Bee Gees

Thursday, 2 February 2012

Bersanding Seawal 1971



Bersama Khairul Abdul Latif disisi cikgu favourite saya, Cikgu Ainun . Ramadhan 2009.


Kalau ada yang menanya , tak kan kisah darjah 1 ni pun masih dalam ingatan saya, jawapan saya , ya.


Saya ingat sebahagian kisahnya. Dialognya mungkin berbeza dari yang asal , tapi ceritanya sama. 


Saya dimasukkan ke darjah 1A dibawah seliaan Cikgu Ainun. Ingat Cikgu Ainun? Salah saorang guru tercantik dan beliau masih 'single' waktu itu.


Entah betul atau tidak. Saya antara yang menjadi 'favourite' Cikgu Ainun. Tak tahu kenapa. Belajar main main aje. Nakal sudah pasti. Mungkin cikgu Ainun kenal bapak saya ketika itu, atau sudah tahu, 'budak' ni ada saorang abang dan kakak yang pernah diajar beliau ditahun tahun yang lalu. Jadi , bila saya dilantik menjadi 'monitor', saya jadi 'raja'lah dalam kelas. Habis bebudak perempuan kena buli dengan saya.(Lelaki saya tak buli, saya gunakan diplomasi, hahaha)


Faridah, kau boleh ceritakan sedikit tentang saya yang kerdil waktu itu kan?


Tak pun Zul Rahim atau Ramli/Asri?


Pada awalnya, saya duduk besebelahan dengan sesaorang. Saya dah tak ingat, mungkin rakan lelaki. Atau , boleh saya katakan , saya rapat dengan Noreha sebab ada ikatan kekeluargaan dengan beliau. Selain itu saya juga rapat dengan Zulkifli Rahim kerana Pakcik Rahim itu kenalan baik bapak saya semasa kami menginap di tapak rumah yang berhadapan dengan JKR Lenggong itu. 


Darjah 2 saya bersebelahan dengan Maznah, dan dibelakang saya Norhaniza yang bertemankan Shaiful, kalau tak silap. Waktu ini saya rapat juga dengan Azam. Selain itu, tak lupa yang agak rapat, Ramli . Saya ingat ramai rakan rakan lelaki yang rapat dengan saya, tapi, nama mereka sudah terpadam dari ingatan. Rakan perempuan jangan ceritalah. Boleh ingat semua!!


Jadi, bila Cikgu Ainun mengatur semula aturan duduk kami di kelas darjah 1 itu, Roziah yang berpasangan dengan Zulkifli Rahim itu telah ditukar duduknya bersebelahan dengan saya. Mungkin waktu itu Zul Rahim dan Roziah asyik bersembang, jadi diberinya kerusi sebelah saya. Jadi, bermulalah episod saya membuli sesiapa sahaja yang tak sealiran saya. Hahaha. Waktu itu, Cikgu Ainun tak pernah nak marah dengan kenakalan saya, sekadar, memanggil saya dengan sebutan yang panjang, 'Latiffffff.....", maka saya pun akan mem'baik'kan diri saya. Itu yang menjadi iri-hati kepada Roziah waktu itu, kerana Roziah menjadi mangsa sakatan terlampau saya ketika itu.


Antara kenakalan yang saya lakukan terhadap Roziah ialah dengan mengikat rambut tocang duanya ke kerusi kayu tempat duduk beliau. 


Penghujung tahun 1971 sebelum bermulanya cuti hujung tahun , sesi berfoto setiap kelas pun diadakan. Dan Cikgu Ainun tetap menyusun duduk kami bersebelahan  untuk dirakamkan.


"Ni, duk bersanding ni, nak kawin bila besar nanti...." , saya meletakkan tapak tangan saya diatas lutut sepertimana orang bersanding. Roziah 'menyampah' habis masa itu. Faridah siap beri amaran 'muka' setiap kali bertembung dengan saya. Kau ingatkan Faridah!?





Tengok , siapa yang bersanding seawal 1971 tu!!

Dan yang ini bersanding sungguh sungguh pada 1 Syawal 1406 Hijri bersamaan 08/06/86, 15 tahun kemudian......





Latiff Hariri
1358 28012012
 Sungai Petani

No comments: