Bila ada Pemandu Pelancong Tempatan, baru jelas diminda mengapa, kenapa, bagaimana, bila terjawab disetiap persoalan yang timbul. bayarannya sekitar RP150,000.00 .
Sementara itu si Ad dan pemandu Bas kami sudah memandu bas kami menuju ke pinti bawah dimana terletaknya pintu rahsia , yang kini tidak rahsia lagi.
Peta dimana lokasi kita berdiri dan kemana arah tujuan kita sebelum memasuki Lubang Jepun
Semoga semua berjaya! ada 132 anak tangga untuk dituruni.
Ada terasa seram tak?
Kan, anak anak dan Bapak sudah terpenjara..Kak Dah yang kerisauan.
Disini mereka campakkan mayat mayat yang mati akibat tidak cukup zat, mahupun dibunuh...gerun.....
Pintu kedua disebelah bawah gunung. Tak payah lagi mendaki 132 anak tangga tadi untuk keluar.
Ok, semua kepuasan, saya rasa jam baru melepasi pukul 10 pagi, akhirnya saya dan Ad mendapat kata persetujuan, sebaik selesai acara membeli belah ini..
Aur Kuning.
Ini ;okasi baru bagi saya, walaupun saya sudah sering kemari. Di Aur Kuning terletaknya Stesen Bas. Selain itu disini juga pusatnya perniagaan pukal yang mana peniaga peniaga kecilan mengambil stock bulanan mereka. Ternyata , setelah mereka membuat 'kajian' terutamanya isteri saya yang sudah biasa berbelanja di Indonesia, ternyata di Bukit Tinggi inilah lokasi termurah kalau nak dibandingkan dengan Pasar Atas/Pasar Bawah itu.
Saya tak tunggu lama, sebaik saya dan Ad memberi kebenaran kepada kesemua tetamu untuk berbelanja sekitar satu setengah jam, dan setelah memerhati mereka dari kajauhan , yang mereka sudah pandai mencongak harga yang patutu ditawarkan, saya pun terus mencari Ad yang saya tahu, akan lepak di gerai berhampiran.
Ternyata sudah selesai Lontong sepinggan oleh si Ad itu bila saya tiba.
Pada mulanya , saya sendirian, tetapi bila fikirkan anak anak sekolah ini tentu jemu mengekori emak emak mereka, saya berpatah balik memanggil mereka supaya mengekori pakcik ini.
Saya tahu mereka suka IndoMie. Alah, budak budak, saya pun begitu suatu ketika dahulu.
Tegar siap tanya siapa nak bayar makan makan ni? Eh eh, berbahasa pulak dia, hehe.
Tamat waktu berbelanja ini sepatutnya pukul 1130 pagi, tapi, kemana mereka semua ni? Nak kena marah ni!
Adatlah. Sebab itu saya suka pergi Indonesia tanpa guna pakej percutian. Masa ditangan kita sendiri. Kita boleh tetapkan berapa lama untuk berada di sesuatu lokasi, tanpa menyusahkan penumpang lain.
Saya dan Ad sudah setuju, selepas ini , pulang ke Hotel untuk Solat Zuhur, makan tengahari, dan terus ke kampung Moyang saya di Desa Haraban, Palupuh.
Pada mulanya saya berencana untuk terus ke Istano Basa Pagarruyung, tetapi masa perjalanan yang agak lama akan merosakkan acara makan tengahari di tengah sawah itu.
\
Abang Man sakan membodek pembantu kedai ni....ya, harganya ok, saya pun terbeli 2-3 helai baju disini.
Janjinya pukul 1130 pagi, tapi kami bergerak sekitar 1215 tengahari untuk pulang Solat dan mambawa tuala untuk mandi di Jeram Desa Haraban.
Kami ke Rumah Makan Sederhana sekitar 1245 tengahari. Saya yang tergesa gesa, kerana perjalanan akan mengambil masa 2 jam untuk tiba ke kampuong.
Memang anak anak teruja melihat makanan kenduri ni!
Saya paling gembira bila acara makan makan ini, melihat anak anak makan bertambah, bukan sekadar 2 pinggan tetapi hingga 3 pinggan, kerana terlalu enaknya masakan Ranah Minang ini.
Kenduri begini ...moga diberkatiNya.
Selesai makan tengahari ini sekitar pukul 245 petang. Bas teruskan perjalanan mengarah ke utara, meninggalkan Kota Bukit Tinggi,. menuju kedestinasi yang mereka sendiri tak pasti.
Dua jam tidur didalam bas sementara nak tiba.
Latiff Hariri
1848 23122013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment