Bee Gees

Friday, 28 June 2013

Nurul Afiqah Burhanuddin Hassan Basri

Ini tujuan sebenar saya ke Kuala Lumpur tempohari

Memang tak patut kalau saya tidak hadir pada hajat kawan baik saya ini era 90an dahulu di Kuala Lumpur.
Saya menegenali Burhanuddin Hassan Basri semasa beliau masih bujang lagi. Kerja sepejabat. Dah berkenalan sebagai rakan sejawatan, baru saya tahu dia asal Kuala Kangsar. Jadi makin rapatlah hubungan kami. Hinggakan disaat beliau mendirikan rumahtangga pun, saya turut serta berrombongan ke Parit Buntar untuk acara akad nikah dan persandingan.

Jadi, walaupun saya terdahulu mendirikan rumahtangga, ternyata, anak dara beliau terdahulu pulak kali ini berbanding kami. Jodoh dah sampai. Apapun, Tahniah Bob!!



Saya naik Bas Transnasional pulak, bergerak jam 11 malam tepat.

Dan seperti yang saya jangkakan, untuk kali kedua , 2 bulan berturut, saya sudah termanggu manggu dihadapan Menara Maybank sekitar 4 pagi Sabtu 22 June 2013.

Tunggu ajelah sahingga jam 5 pagi, sebelum saya melangkah mengarah ke Stesen Keretapi untuk 'kejar' tren ke Shah Alam seawal jam 6 pagi.

Kosong, saya sorang?

Tak nak ganggu anak anak lena, saya bersms dengan adik saya Rashi. Itulah, bila kita tidak memberitahu awal akan kehadiran kita, adik saya terpaksa membatalkan acara kayuhan pagi beliau bersama team Shah Alam itu, gara gara nak melayan abangnya. Padahal saya sudah meminta anak anak mengambil saya. Tapi, begitulah, adakalanya kita terpaksa membatalkan acaara rutin semata mata mahu menyambut tetamu yang datang.

Dulu , saya yang palin tinggi......

Akhirnya kami bersarapan berempat di Restoran Gembira Sek 4.
Saya melepal agak lama dirumah Rashi, siap terlelap lagi.

Anak anak sekali lagi datang menjemput sekitar 1045 pagi, dan kami bergerak laju menuju Bandar Tun Razak. Terfikir saya , mengapa Majlis disitu?

Ulangbalik kenangan silam bersama Bob, akhirnya terjawab. Bob , orang tuanya menetap di Bandar Tun Razak sebaik pencen dari jabatan kerajaan itu. Sedangkan Bob kini menetap di Langat.

Kami memasuki dewan ini tepat jam 12 tengahari. Bob dan isterinya menyambut kami bertiga.

Makanannya teramat mewah.

Selesai menjamu selera, masuk pula si Osman bersama anak isterinya. Sambung lagi duduk sambil berbual, walaupun meja semakin penuh dengan hadirin

Saya dan Osman merupakan rakan sepejabat Bob era 90an dahulu.

Zila dan Baby diapit Qila dan Eka.

Inilah Burhanuddin Hasan Basri. Seangkatan.

Kami melangkah keluar dewan sekitar 1245 tengahari bila secara serentak kompang dipalu, jadi dapatlah kami melihat pasangan pengantin ini

Nurul Afiqah Burhanuddin & Izzuljad Ahmad Fuad

Terima kasih Bob atas jemputan ini, Ingat jugak pada saya, walaupun kami dah berlainan majikan hampir 20 tahun rasanya.

Osman sekeluarga.

Saya dan anak anak bergerak ke Pasar Seni untuk acara perlancaran kompilasi Cerpen Dr Usman Awang.

Majlis perkahwinan ini berlangsung di Dewan Belia Antarabangsa.

Latiff Hariri
2048 28062013
Sungai Petani

No comments: