Bee Gees

Showing posts with label Tok Adam. Show all posts
Showing posts with label Tok Adam. Show all posts

Saturday, 9 August 2014

Tetamu Terjauh DiRaya Kedua

Sebenarnya raya kedua ni kami tiada perancangan seperti Raya Raya yang lalu. Saya pun tidak betul betul membeli untuk hidangan berat seperti selalu..

Kali ini saya hanya beli 4 kilo daging 'batang pinang' dan sekilo 'rimau menangis.
Saya jangkan, sekilo untuk rendang, baki 3 kilo untuk digulai-karikan. Rimau Menangis tu simpanan untuk makanan anak beranak sahaja. Selalunya saya beli lebih dari 5 kilogram daging.

Masak pun santai, tidak tergesa gesa.

Sekitar pukul 1230 masuk pesanan dari Ustaz Ramlan bahawa mereka sudah dalam perjalanan ke rumah saya.

Dan bertepatan dengan Waktu Zuhur , mereka tiba dua kereta.


Khariah Sg layar Zuhur 2 Syawal ni berImamkan Ustaz Ramlan Porigi.

Ustaz jua merupakan bekas pelajar Tahfiz Al-Amin. Ramai anak Khariah yang tidak perasan akan kehadiran Ustaz Ramlan. Dan buat pertamakali juga, saya mempunyai 'kuasa  mengarah' siapa yang patut mengImamkan Solat Zuhur 2 Syawal ini, tanpa ada bantahan dari pembantu Imam yang bertugas!!

Terasa 'besar' jugak saya petang itu, hahaha. 

Sebenarnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Pegawai MAsjid Al Amin, jadi tiada masaalahnya sesekali orang luar mengImamkan solat.

Ole Ole  dari keluarga Ustaz Ramlan, Air Zam Zam, Madu Yaman dan Burasa.

Selesai Solat sempat Ustaz bertemu dengan beberapa kenalan beliau di Masjid

Dua keluarga juga, adik Ustaz dari Johor serta emak.

Suka makan dalam berebut rebut dengan bebudak ni.

Ustaz barada di rumah kami sekitar 1 jam, menghampiri pukul 245 petang beliau bergerak ke TamanSeri Tanjung , rumah kenalan lama beliau.

Tips nasihat dari Ustaz....tentang Madu Yaman.

Kenal masa sama sama Umrah 2008.

Ok , terima kasih Ustaz . Dah dua tahun berturut kami beraya dengan UStaz sekeluarga ni.

310 minit petang.

Tak sempat nak berlengkar pun, masuk panggilan dari kakak sepupu saya ni, Kak Nor'ain.

Datang....jangan tak datang.


Abang Nai sepupu saya, Abang Omar suami Kak Nor'ain dan menantu.

Kanan, Sepupu saya Mustapha.

Anak anak dan isteri isteri serta Kakak pupu saya Kak Rohaya

Ini dari salasilah Nenek Sariah, dari kelaurga kakak emak saya. Mereka lakukan tiap tiap tahun berkonvoi beramai ramai ke setiap Negeri menziarahi sanak saudara. bahagian ini keluarga Hariri memamg ketinggalanlah!

Terima Kasih semua. Kak Nor'ain dari Pandamaran, Kelang. Kak Rohaya dari Parit Buntar. Abang Nai dair Seri Manjung. Balu kepada sepupu kembar saya, baharom dan Baharin dari Taiping, dan Mustapha dari Sungai Pasir, Sp . Saya kira lebih daro 20 sanak saudara dari 5 buah kereta.

Duit raya dari Pakcik Boy korang.

Tahun 2014 ni memang antara tahun terbaik kami sekeluarga kerana ramai tetamu yang hadir dari jauh.

Terima Kasih semua sepupu sepapat saya yang rajin bertandang walaupun dari jauh.

Latiff Hariri
2158 09082014/13 Syawal 1435
Sungai Petani

Wednesday, 28 May 2014

Ziarah Makcik Minah

Kira kira 15 tahun yang lalu, sebaik misi saya dan abang saya berjaya, mencari Kampung Haraban, Desa Sipisang, Palupuh, Bukit Tinggi itu, saya ada menceritakan bagaimana sebaik saya pulang ke Malaysia , terus  'melapurkan' kepada makcik dan emak saya tentang kejayaan saya dan abang saya membuka jalan ke Indonesia.

Bila foto foto ditunjukkan sebagai bukti, maka terujalah hati makcik makcik saya untuk melihat sendiri tanah kelahiran emak emak mereka, serta juga tanah kelahiran mereka.

Antara yang mengekori misi kedua saya bersama orang orang tua ini adalah Makcik Minah, yang merupakan kakak ipar kepada arwak Makcik Midah. (kakak suami makcik Midah). Memang saya ingat ingat lupa akan beliau ni, ya lah, kenal gitu gitu aje. Yang psati saya ingat rumah beliau dahulu di belakang Zoo Negara.

Jadi misi saya diteruskan ke Kelang kerana melalui khabaran bang Kassim, Makcik Minah sudah berpindah ke Kampung Batu Belah, Kelang.

Tak susah mencarinya  dengan bantuan google dan talipon yang memainkan peranan untuk berhubung bertanyakan lokasi.

Akhirnya rezeki makan tengahari saya di rumah Mak Minah ajelah, Syukur. Saya suka dapat merasa air tangan orang orang yang teramat tua ini!



Goreng pucuk ubi dan ikan keli salai! Fuh!

Saya terasa, walaupun saya kuranglah rapat dengan Makcik Minah ni, tapi sebagai anak yang mengenang setiap detik indah bersama makcik makcik ini, walaupun seketika. Saya kira lebih seminggu kami berlima ke Bukit Tinggi dan sekitarnya. Yang menariknya, dahulu tiada kepalterbang terus ke Padang. Kami harus ke Medan, dan dari Medan sewa kereta ke Bukit Tinggi. Masa dan kos perjalanan itu, huh....bukan semua orang tua boleh lakukan. Tua tak tua, waktu itu purata usia makcik makcik ini sekitar awal atau akhir 60an lah jugak.

Baru saya tahu, Mak Minah pun dari rumpun yang sama. Perkahwinan sesama keluarga dekat , menrapatkan lagi silaturrahim.

Mak Minah kini hidup sendirian. Untungnya , anak cucu beliau hanya bersebelahan dengan rumah beliau, tiadalah dikatakan hidup sendirian.

Terimakasih Makcik Minah. Makan tengahari itu memang best. Ikan Keli salai lagi.
Saya tak akan lupakan kenangan dengan ' warga senja' seperti yang dikatakan oleh kakitangan MAS ketika itu pabila, emak, mak tuo Sariaman, mak Midah dan Mak Minah, lalu melepasi mereka.

Memang 'adventurous' ketika itu bersama emak emak saya ini pulang ke kampung halaman.

Latiff Hariri
0638 28052014
Sungai Petani

Sunday, 25 May 2014

Mencari Waris Lenggeng

Saya tidak dapat menggunakan laluan pintas dari Gabai terus ke Semenyih, kerana berlaku tanah runtuh , dan dikhabarkan ada kenderaan yang masuk gaung. Terpkasa berpatah balik ke Pekan Batu 9 Cheras, dan menggunakan lebuhraya untuk ke Semenyih. 

Tak lama mana pun, sekitar pukul 10 pagi saya sudah berada di rumah adik saya Akhtaruddin di Bandar Sunway. Menjengok beliau yang dikhabarkan terkena demam denggi. 

Ok, semua ada dirumah pagi Sabtu 10 Mei, walaupun si Aliff sedang bersiap untuk ke Sekolah, kelas  ganti. Jadi dapatlah saya makan tenghari di rumah adik saya ini.

Saya teruskan perjalanan menuju selatan. Ini antara sebab utama saya bercuti kali ini. Mahu menjengok sanak saudara dari salasilah Nenek Sariah. Sedangkan kami dari anaknya Bulan ini, sudah tiada yang menetap di Lenggeng lagi, tetapi keluarga dari abang adiknya Sariah masih menetap di tanah asal sebaik Moyang Moyang kami berhijrah dari Bukit Tinggi Sumatera sekitar awal abad ke 20 @ sebelum 1900 masehi.

Hm, saya dah lupa akan lokasi sebenar kampung arwah moyang saya ini, jenuh bertanya kesini sanalah juga.


Simpang sebelum memasuki Pekan kecil Lenggeng. Kampung terletak di simpang kiri menghala ke Pantai/Kuala Kelawang, kira kira 500m sebaik memasuki simpang kiri, rumah sebelah kanan di atas bukit.

Disitu masih terdiri kusam, rumah arwah Mak Tuo Sariaman. Mak Tuo pernah bersama saya pulang ke Bukit Tinggi kira kira 15 tahun yang lalu.

Hm, tuan rumahnya Abang Udin, bekerja. Jadi saya hanya sempat bertemu istei dan anak anak baliau. Sesuatu yang pada awalnya agak susah saya fahami apabila nama Bidin disebut sebut isteri abang Udin. Saya susah nak tangkap siapa dia Bidin ni. Dah lama memikirkan mana ada anak nenek Bulan yang bernama Bidin.

Dan bertanya saya yang duduk di Kelang itu siapa, abang saya kah?

Hahaha, sebenarnya, inilah jadinya bila kita jarang bertemu sanak saudara. Anak disangkakan Bapak, Bapak disangkakan Adik.

Sekitar pukul 2 petang saya mengundurkan diri. Kununnya mahu ke Seremban bertemu lagi keluarga disana, tetapi sebaik kawan rapat semasa bujang saya ini mengatakan bahawa beliau berada di Kuala Lumpur. Langsung saya batalkan rancangan ke Seremban.



Abang Kamaruddin Husin @ Bang Udin.

Saya tak sampai hati, sebab yang sering menyebut nama saya adalah tuan rumah di Lenggeng , abang Udin. Sedangkan beliau bekerja hari Sabtu. Jadi bagi memenuhi hajat beliua yang terkilan tidak bertemu saya yang datang dari jauh. Saya penuhi hajat beliau dengam mencari tempat kerjanya di Nilai 3.

Abang Udin merupakan anak Mak Tuo Sariaman. Mak Tua Sariaman merupakan sepupu kedua arwah emak saya. Maknanya kamu ada lah tiga pupu. Abang Udin usianya 16 tahun tua dari saaya.

Yang pasti, isterinya bang Udin dan Abang Udin sendiri tidak menafikan akan adanya sekeping tanah milik nenek Bulan yang telah siap di lotkan untuk waris waris nenek Bulan. 

Bukan tujuan utama saya mencari harta pusaka orang orang dahulu, tetapi sebagai rekod untuk sanak saudara sepupu saya dari salasilah Sariah, manalah tahu.

Niat saya bermalam di Seremban saya batalkan. Saya terus memasuki Plus menuju Bandaraya, dan menalipon lagi saorang tiga pupu saya, abang Kassim.

Abang Kassim Bahari. Anak arwah Mak Midah, adik Mak Tuo Sariaman. Maknanya, abang Kassim dan Abang Udin adalah sepupu rapat.

Arwah mak Midah juga pernah saya bawa pulang ke Bukit Tinggi bersama arwah arwak emak dan mak Tuo. Dan saorang lagi Mak Minah, yang merupakan kekak Ipar Mak Midah.

Abang Kassim tua dari saya lebih 10 tahun. Bekas pekerja Hotel, dan kini pemandu teksi Bandaraya. Pertamakali saya bertemu dengan Abang Kassim ni!!

Malam ini rencananya mahu bermalam di rumah kakak saya di Taman Dagang. Dalam perjalanan saya dikejutkan oleh panggilan dari rakan serumah saya dahulu, si David Koh.

Ayaynya kritikal di IJN. Jadi saya berpatah balik ke Institut Jantung Negara. Dan ternyata , Uncle Koh sudah sesak nafas dan dibantuan alat pernafasan. Saya beruntung dapat memasuki kamar ICU beliau dan menziarahi beliau dan bersalaman dengan abang David, si Philip, yang baru tiba dari Australia.

Jadi bercerita panjanglah kami malam itu. Philip merupakan pelanggan bank yang sering berurusan dengan saya sewaktu saya di Pandan Jaya dahulu.

Pulang kerumah kakak saya melepasi pukul 10 malam, dah siap makan sendirian. Berkisah panjanglah malam minggu tu.

Pagi Ahad, 11 Mei saya bergerak ke rumah Mak Cik Miah di Langat. Sekali lagi memasuki daerah ini. Bertemu adik adik arwah Bapak saya. Dapatlah berbual dengan Pakcik Yut yang kali terakhir saya bertemu Raya Eid Fitri lalu di rumah Kak Sham.

Sekitar 11 pagi, saya ke Bandar Tun Hussein Onn, menziarahi pusara ibu saya, Fatimah Zaiton Adam.

Hmmmm, tulisannya....

Al Fatihah untuk emak.

Saya harus bergerak ke Kelang untuk lengkapkan sebahagian expolorisasi saya kali ini.

Latiff Hariri
1458 25052014
Sungai Petani

Tuesday, 13 May 2014

Ziarah terakhir untuk Pakcik Rosli Saam

Perjalanan agak lengang menuju ke Kuala Lumpur. Mungkin kerana hari Sabtu pagi.

Kami tiba di perkarangan Hospital Sungai Buloh itu sekitar 12 tengahari.  Parkir masih banyak yang kosong, kerana sebaik kami meninggalkan Hospital petang itu, parkir begitu 'sendat' dengan banyak kereta yang memakir di bahu jalan.

Masih awal untuk waktu lawatan yang bermula pada pukul 12: 30 tengahari. Terus ke Lobi, dan terus terpandang Makcik Maznah dan Dik Nor , anak bongsunya.

Bebual seketika sementara menantikan waktunya.


Kamar ICU hanya dibuka waktu lawatannya pada jam 1 tengahari. Tunggulah lagi.

Lobi menunggu 

Kami tak dapat lama disini. Masuk dalam kamar ICU pun hanya dua orang dalam satu masa. Jadi, pukul 140 petang kami bergerak pulang meniggalkan Makcik Maznah.

Komen saya  pada senja 13 Mei ini, hanyalah, bila melihat Pakcik Rosli terlantar dengan bantuan alat pernafasan, saya mula terkenangkan Bapak dan Emak saya.

Terus memasuki Kuala Lumpur, mengarah ke Jalan Ampang.

Pada awalnya berjanji dengan kawan baik saya dari Lenggong itu, tapi kerana masa yang agak dikejar kejar, kami makan asing asing tengahari ni..

Sambal Sotong goreng Cili Kering....kegemaran saya.

Pulang melepasi Asar, dan tiba melebihi 10 malam di Bandar Sungai Petani.

Latiff Hariri
1928 13052014
Sungai Petani

Wednesday, 12 March 2014

Menantu Kedua Abang Omar dan Nor'Ain

Selesai bersarapan pagi Ahad, kami bergerak meninggalkan Shah Alam sekitar 1045 pagi, menuju ke Pandamaran. 

Lebih mudah menggunakan laluan Persekutuan dari menuju ke Kampung Idaman. Tak sampai 45 minit kami sudah berada di rumah pengantin .

Kami dusambut Bapa Pengatin perempuan di pintu gerbang, dan terus ke khemah jamuan untuk menjamah hidangan. Kami antara yang terawal. 1130 dah mula makan.

Bersama sepupu saya Jamal, dari salasilah Sariah.

Izzuddin dan Pak Cik Nednya.

Pak Cik Ham, adik kepada arwah emak saya.

Kami disini melebihi 1 jam 15 minit. Memang susah untuk meninggalkan Majlis begini bila semakin ditunggu semakin ramai sanak saudara yang hadir.

Sekitar 1245, akhirnya saya memohon diri untuk beransur, walaupun dihalang supaya menunggu sanak saudara yang lain hadir.

Mengapit bapa pengantin perempuan, abang Omar.

Sebaik melangkah pergi , saya bertembung dengan abang saya serta makcik saya dari Seromban.

Pakcik Ghani dan Makcik Norma, adik arwah emak.

Bersama Rahman.

Pulang memasuki PLUS sekitar 120 tengahari dan tiba Sungai Petani sekitar 5 petang. Sempat pekena teh tarik dengan kejiranan.

Tahniah Abang Omar dan Kak Nor'ain untuk menantu kedua mereka.

Latiff Hariri
1608 11032014
Sungai Petani