Bee Gees

Wednesday, 25 August 2010

Syurga diRamadhan

Terkenang saja subuh ni kepada Arwah Pcik Aziz.

Di tempat kerja pun, pertama kali terlupa nak kenakan stokin dikaki, selama ini memang saya bawa dan hanya pakai didalam pejabat, tapi pagi ni entah apa yang saya fikirkan.....

Kerja seperti biasa, kejar waktu untuk selesaikan tugas sebelum jam 1715, untuk pulang.

Tiba tiba handphone disaku baju bergetar, ada mesej masuk, tidak segera pun saya membacanya.

Sebenarnya simcard handphone saya baru ditukar, jadi banyak nombor rakan rakan yang belum dikemaskini dari simcard yang lama. Siapa pulak ni, bunyi macam rakan rapat sangat aje mesejnya ni.

" bonda tercinta telah pergi mengadap ALLAH SWT pagi tadi "

Tanpa banyak soal, terus saya dial nombor pengirimnya...., ternyata! Rakan rapat saya ni!

Terus saya offkan PC saya, beritahu boss, ambil cuti kecemasan, dan terus pulang kek SP untuk bersiap menziarahi rakan saya ni di kampungnya.

Yang bestnya, rakan baik yang sorang lagi ni, si Wan, eveready aje untuk temankan saya . Jadi kami berdua bertolak dari Tol Sungai Dua tepat jam 1215 tengahari, dan tiba di destinasi tepat jam 1310 tengahari. Ternyata jenazah sudah siap dikapankan, dan menunggu Zuhur untuk disembahyangkan.

Saya sudah mengenali emak rakan saya ini seawal tingkatan 3-4 , kerana waktu itu kami berdua tinggal di asrama, dan keluarga saya menetap di Kuala Kangsar, kira satu daerahlah kami ni. Sering saya bertandang, bila kesempatan, terutamananya hari perkahwinan kakak rakan saya ni, kami bertiga, saya, Roslan & Arwah Zainal Azmi(McHelm).

Pernah saya berbasikal dari Taiping, singgah kerumah rakan saya ni, dan terus ke KK. Esoknya, kayuh lagi dr KK-Taiping.

Emak rakan saya ni senyum aje, termasuk pakcik Ghazali, mereka senyum aje tengok pe el saya, yang kaki berbasikal. Apa yang saya pasti, emak beliau ni terlalu lembut dengan anak anaknya.

Jarang saya miss beRaya dirumah rakan saya ni. Dan terakhir, Syawal 1430. Tak sangka hidangan tengahari berlaukkan ikan merah asam pedas, ada daun kantan lagi dalam asam pedas tu, bersambalkan tempoyak, adalah juadah yang kami kecapi untuk kali terakhir, dari masakan emak rakan saya ni! Anak anak saya hilang malu, siap bertambah kerana terlalu 'kaw'nya sambal tempoyak yang kami cecahkan dengan timun tu! (Saya pasti share mkn tengahari keluarga makcik ni tersusut dik gara gara kami)

Hingga ke Shah Alam tempohari pun, anak anak saya menanya, rakan saya ni balik tak ke kampungnya, sebab , mereka nakkan kiriman tempoyak air tangan kawan emak saya ni.

Hmmmm, semua sudah berakhir. Tiada lagi keenakkan sambal tempoyak air tangannya.














Jenazah diusung keluar sebaik azan Zuhur selesai, untuk ke Masjid Al-Hadri, Padang Rengas.


Sempat saya bertanya cerita sebenar dari Pakcik Ghazali, disaat terakhir Bonda bersama beliau.

" Pagi tadi, kami bersahur berdua, macam biasa, makcik tak ada apa pun,lepas sahur, terus kami ke Subuh berdua. Sempat berbual, dan makcik teruskan mambaca Al-Quran. Pakcik pun teruskan dengan aktiviti pakcik, masih dengar suara makcik membaca Al-Quran, tapi, lama kemudian, suara dah hilang. Pakcik pun jengoklah, kenapa senyap, rupanya, makcik dah sesak nafas, sempat juga pakcik mengurut dada makcik sambil mengajar dia mengucap, dan dia pun ikut aje...., dalam 720 macam tu, makcik dah tak ada, ambulan datang, tapi HA tu kata dah tak ada dah....."

Hm......indahnya, dalam mengadap Qiblat berbekalkan AlQuran, Bonda Robaiyah pergi......, dan dalam berpuasa pulak tu!














Solat Jenazah














Menuju ke jalan terakhir














Apa yang menarik, selesai liang lahad di tutup, tikar didampar untuk doa talkin, gerimis halus turun di persekitaran untuk seketika.

Sebaik talkin bermula, cuaca kembali panas.














Renjisan air mawar untuk Bonda
















Hatta masih mampu tersenyum disaat kedukaan ini.
















Terima kasih Hatta! Terakhir dari bonda.















Terima kasih Hatta, ini adalah tempoyak terakhir , airtangan bonda Robaiyah binti Ismail, untuk kami kecapi watu berbuka senja 25 Ogos ni.

Kami akan merindui kenangan manis berhari raya ditahun 2009.

Takziah untuk Pakcik Ghazali anak beranak, Hatta terutamanya.

Alfatihah untuk Bonda Robaiyah.


Latiff Hariri
2210, 15 Ramadhan 1431
25 Ogos 2010
Sungai Petani

Tuesday, 24 August 2010

1430 H ,15 Ramadhan Dalam Kenangan















Izzuddin, Ainil dan Faiqah bersama Allahyarham Pcik Aziz.

Saya hanya mengenali dia dengan panggilan Pakcik Aziz , bukannya Kamaruddin.Waktu itu diawal 1969 , sewaktu saya menetap di Kampuns Sira, Lenggong. Tiba tiba datang aje pakcik ni , dari mana, saya tak pasti, mungkin dari Taiping, mungkin dari Jeram Kuala Selangor.

Pakcik Aziz bujang lagi masa tu, dia menetap sementara bersama kami, dan bekerja disalah sebuah kilang kayu di Lenggong . Ya, saya ingat, beliau ada sebuah motorsikal, dan saya berpeluang memeboncengnya diawal pra-sekolah tahun tu, walaupun Bapak melarang.


Kakak Roziah (kak ipar saya) pernah memberi komen kepada Roziah diawal perkahwinan kami, tentang pakcik Aziz, yang sering bertandang ke Balai Polis Lenggong waktu itu.

" O, Kamar tu pakcik Latiff rupanya, hensem dia masa muda dulu, dia berkawan rapat dengan sesaorang (anak Polis jugak) di dalam Balai tu."

Sesaorang tu, kami dah bertemu semula, ya lah, jiran kepada Roziah jugak masa di Balai Polis Lenggong , dan merupakan kakitangan UiTM jugak! Kecilkan dunia ni?





















Adik adik Emak, pakcik Aziz bersama makcik Norly.

Saya kira pakcik Aziz tak lama bersama kami, bila beliau memasuki bidang kepolisian, dan hilang sekejap. Seingatan saya, tahun 1972, pakcik Aziz mendirikan rumahtangga, dan rombongan dari Lenggong ialah Bapak dan Cikgu Said ( Bapa Johari Said aka Atan). Mereke ke Telok Anson, sekarang Teluk Intan. Rombongan perkahwinan itu mash tersimpan didalam memori saya ni.

Dan Pakcik Aziz sering timbul dari Kem Hulu Kintanya, bila beliau melakukan operasi di daerah Gerik dan sekitarnya. Saya teruja melihat machinegun dan kereta kebal yang Pakcik Aziz parkir dirumah Simpang Pokok Jerai tu.

" Huh!! Aku ada pakcik yang bekerja melawan kominis lah. Pahlawanlah pakcik aku ni!"

Selepas berpindah ke Taiping, rasanya Pakcik Aziz 'menjarakkan' hubungan dengan kami.
Mungkin sudah berkeluarga dan untuk berziarah masa itu, memerlukan perbelanjaan yang besar. Saya hanya tahu Pakcik Aziz memiliki motosikal sahaja( almaklumlah, PPH , bukannya Trafik dan Jenayah, hehehe)

Pakcik Aziz dikurniakan 4 orang cahaya mata, Along, Angah, (yang ketiga meninggal), dan akhir Azhar.

Kelebihan Pakcik Aziz ni, dia orang laut. Pernah dia bermotorbot, dari Seri Manjung , berdua dengan isterinya, ke Langkawi, bermalam didalam bot di tepi pantai bila keletihan. Hebat Pakcik ni. Saya sering jugak bernelayan dengan beliau semasa menetap di Shah Alam. Pakcik Aziz dari PPH Kinta, kami bertemu di rumah Makcik Esah di Jeram. Dan menghilang dilaut seharian, pulangnya dengan sekotak ikan ikan yang berjaya kami naikkan berumpankan kail dan pumpun .

Saya mula rapat dan bermanja semula dengan Pakcik Aziz ni, di awal perkahwinan saya, kerana Pakcik Aziz menetap di Sungai Petani masa itu. Ya, saya bermanja. Pakcik Aziz ni satu satunya pakcik yang suka memanjakan anak anak buah , anak anak beliau serta cucu cucu saudara beliau. Beliau terlalu lembut dengan kami. Kami boleh tidur diatas pangkuan beliau tanpa merasa malu, walaupun sudah mempunyai anak sendiri. Inikan pulak anak anak saya, yang ternyata tersedu sedu menangis bila berita sedih itu saya warwarkan.

Pagi 15 Ramadhan 1430 itu, kami sedang merayau di Pusat Membeli-belah SP, belum sempat membeli apa pun, tiba tiba emak menalipon memberitahu berita sedih ni. Saya terdiam, terus mengajak anak anak turun dan terus ke parkir kereta. Sebaik keluar dari Kompleks Central Square tu, saya pun memecahkan berita. Ternyata anak anak saya meraung kecil termasuk isteri saya. Saya menahan sebak sepanjang jalan pulang kerumah, untuk bersiap ke Sri Manjung, Perak.

Di Taiping, mengambil emak, kami berdua kereta ke sana.

Dan ditengah ruang tamu terbujur jenazah pakcik kesayangan saya ni.

Kelu lidah nak berkata kata. Dia pergi begitu senang. Dibulan mulia 15 Ramadhan, beliau sedang memesin rumput, dengan mesin yang digalas, tiba tiba rebah . Ada yang melihat, terus dibawa ke Hospital Seri Manjung.....dan beliau sudah pergi buat selamanya. Pakcik Aziz tak nak menyusahkan sesiapa mahupun isterinya. Beliau pergi sekelip mata.

Lewat Asar, hari yang sama, jenazah selamat disempurnakan.

Syukur Alhamdullillah, kerana meminjamkan sekejap Pakcik ini kepada kami semua.
Walaupun sedih dengan pemergian beliau, keredhaan yang tinggal, kerana hayatnya
mengindahkan kenangan hidup saya, perginya di pertengahan bulan yang mulia.

Kata Ustad Ibrahim, mereka yang pergi waktu berpuasa ni, mereka 'berbuka' di Syurga.















Di suatu petang sabtu, sebaik saya tiba dari Kuala Lumpur dengan bas, di akhir 2000. Masa ni berulang setiap minggu KL-SP.















Di Kem Polis Hutan Hulu Kinta , sebelum menjadi PGA .

Melalui arwah, saya mendapat khabar tentang ' PPH yang senget bila dijenamakan PGA. Baru arwah tahu betapa hebatnya rakan rakan beliau di cawangan Trafik mengira ngira......, tapi pejam mata ajelah..















Arwah Pakcik Aziz bersama kakak kakak beliau, Mcik Maznah dan Emak.

Alfathitah untuk Pakcik Aziz aka Kamaruddin Adam.

Latiff Hariri
0536 25082010
Sungai Petani

Sunday, 22 August 2010

Menu Ahad 22082010














Saya percaya, memasak ini memerlukan 'mood' ceria.

Ya, emak kita ceria bila memasak, memikirkan anak anak yang akan berebut dimeja makan nanti. Sebab itu setiap kali kita makan masakan air tangan emak ni, kita akan puji sedap, padahal jika rakan kita yang makan, mereka akan kata, hmmm, masakan emak aku pun sedap jugak dari yang ini, betul tak?

Pengalaman saya waktu sekolah dan sedikit bertandang waktu bujang dulu ialah masakan Mcik Ros, emak kepada Zairul Hisham, dan kedua, masakan emak kepada Raja Sukarno. Kedua dua ni memang air tangannya best! Selain dari Emak sayalah.

Ini menu hari ini.

Ikan Bilis Lobak Asin Berlada Hitam

Bahan bahannya:-

1) Ikan Bilis gred A semangkuk
2) Bawang Besar 2 biji
3) Lobak Asin segengam kecil diracik kecil
4) Cabai Muda 2 Ulas diracik 5mm
5) Telur 2 Biji discramble
6) Sebuk Lada Hitam

Cara caranya :-

Goreng ikan bilis, sederhana garing

Tumiskan bawang, cabai muda dan lobak asin, agak agak dalam 10 minit. Dimasukkan ikan bilis yang telah digoreng tadi untuk mesra didalam kuali,

Tidak perlu diangkat masakan keluar, hanya diketepikan didalam kuali, dimasukkan
telur yang telah di'scramble'kan, disamping. Agak agak dalam 2-3 minit, dikacau bersama dengan yang lain lain, dan ditaburkan lada hitam mengikut citarasa masing masing.

saya suka lebihkan lada hitam dan sedikit kicap manis.

Garam hanya saya taburkan pada telur, tidak kpd masakan, sebab ikan bilis dan lobak asin dah cukup garamnya.














Ini air tangan saya petang ni.

Cubalah resepi Emak saya ni, yang diwarisi kepada saya.


Latiff Hariri
1705 22082010
Sungai Petani

Friday, 20 August 2010

Test ..test...1....2.....3.....test














Selasai berbuka puasa tu, kami berputar di persekitaran. Memang mengantuk pun, tapi memikirkan sesekali turun ke Shah Alam ni, dan bukan saya yang memandu, saya setuju aje bila anak anak mahu ke I-City tu. Saya tak pernah ambil tahu apa dia I-City ni.

Bila dah sampai, hmm, ternyata tempat melepak dan membuang masa serta membuang Ringgit.
Ikut ajelah, lagi pun, 'ole ole' dah dibeli, bila lagi nak uji kecanggihannya. Dulu memang teruja tengok orang lain berkamera canggih, sekarang dah beli , apa salahnya belajar menggunanya di waktu malam pulak.














Eka memang macam tu, suka melentok kat Abah dia.












































































Semua shot, diambil Izzuddin, ada yang menjadi, ada yang tidak, maklumlah benda baru. Untungnya 'filem' percuma, cuma caj bateri aje, kalau tidak harus 'kopak' kena beli filem setiap kali habis 36 roll filem.


Latiff Hariri
0826 22082010
Sungai Petani

Fitnah Yang Sedang Lena

Itu peringatan Khatib dipetang Jumaat ini.

"Di Madinah, yang tinggal hanya stesyennya sahaja, keretapinya entah kemana. Semuanya gara gara fitnah."

Hmmm, apa kena mengena stesyen keretapi dengan fitnah ni? Saya mula bereaksi, bila Khatib memulakan khutbahnya.

" British dan kuncu kuncu Yahudinya tahu, bagaimana cara menjatuhkan satu satunya empayar Islam terbesar iaitu Empayar Othman(Ottoman), yang berpusat di Turki. Sebelum ini Madinah dihubungkan terus dengan keretapi ke Turki dan negara negara Eropah yang lain, serta melangkaui ke benua Asia, terutamanya China. Empayar yang berpaksikan Islam 100% ini memang utuh, tiada siapa yang boleh memecahbelahkannya.........kecuali dengan fitnah." Penjelasan awal Khatib

" Lalu Badwi Badwi Arab dicucuk supaya menentang empayar Othman dengan mengapi apikan isu perkauman. Dengan membezakan bahawa kaum Badwi lebih mulia dari kaum Turki, atau bangsa bangsa lain, mereka sanggup bersekongkol dengan British dan Yahudi, menentang saudara seagama mereka........lalu dilantik Raja Raja Boneka bertalibarutkan Nasrani dan Yahudi Dan untuk rekod , British membayar 5pound kepada badwi badwi ini bagi setiap kepala pejuang pejuang Islam yang mereka penggal"

Hm semakin jelas apa yang tersirat pada Khutbah petang ini.

Kata kata Hang Tuah, 'Takkan Hilang Melayu di dunia ' , memang ada kebenarannya, tetapi dikhuatiri yang tinggal hanya Melayu, Islamnya entah kemana.

HAMKA pernah berkata, " Orang Minangkabau memang terkenal dengan pegangan Islamnya, tetapi....., jika Islamnya ditinggalkan, Minangnya tiada lagi, yang ada hanya kerbau " . Siniskan?

Ya, petang itu memang merah telinga rakan rakan DK&S saya ni ditempelakPak Khatib.

Jangan bermain fitnah dan isu perkauman. Tiada halangan untuk peniaga Melayu berniaga di Komtar. Yang jadi halangan , Mohamad Gani, Naib Presiden Komtar Merchant Association (KMA). Beliau yang mewakili KMA mengutip sewa dari peniaga, dan beliau yang enggan menyerahkan deposit tersebut kepada Penang Development Corp.(PDC).

Pengurus Besar PDC, Dato' Rosli Jafar pun orang Islam, dia sahkan, PDC akan berururusan 'terus' dengan peniaga peniaga Melayu, jika Mohd Ghani enggan menyerahkan wang deposit tersebut kepada PDC.

Eh, apa jadi dengan peniaga Tionhua yang mahu membakar diri semasa kekecohan di Komtar tempohari. Dia pelakun Opera Cina agaknya , yang didatangkan khas oleh rakan rakan 1Malaysia kita ni.(?)

Mohamad Gani ni Melayukah, atau Islam? Kalau Islam...., bulan Ramadhan ni!

TV3 dan Utusan Meloya memang gemar bermain dengan api . Mereka bangkitkan kemarahan orang orang Melayu.

Emak saya pun hampir terperangkap, tetapi, mujur 'hero' ini pulang ke kampung minggu lepas, akhirnya, terkeluar kata kata begini , :

"Penipu, .dot dot belukang betul depa kat Penang tu"

Tahu tak anda, RM20juta telah diperuntukkan untuk pembangunan Islam, oleh kerajaan Pulau Pinang sedia ada, berbanding dengan RM8juta dari kerajaan DK&S terdahulu. Siapa yang terlebih membela Islam, Koh tsu koon atau saudara Lim Guan Eng? Siapa yang gadai tanah rezab Melayu di Pulau Pinang yang asalnya melebihi 50% , kini yang tinggal tak melebihi 5%.
Sepanjang kemerdekaan 52 tahun ni, setiap tahun 1% mereka gadaikan Hak kita.

Ingat tau, dalam kehidupan Nabi Muhammad (SAW) memperjuangkan Islam pun, sudah ada rakan 'non Muslim' Baginda: Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Thalib(Pak Cik Nabi) .

Kita pilih warna apa yang menjadi pilihan Baginda.

' Menjadi sesuatu yang pelik, bila orang bukan Islam yang membantu orang Islam, dan yang 'kununnya Islam', tapi terus menentang Islam dan menggayakan budaya fitnah . '

Ya, petang tu saya mengaminkan doa untuk beliau. Salah ke? Memohon supaya rakan bukan seagama, diberi petunjuk dan 'kemudahan', serta seluruhan jentera pentadbiran berlaku adil kepada Rakyat Negeri?

Sedarlah rakan rakanku , terutamanya yang masih ber'mimpi' didalam DK&S tu.

' Fitnah adalah sesuatu yang sedang lena, jangan dikejutkan '


Latiff Hariri
0542 21082010
Sungai Petani

Monday, 16 August 2010

Pertamakali Berbuka Puasa Bersama Mantan Guru2 SRJK(I) Lenggong

Tanggal 14 Ogos akan abadi dalam hidup kami.........















Hmmm, mungkin dah menjadi kebiasaan, setiap Ramadhan kami sekeluarga akan turun ke Shah Alam untuk berbuka puasa bersama anak anak, mahupun rakan, sanak saudara. Selain dari itu, suka jugak kami merayau 'belanja tingkap' di Sogo dan persekitaran Jalan TAR. Dah jadi acara tahunan setiap Ramadhan. Padahal , tak semurah SP pun, untuk berbelanja disini.

Kami bergerak dari SP petang 12 Ogos, dalan hujan renyai mengarah ke Taiping. Hanya sempat berbuka di Bukit Merah dengan sekeping mertabak yang dibungkus seawal jam 4 ptg. Tiba di rumah Emak, jam 8 mlm dalam hujan lebat. Emak hanya berbuka dengan kanji cair dgn perlbagai isiannya,: daging, sayuran, dsb, sedap pulak, hingga bertambah saya dibuatnya.

Bergerak jam 930 malam, boleh dikatakan hujan sepanjang jalan, dan kami tiba di Tol Bukit Lanjan tepat 2315 malam. Singgah di Restoran Ar Rawsha, dan terus memecut ke Bandar Tun Hussein Onn, rumah Rahman. Setelah dijamu kopi O panas, jam 0045 bergerak pulak ke Shah Alam untuk mengambil Aqilah, dan terus ke Nilai untuk bersahur bersama Faiqah
.














Bersahur jam 4 di Nilai.

Subuh 13 Ogos di seksyen 2 Shah Alam. Mengantuk, biasa lah.

BerJumaat di Masjid Negeri , bersama Baginda Sultan Selangor. satu yang saya puji, Baginda tak pernah 'miss' setiap Jumaat di Masjid ni. Jadi nak dicatitkan disini, dapat lah Izzuddin dan saya bersalaman dengan Baginda pada petang ni.

Sepuloh tahun yang lalu, saya hanya menapak aje ke Masjid ini dari rumah di seksyen 4 tu.

Petang Jumaat berbuka bersama rakan rakan Aqilah, pelajar pelajar UiTM dengan hidangan dari masakan Roziah.














Rakan rakan UiTM Aqilah, makan buffet je malam ni.


Sabtu 14 Ogos acara sebenarnya. Merayau di Sogo seawal pintu Utama Sogo dibuka, hahaha. Saya bersama Izzuddin merayau ke Pertama dan Maju Junction mencari 'ole ole' yang kununya tak ditemui di Sungai Petani. Sedangkan Roziah dan kakak kakak Izzuddin di Sogo dan persekitaran Jalan TAR.














Make Up free, cuba ajelah.

Adik kedua terakhir saya, Ghazali pun turut serta menyemakkkan Jalan TAR dan kompleks Pertama.

Tamat sesi disini jam 2 petang , dan terus hantar adik saya ni ke Sentral untuk beliau pulang menaiki Tren ke Sepang. Terima kasih Zali kerana meluangkan masa untuk membantu saya membeli ole ole ni.















Zali, adik bujang saya yang , insyaallah, akan memulakan kerier di Timur Tengah dalam masa terdekat ni.

Singgah ke rumah Ustad Amran dan Mak Munah. Ini Emak dan Bapa angkat anak anak saya bertiga ni sepanjang saya bermastautin di Seksyen 4. Anak anak memanggil Abah Ustad dan Mak Munah aje, padahal, mereka ini pangkat Tok kepada anak anak saya. Asalnya orang Sungai Siput Perak. Ustad Amran adalaha bekas Juara Tilawah Negeri Selangor suatu ketika dahulu.














Salmi Amran dan Mak Munah.














Ustad Amran, Salmi dan Salbiah.

Kerumah Rashi adik kelima (nombor lapan) mengikut susunan keluarga, juga di Shah Alam.

Tiada rehat petang Sabtu ni. Jam 1800 , abang saya tiba di' rumah' kami ni, dan tahlil kecillan dimulakan untuk arwah Bapak . Hanya kami tiga sekeluarga untuk acara ini. Kami bergerak ke Hotel Uitm tepat jam 7, dan untung, bertembung dengan tetamu istimewa ni di bulatan Uitm, dan terus mengarah ke Hotel bersama sama.
















Selesai tahlil.















Kami terus menerpa sebaik sahaja kereta tetamu ini berhenti.














Bersalaman dengan Cikgu Hizam














Emak menyambut Cikgu Lily, selepas lebih 38 tahun tak berjumpa, disisi Roziah.


Osman sekeluarga (minus 3 orang anak) sudah menanti di Lobi Hotel.

Agak kelam kabut pada awalnya , kerana sudah menghampiri waktu Maghrib, tergesa gesa mencari tempat duduk dan mengatur makanan untuk Emak dan Cikgu Lily. Cikgu Lily ternyata tidak dapat berdiri lama, dan makanannya harus dihidangkan.

Malam tu , saya menjadi Pelayan kepada keempat empat warga Emas ni. Untuk rekod, Emak hanya tua 6 bulan dari Cikgu Lily, dan mereka dilahirkan pada tahun yang sama. Kedua duanya pernah menginap di Johor masa usia remaja, dan yang saya kira menarik, iras mereka seakan akan sahaja, seperti kakak dan adik.














Cikgu Faridah, Emak dan Cikgu Lily, berbuka, selepas didoakan Izzuddin

Gembira, teramat gembira. Dapat duduk berbuka puasa bersama , pertamakalinya, dengan Cikgu Lily, Cikgu Hizam dan Cikgu Faridah beserta Emak. Saya pun memang nak kurangkan makan, jadi hanya melayan apa saja permintaan makanan mereka berempat ni.
Rasanya terbayar , tak dapat makan bersama masa reunion CoolBatch hari tu, sebab sibuk mengatur perjalanan majlis.














Cikgu Lily sempat menjeling kepada kamera.














Izzuddin semeja dengan Uncle Osman sekeluarga.














Hmmm, habis saya cerita tentang kelas 72 saya bersama Cikgu Lily.


"Tak, Cikgu tak garang, cuma 'no nonsense'aje" Itu pengakuan Cikgu Lily didepan saya dan Emak, dan didengari Rahman, Cikgu Hizam dan Cikgu Faridah.

'Cikgu ingat tak konsert El Suraya di dewan Merdeka tahun 1972?. Masa tu saya sekeluarga duduk dibawah, sedangkan Cikgu di tingkat atas dewan? Saya tak duduk diam masa tu, hingga Rahman menggertak saya sambil menunjuk : ' Tu, Cikgu Lily di atas tu duk tengok kat bawah.' Dan saya pun menoleh keatas, ternyata Cikgu ada diatas, dan saya terus behave masa tu. "

" Latif boleh ingat konsert tu?" Itu persoalan Cikgu Lily.

Cikgu Lily masih aktif bersama rakan rakan Maktab Perguruan Durian Tunggalnya,dan sering bermesyuarat tahunan di seluruh semenanjung, dan tahun depan akan ke Perlis pulak. Sempat jugak melihat foto foto beliau didalam kamera digital beliau.














Foto foto bersama rakan rakan Maktab Perguruan dikongsi bersama Emak dan saya.

Selesai solat Maghrib, acara berbuka kedua disambung. saya sekejap kemeja Osman dan anak anak , sekejap bersama Cikgu Cikgu ni. Banyak cerita terutamanya dari Cikgu faridah yang tak henti henti dengan pelbagai topik.

Sambil makan ada alunan keyboard dari Hang Mokhtar(bukan Bung Mokhtar ek) serta suara merdu dari Mimi Loma dengan rankaian lagu 60an beliau. Ternyata suara beliau tidak banyak berubah dan maintain sahaja.




















Lirik lagu ini saya tulis sepontan tanpa merujuk dimana mana sesawang.

Bawah rumpun bambu
hamba merayu
berdebar jantung kalbu
hati merindu

Dia
yang kupuja
tak kunjung tiba
dimana kau berada duhai kekanda.

Cikgu Faridah kata, macam tahu tahu , yang tetamu malam ni semua orang orang tua, pandai pulak UiTM ni.















Sempat memberi sepatah duakata khas untuk Cikgu Cikgu tersayang ni.....














Kata Cikgu Lily kepada Aqilah , " Abah dulu, nenek yang mengajar masa darjah dua. U ni pangkat cucu kepada nenek."

"But Aboy, u were not in my class, coz yr father moved out in 1973...., and u have put on a lot of weight"
Itu komen Cikgu Faridah. Part size badan ni, sensitif ni.














Berfoto kenangan bersama penyanyi Mimi Loma

SESI MENGENANG COOLBATCH 70-75 - 23 SEPTEMBER 2009

Sebelum berakhirnya majlis berbuka ni, Rahman telah sediakan 3 album Malam Menyusuri Jalan Kenangan Coolbatch 70-75(71-76)

Anda sepatutnya berada dihadapan atau di sisi Cikgu bertiga ini, dan anda lihat bagaimana senyum dan ketawa sepontan mereka bila terkenang kembali suasana didalam foto itu. Ini bukan dibuat buat, apa jua pertuturan yang terkeluar dari Cikgu Lily, Faridah dan Hizam, akan membuat anda berada di atas puncak gunung yang tinggi.

"Ini batch yang istimewa dan terbaik" Cikgu Lily berkata.

"Mereka semua menjadi Pegawai dan Guru2", tambah lagi.....

Tahniah buat Coolbatch 70-75













Cikgu Lily cuba mengenang kembali Malam 23 September, sambil dibantu Emak dan Roziah.

"I've been waiting for this fotos." Itu komen Cikgu Faridah.

"Kenapa tak print untuk Cikgu? Hantar email sajalah, tapi cikgu kena tunggu anak anak balik, untuk on-line".





























Kan, pasangan ideal ini dah teruja melihat anak anak Lenggong yang sudah dewasa dan mengejar usia mereka.














Saya nak lah cadangkan kepada Coolbatch 70-75, buatlah 2 album untuk kedua dua guru kesayangan ini, tidak dilupakan Cikgu Ainun, Cikgu Aziz dan Cikgu Aripudin. Apa kata , framekan foto asal 1975 vs 2010 dan hadiahkan kepada SK Bukit Balai, untuk di motivasikan kepada pelajar pelajar terkini.

Dua meja kami, yang terakhir meninggalkan dewan makan ni. Itu pun sebab staff UiTM dah mula mengemas meja, sekiranya tidak, mahu kami teruskan berbual.

Dalam jam 2130 kami berjalan perlahan menuju ke lobi hotel, dan sempat berfoto kenangan sebelum berpisah.














Malam minggu 14 Ogos 2010 akan terpahat dihati saya hingga keakhir hayat.....














Kami mengiringi Emak, Cikgu Faridah dan Cikgu Lily menuruni tangga Hotel UiTM....















hingga ke muka pintu kereta.




















Bersama rakan 'ketat saya, Osman sekeluarga.

















Sempat Izzuddin dan Ariff menyakat Osman, dengan mengejar kereta saolah olah 'artis' yang diburu paparazi..... Anak anak saya tahu begaimana kelakarnya Uncle Osman ni.

Emak dan Rahman sekeluarga mengekori Osman untuk pulang ke bandar Tun Hussein Onn, dan kami empat beranak berputar putar di sekitar Shah Alam. Walaupun dah mula mengantuk dan penat, hati ini masih berdebar, mengenangkan kenangan sepintas bersama guru-guru ini, yang saya kira , di ambang 46 ini masih berkesempatan semeja bersama mereka.

Terima kasih Emak, Cikgu Lily, Cikgu Faridah & Cikgu Hizam, serta Osman sekeluarga, serta Rahman. Tanpa kehadiran anda semua, kami berlima aje di hotel UiTM ni.


Latiff Hariri
2211 16082010
Sungai Petani