau memberi tindak balas. Lepas beberapa minit, sekali lagi beliau hilang tumpuan. Terhoyong hayang kekiri kanan jalan.

Secara secepat kilat, tangan kanan saya menyambar stering beliau, dan beliau tersentak dari lena beliau. Nyaris truck ini meluru ke arah rumah di selekoh berhampiran.

"Astaghfiruulllah! Saya tertidur" . Berkali kali beliau mengucap . Dan tidak lupa mengucap terima kasih kepada saya.

Saya rasa lega, dan cadangkan beliau berhenti di gerai berhampiran untuk minum kopi dan menjamu selera. Waktu itu saya sudah berniat untuk belanja beliau makan, walaupun duit disaku 'ciput'.
Sambil minum kopi, beliau masih bercerita tentang tindakkan yang saya buat menyelamatkan 'truck' tersebut dari terbabas ke rumah dihadapan selekoh itu.

Saya kesihan juga melihat beliau. Bertugas 24 jam membawa lori sendirian dari pagi bermula dari Kuala Lumpur . Beliau ada juga merungut tentang memandu sendirian tanpa ada pengganti. Bermula dari kejadian ini , saya semakin rapat dengan beliau. Sepanjang jalan saya melayan beliau berbual, dan akhirnya beliau mencadangkan saya mengikuti beliau ke rumah mertua bos beliau di Pengkalan Chepa. Katanya , tidak mengapa, nanti beliau ceritakan hal sebenar kepada bos beliau.

Ya, kami tiba di rumah mertua Bos beliau melepasi pukul 2 dinihari. Dan sebaik diperkenalkan kepada bos beliau, saya dipelawa naik keatas rumah berkayu ini, untuk bermalam.

Sebaik bangun pagi, sekitar pukul 8 pagi, bersama dengan abang tentera ini, beliau menghantar saya ke MRSM Pengkalan Chepa ini. Rupanya kem tentera bersebelahan sahaja .



December 1980, kini December 2011 - dah 31 tahun dah kenangan ini.


Saya menanti diluar , pagi Sabtu. Waktu ini tiada peperiksaan SPM yang abang saya sedang hadapi.

Saya diseludup masuk ke MRSM melalui rakan rakan abang saya yang begitu 'sporting'. Saya bermalam 2-3 malam jugak didalam MRSM ini. Sebagai adik yang agak rapat dengan Rahman, ya lah, beza usianya hanya setahun, saya terpanggil bila abang saya memujuk saya datang menjengok beliau di Kelantan. Sepanjang ingatan saya, hanya Bapak saorang yang sempat menziarahi beliau sepanjang 5 tahun beliau belajar disana. Kata abang saya, ini tahun terakhir beliau di MRSM, beliau mahu sesaorang datang menjengok beliau sebelum tamatnya Tingkatan 5 beliau.

Nak kata apa, anak Bapak ramai, setakat 1980 ini, kami sudah bersepuloh adik beradik. Sedangkan pendapatan Bapak hanya cukup cukup makan sahaja. Jadi, tiada yang mewah, mahu kemana mana pun, pandai pandai sendiri, walaupun kawan kawan saya menganggap saya tergolong dari keluarga yang berada.

Seronoknya dapat bebas sendirian begini, dan dihari Isninnya, saya bergerak ke Kuala Kerai, mencari keluarga kakak tiri Makcik Miah. Dengan berbekalkan alamat yang diberi Rahman, saya tiba ke destinasi. Duit poket pun Rahman beri lagi. Dari Kuala Kerai, abang tiri saya( anak kepada kakak tiri Makcik Miah) membawa saya menaiki bas ke Kota Bharu, paling tepat berhampiran Hospital, dimana saya menginap selama seminggu dirumah adiknya kepada abang tiri ini.

Disini saya mengekori pakcik ini, saorang pegawai tentera dan isterinya saorang jururawat. Saya pernah bertemu semula dengan pasangan in sekitar tahun 2009 lalu di Shah Alam.

Pulangnya ke Kuala Kangsar dengan menyeludup masuk kedalam bas MRSM yang menghantar setiap pelajarnya dari Kelantan-Pahang-Kuala Lumpur-Perak-Pulau Pinang.

Ingatan saya, kerusi bas untuk abang saya , abang saya serahkan kepada saya, dan beliau berhimpit himpit bersama rakan rakannya dibelakang. Makanan pun pada awalnya saya makan bersama mereka di dewan makan, tapi pada hari kedua, abang saya membawa masuk 'tray' makanan ke dorm mereka. Saya menumpang di bilik Rahman, sedangkan beliau dan rakan rakannya entah tidur dimana setiap malam itu. Yang saya nampak, mereka banyak merapu ketika SPM itu, tapi, pelik jugak , kelulusan cemerlang gila gila pulak tu.

Dan kisah ini saya kongsi bersama anak anak tentang 'kehebatan' Bapak mereka meronda sendirian ketika usia 16 tahun itu.

Tanya emak, apa komen Bapak, anak dia perangai macam tu. "Bapak kau diam aje"
Tapi, saya tahu, bapak diam dalam protes tu...., hehehe .

Jiwa saya memberontak masa itu.Saya suka lakukan sesuatu yang berlawanan dengan keinginan Bapak . Mungkin mahukan perhatian, atau mahukan kebebasan yang lebih sedikit. Sememangnya Bapak dan Emak begitu. Mereka kawal anak anak mereka, kalau tidak, entah apa yang jadi pada saya kini.


Latiff Hariri
2058 12122011
Sungai Petani

Monday, 19 December 2011

Sesekali di Kota Bharu(B)

Malam tadi saya dah warwarkan, supaya pagi Ahad ini tiada acara bangun awalnya. Sarapan dan makan tengahari akan disatukan, untuk menjimatkan masa . Tapi , bangunnya kami tetap biasa, cuma berlengkar diatas tilam masing masing dipanjangkan acaranya.

Hujan teramat lebat subuh tadi, dan bersambung hingga ke pukul 10 pagi. Ok aje, sebab ramalan cuaca pun dah kata begitu. Dan tak jadihal, sebab kami pun dah nak balik. jangan banjir dalam perjalanan pulang sudahlah.

Kami keluar dari hotel pukul 1030 pagi, dalam renyai pagi. Bergerak untuk sarapan dan makan tenghari . Bahasa Inggerisnya, Brunch - Breakfast and Lunch .


Ya, di Restauran Wau sekali lagi.

Kami disini melepasi pukul 11 pagi. Sebabnya , saya masih belum puas mencuba masakan ala-carte nya. Kelmarin hanya sarapan. Kata pelayannya , ala-carte hanya bermula melepasi pukul 1030 pagi.

Dan saya pun memesan dua pinggan sekali gus. Kue-teow kerang dan mihun hailam. Kan saya kata tadi, brunch.

Ok, puas hati. Dapat mencuba sebahagian lagi masakan dari dapur restoran ini.

Keluar dari restoran menghampiri pukul 12 tengahari. Masih hujan gerimis di luar. Perlahan saya memandu mengarah ke Pasir Mas. Mengikut ingatan dari pemerhatian di Google, saya harus memasuki bandar ini untuk ke Mundok.

Ya, ya. Kereta ini tiada GPS. GPS saya hanya dikepala, dan dengan mengikut papan tanda arah jalan sahaja.

Pekan Pasir Mas - Meranti -perkampungan sekitarnya - sebelum menghampiri Mundok. Itupun, berhenti tanya GPS orang awam di sepanjang perjalanan ini.

Saya tiada halangan untuk berhenti seketika di mana mana pun. Lagi pun esoknya, saya masih bercuti, begitu juga dengan anak anak.

Kami tiba di tepian jalan ini, bersebelahan dengan Sungai Golok. Ternampak papan tanda ini.

Mundok . Dalam Google tulis Muno.

Saya tengok ada tanda arah ini, dan ada banyak kereta bersidai disamping Sungai Golok. Buatnya banjir, pasti hanyut semua kereta kereta ni. Tapi, saya selamba juga, parkir bersama sama kereta kereta yang lain.

Sudah ada bot yang berulang alik bersama penumpang. Saya rasa jaraknya ke seberang sana tidak melebihi 80meter sahaja.

Ada 4 tentera yang berkawal. Pada awalnya , mahu saya menyapa mereka bertanyakan samaada kami boleh menyeberang. Tetapi , bila ada tetamu lain yang selamba sahaja berjalan kearah bot, dan terus menaikinya, kami sekeluarga pun selamba samalah.


Kan saya kata, kalaulah hanyut kereta ni.

Orang ramai yang baru pulang dari berbelanja di seberang.

Dan akhirnya kami ketawa bangga, sebab berjaya menyeberangi Sungai Golok tanpa pintu yang sah, hahaha.

Ok, kereta kami selamat di Malaysia tu. Banjir belum bermula.

Tapi air Sungai Golok ini agak deras. Mungkin di hulunya sudah bermula hujan lebat.

Dalam hujan yang agak lebat ini kami menaiki tangga jeti dan terus ke gerai bersebelahan. Semua gembira walaupun hujan.


Rata-rata orang Islam berniaga, serta ada juga milik warga Thailand keturunan Tionghua dan Siam.


Hujan agak lebat. Kami bersidai di sekitar gerai berhampiran jeti. Tak dapat bergerak kemana mana. Payung dibeli untuk memudahkan gerakan.


Hujan masih mencurah. Ini sebahagian pekan Mundok

Kami dari satu gerai, ke satu kedai. Lebih kepada melihat lihat apa yang menariknya. Berminat dengan periuk yang boleh dikatakan berpatutan harganya. Asalnya mahu membeli yang 6 beradik, tetapi memandangkan beza harganya yang lebih kurang aje ni, kami beli yang 12 unit .

Siapa nak junjung atas kepala periuk ni?! Sah kerja saya!

Lagi pun bukan duit dari poket saya. Usung ajelah. Saya hanya membeli 2 kg buah Mata Kuching. Kelmarin harganya di Rantau Panjang RM9/kg, disini saya dapat RM6/kg.


Kami disini tak sampai sejam, sebab cuaca tak mengizinkan untuk merayau rayau.



Dah penuh tangan dengan barang barang belian, seolah olah tiada jualannya di Malaysia. Kami pulang semula ke tanah air, hehehe.

Tiada masaalah untuk pulang. Bayar aje tambang RM1 saorang  kepada bot penambang. Tiada paspot yang perlu di copkan.


Perlahan kami bergerak memasuki Pekan Rantau Panjang dan terus mengarah ke simpang mengarah ke Jeli-Gerik. Saya tiadak terburu buru untuk pulang. Semuanya sudah selesai untuk percutian 2011 ini.





Berhenti di R&R sebelum menghampiri Tasik Banding. Kami disini sekitar pukul 3 petang. Suasana nyaman dan berkabus
.
Perjalanan kami teruskan, tiada hentinya lagi, terus meluncur laju menujuj Gerik . Sekitar pukul 4 petang kami sudah melepasi persimpangan Gerik dan terus mengarah ke Baling
.

Lebuhraya Gerik-Baling sekitar 430 petang.

Memang lebuhraya ini memendekkan perjalanan dari Baling ke Gerik melebehi 30 minit. Memasuki persekitaran bandar Sungai petani sekitar pukul 6 petang. kami disambut oleh keretapi barang yang menghalang perjalanan pulang kami.

Sekitar 615 petang sudah berada dimahligai usang ini semula. Lega. Tak letih pun. Lagi pun esok masih cuti , jadi malam ini boleh lepak lepak menghayati foto foto percutian akhir tahun ini.


Latiff Hariri
2018 17122011
Sungai Petani

Saturday, 17 December 2011

Sesekali di Kota Bharu(A)

Mula mula kami dibahagian sisi Pasar Khatijah ini, yang menariknya , diawal pagi sudah tersedia berbagai kuih muih yang manis manis untuk sarapannya. Tiadalah saya minat sangat dengan kuih kuin manis ni,yang pasti kuih akok paling best.

Kuih muih kering pun banyak.

Laksam dan yang seangkatan dengannya.

Lantai bawah Pasar Siti Khatijah

Pemandangan dari lantai dua.

Pulang kekamar yang jaraknya tak sampai 800m.

Semuanya rehat, ada yang terlelap. Biar ajelah. lagi pun sarapan di Restoran Wau dan bekalan kuih muih yang dibeli, masih banyak. Sehingga melepasi Zuhur, baru saya cadangkan untuk keluar makan. Itu pun bergerak melepasi pukul 220 petang.

Ada lagi ke makanan kat Restoran Cikgu Azmi ni?


Dekat aje, nak jalan kaki pun boleh, tapi kami berkereta, sebab nak berjalan ketempat lain.

Hm, lauknya simple aje, ayam goreng, ikan keli goreng, ikan patin gulai, ikan keli gulai, dan ulam ulamannya sepikul dan yang tak boleh dipisahkan air sambal asammnya, sambal belacannya, sambal budunya. Memang menyelerakanlah!

Dan harganya baru RM35.00 untuk 5 orang makan! Murah!!

Dihadapannya terletak Muzium Batu. Masih awal, baru pukul 3 lebih sikit. jadi kami ziarahlah Muzium salasilah Kesultanan Kelantan ini.

Memang saya kagum dengan Sultan yang terkini ini. Ayah dan datuknya biasa sahaja.

Tak boleh berfoto didalamnya.

Nak kemana lagi. Hm...., saya terus ke pusat bandar semula. Mencari restoran Yati Ayam Percek itu. Akhirnya jumpa, berdekatan Bomba KB.

Ini gara gara TV3 ni. Saya memang kalah dengan acara makan makan ni, mesti nak mencuba dan berikan markah kepada setiap restoran yang saya cuba. Ayam percek dan selera Kelantan Terengganu ni, bukan citarasa saya. Saya minat kepada sebelah barat Malaysia. Tetapi, mencuba , apa salahnya. Cuma 'grading' tu ikut lidah sayalah. Bagi orang Kelantan/Terengganu sedap, bagi saya, belum tentu.

Terus memandu menghala ke Pengkalan Chepa. Tak sampai 8 km pun dari Kota Bharu. Disini terletaknya Lapangan Terbang KB tu.

Pertama kali ke Pengkalan Chepa ditahun 1980.

Firefly baru mendarat dihujung sana.

Tak berhenti pun di lapangan terbang ini, sekadar merayau sampai ke hujungnya, bila saya ternampak papan tanda menandakan arahnya ke Pantai Sabak. Haaa, baru teringat akan pantai ini. Mengarah ke kiri untuk memasuki kawasan pantai.

Pantai lagi tinggi dari kawasan pantai.

Batu batan yang menjadi benteng pantai yang semakin terhakis.

Baru saya teringat pantai ini pernah menjadi isu besar dek kerana banyak rumah dan tanah orang kampung yang runtuh dan terhakis.

Sekitar 10 minit disini, berpatah semula memasuki pekan Pengkalan Chepa ini, mencari sebuah kenangan yang pernah saya cipta 31 tahun yang lalu.

Bertanya kepada orang awam sekitar, akhirnya saya temui apa yang saya cari.

Maktab Rendah Sains MARA, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan.

Saya ada cerita tersendiri tentang pengalaman di MRSM ini.

Selesai berfoto , terus pulang ke kamar, gerimis sepanjang petang in.


Hotelnya kecil. Rumah kedai. Tapi pemiliknya orang kita, bersih dan harga berpatutan. Yang utama bersebelahan KB Trade Centre, berhadapan A&W dan McD, dan ada restoran bersebelahan. Semuanya boleh dihubungi dengan berjalan kaki sahaja.

Kami keluar semula untuk makan malam. Saya sebenarnya masih belum berpuas hati dengan makanan yang ada di Restoran Wau. hati masih mahu kesana, sebaik tiba, ternyata, tetamunya penuh!! Ada yang beratur menanti di luar.

Secara sepontan, terus berubah fikiran. Apa kata kita ke Yati Ayam Percek sahaja?
Walaupun, bukan selera saya ni, saya teruskan sahaja.

Untung masih terbuka restoran ini.

Sekadar memesan nasi putih dan ayam percek serta gulai daging. Makan ala kadar sahaja.

Kuih muih yang tersedia untuk dibawa pulang.

Makan sekadar melapik perut, dan kami bergerak pulang. Sudah melepasi pukul 10 malam.

Parkir kereta di hadapan hotel, dan saya bersama anak anak saya ni merayau rayau disekitar pasar malam ditengah kota KB ini. Saja nak menghabiskan masa dengan mencuci mata dan belajar mengguna kamera ini untuk rakaman malam. Sahingga pukul 1045 malam kami di luar sebelum saya akhiri santai malam ini.

Esok dah nak balik.

McD berhampiran Hotel Azam.



Persimpangan Stesen Bas KB dan KB Trade Centre.

Hmmm, dah nak lengkap 3 hari 2 malam di Kelantan ini. Sememangnya , kami jarang jarang ke Kelantan ni. Kalau ke Trengganu, kami hanya ke Kemaman. Ke kelantan hanya di Kota Bharu. Adakalanya setahun sekali, adakalanya 2 tahun sekali. Tapi, memang menarik bila berada dikedua dua negeri ini.


Latiff Hariri
2138 15122011
Sungai Petani