Bee Gees

Tuesday 7 September 2010

Rambut Raya

Subuh Ahad ni, macam biasa, selesai subuh, kemas sekitar rumah. Bermula dengan menyembur racun rumpai disekeliling rumah dan sekitar Taman Tertai Indah ni, saya terus ke Pasar Tani bandar Sungai Petani. Masih terlalu awal untuk membeli , jadi hanya membaca surat khabar mingguan didalam kereta sambil melihat peniaga mula mengatur jualan kedalam khemah.

Bermula dengan ikan. Saya suka ke pasar tani, kerana ikan-ikannya segar. Kebanyakan ikan di bawa peraih sejauh dari Kuala Kedah dan Kuala Muda. Harganya agak berpaptutan jika mahu dibandingkan dengan pasar Taman Seri Kota, di Taiping. Pasar bandar Taiping , harganya ok, tetapi, kesegarannya agak tidak menentu.














Ikan menjadi pilihan di hari Raya kedua atau ketiga, kerana dah menjadi kebiasaan, rendangnya berdaging atau berayam, disetiap rumah yang kita kunjungi.

Saya gemar awal kesini, kerana dapat memilih yang terbaik,walaupun kena tunggu, kerna , ada peniaga yang belum tiba. Tidak menjadi masaalah bagi saya, ada gerai untuk saya berbual dan mengisi perut pada hari minggu selain Ramadhan.
















Menara Telekom ini, menjadi 'guide' sawaktu gempa Tsunami, ketika saya berbelanja tahun 2004 itu. Saya sangka hari itu saya hendak pitam, kerana keadaan beralun, bila perjhati ke menara, ternyata menara pun beralun seperti saya.

Gerai seterusnya menjadi tapak wajib lawatan saya - Gerai Daging dan Ayam.














Kali ini saya tambahkan sekilo setengah dari kebiasaan sambutan Syawal tahun tahun yang lalu. Daging 'batang pinang' 3 kilo, sementara 'rimau menangis' 2.5 kilo. Senang beli awal, tak payah berebut pada pagi Rabu, 29 Ramadhan nanti.

Ayam tetap kena beli, seperti biasa 4 ekor dipotong 16 potongan kecil setiap ekor.


***

Khutbah Jumaat 3 Ogos di Masjid kontroversi Kubang Buaya ternyata lesu. Khatib didatang khas rasanya dari Pejabat Agama Pulau Pinang. Orang muda, bersih airmukanya.

Isinya biasa, yalah, ikut teks. Dan hanya segelintir yang mengaminkan doa beliau, kira oklah dari masjid di Taiping tu. Juga disebut nama Baginda Yang DiPertuan Agong serta Gabenor Pulau Pinang ( doa untuk bekas ahli DK&S ni, kira ok kut?)

Isu perkauman Pengetua di Johor itu ternyata berjaya jugak mendapat simpati rakan rakan guru beliau di Utara ni. Rata rata menyatakan sokongan terhadap Pengetua terbabit, dengan menekankan anak anak bukan Melayu yang dot dot dot.

Tapi harus diingatkan, bahawa sistem pendidikan Negara ini dibawa oleh siapa?

Kesilapan sejak Medeka, membenarkan perlbagai aliran persekolahan untuk kesemua kaum. Walaupun niatnya baik, tapi, lihat hasilnya selepas 53 tahun, masih tebal perasaan perkauman bangsa.

Peperiksaaan PMR bakal dimansuhkan pada awal tahun 2012. Walaupun TPM hanya akan umumkan selepas Idil Fitri samaada PMR akan dikuburkan atau tidak. Keputusan sebenar telah menjadi buah mulut para guru guru setempat.

Itulah jadinya, bila politikus yang memperbaiki sistem pendidikan kita. Mereka tidak faham permasaalahan pendidikan, lebih memacamerbakan sahaja.

Waktu kita, yang gagal SRP, tidak dibenarkan naik Tingkatan, dan harus mengulang kelas. Tetapi, sekarang yang gagal pun layak belajar walaupun akan menyesakkan kelas serta membebankan guru guru dengan masaalah golongan lembab serta disiplin dari mereka ini.

Dan isu kenyataan perkauman ini disemarakkan lagi. Terkini, dari kakitangan PRDM pulak.

Kenapa ? Ya, dua jabatan terbesar ini memang menjadi intipan mereka, untuk menyemarakkan isu ini, supaya 'kita' terus menyokong mereka yang ternyata gagal mentadbirurus Negara dengan ikhlas dan Istiqomah .


###

Petang itu, kami akhiri dengan merayau sekitar bandar SP, dan mengemaskini rambut yang dah celaru ni.

Masa kenak kanak dan remaja di Taiping, Bazar Taiping menjadi tempat saya dan abang, serta adik adik, beratur di kedai gunting rambut. Selalunya , kami anak anak lelaki berlima atau berenam didalam kereta Morris Minor arwah Bapak ke bandar untuk meRayakan rambut kami.

Yang pasti , tiada fesyen, GI Joe atau macam rekrut yang dalam latihan, menjadi rambut raya kami setiap tahun. Ya lah, kami ramai, cara ini dapat menjimatkan poket arwah Bapak.














Syawal mendatang, seperti biasa , di Sungai Petani. Petangnya akan balik ke Taiping.
Syawal kedua ke Padang Rengas, Kuala Kangsar , Lenggong , dan jika sempat ke Ipoh.
Syawal ketiga, di Taiping , dan petangnya balik Sungai Petani.

Rumah saya terbuka pada Syawal Keempat dan kelima(Isnin Selasa) Saya mula bekerja pada Syawal keenam, dan akan mengadakan majlis rumah terbuka pada Khamis bersamaan 16 September bermula jam 12 hingga 12 malam.

Tidak semestinya harus datang pada tarikh tersebut, diSyawal yang lain pun boleh. Cuma istimewanya, rumah terbuka ni, menunya nasi arab berlaukkan kari daging , ikan masin dan sambal belacan. Kalau ada rezeki, ketam kulitl lembut menjadi juadah sampingan.

Selamat BerZakat Fitrah, berRamadhan dan Bersyawal dari saya sekeluarga.


Latiff Hariri
1917 050910
Sungai Petani

No comments: