Tak perlu saya beri alasan mengapa, rasanya semua orang tahu kenapa.
Jumlah jualan keseluruhan adalah RM773.20 . Pencapaian adalah 96.65%
Sesekali, mereka pun turut serta mengutip hasil
Mingggu Pertama RM22.50 RM119.70 RM306.10
Minggu Kedua 116.40 168.90 99.10
Minggu Ketiga 87.30 235.50 193.50
Minggu Keempat 137.90 185.60 174.50
Minggu Kelima 212.20
Perbandingan % bulan ke bulan 247.35% 83.87%
Jumlah Mayang 21 51 33
Jumlah berat Berangan 168.40kg 462.39kg 368kg
Purata /Mayang 8.02kg 8.11kg 11.15kg
Serai 12.50kg 41.00kg 2.8kg
Pendapatan Harian RM13.29/28 RM29.74/31 RM25.77/30
Saya asingkan hasil hasil ini sebagai pengiktirafan bahawa pencapaian jualan sudah mula menjadi pesaing kepada pisang Berangan, walaupun jumlahnya kecil
Anda lihat, purata mayang Berangan mula meningkat bila saya tidak tergesa gesa menuai , kerana buahnya masih belum matang. Ditambah pula, saya mula membaja kepada pokok pokok yang perlahan mengeluarkan jantung, ternyata ia membantu.
Pisang Nangka Pisang Awak
7 mayang 6 mayang
106.80kg 59.20kg
15.26kg/mayang 9.9kg/mayang
Ubi kayu 48kg
Saya tidak mengeluarkan sebarang perbelanjaan untuk bulan April . Hanya sekadar belanja duit minyak ke kebun setiap hari.
Sebelum ini, jangkaan saya terhadap pisang Nangka ini adalah meremehkan. Ternyata ilmu tiada pada diri ini tentang nilai tanaman pisang Namgka ini, Tetapi dari tunjuk ajar dan nasihat yang saya terima dari jiran/rakan taulan ternyata, kebelakangan ini , semayang pisang Nangka boleh mencecah 20 kg.
Walaupun harganya tidak boleh bersaing dengan pisang Berangan, nilai beratnya memberi pulangan yang lebih jika dibandingkan dengan semayang Berangan. Hasilnya mengambil masa yang agak lama, sekitar 2-3 bulan beza , tetapi penjagaannya amat mudah, dan tidak mudah dijangkiti virus.
Pisang Awak menjadi pilihan ketiga saya. kerana ia membiak bebas tanpa perlu dimanja manja seperti pisang Emas dan Berangan.
Ubi kayu adalah hasil sampingan. Saya tidak meletakkan harapan sepertimana Serai juga. Sekiranya ada pembeli, saya jual, jika tiada, saya sedekah aje.
Pendapatan bulanan saya masih belum boleh mencapai RM1000.00 sebulan. Saya harus memastikan tahap kematangan pisang semaksima mungkin, bagi memastikan keuntungan jualannya ditahap 'mengasyikkan'..
Apapun, saya cuba perbaiki, dengan menambah baja serta menyemai semula anak anak pisang yang bercambah ini, untuk memastikan sasaran saya tercapai di tahun 2014 nanti.
Sasaran Mei 2013 adalah RM600.00 .
Latiff Hariri
1108 11052013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment