Bee Gees

Wednesday 25 December 2013

Puluang ke Kampuong

Jarak kampung kelahiran Moyang saya ini, Nenek Sariah , dari kota Bukit Tinggi ada lah betul betul 44 kilometer. Batu tanda jalan '44km' terletak disisi perkampungan Haraban

Tetapi, masa perjalanannya, kita tidak boleh mencongak mengikut pengiraan perjalanan di Malaysialah. Kalau di Semenanjung, 44 kilometer ni sekitar 20 minit lebih sikit, sampailah, itupun guna lebuhraya. Kalau guna jalan Persekutuan, sekitar 45 minit lebih kurang. 

Jadi kami isikan masa 2 jam lebih didalam bas ini dengan tidur, itu aje yang terdaya.

Saya yang tidur tidur ayam. Tak sempat saya beritahu semua tentang lokasinya Masjid yang dibina Pak Rais Yatim itu kepada semua tetamu, kerana termamai seketika.

Saya pun dah lupa pukul berapa kami tiba, yang pasti sudah melepasi waktu Asar. 

Aqilah dan ibunya dah lebih 5 tahun rasanya tak pulang....


Cerun licin 45 darjah.

Menjejakkan kaki seketika di Rumah Gadang. Saya perhatikan anak anak pun masih kebingungan dek kerana tergesa gesa bangun dari lena, dan dipaksa menuruni lurah. Jadi, bagi memulakan suasana keceriaan, saya cadangkan semua mengikuti saya.


Jom kita mandi di Jeram - Batu Hampar.

Lokasinya betul betul dibawah persekitaran Rumah Gadang. Deruan air dapat didengari dari rumah.
Semua anak remaja pasti teruja bila melihat air jernih yang mengalir didepan mata. Saya yang dah tua ni pun tertahan tahan kerana tidak membawa persalinan.

Ini antara lokasi selamat untuk anak anak.

Saya biarkan mereka untuk sekitar 30 minit sebagai pembuka selera makan nanti.

Yalah, dah kesejukkan, hidanglah apa saja, semua pasti habis.
Kami pun pulang 30 minti kemudian.Rupa rupanya, tuan rumah sudah sediakan makanan yang begitu segera terhidang untuk kami 13 orang tetamu yang datang sekelip mata ini.


Boleh dikatakan seluruh kaum keluarga terdekat saya datang sebaik mendengar kehadiran kami.

Durian bersantan dan pulut menjadi pengisi perut yang kedinginan.

Memang clear  pinggan......

Saya beralih arah ke rumah Mak Juli pulak. Mak Juli ni sudah melepasi 80 usianya. Matanya sudah diubati dan kini boleh melihat semula.

Mak Juli bersama anak cucunya. Mak Juli ni angkatan Emak saya.

Untuk seketika saya disini, kerana waktu tidak mengizinkan. Saya harus bergerak segerak ke Desa Air Kijang untuk menziarahi emak kepada Abang Syafirman, yang merupakan pupu keempat saya. Abang Syafirman di Lubuk Sikaping, dia merupakan Ketua Adat Suku Ciniago, dan merupakan saorang Guru.

Suci ni memang manja dengan siapa sahaja...anak buah Aqilah.

Dihadapan rumah Emak Juli

Dihadapan Rumah Gadang - rumahnya sudah diperbaharui, tiada lagi rumah Gadang yang sebenar.

Saya bersyukur kerana dapat memijakkan kaki kerumah Gadang yang sebenar sebelum dirobohkan. Rumah itu usianya melebihi 100 tahun. Cuma tinggal tapak asalnya. Letrik sudah mula terpasang sekitar tahun 2012 yang lalu, satu perkembangan yang baik untuk anak anak desa ini

Kami terus ke Desa Air Kijang. 
 
Akan lebih cantik bila padi menguning.

.Aqilah dan neneknya, Mak Sawi, bonda abang Syafirman

Sekitar pukul 530 kami bergerak pulang ke Bukit Tinggi. Saya tahu ramai orang kampung yang tidak berpuas hati dengan saya kerana pulang ke kampung senyap senyap dan tergesa gesa, tapi, memang begitupun rancangan saya. Tidak mahu menyusahkan mereka semua.

Perjalanan pulan yang boring ini kami penuhi dengan acara 'berkaroeke' sambil menyakat sesama kami. Ada pulak VCD Broery dan VCD lagu lagu minang, jadi tak kering gusilah kami semua, hinggakan tiba di persekitaran Bukit Tinggi pun kami tidak sedar.

Kami berhenti makan malam , supaya tiada lagi perjalanan malam ini. Letih seharian didalam bas.

Latiff Hariri
0648 25122013
Sungai Petani

No comments: