Durian pertama gugur pada 30 Mei 2013
Petang Khamis 30 haribulan ini, seperti petang petang yang lain, acara tetap saya adalah bertandang ke kebun. Sekembalinya saya dari bercuti 4 hari di Kuala Lumpur, petang Isnin itu , terus saya terpai kebun saya. Mencantas 3-4 mayang pisang yang sudah masak kekuningan.
Petang Rabu pun begitu, mencantas 2-3 mayang pisang Nangka dan Awak untuk habuan gerai di Kulim. Selain itu saya cantaskan 19 jantung pisang untuk dikendurikan oleh Pak Tam Det yang akan menyambut menantunya pada 31 Mei 2013.
Jumlah jualan bulan Mei 2013 adalah RM933.60
Februari Mac April Mei
Mingggu Pertama RM22.50 RM119.70 RM306.10 RM 61.20
Minggu Kedua 116.40 168.90 99.10 184.90
Minggu Ketiga 87.30 235.50 193.50 431.90
Minggu Keempat 137.90 185.60 174.50 69.60
Minggu Kelima 212.20 186.00
Perbandingan % bulan ke bulan 247.35 % 83.87% 120.74%
Pendapatan Harian RM29.74/31 RM25.77/30 RM30.11/31
Bulan Mei ini juga, buat pertama kalinya jumlah jualan Berangan saya mencecah 1000kg, dan hasil jualan keseluruhan bermula Februari - Mei 2013, mencecah RM3,000.00 . Saya jangkakan sehingga tamat tahun ini, hasil kebun ini bakal membawa saya mengerjakan haji , haha.
Berangan Nangka Awak Emas
35 mayang @ 329.60kg 16 mayang @ 252.20kg 1 mayang @ 11kg 1 mayang @ 6kg
Purata 9.42kg/mayang 15.76kg/mayang
RM613.70 RM299.50
Saya berpuas hati dengan pencapaian keseluruhan jualan bulan Mei. Walaupun saya mensasarkan RM600.00 tanda merendah diri, tetapi jualan tetap melepasi purata RM800.00 . Saya tidak boleh lagi merendahkan sasaran bulanan saya . Sebagai perangsang untuk menguatkan kerja kebun ini, saya sasarkan jualan bulan Jun mencecah RM1000.00 .
Ya, berat purata Berangan menurun dari 11kg bulan April kepada 9kg untuk bulan Mei. Kesimpulan yang boleh saya katakan adalah dek sebab kemarau. Saya tidak berdaya mengusung baldi dari parit/sungai berdekatan. Rakan sepejabat saya mengesyorkan saya membeli mesin pam air bagi memudahkan kerja. Saya masih belum berminat selagi saya tidak mempunyai stor untuk menyimpan kesemua peralatan kebun saya. Adalah tidak praktikal untuk membawa mesin tersebut dari rumah setiap kali saya mahu ke kebun.
Tebu
Dua minggu yang lalu, kerana kehausan , saya berhenti disebuah gerai jualan air tebu. Kakak yang meniaga air tebu itu berseloroh dengan saya bila melihat Kancil merah saya ini penuh dengan pisang Berangan.
"Kami meniaga air tebu, pisang kami tak jual....", seloroh beliau sambil menghulur secawan air tebu melalui tingkap kereta saya.
'Eh, saya pun ada tanam tebu jugak. Kak tanam tebu sendiri ke?' Balas saya .
Hmmmm, akhirnya pecah rahsia yang kakak ini terpaksa membeli tebu dari penanam dipersekitaran Sungai Petani. Saya seperti orang mengantuk disorong bantallah......., dan ternyata bukan saya aje yang mencari, kakak ini pun duk mencari 'stock' tebu untuk Ramadhan mendatang.
Akhirnya , ini jualan pertama saya kepada Kakak ini, yang saya diperkenalkan kepada suaminya yang bernama Pak Leh.
Kalau korang berhenti minum air tebu berdekatan stesen bas SP tu, berhadapan Restoran Berkat, silap silap itu tebu hasil keringat saya, hehehe

22 batang @ 34kg
Tiada apa yang mahu saya luahkan selainkan dari Syukur Alhamdullillah!!!!
Dah tua tua begini baru tahu erti rezeki dari keringat sendiri.
Latiff Hariri
2008 31052013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment