Bee Gees

Monday, 14 May 2012

Tup Tup Dah Tumbuh

Sekembali dari percutian dari Bandung  pada Ahad 6 haribulan itu, seminggu kemudiannya, setepatnya hari Sabtu 12052012 , sebaik selasai Asar, saya bergerak ke kebun untuk melepaskan rindu kepada durian durian yang masih tak gugur ni.

Hm..., tebu dah mengeluarkankan tunasnya. Boleh buat duit raya dengan air tebu nanti.

Tup tup semua dah tumbuh dan tertanam rapi. Senang kerja saya macam ni.


Anak anak serai dan anak anak pisang berangan

Ok, puas hati dengan kerahan tenaga ini sepanjang percutian saya selama 6 hari di Bandung.

Ok, durian dari sebatang pokok ini sahaja melebihi 100 biji.

Tapi, tahun 2011 melebihi 400 biji durian terhasil , tahun ini kurang kerana ribut yang melandak dek kerana kami gondolkan hutan disekeliling dusun durian ini. 


Terpaksa kami lakukan demi menaikkan tanah ini dengan penanaman pisang dan sayur sayuran yang lain.

Ok, mesin rumput dah beli selain dari pam racun.

Nangka yang tiba tiba meriah buahnya

Melepasi bawah pokok durian ini , saya terhidukan sesuatu. Hm, macam bau durian ni, dah ada yang gugur ke?

Cari....., jangan tak  cari. Dari mana datang bau ini.

Petang Sabtu sah, sebiji 'buang busuk' dah gugur, ini petanda awal...tak lama lah ni.

Gembira!


Terus hubungi sanak saudara, serta rakan taulan untuk hadir sempena cuti penggal sekolah penghujung bulan Mei 2012.


Nasib baik PRU13 tak jadi, hehehe.

SUDI SUDIKAN LAH YE...

Latiff Hariri
2038 14052012
Sungai Petani

Sunday, 13 May 2012

Rindukan Teh Botol

Bergerak sekitar 345 petang meninggalkan Keramat.


Ternyata jalannya sesak, dan hujan mula membasahi kota Kuala Lumpur. Memasuki Jalan Ampang, terus menghala ke Jalan Sungai Besi. Hujan mula lebat dan saya terlepas terowong SMART gara gara kesesakan, akhirnya menggunakan laluan tol yang terus menghala ke Sepang itu. Saya pun tak pasti namanya lebuhraya Tol ini.


Tiba di Kota Warisan seperti yang dijanjikan , sekitar 430 petang. Adik saya yang 'brutal' itu sudah sedia menanti, dan kami berada di Terminal AirAsia ini sekitar 515 petang.


Dalam mengheret beg kami ini, terdengar nama saya dijeritkan sesaorang, mengalih ke kanan, saya terus disapa oleh Sobri, rakan dari Sungai Petani jugak

Sobri baru tiba dari Jogja.

Setelah selesai pemeriksaan, kami terus memasuki ruang menugggu, sekitar 605 petang, baru kami dibenarkan memasuki lapangan berlepas.

Duduk bebas kerana tidak penuh.

Tiada makanan yang kami pesan untuk penerbangan ini. Hati teruja untuk menjamah masakan di  tanah Jawa itu.

Mendarat sekitar 840 malam waktu Malaysia, di Indonesia baru 730 malam. Waktu Isyak dah lepas dah time ni di Bandung.

Bandara Husein SasteraNegara, Kota Bandung . Nama saorang pahlawan tentera.

Yes, teh botol ini yang bebudak dua orang ini rindukan. Tad ada ceweknya ....

Saya tidak tergesa gesa untuk mencari hotel, kerana pada saya malam masih muda, dan saya tak perlu terburu buru mencari teksi.


Pada awalnya, saya terfikir untuk terus ke stasiun KA untuk terus berangkat ke Jogja dengan keretapi malam.


Sebaik selesai meneguk teh botol ini, saya terus menuju ke lapangan teksi. Dan pengemudi teksi yang begitu ramah memberitahu bahawa sememang tiada keretapi malam untuk ke Jogja.


Tidak mengecewakan saya, saya terus meminta agar kami dihantar ke lokasi hotel yang berdekatan dengan Stasiun Keretapi supaya mudah untuk saya membuat apa jua keputusan untuk keesokkan paginya.


Hm , saya rasa sudah lebih 5 tahun saya tidak menjejaki Kota Bandung ini. Pertamakali menjejakkan kaki bersama abang saya Rahman, yang bertugas untuk memberi kuliah kepada kakitangan teknikal Pertamina. Itupun, kami menaiki keretapi dari Jakarta.


Kali keduapun dengan menaiki keretapi bersama keluarga dan emak. Bila bersama keluarga ini, saya lebih mudah menyewa kereta seharian , jadi tiada ingatan tentang hotel2 di tengah Kota Bandung, kerana kami lebih gemar menyewa kamar hotel dilereng lerang gunung itu.

Rumah Makan Sunda - Ampera.

Pada awalnya, pengemudi taksi mencadangkan lokasi di Serena Hotel, tetapi, biasalah, taksi ada strategi tersendiri, terus dibawa kelokasi persekitaran Hotel Serena itu.


Kami dicadangkan untuk menginap Hotel Unik. Kira dekatlah jugak dengan Stasiun KA itu.


Sejak dah berkaki internet ni, soalan yang sering saya tanya kepada penyambut tetamu hotel ialah, "Wifinya ada?"


Kalau di Malaysia kita sebut Waifai, tapi di Indonesia bahasa baku wifi dugunakan.


Boleh dikatakan kesemus hotel persekitaran Stasiun ini ada menyediakan Wifi, tetapi sekadar di lobi sahalah.


Tak mahu mengalah dengan maya, kami memilih kamar yang bersebelahan dengan lobi supaya mudah kami berhubung dengan maya langsung didalam bilik ini.


Saya gemar takua, ayam gereng dan sayur sayuran sahaja bila menjamah masakan Jawa ini.

Kesemuanya masih mentah, hanya perlu pilih dan kebanyakannya hanya perlu digoreng sahaja.

Saya tahu adik adik saya ini kurang puas menjamah masakan Sunda ini, kerana tiada kuah kuahnya, sekadar goreng gorengan, serta tempenya.


Yang menyelerakan ulam sayur serta sambalnya. Fuh! Meleleh...., air hidung.hehehe


Selain dari mencari lokasi dan harga hotel yang bersesuaian, seperkara yang penting ialah dengan menukar simkad hangphone supaya mudah dan jimat belanja bila berhubung keluarga di Malaysia. Memang jimat banyak dari menggunakan khidmat roaming!


Anda hanya perlu ingat nombor nombor talian keluarga dan rakan rapat sahaja, kalau tidak agak susah asyik tukar simkad untuk mencatit nombor nomber didalam simkad Malaysia itu.

Pilih yang mana korang suka. Kami selalunya tanya, line apa yang murah sms, atau murah panggilan ke luar Indonesia.

Dalam tak sedap makan tu pun, nasi tetap bertambah.

 
View Larger Map

Ini pusatnya Kota Bandung. Hotel yang menjadi pilihan kami dipersekitaran Stasiun KA Bandung. Harga Teksi dari lapangan terbang hanya Rp20,000.00 , sekitar RM7.50 . Sekadar 15 minit. Lokasi lapangan terbang diatas kiri anda

Jalan Acheh, hanya sekitar 15 minit berjalan dari Hotel, disini tempatnya kami mencari sepatu untuk TNI itu. Berkenan jugak tengok potongan kasut tentera ini, harga sekitar RM175.00 siap ditulis nama lagi.

Pasar Baru sekitar 10 minit berjalan kaki dari Stasiun KA. Pada saya ini lokasi terbaik untuk yang kaki shopping berlepak, kerana hampir sangat sangat dengan Pasar Baru itu.

Rata rata harga kamar bermula dari Rp320,000.00 keatas, kira hotel yang 2 melatilah, atau tiada bintang. Ada hotel yang tiada melatinya, sekitar RP150,000.00, tapi kurang sesuai untuk yang berkeluarga kerana keadaan yang agak dot dot dot.

Tapi sesuai untuk yang backpackers dan kaki shopping!

Kalau RM52.00 duk dua orang, jimat sangat lah! Tapi kami bertiga, kenalah yang harga berpatutan dengan keselesaannya. kami ambil yang harga RM140.00 satu malam. Sarapan untuk tiga orang disediakan.

Malam ini kami tiada pilihan, saya terus memesan untuk dua malam di Hotel Unik, kerana malam ketiganya, kamar ini telah dipesan oleh tetamu lain.

Saya harus mencari Hotel dilokasi lain, untuk mempelbagaikan pilihan kami dimasa akan datang.

Latiff Hariri
0848 13052012
Sungai Petani


Saturday, 12 May 2012

Makan Tengahari Hari Buruh

Pagi 1 Mei ini kami bertiga bergerak meninggalkan Teratai Inn-dah sekitar 930 pagi. 


Pejalanan lancar, tiada kesesakan mahupun kemalangan.


Kira kira 2 jam sebelum tiba ke Kuala Lumpur, saya menghubungi kedua dua rakan yang agak rapat dengan saya ini, saorang sedang bekerja, sedang yang saorang lagi tidak membalas pesanan ringkas saya ini.


Saya bolehlah mengagak kenapa pesanan ringkas ini tidak berbalas.


Sebaik melepasi Rawang, baru terima jawapannya. 


Maknanya dapatlah makan terngahari bersama, walaupun sudah melepasi pukul 2 petang.


Senang aje mencari daerahnya Kuala Lumpur ini, sebab lokasi ini tempat kayuhan basikal saya sekitar cuti penggal sekolah saya, pada usia 13 hingga 15 tahun dahulu.


Tingkat 20 , bersama student UKM ni.

Makan tengahari yang simple simple aje buat lapik perut.

Waktu ini pun tuan rumah belum tahu kemana arah tujuan saya untuk cuti 1 Mei ini..

Bilik student, patutlah pun senang nak belajar.

Dah tua tu ni baru berkawan rapat, tak kenal pun masa sekolah rendah dahulu....

Tapi kan, saya terfikir jugak , mungkin kita tidak mengenali sesama kita pada tahun 60an hingga 70an, tapi, kemungkinan ayah dan bapak kita saling mengenali, tidak mustahil. Setahu saya bapak saya banyak memasuki kampung sekitar Lenggong untuk urusan membantu warga yang memerlukan kepakaran bapak menyukat/mengukur tanah serta mendapatkan geran tanah ketika itu. 


Sihat.......hanya perlu baca buku dan hadiri kuliah.

Terima Kasih Awie atas layanan dan makan tengahari bersama. Kami harus bergerak segera untuk ke Kota Warisan bertemu adik saya pulak.

Latiff Hariri
1248 12052012
Sungai Petani

Friday, 11 May 2012

Ayat Ayat Power Prof

Sebahagian ayat ayat power ini saya petikan dari laman Malaysiakini.


Kat Malaysia ini ramai profesor, tapi prof kangkung lagi ramai.

"Mereka hendak mengejar orang lain, tapi bila mereka gagal, mereke terus cekup saya, hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?"


"Tetapi yang lucunya, apabila saya tinggikan suara dan tanya undang undang apa yang mereka gunakan, anggota polis tersipu sipu dan dan cepat cepat beredar. Inilah gelagat polis polis berpangkat rendah yang mulanya tunjuk garang dan samseng, sedangkan pegawai pegawai mereka duduk jauh."

(Betul komen saya, majoriti polis berpangkat rendah tidak berilmu dan hanya membabi buta mengikut arahan bos!)

"Tahanan ini akan dibawa melalui anggota polis berpangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu. Ada juga yang mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu."


"Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan gerombolan(Korang baca ya, sedia ditahan, bukan merusuh ketika ditahan) bersama kami diseret kedalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu." "Apa yang kelihatan , apabila Unit Amal itu diseret kembali kedalam kumpulan kami, beliau lembik: mungkin telah dipukul oleh anggota anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu".


Dan mereka tahu pulak dengan siapa mereka berbicara bila tersedar aksi ganas mereka dalam perhatian Proferor.

"Pegawai pun tak berani duduk dekat OKT sebab ada OKT yang tanya dalam bahasa Inggeris. Lucu. Masa di DBKL saorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai dikalangan OKT yang memanggil saya 'profesor' ".

(Inilah taraf didikan rendah baik ilmu dunia , apakan lagi ilmu Akhirat , yang ada dikalangan anggota berpangkat rendah. takat gempak orang awam, pukul orang ramai mereka berani, bertembung dengan orang berkelulusan akedemik tinggi, mereka jadi bodoh!)

" Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman, Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai pegawai lain yang mengiringi . Berdesup desup mereka tabik dan hentak kaki.Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa."

(Kan aku dah kata dulu, jangan hentak kaki kat Bumi Allah! Kita akan jadi angkuh!)

"Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas adalah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas adalah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab."


(Saya amat setuju dengan statement ini, mungkin sebab majoriti hadirin Bersih 3.0 ini orang Melayu, jadi polih Melayu ramai tunjuk samseng, dan pengalaman saya sendiri yang mahu ditangkap anjing anjing ini, polis India pun boleh dikategorikan samseng jugak. Saya cam dan ingat saorang budak india (saya sebut budak) yang lebih kuah dari mee menyuruh polih Melayu menangkap saya, saya tetap ingat muka hamlau budak india ni, pasal engkau tak ada tag nama di 'leher' kau!!)

(Sudahlah polis polis semua, sebenarnya rakyat dah jelak dengan keangkuhan kamu. Kamu berlagak samseng sesama umat Muhammad dek kerana kamu bergerombolan dan bersenjata. Cuba fikirkan , apa salahnya kami berkumpul, dan tiada provokasi dari kamu. Pasti kesemuanya aman, seperti perhimpunan Bersih 3.0 di bandar bandar lain di seluruh Malaysia ini.)


(Kami tetap menuntut hak kami warga yang ditipu disetiap PRU itu.)


(Senjata yang ada cuma doa . Ingat! Doa yang terdekat disisinya adalah dari orang orang yang terinaya. Dengan inzinnya, bila pemerintah yang zalim ini tumbang, kamu sebagai polis yang korup dan mendera rakyat, pasti tidak akan kami lepaskan.)


salah sorang contoh SB yang cengei! Ada sesiapa yang kenal hamlau ni?


Anda yang memukul pasti disambung kerja bersama unit baru didalam ladang NFC itu, sebagai pengembala lembu mengikut pangkat korang jugak, jangan risau.


Tak akan ada kes buang kerja sebab kelayakan korang memang setakat itu sahaja.

Latiff Hariri
0558 10052012
Sungai Petani


Thursday, 10 May 2012

Sejarah Perjuangan Guru Melayu Kedah - 2

Perhimpunan kali ketiga pula berlangsung pada 30 Mei 1946 yang disertai kira-kira 10,000 orang. Perhimpunan ini antara lain untuk menunjukkan perpaduan masyarakat Melayu kepada Captain Gammans, Lt. Col. Rees William iaitu seorang ahli Parlimen dari Parti Buruh Britain serta Sir Theodore Adam. Mereka ini datang ke Kedah diiringi Dato Onn Jaafar. Dalam domenstrasi kali ini, Dato Onn dirayu membuat ucapan-ucapan bermula di bumbung Lima (Seberang Perai), Guar Cempedak, Sungai Petani dan di Padang Lumat.


Menurut laporan akhbar Warta Negara, pejabat dan sekolah agak lengang kerana mereka mula berkumpul di Padang Court bagi menunjukkan kekuatan dan perpaduan menentang Malayan Union. Pelajar-pelajar Melayu disekitar Alor Setar keluar beramai-ramai bersama guru-guru menuju ke padang itu sambil menyanyi dengan penuh semangat lagu yang dicipta oleh seorang guru agama tersohor Kedah, Hj. Abdul Rahman Merbok. Pemimpin-pemimpin Melayu yang turut serta dalam perhimpunan tersebut ialah Senu Abdul Rahman, Ibrahim Endut, Mohd. Khir Johari, Tunku Abdul Rahman, Hj. Hussein Che Dol dan beberapa orang wakil kaum ibu termasuk Che Kamaliah dan seorang guru wanita, Balkis Hj. Abdullah.


Ada dalam kalangan mereka ini turut berucap bagi meniup semangat perjuangan dan seterusnya menyerah memorandum bantahan kepada Captain Gammans dan Lt. Col. Williams. Senu memberi ucapan yang menekankan;


 “Kita bukanlah membantah Malayan Union, tetapi kita bantah ialah triti-triti haram MacMichael itu. Apa yang kita mahu ialah dikembalikan kedaulatan kita. Kalau British berkeras juga bawalah atomik bom dan hempaslah di atas Tanah Melayu itu supaya punah sekelian umat Melayu supaya tidaklah akan diceritai lagi oleh anak cucu kita di belakang hari kelak.”


Akhirnya, pada 2 Jun 1946, Sir Malcholm MacDonald dan Sir Edward Gent memberitahu Persidangan Raja-raja Melayu bahawa kerajaan British bersetuju menimbang semula syor-syor raja-raja dan seterusnya UMNO merancang menggubal perlembagaan baru bagi Tanah Melayu. Menjelang 25 Julai 1946, sebuah jawatan kuasa dibentuk yang diketuai oleh Dato Onn Jaafar. Beliau dipertanggungjawabkan menggubal perlembagaan baru.


Seterusnya pada 1 Februari 1948, Federation of Malaya atau Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah diisytiharkan menggantikan Malayan Union. Penting dan Genting. 




-UmiFathimah-
Kedah Darul Aman

Wednesday, 9 May 2012

Wira Wira Hariri - 1

Cucu Tunggal Pada Hari Ini Hadiri Bersih 3.0


Aksi ini dirakam dari lensa Rahman untuk ingatan Keluarga. Saya masih boleh memantau Izzuddin dari sini. 

Bahawasanya, anak saya yang belum mencecah usia 16 tahun ini, sudah saya kerahkan untuk merakam aksi aksi kekejaman Polis terhadap Rakyat Malaysia, khasnya yang membenci rasuah dan tipu daya untuk memiliki kekayaan Negara ini.


Apakah saya tidak berasa bersalah?


Tiada rasa bersaalaaaaaah!


Bila saya berjaya melepasi usia 48 tahun dalam masa beberapa bulan lagi, maknanya ini adalah usia bonus saya. Kerana, bila terkenangkan Bapak yang hanya berjaya melepasi angka 48 seketika, sebelum dijemput Ilahi , saya terasa jua, bila bila dari saat ini, saya pun pasti akan dijemputNya.


Mengapa sekarang? Mengapa tidak pada 1998? 


Sekurangnya saya sudah lakukan sesuatu untuk anak anak saya teruskan perjuangan supaya Negara ini berdiri megah sebagai sebuah Negara Islam, walaupun tidak sepenuhnya, dan bukan lagi puak puak perasuah, pemfitnah, pembunuh,  menerajui negara ini.


Bila Polis Apco memulakan aksi zalim dan kejam mereka terhadap hadirin Bersih 3.0 , dan saya terpisah dengan anak teruna saya ini, saya hanya berserah kepadaNya. Kerana kalau diikutkan, lebih ramai anak anak kecil yang turut tersiksa dengan kekejaman polis apco ini, apalah sangat kepada anak yang baru mencecah usia 16 tahun itu!

Korang tengok, walaupun terpisah dari saya, Izzuddin teruskan kerja merakam lagak sombong polis apco ini.

Semuanya ini dirakam beliau , sebaik mata dan hidung beliau pulih dari terkena semburan bahan kimia dari polis yang zalim itu.


Ini gambar rakaman terdekat yang berjaya Izzuddin susuri bersama jurukamera yang lebih dewasa darinya.

Pesanan dari pakcik pakcik beliau yang brutal itu, bila terdesak terhidu gas jahat itu, engkau rampas aje air dari orang ramai yang berlari disisi engkau tu!


Dan Izzuddin lakukan sepertimana diajar pakcik pakcik beliau dengan merampas sebotol air dari kakak yang berlari bersama. Tak kena marah pun, sebab semua saling memahami.


Sedangkan air dan garam berada didalam poket dan beg saya!

Beliau sempat berbual dengan saorang dua jurukamera media serta polis polis yang masih berhati perut itu. Ada polis yang meminta beliau beredar dari mendekati gerombolan polis yang sedang naik sheh.


Aksi ini dirakam beliau selepas beliau sendiri merasai betapa peritnya hidung , kerongkong, kulit dan mata bila terkena asap dari peluru kejam polis itu, tapi ianya tidak mematahkan semangat beliau untuk terus merakam aksi.


Abah dah rasa pedihnya gas laknatullah ini bermula dari 1998 didalam Masjid Negara selepas solat Jumaat, dan kini 2012 merasainya bersama anak teruna abah!

Kesemua foto ini adalah ory milik MediaMaya hasil kerja Izzuddin Janaton


Kalau Izzuddin terasa seksanya , bayangkan adik adik ini, dan ramai lagi adik adik lain yang turut terkena racun prdm itu!


Dari lensa Adik bongsu lelaki pulak - MGH. 


THE GOOD, THE BAD AND THE UGLY


Foto foto dia ni lebih pro lah dari foto Izzuddin.

a man wearing a mask with a sea of bersih 3.0 supporters near the Dataran Merdeka. Thousands gather near the Dataran Merdeka, calling the goverment for a fair and clean election.

A message sent by the supporters of Bersih 3.0 regarding the brutality in handling the people whom they calimed were beaten in the Bersih 2.0

Azmin Ali, an elected member of parliament of Gombak constituency , addressing the crowd 

the arrival of Mr Karpal Singh, a lawyer by profession, and is an elected Member of Parliament himself, showing support for Bersih 3.0

The mighty police force showcasing their strenght by lining up all the personnel-on-duty together with their water canon trucks just infront of the Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
 
The protesters first managed to break through the barricade to get thru the Dataran Merdeka, exactly at 3pm. Everyone was very happy as though many of them thought the police has finally let them thru to Dataran Merdeka.  After all, its just a padang kan?

Bersih 3.0 supporters could not handled the extreme feeling in the eyes tha tcausing them to cry and difficulty in breathing, trying to soothe the pain with water.

and another set of tear gas shot to disperse the protesters

and even the Iron Man cannot tahan the tear gas

Some of the Bersih 3.0 supporters performing Asar prayers in a premises somewhere in KL

Some of the Bersih 3.0 supporters and photographers on top of the tree trying to get the best of a view .

one of the demonstrator injured during the clash with police force.

Bersih 3.0 supporters recording the image of bullets found right after the clash with the police force. It is believed that the unused bullets had been fallen from one of the police personnel during the clash.

A protester almost fell into yhe big gap between buildings but was saved by the fellow protesters, during one of the biggest protest ever held in this country

A protester jump to run away from the tear gas that was shot into the area somewhere near the CIMB bank near Sogo, somewhere in Kuala Lumpur.


This is the incident happened right infront  of the Sogo shopping complex. in which i missed it by few seconds

It is believed that the crowd is trying to uplift the car as the intention was making sure there were no people under the car.

The police officer had been attacked by the mob right after the incident of the police car rammed  into the Bersih 3.0 supporters. It is belived that the people has ran into amok after learning the police had intentionally rammed into them. And this officer has been an easy target for the people to exact revenge over the incident, in which i never supports the idea. Seen here the policeman took house his pistol and everyone who attacked him just ran away. At this point of time, i just pray the The Mighty God that he wont pull the trigger

Bersih 3.0 still in festive mood, even after the organiser has long declared the event a success, but some of the defiant protesters remain in the strees of KL

Another agent provocateur with a baton in his hand, ready to bantai the protester

Agent provocateur? 
This guy is a police officer holding the 'getah' to bantai the people. i took this photo with my camera down, but many photograpers werent lucky enough to take this photo, as he will harrassed you and delete the photos, or worse, they will smash the camera. Standard-Operating-Procedure as being said by our Home Minister

the police drives in high speed near the Masjid Jamek area. another act of provokasi to me

the police vehicle after the high speed drive. i spotted a hole at one of the window scree n of the vehicle.

the police-in-pursuit of the protesters, it was just gila, memang gilaaaa

my last photo of the police chase, as some of the policemen noticed me taking photos of them, and they started to barge into the restaurant harassing me for the camera.memang gila punya polis.

Well, enjoying my dinner with some of my new friends i met, who came along the way from Penang. covering my black tshirt with my bag as it was full with sweat stains, as a resutl of excessive in sweating. memang gila punya berlari hari itu.hahaha

Ini antara dua darjat rakyat yang menentang kezaliman, yang dilayan seperti penjenayah. 


Saya , sampai bila bila pun, tetap akan pandang sebelah mata kepada kesemua polis di Malaysia ini, terutamanya yang mengamal 'pau' duit orang dan membelasah rakyat sesuka hati.


Masih ramai rakan rakan Polis saya yang berdisiplin dan berpegang teguh kepada Agama Allah, tetapi, saya berani katakan terlalu sedikit, tak sampai 20 peratus pun.


Saya ada menerima komen dari rakan rakan polis yang mengakui kekurangan ajar rakan anggota polis mereka, dan mereka sendiri akui kehuduhan puak puak yang tidak mengerjakan Solat didalam pasukan mereka.


Salam Hormat saya tujukan kepada rakan rakan Polis saya, yang memehak kepada saya, walaupun tulisan saya ini terpaksa saya 'kurang ajarkan' supaya mesej sampai ketahap maksima untuk polis polis anjing di Malaysia ini.

Latiff Hariri
1828 07052012
Sungai Petani