Bee Gees

Tuesday, 17 December 2013

Padang-Lembah Anai-Padang Panjang-Bukit Tinggi

Saya tidur tidur ayam. Ketidakselesaan penghawa dingin sudah saya lupakan. Boleh dikatakan kesemua tetamu Coaster ini lena. Saya masih mengikuti perkembangan Supir yang memandu terlalu berhati hati, mungkin juga 'pick-up' Coaster ini tiada, kerana setiap kali mendaki, Supir terpaksa menggunakan Gear 1!

Jam sudah menunjukkan pukul 4 petang, bila saya mula perasan jalan persekitaran yang mula meluas...., bermakna sudah mula menghampiri Lembah Anai. Saya mula berkata kata untuk mendapat perhatian kesemua tetamu didalam bas, dengan meminta mereka melihat pemandangan indah kiri dan kanan bas. Ternyata, medapat perhatian, kecuali anak anak yang masih lena.

Semua baru bangun tidur....
dalam gerimis.

Sebaik selesai membayar tiket untuk memasuki Lokasi Pelancungan ini, kami terus memanjat gunung kecil bersebelahan untuk menikamati keindahan alam dari sudut yang lebih tajam dan dekat.

Semua gembira dan terpegun!

Ini Air Mancur Lembah Anai.

Perjalanan ke Bukit Tinggi wajib melepasi laluan ini, kecuali anda bercadang menggunakan laluan yang lebih jauh dari yang ini.

Jambatan keretapi, laluan kenderaan dibawah, serta air terjun disisi membuat suasana disini begitu nyaman dan syahdu sekali.


Kami berada disini sekitar 30 minit sahaja, kerana perjalanan masih jauh . Saya jangkakan sekiranya tiada halangan atau hentian dimana mana sebalum memasuki bandar Bukti Tinggi, ada lagi satu setengah jam untuk tiba ke destinasi.

Sebaik keluar dari lokasi air terjun ini, tetamu semua sempat membeli jajan dan air mineral untuk alas perut. Sebenarnya, Ad sudah sediakan air mineral yang cukup untuk setiap tamu. Tetapi, biasalah, nak mencuba air berperisa, serta nak belajar guna uang rupiah. 

Mereka pertamakali berbelanja dengan Rupiah disini.

Bas bergerak perlahan mendaki, dan kami tiba di hentian wajib setiap kali, pertama kali sampai dari Padang ini.

Rumah Makan Pak Datuk.

Saya tahu semua dah lapar, saja saya dan Ad taha perut mereka!

Malangnya bateri handphone saya ini semakin susut tenaganya, jadi suasana didalam Rumah Makan Pak Datuk ini tidak terakam , dan saya tidak sempat untuk memuatnaik foto foto dari kamera Compact anak saya. 

Ini pertamakali mereka mencuba masakan orang Minang dan ternyata kesemua tetamu memuji keenakkannya. Saya cuba mengajar mereka menjamah Gulai Lemak Otak, hanya Faridah dan Abang Man yang mahu mencuba.

Selesaikan Solat Jamak di RM Pak Datuk, dan bas bergerak semula mendaki ke Bukit Tinggi.

Sebelum tiba , kami sempat berhenti seketika untuk mencuba kuih asli Bukit Tinggi, Bingka Neraka! Disisinya pula ada Butik Pakaian, jadi tercapailah citi cit tetamu yang tak sabar sabar mahu berbelanja.

Tiba Bukit Tinggi sekitar Isyak, iaitu sekitar 745 malam . Saya segerakan urusan cek-in. Kesemua kami  dapat kamar dilantai Satu berdekatan. Abang Man sebilik dengan anak isterinya, Aspah dua bilik, isteri dan anak saya, serta saya dan Siraj.

Biliknya ok, tiada kemewahan .
.
Menara Jam 840 malam.

Sebenarnya mereka mahu berbelanja. Tetapi sebaik memasuki perkarangan Jam gadang ini, saya dapati kemeriahan tidak sepertimana 2 tahun yang lalu iaitu pada tahun 2011. Agak sepi dari peniaga jalanan. Jadi kami hanya cuci cuci mata aje lah.

Anak anak ini dah terpandang sesuatu yang unik didepan mata mereka, lalu, tak banyak soal, saya tempahkan 3 kereta kuda untuk tunggangan mereka kecuali saya dan anak isteri saya sebab kami dah biasa menaikinya. Faridah tidak mengikuti kami malam ini kerana terlalu keletihan..

Budak budak yang terlalu teruja untuk manaiki Bendi.

Keliling Kota Bukit Tinggi, harganya Rp50,000 

Sementara menanti mereka, kami merayau cuci mata lagi.

Kami tidak betul betul belanja malam ini. Lebih kepada mencuci mata. Memasuki konpleks membeli belah besebelahanpun, kami kelewatan. Banyak toko toko yang mula tutup perniagaannya kerana jam sudah melepasi 9 malam.

Saya cuba mencari Rumah Makan berdekatan Hotel Ambun Suri, ternyata sudah tutup semuanya. Jadi, tiadalah kami makan malam ini. Saya harap tiada yang kelaparan, kerana makan tengahari yang lewat di Rumah Makan Pak Datok tadi pun, perut saya masih terasa kekenyangannya.

Tapi , budak budak remaja ni saaya tak tahulah. Sebab saya pun pernah remaja, memang selera tengah kuat.

Lena sekitar pukul 11 malam. Esoknya Siraj memberi komen tetang tidur saya, nak kata apa, memang teramat letih dan tak cukup tidur pun.

Latiff Hariri
1828 17122013
Sungai Petani

Sunday, 15 December 2013

Bandara Minangkabau-Siteba-Malin Kundang-Pantai Padang

Borang kemasukan ke Indonesia telah kami isi. Muda kerana kami duduk dua barisan dan saya hanya memperbetul apa yang salah didalam borang borang tersebut.

Pesawat berlegar dua kali di lautan Hindi kerana belum mendapat kebenaran untuk mendarat, jadi dapatlah melihat keindahan Kota Padang serta pantai/pulau pulau berdekatannya.

Berautur panjang untuk dilayan Imigrasi. Saya lepaskan diri saya dahulu, sedangkan kedua dua belas tetamu beratur mengikut susunan. Saya sudah terhidu akan ketidakmesraan Pegawai Imigrasi, baik untuk Pelawat mahupun untuk warga Indonesia. 

Saya mengucapka, Selamat Siang, kepada beliau sambil menghulurkan pasport serta dokumen perjalan.

"8 orang Pak?" Tanya beliau. saya mengangguk sambil mengalihkan muka melihat rombongan yang saya bawa berdiri belakang saya.

"Ya, pak, kami pulang ke Kampung di Palupuah, Bukit Tinggi, semua ini anak anak dan keluarga saya"
Saya bermuka muka bila menjawab, tak mahu menimbulakn masaalah.

Ternyata saya berjaya!

Kesemua rombongan saya dicop pasportnya begitu pantas. Sedangkan, saya sudah perhati 3 aatau 4 warga dihadapan saya yang dipersoal begitu teruk sekali seolah olah tetamu yang memasuki Bandara ini memberi masaalh kepada Imigrasi!

Yang seronoknya Siraj, dipaksa membuka begnya oleh pehak Kastam Indonesia. 

Waktu ketibaan kami ikut waktu Malaysia 9.00 pagi, tetapi jam Indonesia lewat sejam dari kita, jadi kami betul betul keluar dari  Bandara ini sekitar 830 pagi. 

Ad dah tersengih dihadapan lobi, eheh.


Kesilapan yang disengajakan supaya rakan rakan seangkatan Ad menyangka yang Ad dapat tetamu Bule.

Bule? Ya, Bule. Mat Saleh.

Sebaik keluar dari lobi pemeriksaan, saya dah perasan kesemua tamu yang saya bawa ini sudah mula tersenyum lebar, kerana berjaya melapasi halangan ....... 

Bukanlah halangan besar, cuma saya tak suka dengan cara Imigrasi melayan orang luar, itu aje. Tapi, cara mereka melayan warga Indonesia pun sama jugak, tak mesra alam.

Semua dah mula nak senyum

Terus menapak ke bas yang menunggu. Gerimis pagi ini. Sama seperti di LCCT tadi.
Saya udah aturkan bersama Ad akan apa rancangannya untuk hari pertama ini. Cuma, risaukan hujan atau banjir , kerana ia bakal menggagalkan rancangan saya untuk seketika di Kota Padang ini.

Saya wajib habiskan rancangan ini kerana di hari akhir nanti, tiada kesempatan waktu lagi.

Melangkah laju meningalkan Bandara.

Bas kami warna Oren, tapi hari tu yang Ad warwarkan warna merah? Rupanya, tersilap percaturan, jadi diganti yang lain. Tengok keadaan bas ini, selesa sungguh.


Ya, semua gembira bila menaiki Coaster ini, kerana, cukup cukup 13 orang.

Sambil Coaster ini bergerak perlahan menuju Kota Padang, saya terus menghubungi adik saya di Des itu di Siteba. Beliau sudah menanti, dan diberi arahan kepada Ad supaya mudah perjalanan kami nanti.

Sekitar 950 pagi kami udah di persekitaran rumah Kak Yus.

Siteba - pekan kecil di pinggir Kota Padang.

Saya dah beritahu Des, sekadar teh/kopi kosong sudah memadai, (sebenarnya saya tahu itu semua acahan saya aje) sebenarnya seperiuk nasi serta lauk pauknya sudah tersedia menanti kami di rumah Kak Yus!


Kak Yus bersama cucunya, anak Des yang keempat. 

Oklah, teh 'O' dan dua jenis kek. Saya rasa lega, kerana permintaan saya ditunaikan Kak Yus, tapi....

Laju mereka menerpa ke dapur bila Kak Yus mula membuka isi meja makan beliau!!

Saya tak boleh nak kata apa dah, memang kami semua lapar pun.

Nasi putih , rendang daging yang teramat enak resepi Padang, Ayam Goreng Bumbu, sambal berlado dan Gado Gado.

Part makan ni, kalau Chef Abang Man dan faridah pun dah puji akan keenakan masakan Kak Yus anak beranak ini, saya tak nak kata apa lah.

Ini sebagai permulaan mereka menjamah air tangan orang orang Minang asli di Sumatera Barat ni, kau tunggulah nanti.

Tengok, semua tak kalih dah, laju je.

Saya amat bersyukur dengan kenikamatan ini. Persahabat yang kecil saya mulakan dengan Kak Yus kira kira 14 tahun lalu, kini membesar dengan hampir kesemua yang mengikuti saya , pasti akan mengenali siapa Kak Yus.

Kami berada di rumah Kak Yus untuk 45 minit, saya yang terasa tergesa gesa mahu bergerak, sedangkan Kak Yus masih mahu bersembang dengan kami.

Sebenarnya saya risaukan cuaca yang tidak menentu. Sekarang ini musim hujan, perjalanan yang mudah akan tergendale dek hujan lebat nanti. Silap silap rencana untuk ke Pantai Air Maneh pun terpaksa saya batalkan. Sebabnya jalan curam berlerengkan Bukit Padang untuk sampai ke tujuan.

Kami bergerak sekitar1040 pagi agaknya, setelah memberi satu posing beramai ramai dihadapan rumah Kak Yus.


Komen mereka yang pertama kali ke rumah Kak Yus, "saolah olah berada di rumah keluarga sendiri", "         "sedap rendang Kak Yus." . " Kak Yus tu keluarga Latiff juga ke?"

Saya dah jawab semuanya melalui penulisan ini dan yang terdahulu.

Perjalanan agak perlahan dek kerana jalanraya yang agak sesak. Walaupun begitu, Abang Man amat mengagumi kesopanan setiap pemandu kenderaan di Kota padang ini. Amat tertib walaupun tersangkut lama dijalan raya.

Memasuki Pantai Air maneh ini pun saya kira sekitar 11 30 pagi, keadaan mula memanas. Padang ni bagi saya, seoalah olah berada di Pulau Langkawi. Kita tak boleh pakai baju yang tebal, kerana akan memudahkan badan berpeluh . Aircond Coaster ini pun gagal berfungsi dengan baik.

Jadi , terjawabkan mengapa saya hanya ber'Pagoda' bila menaiki pesawat ke Padang.

 
Batu Malin Kundang yang tidak dijaga rapi.......terpegun semua?

Saya terasa rimas, langsung ke gerai berhampiran untuk pekena teh botol yang dingin, tetapi yang ada hanya tel botol plastik, yang rasanya tidak sama dengan yang asli itu. 

Pemandu pelancung ini mengelat bila kepanasan di tepi pantai.

Untung tiada hujan walaupun sesekali gerimis. Coaster kami bergerak perlahan memasuki Kota Padang. Melepasi China Town dan penetapan India yang saya kira tidak melebihi 1% jumlah penduduk Padang.

Kami memasuki daerah Pantai Padang melepasi pukul 1230 tengahari. Saya tahu tiada yang kelaparan didalm Coaster ini kerana sudah puas dengan apa yang dijamu Kak Yus. Makan tengahari sudah saya tetapkan 3 jam dari sekarang. Kalau lapar, beli sahaja jajan disepanjang jalan menuju ke Bukit Tinggi nanti. Memang saya nak pastikan semua lapar maksimum.

10 telur penyu yang direbus dipinta, harganya RP60,000, atau sekiat RM14.00 .

Tak ramai yang sahut cabaran saya, yang mencuba kalau tak silap saya, Abang Man, Faridah, Siraj, Alif....yang lain lain menggeleng seakan akan seriau.....ataupun geli geleman?!

Bergerak sekitar pukul 1 lebih keluar dari Kota Padang. Saya mula merasa yang mata saya semakin berat. Tidur tidur ayam ajelah, sedangkan yang lain sudah nyenyak berdengkur. Lagi pun Aircond Coaster ini agak perlahan, saya mula merasa yang badan berpeluh. Berhenti seketika Supir memeriksa dimana silapnya Aircond Coaster ini. 

Untungnya sepanjang perjalanan ini, hujan mencurah curah dan adakalanya gerimis, jadi tiadalah masaalah sangat dengan alat penghawa dingin ini. 

Siraj dan Abang Man lena disisi saya.....

Malam tadi kami tak tidur langsung untuk 24 jam, mana nak tahan.

Latiff Hariri
1958 15122013
Sungai Petani

Friday, 13 December 2013

Di LCCT menuju Padang untuk 5 hari 4 Malam

Ini bukan pertamakali saya menjadi Pelayan Pelancung/Tour Guide. Dah berpuloh kali rasanya.

Segalanya bermula sekitar lewat 90an bila saya berjaya memecahkan rasa 'takut' untuk memasuki negeri orang. Saya dah sering membawa 6-8 tetamu dalam satu masa, sekali sahaja membawa 25 orang ke Medan. Jadi kali ini saya membawa 13 orang.

Memang terfikir, apakah halangan yang bakal saya hadapi nanti bila di Negeri orang? Halangan utama saya ialah Imigrasi Indonesia, selain dari kesilapan teknik tiket mahupun bagasinya. Memang susah bila dipersoal akan kesilapan yang telah berlaku. Saya doakan ajelah. Dahulu ke Medan semuanya warga dewasa, tanpa anak anak .Kali ini, ada 5 anak anak sekolah. Pasti lain cabarannya.

Kami bertiga dari SP sekitar 940 malam. Sengaja saya lewat lewatkan. Pertamakali Izzuddin tinggal sendirian untuk jangka masa yang panjang.

Tiba di Butterworth sekitar 1015 malam untuk menjemput Siraj, rakan sepejabat saya.

Tiba di Bukit Lanjan sekitar 130 malam. Boleh kata laju jugak pemanduanan saya.

Kami yang awal tiba, terus ke Surau LCCT . Dah pukul 530 pun, Subuh sekitar 548 pagi. Panggilan pertama yang masuk dari Abang Man yang menyatakan bahwa beliau sudah sampai dan mencari cari dimananya Surau. Dan yang keduanya tiba sejurus kemudian Aspah bersama 3 anak teruna beliau serta adik bongsunya. Abang Man berempat, sedangkan Aspah berlima, dan saya berempat, jadi jumlahnya 13 lah.

Faridah, saya, Siraj (rakan pejabat saya), Abang Man , Haikal dan Adam dihadapan. Sebaik selesai subuh sekitar 620 pagi, depan surau LCCT.

Kami melangkah sekumpulan menuju ke kaunter cek-in Ke Padang. Kira awal lagi, tapi, punyalah ramai manusia. Adam ketawa melihat gelagat pelancung yang tidur bergelimpangan di hujung hujung lobi LCCT.

Tiada masaalah di kaunter. Satu beg seberat 17.5kg saya titip masuk kedalam perut pesawat. Penuh dengan pakaian untuk saya sedekah ke kampung nanti.

Sekitar 7pagi kami bergerak ke ruang menunggu pesawat. Sebelum itu saya ke kaunter bantuan LCCT untuk memastikan Passport dan tiket kami dalam keadaan sempurna sebelum berlepas. Saya tidak mahu bersoal jawab dengan Imigrasi Indonesia.

Aqilah ni kerja dia turun naik kapalterbang aje sejak mejak ni.

Kami dijemput masuk ke Pesawat sekitar 730 pagi, tiada masaalah, masing masing dah biasa rasanya memasuki pesawat.

Siraj, Haikal, Faridah Aspah, Aliff, Haziq Abang Man. Dihadapan Adam dan Epy.

Untungnya kami duduk dua barisan penuh kecuali saya yang tercampak didapur pesawat. Duduk disisi tingkap, jadi saya cadangkan sesaorang untuk mengambil alih tempat saya. Terus diterima Haziq yang mahukan kerusi yang bertingkap.

Aspah, Bie dan Aqilah.

Suatu yang sering berlaku. Semuanya kurang berbicara, membisu. Yalah, ada yang pertama kali bersua, belum saling mengenali, ada yang sudah 2-3 kali berjumpa, tapi masih berhati hati berbicara. Saya pun tak kurang dalam hal ini. Jadi, perjalanan pertama bersama 12 tamu ini pada awalnya agak sunyi, kerana ada yang masih mahu menjaga tertib, paling tepat, 'ekornya belum keluar'.

Tapi kita tunggu ajelah nanti di Padang.

Faridah bersama Haikal dan Adam @ Tegar.

                                               
Alif , Abang Man dan Mohd Siraj. Sempat abang Man merakam foto anak anak isteri beliau

Haziq yang awal sambut 'offer' saya untuk duduk dikerusi saya di seat 22F

MakSu Naimah dan Eppy

Pesawat bergerak menuju kelandasan sekitar 750 pagi seperti yang tertera dijadual. Cuma menanti penerbangan sebenar sehingga 15 minit. 

Perjalanan lancar, dan saya sengaja tidak mahu memesan apa apa makanan untuk penerbangan ini kerana masa penerbangan 1 jam 10 minit itu terlalu singkat untuk menjamah makanan.

Bila pesawat mendaki sekitar 30 minit, baru makanan dihidangkan sedangkan lagi 40 minit itu terlalu singkat untuk menjamah makanan yang panas.

Saya tahu semua kelaparan. Memang sengaja pun saya buat begini, kerana sudah tahu di Kota Padang ada hidangan istimewa yang menanti!!

Latiff Hariri
1938 11122013
Sungai Petani

Thursday, 12 December 2013

Port Biasa di LCCT

Hatta dengan saya ini, setahun lebih dari berkali kali berjumpa. Ya, kami memang rapat sejak dari Tingkatan 3 lagi. Walaupun berbeda kelas, tapi dek kerana arah pulang hujung minggu kami ke destinasi yang sama, jadi kami boleh klik lah. Hatta pulang ke Padang Rengas sedangkan saya ke Kuala Kangsar.

Tapi , ramai rakan sekolah saya yang saya boleh klik hanya waktu sekolah, tidak hingga kini, tetapi, Hatta ini berbeza dari yang lain.

Sebabnya, setiap kali saya mahu menaiki pesawat ke destinasi tertentu, rumah beliau yang terletak di Enstek Sepang itu menjadi pilihan saya untuk memakir kereta secara percuma. Tak mampulah saya membayar parkir di LCCT mahupun KLIA  setiap hari untuk percutian sekitar 5 atau 6 hari.

Dengan Hatta ni mudah, talipon atau WatsApp beliau, pasti beliau bersedia menghantar dan menjemput saya ke/dari LCCT atau KLIA.

Ini kisahnya Subuh Rabu 4 haribulan 440 pagi, sudah terpacak dihadapan rumah beliau meminta beliau mengahantar saya berempat ke LCCT untuk mengejar penerbangan pada jam 750 pagi.

Kenapa awal sangat? Kerana saya tidak mahu mengganggu jadual kerja Hatta.


515 pagi 4 Disember, kami dah di LCCT, abang ni pakai pagoda je 'nek pesawat.....

Dan sekembalinya dari bercuti pun, Hatta dah bersedia menunggu di sisi LCCT untuk menjemput kami pulang kerumah beliau sebelum kami bergerak pulang ke Utara.

Jam 12 tengahari 8 Disember, dah dihadapan rumah Hatta kali kedua.

Saya sebenarnya ada pilihan lain, tapi dengan Hatta ni sesuai sangat sebab parkirnya banyak disisi kejiranan beliau.

Terima Kasih Hatta & Ros.

Latiff Hariri
1908 10122013
Sungai Petani

Tuesday, 10 December 2013

Cikgu Harun Sambut Menantu

Ini kali kedua saya menerima jemputan lewat FB melalui rakan OE82 Hj Zul.

Yang pertama , rasanya kira kira dua tahun yang lalu. Masa tu saya macam kisah tak kisah aje. Ada juga perasaan bersalah kerana tidak menghadiri, tapi waktu tu terfikir, betul ke Cikgu Warden aku ni betul betul menjemput kesemua anak anak didik beliau ke majlis perkahwinan anak beliau ni?

Alor Setar dan Sungai Petani bukannya jauh mana. Sekembalinya saya dari majlis makan malam OEKL itu, sekitar pukul 6 pagi, saya terus sambung lena seketika untuk memulihkan tenaga. Sekitar pukul 1130 pagi secara perlahan saya bangun dan bersiap untuk ke Alor Setar.

Kali ini pasti . Saya pasti menghadirkan diri di rumah Cikgu Warden saya yang teramat garang ini!!

Saya tiba sebaik selesainya solat Zohor. Rumah Cikgu kita ni terletak di Taman Uda berhampiran Masjid. Saya hafal sangat akan Taman ini. Memang teramai ramai jemputan yang hadir.

Saya menghampiri Cikgu Harun sambil mengucapkan Tahniah.


Secara sepontan kami berpelukan....saya tahu , walaupun saya 'nakal' dan pernah kena se'das' dengan Cikgu Harun didalam bilik Warden beliau itu, tapi sebagai saorang Guru, beliau tahu setiap kenakalan kami ada batasnya. 

Adakalanya tersenyum sendiri bila terkenangkan akan kenakalan waktu itu, tapi, apakan daya, baru balighpun, darah muda tengah naik. Sekadar keluar asrama tanpa kebenaran itu adalah amalan biasa saya. 

Saya tak merokok atau meragging pelajar pelajar, saya tidak berpuak puak didalam asrama sepertimana kebanyakan pelajar Asrama itu, hehehe.

Tengok.....tangan pun Cikgu Harun tak nak lepaskan. Agak lama juga kami berjabatan. Baju Bapa Pengantin pun dah nak sama dengan saya!!

Sebaik melepaskan tangan, saya terus memasuki khemah yang tersedia untuk menjamu selera , dan sudah ditegur oleh saorang rakan sekelas saya yang juga merupakan pelaja Rancangan Khas. Saya hanya rapat dengan beliau ni bila kami bersama didalam kelas 4SC1 hingga 5SC1

Orangnya kecil tapi berhemah dan bersantun

Pos kenangan bersama Cikgu Harun dan Dr Rosli.

Rakan sekelas Dr Rosli dan junior OE82.

Kami bergerak beriringan pulang. Dr Rosli mengarah ke Jitra, sedangkan saya ke selatan. Yang mudahnya , saya punyai supir yang memandu sepanjang perjalanan ini.

Guru tetap Guru, walaubagaimana garang sekali pun, anak murid wajib menghormati dan menyanjungi mereka.

Tahniah Cikgu Harun untk menantu kedua ini

Latiff Hariri
1858 10122013
Sungai Petani

Tuesday, 3 December 2013

Saat Yang paling Indah Ialah Pabila.................

Saya bergerak seawal pukul 2 petang dari rumah menuju ke rumah Azmi, sebelum memasuki Tol menuju ke Butterworth. Perjalanan kami yang saya jangkakan selama empat setengah jam berakhir di Bukit Kiara Equestrian sekitar 645 petang. Kami bertiga, selain dari Azmi, adik saya Mohd Fadhil turut menjadi pengemudi kereta Saga saya  ini. Adik saya merupakan OE93. 

Sebenarnya dah letih memujuk 2 rakan yang tidak mahu turut serta disaat saat akhir. Tapi, saya tidak boleh memaksa pun, semua dah 'tua tua' , pendirian masing masinglah.


Pentas ni, biasalah......

Saya dan Roslan Abdul Rahman. Saya yang ketiga hadir selepas Din Selamat

Razak Yusof , Shahril Lamin dan Azmi Abu Kassim.

Sharil Lamin pernah mewakili Malaysia Under 15 ke Australia.

Jamal Wahid, Arifuddin dan Razak Yusof


Razak Yusof, Azmi Abu Kassim, Abdullah Hemdi, Raja Anuar Zaleha, Zulkifli Mohamad dan Arifuddin

Razak Yusof dan Arifuddin nyanyi lagu Greater Than Before

Menyanyi ke , menghafap skrip. Jamal Wahid, Zulkifli Mohamad dan Hariri Kassim

Azmi Abu Kassim, Nassir Hanapi dan Abdullah Hemdi

Tumpuan kepada Bendahari dan Pelopor OE81 Nazri Noor

v      Nazri Noor dan Roslan diwawancara oleh Pemberita New Straits Times

Nassir Hanapi dan Zainal Fatmi

Tiga teraju utama OE81 - NAZRI, ROSLAN ABDUL RAHMAN & DIN SELAMAT KAMAL

Roslan Abdul Rahman merupakan Bendahari OEKL, sementara Din Selamat sebagai PR Publisiti/Media OEKL.

Dengan kemasukan dua wakil OE81 ini, tertempah 3 meja dari rakan rakan OE81 serta jumlah peningkatan 37 meja kesemuanya dari warga Edwardian.

Roslizan Idris Abdullah merupakan kenalan/jiran saya ketika Bapak bermastautin di Aulong.

Saya dan Roslizan sali mengenali ketika saya berusia 9 tahun. Wamtu itu Bapak menyewa di perkampungan Aulong, sebelum kami berpindah ke Banglo Kerajaan didalam Balai Polis Aulong.

Peluang untuk bersama rakan Oldboys termuda tidak dilepaskan

Din Selamat dan Uncle Chong OE42!!

Peluang menemuramah adik ipar Sultan Kedah ini tidak dilepaskan, Dato Azman Hamidun juga OE81. Perasan tak Zainal Abidin yang mana?


Satu untuk OE81 bersama Pengetua terkini Cikgu Aziz

Nazri , Zul, Roslan, Hariri, Wan Akmar, Azman Isa, Dollah, Wazee, Che Na, Cikgu Aziz, rakan cikgu Aziz, Nassir, Zainal, Arifuddin, Azmi.
Hadapan Razak, Jamal Wahid, Raja Anuar, Din Selamat, Shahril, Zahiruddin dan saya.

Kami bersurai sekitar 1130 malam. Saya dan Azmi bergerak pulang ke Sungai Petani, dipandu oleh adik saya Fadhil.

Kami minum dan rehat seketika di R&R Tapah dibelanja makan oleh Nazri Noor yang pulang ke Ipoh.

Kegembiraan saya ialah bila melihat wajah wajah keriangan yang terukir disetiap rakan OE81 yang hadir pada malam 30 November 2013 ini

Latiff Hariri
0838 03122013
Sungai Petani