Bee Gees

Tuesday 10 December 2013

Cikgu Harun Sambut Menantu

Ini kali kedua saya menerima jemputan lewat FB melalui rakan OE82 Hj Zul.

Yang pertama , rasanya kira kira dua tahun yang lalu. Masa tu saya macam kisah tak kisah aje. Ada juga perasaan bersalah kerana tidak menghadiri, tapi waktu tu terfikir, betul ke Cikgu Warden aku ni betul betul menjemput kesemua anak anak didik beliau ke majlis perkahwinan anak beliau ni?

Alor Setar dan Sungai Petani bukannya jauh mana. Sekembalinya saya dari majlis makan malam OEKL itu, sekitar pukul 6 pagi, saya terus sambung lena seketika untuk memulihkan tenaga. Sekitar pukul 1130 pagi secara perlahan saya bangun dan bersiap untuk ke Alor Setar.

Kali ini pasti . Saya pasti menghadirkan diri di rumah Cikgu Warden saya yang teramat garang ini!!

Saya tiba sebaik selesainya solat Zohor. Rumah Cikgu kita ni terletak di Taman Uda berhampiran Masjid. Saya hafal sangat akan Taman ini. Memang teramai ramai jemputan yang hadir.

Saya menghampiri Cikgu Harun sambil mengucapkan Tahniah.


Secara sepontan kami berpelukan....saya tahu , walaupun saya 'nakal' dan pernah kena se'das' dengan Cikgu Harun didalam bilik Warden beliau itu, tapi sebagai saorang Guru, beliau tahu setiap kenakalan kami ada batasnya. 

Adakalanya tersenyum sendiri bila terkenangkan akan kenakalan waktu itu, tapi, apakan daya, baru balighpun, darah muda tengah naik. Sekadar keluar asrama tanpa kebenaran itu adalah amalan biasa saya. 

Saya tak merokok atau meragging pelajar pelajar, saya tidak berpuak puak didalam asrama sepertimana kebanyakan pelajar Asrama itu, hehehe.

Tengok.....tangan pun Cikgu Harun tak nak lepaskan. Agak lama juga kami berjabatan. Baju Bapa Pengantin pun dah nak sama dengan saya!!

Sebaik melepaskan tangan, saya terus memasuki khemah yang tersedia untuk menjamu selera , dan sudah ditegur oleh saorang rakan sekelas saya yang juga merupakan pelaja Rancangan Khas. Saya hanya rapat dengan beliau ni bila kami bersama didalam kelas 4SC1 hingga 5SC1

Orangnya kecil tapi berhemah dan bersantun

Pos kenangan bersama Cikgu Harun dan Dr Rosli.

Rakan sekelas Dr Rosli dan junior OE82.

Kami bergerak beriringan pulang. Dr Rosli mengarah ke Jitra, sedangkan saya ke selatan. Yang mudahnya , saya punyai supir yang memandu sepanjang perjalanan ini.

Guru tetap Guru, walaubagaimana garang sekali pun, anak murid wajib menghormati dan menyanjungi mereka.

Tahniah Cikgu Harun untk menantu kedua ini

Latiff Hariri
1858 10122013
Sungai Petani

No comments: