Tanah pusaka ini secara rasminya menjadi milik kami pada tahun 1994. Bukan mewarisi secara percuma tau, tetapi 'terpaksa' membelinya dengan meminjam RM20,000 dari emak saya. Memang perit pada usia 30 tahun itu. Dengan anak kedua berusia 2 tahun, dan Aqilah sudah Darjah 1. Kehidupan di Shah Alam ketika itu, memang 'kais pagi makan pagi....'. Segalanya mahal di Shah Alam.
Kami, ketika itu 'dipaksa' membeli tanah ini yang terletak dihujung kampung. Memang kami marah dan tak berminat. Kami lebih berminat dengan tapak rumah arwah ayah kepada Roziah. Tetapi, kerana 'tekanan', dan kami pun 'tidak mempunyai apa' ketika itu, kami telan sahaja ketidakpuasan hati kami, kerana 'diusir' secara paksa oleh sepupu duai yang kununnya 'agak berada' ketika itu.......
Dan terbiarlah tanah seluas 2 setengah ekar ini bermula 1994 hingga 2000, bila secara rasminya kami sekeluarga berpindah dari Shah Alam.
Saya selalu kata , ' mengalah bukan bererti kalah...' berundur bukannya menyerah..... .
Dan kini, setelah hampir 20 tahun, kami dah menang!!! Tak cukup tangan dan kederat pun nak kelola tanah ini!!
Allah Maha Besar!
Jadi sepanjang pemilikan tanah ini ianya terbiar berhutan rimba . Yang banyak pisang Awak. Tiada kutipan sewa bendang bendang ketika itu kerana sawah belum menjadi milik kami.
Walaupun 'sakit' untuk memilikinya, berserta 'drama' di Pejabat Tanah, yang sedapnya, bayar hutang kepada arwah emak habis tak sampai setahun. Kumpul duit, ikat perut, hujung tahun dapat bonus, langsaikan semua. Lagipun, seingatan saya, emak sedang bersedia untuk mengerjakan Haji setahun dua itu, jadi duitnya harus sentiasa ada didalam Tabung Haji.
5 pokok durian yang dah matang serta 2 yang masih remaja.....menjadi milik kami sekitar 2002.
Memang duit pun ada waktu tu. Tak cakap banyak, tawar menawar, setuju, terus ke Pejabat Tanah, kami beli lagi seekar pada harga sekitar Rm35,000.00 . Saya bayar tunai RM25,000.00 dan baki 10 kali bayar....hehe.
Pisang menjadi penjana utama kewangan kebun ini.
Dengan rasminya bendang seekar itu menjadi milik kami dan hasil sewanya kami kutip 2 kali setahun.
Kutip durian setiap pagi
Ini petang Ahad 02062013
Saya sulamkan dengan 8 baris serai yang menghasilkan sekitar 80 rumpun serai.
Kini semuanya dah jadi sejarah dan hasilnya, anda baca sendiri didalam blog ini.!
Tebu - Orang Kedah kata seperdu, saya kata serumpun.
Dan atas nasihat jiran sekampung , saya pun membersih persekitaran tebu ini dengan meracun dan merumput. Jadi , kini sudah terjual sekitar 92kg tebu. harga pasaran sekitar RM0.50 sekilogram. Ramadhan mendatang , saya pasti harganya akan 'BN' sekitar RM0.70 .
Angan Mat Jeninnya, seperdu ada sekitar 15-20 batang tebu. Sebatang tebu beratnya melebihi 1kg, Syawal nanti ada lebih kurang RM1,000.00 dari jualan tebu ini. Hahaha.
Ish, boleh shoping Ramadhan lagi kat Bandung ni!
Begitulah serba panjang kisah awal pemilikan tanah ini. Kira kami berjaya memiliki tanah ini pada usia muda , 30 tahun. Tapi, kena belajar susah susah dahululah....., Beringat masa senang .... dan sebagainya.
Ramai yang tak percaya bila saya katakan segalanya saya usahakan sendirian didalam kebun ini. Saya tidak menggajikan pekerja, mengupah sesiapa pun untuk penjagaan dan pemulihan kebun ini. Semuanya saya lakukan sendiri dengan bantuan sekali sekala dari anak anak dan isteri.
Ini kebun sayur yang abang Mi usahakan bersebelahan kebun kami. Nampak tak rumpunan tebu dilatar?
Sawi
Abang Mi baru pencen awal tahun 2013 ni.
Saya kenal dia dah lebih 25 tahun, dan walaupun sepanjang masa menginap di Kulim, sesekali bertemu, dia tetap ada bawa sayuran yang ditanam dipersekitaran rumahnya di Kulim.
Kini dia bawa usaha itu ke sisi kebun saya.
Bayam - Isnin malam selasa 3 haribulan ni, kami makan malam bersayurkan free.....
Ajal maut diTanganNya. Saya fikirkan sebaik tamatnya kerjaya saya ini, kemana arah tuju saya?
Selain dari beribadat, kemana saya mahu habiskan sisa sisa usia ketika itu. Tiada pendapatan bulanan.
Anak anak? Ya, mereka pun mahukan permulaan hidup mereka sendiri sepertimana saya dahulu. Saya tidak boleh letakkan harapan yang besar kepada anak anak kerana kehidupan kini tidak sama seperti waktu kita dahulu.
Saya sedar akan kekurangan diri pada usia muda saya, dari situ saya bina 'keyakinan' untuk berjaya mengalahkan yang lain, yang punya Master atau degree. Semangat masa itu, hanya Allah yang tahu, dan arwah emak saya yang sering menjadi tempat mengadu saya.
Jadi, doakan kami selalu berada di kebun ini hingga keakhir hayat kami. Ini simpanan hari tua kami.
Latiff Hariri
2028 04062013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment