Sekitar pukul 12 WIB kami keluar dari pinggir kota Padang ni menghala ke Bukit Tinggi. Kira kira 30 minit perjalanan kami singgah sebentar ke Pesantren Bung Hamka, Ulamak terbesar yang pernah dilahirkan oleh Bumi Minang ini.
Tahu kah anda. Bonda Shamsiah Fakeh pejuang kemerdekaan kita dan Tan Sri Aishah Ghani , merupakan anak kelahiran bumi Minang?
Aishah Ghani memilih jalan mudah dengan menyertai dot dot dot, tapi tidak kepada Shamsiah Fakeh.
Disini juga asal usulnnya keluarga Janaton, antaranya saya..hahahaha. Yang lain lain, datuk datuk kepada saya, Presiden Singapura Yang pertama Yusuf Ishak. Menteri Pertanian yang pertama Aziz Ishak, yang juga di ISAkan oleh Tunku Abdul Rahman bila namanya mula menggugat Tunku sepertimana DrM menjahanamkan Dato' Sri Anwar tu.
Ramai nama nama Janaton yang melakari Malaysia, tapi biar sahaja 'kami' yang tahu.
Tok Johan yang kampungnya di Pulau Cherry , Lenggong tu pun asalnya dari bumi Minang. Ada yang kenal?
HAMKA, satu nama yang tiada tandingnya di Nusantara.
Singgalang singkatan untuk Singgah Helang
Perjalanan kami teruskan. Sekitar 40 minit kami sudah 1/3 berada dibanjaran Bukit Barisan. Bukan Barisan yang itu ek....
Tiket untuk memasukinya Rp3000 atau RM1.05
Pemandangan menarik berlatar belakangkan laluan keretapi. Disini laluan yang sering digunakan Datuk Meringgih bila mahu mengayat ayah kepada Siti Nurbaya.
Apa bezanya lagenda Siti Nurbaya dan Siti Norhaliza dari Pahang tu? Yang tahu, sms saya, ada hadiah menanti.
Kami meneruskan perjalanan mendaki gunung ini selepas berhenti di Lembah Anai.
Solat Zuhur di Kota Padang Panjang , serta membeli ole ole .
Kami tiba di Kota Bukit Tinggi sekitar pukul 3 petang. Cek in di Hotel Ambun Suri, rehat sebentar sebelum memulakan acara pertama di Bukit Tinggi ni.
Latiff Hariri
220 ptg Maulidurrasul
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment