Bee Gees

Monday, 13 September 2010

Susun Rumah - Babak Pertama

Jiran adalah saudara terdekat , oleh itu, kami selalu utamakan yang terdekat dahulu sebelum yang jauh.


Rumah Pertama.No 7 Taman Teratai Indah














Kami di rumah Abang Rahman. Kelihatan Keluarga Abang Fauzi . Menu nasi tomato.



Rumah Kedua .No 6 Taman Teratai Indah














Di Rumah Abang Fauzi pulak.

Rumah Ketiga . Abang Omar , Taman Seri Tanjung.














Anak sulong, Fadhil dan cucu cucu bang Omar.

Rumah Keempat , Ustad Ibrahim Ahmad.

Dah agak suntuk masa , sekadar 20 minit disini, Kg Hj Din Sungai Layar, kena naik kereta, faham ajelah sebab Jumaat, tak nak ganggu Ustad Ibrahim berJumaat.
















Izzuddin punya cerita bersama Uztad Ibrahim di Masjidilharam, 2008 dahulu.

Rumah Kelima. Kak Mar, Taman Keladi.

Sayanginya di rumah Kak Mar, tiada foto diambil gara gara berJumaat di Masjid Taman Keladi.
Kak Mar ialah kakak Roziah.

Selesai Jumaat, kami ke Kampung Permatang Berangan menziarahi pusara arwah Ayah Abd Kadir dan Bonda Hitam














Anak anak dan cucu dihadapan pusara kedua dua Ayahbonda.

Rumah keenam yang kami kunjungi adalah rumah Kak Ara di kampung Permatang Kedundung.
Sama jugak, foto tak dirakan gara gara saya dan Izzuddin ke pinggir bandar SP untuk mengambil kek Raya yang telah saya pesan dari pengusaha kek.

Rumah ke tujuh, Abang Majid di kampung Permatang Berangan.














Di rumah Abang Majid . Ini 'dua pupu' kepada Roziah

Selesai rumah abang Majid sekitar jam 4 petang. Rasanya sudah terlebih makan dan harus dihentikan berziarah ni.

Saya buat keputusan untuk pulang ke Taiping , dan bertolak jam 1900 , memasuki PLUS dan tiba di kawasan Perindustrian Kamunting pada jam 2020, dan mencari rumah sepupu saya, Baharom. Memang jarang jarang sekali berjumpa.




















Baharom, abang sepupu saya, beza usia setahun sahaja. Kami sama sama membesar dari 1973-1977 di Aulong.

Raya pertama kami tamat disini. Kira punya kira, rumah Baharom yang kelapan, untuk hari pertama ini. Kira Ok ni. Kalau dicampur dengan Rumah Allah, dah 10 ni!

Pulang ke Sri Kota untuk beraya dengan Emak pulak, rumah No 11. kena kira jugak ni.

Latiff Hariri
0628 14 September 2010
Sungai Petani

Tetamu Terawal Syawal 1431H/2010

Pagi Syawal, kami keluar ke Masjid Al-Amin seawal jam 0750 pagi.

Solat Idil-Fitri bermula jam 0845 ,berimamkan Ustad Ibrahim Ahmad, Imam kesayangan saya serta seluruh warga Sungai Layar khasnya.

Selesai Khutbah dan tahlil jam 0950 dan acara bersalaman dan berpelukan sesama Muslimin bermula.

Saya tak sempat nak beraya dengan anak anak, kerana tepat jam 1010 pagi tetamu jiran jiran terdekat dah mula memberi salam, diikuti dengan 'gang Assalamualaikum' yang pertama, melebihi 10 orang anak anak .














Aqilah melayan anak anak "assalamualaikum' yang tak pernah miss setiap 1 Syawal.













Aziz, Acu dan istri Aziz, Ina . Mereka 'gang Assalamualaikum' yang pertama.














Bang Rahman, jiran belakang rumah, hadir sendirian tanpa Kak Faridah dan anak anak.














Diikuti Azlan , Sabrina dan anak anak Hero mereka.

Selesai sahaja tamu bertandang, kami terus kunci pagar untuk menyusun rumah Idil-fitry kami pulak.


Latiff Hariri
1945 13092010
Sungai Petani

Friday, 10 September 2010

Selamat Idul Fitri 1431Hijrah/2010

Kami Sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sanak saudara dan rakan taulan yang mengenali kami . Terutamanya bekas pelajar SRJK(I) Lenggong (SMDA), SRK King Edward VII-(1) dan (2), SM King Edward VII Taiping, SM Convent Taiping, serta rakan rakan pejabat kami. Tidak dilupakan juga kepada Guru Guru kami, 1971 -1981.

Rakan anak anak kami, SR Raja Muda Musa Shah Alam, SR Tuan Syed Jan Aljafri , SM Sungai Layar dan UITM

Selamat Hari Raya , Maaf Zahir Bathin.



























Ya, ungu sedondon tahun ni.

Latiff Hariri
1800 1 Syawal 1431 Hijrah
Sungai Petani


AKHIR RAMADHAN AWAL SYAWAL
















Perang mercun bunga api mula rancak pada malam ini.


Sebelumnya agak sunyi. Saya kira , mungkin keadaan ekonomi jugak. Terus terang dari analisa saya, ekonomi tahun ini lebih perlahan dari tahun lalu.

Saya masih bekerja hingga ke petang Rabu , 8hb September ni.

















Pemandangan biasa disepanjang jalan berhadapan Masjid Abdul Rahman Sungai Petani, hingga ke Telekom/Pejabat Pos. Warga miskin menanti pemberi Zakat Fitrah . Selalunya melebihi 30 tompok tikar disini. Ada ibu ibu yang membawa anak anak.



Saya terkenang waktu remaja dan sedikit zaman kanak kanak dahulu:-

Orang tua saya memang sering masuk ke pelusuk kampung bekerja. Selalunya Arwah menjaga sesuatu kawasan dan beliau tahu dan mengenali kebanyakan keluarga di setiap kawasan beliau.

Bila Syawal hampir menjelang, sudah tersedia bergantang beras didalam bonet Morris Minornya. Masa kanak kanak, saya kurang faham. Bapak akan masuk ke kampun yang sering beliau kunjungi, dan memang 'surprised' sangat sangat, ada kalanya Bapak akan berjabat tangan panjang dengan orang kampung tersebut, dan bergantang beras itu Bapak serahkan kepada orang kampung tu.

Waktu di Kuala Kangsar, saya sudah remaja, kenangannya kampung disepanjang Sungai Perak mengarah ke Sayung (dulu kami panggil Saigon) .Bapak keluar selesai Isyak , saya sama mengiringinya didalam Opel Kadettnya.

Tiba di kampung tersebut, di pondok pondok buruk (disebut rumah) terpasang pelita dikaki tangga pondok beserta guni gula. Bila salam diberia, tiada kedengaran yang menyahut. Setelah berdiri sekejap dihapan rumah, Bapak pun mengeluarkan kampit beras dari kereta, lalu ditinggalkan diatas tangga.

Sebenarnya, waktu itu , sepanjang Sungai Perak, memang ramai warga miskin yang menumpang tanah mendirikan Pondok untuk penginapan mereka. Bapak tahu sangat sangat yang mereka ini wara daif.

Ini kisahnya akhir 70an dulu.

Tahun ini juga saya memulakan perkiraan sebenar jumlah wajib Zakat Fitrah saya, walaupun RM7.00 menjadi syarat, tetapi saya kirakan jugak, harga segantang beras , beras yang saya sekeluarga makan sepanjang tahun ini. Saya kira RM7.00 tu tak masuk akal pulak.


Petang akhir Ramadhan ni, adik saya Rasiyuddin sekeluarga dari Taiping tiba, untuk berbuka puasa bersama kami sekeluarga. Kira 'makan besar'lah ni.

Juadahpun disediakan untuk kesebelasan kami. Yang belinya lebih, yang masaknya, hanya nasi dan lauk pauknya.















Menu : Nasi lemak sambal ikan bilis dan sotong, telur rebus, ayam goreng, timun.
Yang dibeli, somtam dan kuih muih.

















Kena sambungkan dua meja untuk kesebelasan kami














Selesai maghrib , Rasiyuddin sekeluarga berangkat balik ke Taiping.

Kami memang beraya pertama di SP bersama jiran jiran terdekat, sebelum ke pusara Abah dan Emak Roziah. Di kampung Permatang Berangan dan Permatang Kedundung mengambil masa sehari untuk menghabiskan acara menziarahi sanak saudara. Adakalanya, saya pendekkan, untuk disambung pada hari raya yang ketiga atau keempat, sebab terlalu 'full'.

Selamat tinggal Ramadhan 1431 Hijrah


Latiff Hariri
0715 1 Syawal 1431/10 Sept 2010
Sungai Petani

Tuesday, 7 September 2010

Rambut Raya

Subuh Ahad ni, macam biasa, selesai subuh, kemas sekitar rumah. Bermula dengan menyembur racun rumpai disekeliling rumah dan sekitar Taman Tertai Indah ni, saya terus ke Pasar Tani bandar Sungai Petani. Masih terlalu awal untuk membeli , jadi hanya membaca surat khabar mingguan didalam kereta sambil melihat peniaga mula mengatur jualan kedalam khemah.

Bermula dengan ikan. Saya suka ke pasar tani, kerana ikan-ikannya segar. Kebanyakan ikan di bawa peraih sejauh dari Kuala Kedah dan Kuala Muda. Harganya agak berpaptutan jika mahu dibandingkan dengan pasar Taman Seri Kota, di Taiping. Pasar bandar Taiping , harganya ok, tetapi, kesegarannya agak tidak menentu.














Ikan menjadi pilihan di hari Raya kedua atau ketiga, kerana dah menjadi kebiasaan, rendangnya berdaging atau berayam, disetiap rumah yang kita kunjungi.

Saya gemar awal kesini, kerana dapat memilih yang terbaik,walaupun kena tunggu, kerna , ada peniaga yang belum tiba. Tidak menjadi masaalah bagi saya, ada gerai untuk saya berbual dan mengisi perut pada hari minggu selain Ramadhan.
















Menara Telekom ini, menjadi 'guide' sawaktu gempa Tsunami, ketika saya berbelanja tahun 2004 itu. Saya sangka hari itu saya hendak pitam, kerana keadaan beralun, bila perjhati ke menara, ternyata menara pun beralun seperti saya.

Gerai seterusnya menjadi tapak wajib lawatan saya - Gerai Daging dan Ayam.














Kali ini saya tambahkan sekilo setengah dari kebiasaan sambutan Syawal tahun tahun yang lalu. Daging 'batang pinang' 3 kilo, sementara 'rimau menangis' 2.5 kilo. Senang beli awal, tak payah berebut pada pagi Rabu, 29 Ramadhan nanti.

Ayam tetap kena beli, seperti biasa 4 ekor dipotong 16 potongan kecil setiap ekor.


***

Khutbah Jumaat 3 Ogos di Masjid kontroversi Kubang Buaya ternyata lesu. Khatib didatang khas rasanya dari Pejabat Agama Pulau Pinang. Orang muda, bersih airmukanya.

Isinya biasa, yalah, ikut teks. Dan hanya segelintir yang mengaminkan doa beliau, kira oklah dari masjid di Taiping tu. Juga disebut nama Baginda Yang DiPertuan Agong serta Gabenor Pulau Pinang ( doa untuk bekas ahli DK&S ni, kira ok kut?)

Isu perkauman Pengetua di Johor itu ternyata berjaya jugak mendapat simpati rakan rakan guru beliau di Utara ni. Rata rata menyatakan sokongan terhadap Pengetua terbabit, dengan menekankan anak anak bukan Melayu yang dot dot dot.

Tapi harus diingatkan, bahawa sistem pendidikan Negara ini dibawa oleh siapa?

Kesilapan sejak Medeka, membenarkan perlbagai aliran persekolahan untuk kesemua kaum. Walaupun niatnya baik, tapi, lihat hasilnya selepas 53 tahun, masih tebal perasaan perkauman bangsa.

Peperiksaaan PMR bakal dimansuhkan pada awal tahun 2012. Walaupun TPM hanya akan umumkan selepas Idil Fitri samaada PMR akan dikuburkan atau tidak. Keputusan sebenar telah menjadi buah mulut para guru guru setempat.

Itulah jadinya, bila politikus yang memperbaiki sistem pendidikan kita. Mereka tidak faham permasaalahan pendidikan, lebih memacamerbakan sahaja.

Waktu kita, yang gagal SRP, tidak dibenarkan naik Tingkatan, dan harus mengulang kelas. Tetapi, sekarang yang gagal pun layak belajar walaupun akan menyesakkan kelas serta membebankan guru guru dengan masaalah golongan lembab serta disiplin dari mereka ini.

Dan isu kenyataan perkauman ini disemarakkan lagi. Terkini, dari kakitangan PRDM pulak.

Kenapa ? Ya, dua jabatan terbesar ini memang menjadi intipan mereka, untuk menyemarakkan isu ini, supaya 'kita' terus menyokong mereka yang ternyata gagal mentadbirurus Negara dengan ikhlas dan Istiqomah .


###

Petang itu, kami akhiri dengan merayau sekitar bandar SP, dan mengemaskini rambut yang dah celaru ni.

Masa kenak kanak dan remaja di Taiping, Bazar Taiping menjadi tempat saya dan abang, serta adik adik, beratur di kedai gunting rambut. Selalunya , kami anak anak lelaki berlima atau berenam didalam kereta Morris Minor arwah Bapak ke bandar untuk meRayakan rambut kami.

Yang pasti , tiada fesyen, GI Joe atau macam rekrut yang dalam latihan, menjadi rambut raya kami setiap tahun. Ya lah, kami ramai, cara ini dapat menjimatkan poket arwah Bapak.














Syawal mendatang, seperti biasa , di Sungai Petani. Petangnya akan balik ke Taiping.
Syawal kedua ke Padang Rengas, Kuala Kangsar , Lenggong , dan jika sempat ke Ipoh.
Syawal ketiga, di Taiping , dan petangnya balik Sungai Petani.

Rumah saya terbuka pada Syawal Keempat dan kelima(Isnin Selasa) Saya mula bekerja pada Syawal keenam, dan akan mengadakan majlis rumah terbuka pada Khamis bersamaan 16 September bermula jam 12 hingga 12 malam.

Tidak semestinya harus datang pada tarikh tersebut, diSyawal yang lain pun boleh. Cuma istimewanya, rumah terbuka ni, menunya nasi arab berlaukkan kari daging , ikan masin dan sambal belacan. Kalau ada rezeki, ketam kulitl lembut menjadi juadah sampingan.

Selamat BerZakat Fitrah, berRamadhan dan Bersyawal dari saya sekeluarga.


Latiff Hariri
1917 050910
Sungai Petani

Monday, 6 September 2010

Dari blog Din Merican

The Liar IGP(rtd) Musa Hassan’s revolting interview with Utusan Malaysia

by Din Merican

Muslims are now in the last 4 nights of Ramadan. Usually at this time, they are more reflective–muhasabah diri– as they await Lailatul Qadr, the Night of Honour, a night better than a thousand months. It is the night when the angels descend on earth on God’s errand taking account of Man’s deeds throughout the last one year; the night when good men would seek atonement for mistakes of the past year. And it is the night when God would Forgive Man for all his sins and Bless him for the coming year.















With that being the mindset of most practicing Muslims, you would expect the son of an ulamak (actually just a guru mengaji) like Musa Hassan as the retiring IGP to show humility in his last official interview. You would expect to hear him apologise for any weakness during his tenure heading the Polis Diraja Malaysia (PDRM). You would expect contrite and reflection. But No! There was none of that. Instead his statements almost made me puke.

Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein has announced that Tan Sri Musa Hassan will retire as the Inspector-General of Police (IGP)














Yes! I almost puked after reading Musa Hassan’s interview with Utusan Malaysia with the caption “Saya rasa puas berkhidmat”. Both Musa Hassan and Utusan Malaysia were spinning yarns of lies of his achievements, as if Malaysians are ignorant idiots of what had happened to the country during his tenure as IGP.

Tunku Abdul Aziz’s article

To awaken both Musa Hassan and Utusan Malaysia from their fantasy, I would invite them to just read Tunku Abdul Aziz’s article “Putting Musa Hassan to Pasture Was An Act of God For Malaysia: Good Riddance!” Tunku Abdul Aziz’z article, which I posted on this blog earlier, could not have been more timely. It pre-empted the lies in the Utusan interview as if by Providence.

Former Vice-Chairman of Transparency International and Former special adviser on ethics to the United Nations secretary-general Tunku Abdul Aziz with Tan Sri Robert Phang and Tun Haniff.















The normally amiable, gentlemanly and kind-worded Tunku Abdul Aziz did not mince his words when he wrote that “ Musa should never have been appointed the nation’s top dog in the first place” and that “Musa had been denounced as an ‘Unreliable Witness’ by the Court in Sabah”.

Musa’s “sermon” on religion revolting

I was revolted to read of Musa’s “sermon” on religion as the foundation for his policing principles and beliefs. This was a man who had done the worst disservice to Islam and PDRM. If anyone wanted to learn about Islam or appreciate police work, they would immediately be turned off by him and the things he did.

Musa blamed the alternative media for the negative perception. In a nutshell, none of it was his fault.
















Let me just sum up the Utusan interview by saying that Musa blamed everyone else for all the problems that occurred in the country and for the high crime index. He blamed the Immigrations Department and the Customs Department for the crimes by foreigners. He blamed the Malaysian society for the domestic crimes. He blamed the alternative media for the negative perception. In a nutshell, none of it was his fault.

For the breakdown of command in PDRM, he blamed the Ministry of Home Affairs. He took a swipe at the former Deputy Minister, Dato’ Johari Baharom, who discovered his ties with the illegal money lending Ah Long syndicate. He took a swipe at Dato’ Ramli Yusuff for detaining his friend, the criminal Goh Cheng Poh. He also took a swipe at Minister Dato’ Seri Hishammuddin Hussein whom the public knew was against Musa’s attempt to get a third extension. This was what Musa said about Hishammuddin’s decision not to renew his contract: “Siapa nak offer kalau Menteri dah cakap kontrak saya ditamatkan?”

This was what Musa said about Hishammuddin’s decision not to renew his contract: “Siapa nak offer kalau Menteri dah cakap kontrak saya ditamatkan?”















But what I found most revolting was his sense of self grandeur when he said that he was a blessed person because he was born on 2nd Aidiladha and retires in Ramadan – “ Allah berkati saya, saya dilahirkan pada hari yang baik dan dan tamat perkhidmatan pada hari yang baik juga”. Come on Musa! Don’t you know that Malaysians, Muslims and non-Muslims alike, have been cursing you for the high crimes in this country? Don’t you know that they have been cursing ex-PM Abdullah Badawi for having extended your contract for two years in 2007? Malaysians are also cursing Pak Lah for his facade of religiosity whereas they now know that he too, like that “iconic’ bumiputra businessman Tajuddin Ramli, was all long plundering MAS.

ex-PM Abdullah Badawi for having extended Musa contract for two years in 2007















Don’t you know that Malaysians have been making prayers that Prime Minister Najib and Home Affairs Minister Hishammuddin would be given divine guidance not to renew your contract? Finally divine guidance has come and thus their prayers answered in the month of Ramadan and your contract is no longer renewed (By the way, Ramadan ends on 10th September, so your retirement on September 12 is not in Ramadan). That is why Tunku Abdul Aziz’z article refers to your retirement as an Act of God. So please do not flatter yourself about your birth and your retirement. As far as most Malaysians are concerned, it is GOOD RIDDANCE!

Recalling Roslan Dahlan’s humiliation in 2007

I am writing this piece with a degree of revulsion as my original intention was to write about Lailatul Qadr and its significance to Muslims. I wanted to write about it because I remember Lawyer Rosli Dahlan being very sad that in 2007, during the nights that he keeps Qiamul Lail (night prayers) to await Lailatul Qadr, he was instead arrested in the most brutal and humiliating way. He appeared to be very affected by the fact that he spent that night in a cramped damp cell making prayers beside a wc toilet hole. He appeared extremely sad, as if God was sending His angels to punish him. He appeared perplexed why all that had to befall him when he felt he had done nothing wrong. He kept wondering what is God’s message in all these.

Rosli Dahlan, 46( in 2007), a partner in an established law firm, claimed the timing to prosecute him on the eve of Hari Raya Aidilfitri, was calculated to humiliate him.




















I knew Rosli was deeply affected because when I approached him after Dato’ Ramli was acquitted and tried to assure him that all should be okay with his case; his answer was a poignant “ And my trial is again during malam Tiga Likur, during Lailatul Qadr!”. For the benefit of my non-Muslim readers, that means the last three nights of Ramadan.

I felt sad for Rosli that he should be questioning himself again and again as if that was divine retribution for some wrong which he did which he knew not . I tried calling him since yesterday but he would not answer my call. I am told that he did not want to be disturbed, that he i’tiqaf in the mosque as is the practice of good muslim men. I felt sad that a man much younger than I should feel such self guilt to want to seek redemption and atonement.

I wanted to tell Rosli that there is no atonement that he needs to do for this incident. This is not his fault. This is the fault of evil men. Evil men like Musa Hassan, Gani Patail and that faggot Kevin Morais. And men like his own class mate, Dato’ Nordin Hassan who was the MACC Director for Prosecution when Rosli was charged, and the current MACC Chief Commissioner, Dato’ Abu Kassim, for not daring to do the right thing by withdrawing the charge. I wanted to tell Rosli that he was just collateral damage for daring to do the right thing in defending Dato’ Ramli Yusuff during the onslaught by that Unholy Trinity .

A victim of the Unholy Trinity














I wanted to tell him that there is nothing for him to be ashamed of. In fact, his steadfastness and resoluteness in these times of adversities is what that defines him as an outstanding man and is much admired by ordinary Malaysians out there. I wanted tell him not to think too much and suffer guilt just because Dato’ Ramli Yusuff and Dato’ Yasin (Rtd Brig-Gen) have been acquitted. God willing, Rosli would be acquitted before Hari Raya Aidilfitri. And even if he is not, there would be a hikmah behind all that, for God works in mysterious ways.

Resumption of Lawyer Rosli’s Trial (September 6-8, 2010)

So when Rosli’s trial resumes tomorrow September 6 for three days to September 8, I want Rosli to know that all Malaysians are with me in praying for his release and full vindication. I want him to know that we believe in his innocence and that the truth will be known, unlike the lies spun by Musa Hassan in the Utusan Malaysia’s interview.

Malaysians are with me in praying for Rosli release and full vindication.










I believe that based on all the testimonies I heard from the stands in court over these months there is no basis for the Judge to convict Lawyer Rosli. I recall the lies of the key witness Kevin Morais under oath and the antics and dramatics of the lead DPP Zulkarnain Hassan. Acquittals of Dato Ramli Yusuff and Dato Yasin convinced me that Lawyer Rosli Dahlan will be acquitted without his defence being called, InshaAllah (God Willing).



Din Merican

Di muatnaik dari Din Merican: the Malaysian DJ Blogger .

Anda sepatutnya tahu, mengapa saya terlalu anti dgn PRDM, khususnya Musa Hasan, mengharamkan Utusan Malaysia dari bacaan keluarga saya sejak dari 1999.

Peguam Rosli Dahlan, tu lebih hebat dari Razak Musa yang bahasa Ingerisnya entah apa apa. Dia tercicir masa MCE, dimana ramai rakan rakannya masuk U dan keluar negera atas biasiswa, sedangkan beliau meneruskan Tingkatan 6 di SM King Edward. Beliau sebahagian dari Pengawas Sekolah dan Asrama yang mengamalkan budaya diktator dan membuli junior. Ramai junior yang ingat 'kerakusan' beliau . Saorang lagi, Pegawai Kanan Polis yang diberhentikan, atas kes kematian tahanan dalam lokap, tahun 80an, dimana mangsa dituduh memecah masuk Mayban Finance melaui terowong. Kini beliau Pengarah Penguatkuasa MBSA?

Semoga minda anda terbuka bila membaca artikel ini. Satu penulisan terbaik dari Din Merican.


Latiff Hariri
0745 060910
Sungai Petani

Sunday, 5 September 2010

Sabtu 21 dan Jumaat 27 Ogos 2010

Petang Sabtu 21 Ogos, asyik memikir, nak berbuka apa petang ni? Freezer peti sejuk pun dah kosong kerana minggu lalu ke Shah Alam, stock makanan tak ditambah.
Terfikir jugak, nak balik Taiping, tapi Izzuddin ada kelas tambahan dari 1130 hingga
1530. Hmm, apa nak buat ni?


Keputusan hanya dibuat selepas jam 330 ptg, dan kami berangkat jam 4ptg, dan berada di Taiping sejam kemudian.














Dari Simpang Empat, Taiping, mengarah ke kaki Bukit Larut.














Saya adalah pelanggan setia gerai ini sejak 1980 lagi. Mertabak ni favourite Allahyarham Pengetua MCKK masa tu, Cikgu Zainal, yang merupakan jiran Bapak di Bukit Kerajaan aka Bukit Residence.














Tak ada kerja, merayau ajelah di Taman Tasek ni.

Berbuka hari ini dengan Emak dan adik ketiga terakhir, Fadhil, yang juga pulang dari Pulau Pinang. Hanya kami berdua yang menetap di Utara ni. Malam tu menu ikan merah masak asam pedas .

Selesai Isyak, saya hanya melepak sambil membelek foto foto lama yang sudah terlerai dari album. Minta pinjam dari Emak untuk saya scankan di Sungai Petani.































Emak pun tumpang terkenang peristiwa 60an ni, gambar masih tersimpan baik.

Kami pulang ke SP selepas besahur, bertolak jam 0540 pagi, dan tiba di Tol Juru jam 0615 untuk Subuh.

Pagi Ahad tu, macam biasa, lepak di pasar sorang sorang.


Jumaat 27 Ogos

Fikir secara sepontan, kali terakhir berbasikal di Taiping ni masa Tingkatan 5 - 1981 . Tapi bila fikir fikir semula, hm.... masa belia umur 20 tahun pun saya masih berkayuh di Bandar Taiping ni. Dari rumah bujang saya di Simpang Empat - Taiping, adalah dalam 10km ke bandar. Itu jarak terjauh, tapi bukan setiap hari, ada waktunya, bila saya terasa mahu santai ke tempat kerja saya. Saya parkir basikal didalam kawasan pejabat, melalui pintu belakang. Tak fikir apa masa tu. Sebab memang tempat kita, dari umur 10 tahun dah berkayuhan di sini.

Sekembali dari Shah Alam hari tu, ada rakan gerek ni , dah perli. Asyik cerita orang orang tua aje, kisah orang muda tak ada ke?

" Hang nak cerita mcm mana? Aku pi jumpa cikgu cikgu aku, mestilah orang tua."

"Tak kan tak ada cerita basikal langsung?" Ujarnya lagi.

Dia perasan yang saya sudah kurang berbasikal. Alasan saya, bulan puasa, tak kan nak berkayuh jugak.

Jadi inilah kisahnya kayuhan dibulan Ramadhan ni, di Taiping.















Sudah dua minggu berturut turut saya berbuka puasa dengan Emak di Taiping. Paling tepat pada 21 dan 27 Ogos . Puas, sebab dapat berbuka dengan cendolnya, roti canai Bismillah nya, murtabak dan satay casual marketnya. Yang menarik , dapat berbasikal lagi sepanjang petang itu. Jalan sesak macam mana pun, saya tetap sampai dahulu dari yang berkereta

















Dibawah pohon bambu...














Ni tempat Sharifah Aini dan Broery berlagu Hapuslah Air Matamu tu. Selain tu , ada pasangan lain tak?













Nyaman petang ni













Nak cari ilham , elok sangat kat sini













Nyamannya beriadah di Taman Tasek














Ini rumahnya, yang sering juga saya kunjungi ditahun 1981, bersama Raja Anuar, Suhaimi, Badrul Hisham, Zairul, Subli dan ramai lagi. Rumah Nor Kamal Azmi .

Setiap kali pulang ke Taiping ni, selalunya saya yang aturkan menu untuk masakan Emak saya. Masakan fav saya, daging masak asam. Sedangkan Rasi yang baru tiba dari Shah Alam tu idamkan Ayam masak asam. Saya menang sebab, sudah tersedia sekilo lebih daging yang saya belikan dari Sungai Petani. Jadi Rasi simpan ajelah keinginan tu, kira sama juga, masak asam jugak.

Saya bawa balik daging jenis ;Harimau Menangis . Aik, pakar memasak tak tahu isitilah ni?
Tapi, pagi tu dipasar, ramai pembeli yang tertanya ,' batang pinang' mereka tahu, tapi 'rimau menangis' yang macam mana? Itupun setelah saya membeli dan mereka tertarik dengan ketulan lemak pada daging ini. Darah tinggi ni!

Ini adalah bahagian atas perut lembu, yang mana menjadi pilihan ketua harimau yang merasmikan mangsanya. Ketua harimau akan menderam disini, memberi amaran supaya yang lain jangan rapat, seakan akan menangis bunyinya. Orang Kedah sepatutnya tahu.


Menu malam tu, masak asam daging, sayur grg jawa, papedom, ikan masin, satay, kuih muih.
















Mewahnya......















Berbuka ni, lagi ramai berebut, lagi nikmat, masakan sedikit pun menjadi cukup sebab keberkatannya.

Itulah kisahnya dua senja Ramadhan di Taiping. Kali ini, jam 2130 , malam yang sama, kami berangkat pulang, kerana Sabtunya saya harus bekerja. Ok lah, nikmat dapat berbuka puasa dengan emak ni.

Raya ni jumpa di Taiping!!

Latiff Hariri
0502 05092010
Sungai Petani