Bee Gees

Thursday 19 December 2013

Hari Kedua - Lubang Jepang-Aur Kuning-RM Sederhana

Boleh saya katakan saya tidur agak lewat dari biasa, walaupun badan keletihan, tetapi bangun saya tetap awal, sekitar Subuh waktu Indonesia. Azan sahut menyahut di Bukit Tinggi ini, dan mereka praktikkan dua kali Azan setiap kali Subuh.

Sekitar 645 saya menjengok kesisi Verendah Hotel ini, ternyata kabus tebal menyelubungi Gunung Marapi.Terus turun ke bawah untuk menuggu sarapan yang bakal bermula sekitar pukul 7.

Sambil menanti tu, saya mula kemaskini buku 555 saya ini untuk memastikan setiap perbelanjaan bersama ini terekod dengan tepat.

Kesemua tetamu saya ini hadir di ruang makan Hotel tepat jam 7, bahkan dah ada yang mula berbelanja didepan pintu Hotel yang mula dipenuhi peniaga jalanan.

Ya, nasi gorengnya enak.....

Menu pagi ini Nasi Goreng dan Soto Suhun. Semua tetamu kata sedap.

Saya meminta mereka mengisi penuh perut mereka kerana makan tengahari akan sengaja saya lewatkan. Saya dan Ad belum mendapat kata sepakat akan jadual untuk hari kedua ini. Lebih kepada mahu berbelanja samaada di Pasar Atas, mahupun Aur Kuning.

Kalau Aur Kuning, ini lokasi baru bagi saya. Saya pernah berbasikal ke Aur Kuning, ia merupakan lokasi Hentian Bas. Tapi, ini pertamakali diberitahu Kak Yus, bahawa lebih murah berbelanja disini dari Pasar Atas.

.
Semua pinggan penuh.

Tepat 810 pagi, Coaster kami bergerak menuju destinasi pertama untuk Hari Khamis 5 November ini.
Perjalanan tak melebihi 10 minit kerana teramat dekat, tapi, nak jalan kaki tu agak jauh lah.


Saya suruh mereka belajar membeli dengan uang rupiah dahulu sebelum memasuki Lubang Jepun itu.


Ok lah, harganya biasa aje, tapi yang tak tahan tu mereka jual dengan harga Ringgit Malaysia. Siap saya beri ingatan pada tamu supaya menggunakan uang Rupiah. 

Kerana, sesuatu ole ole kecil itu harganya sekitar RP3000 kini dijual dengan harga RM2.00 .
Lembah Ngarai Sianok, dibawah kami ini terletaknya lubang Jepun.

Penggiat Seni di Lubang Jepun.

Bila kita mengatur aturcara percutian ini sendiri sendiri, maknanya kita tidak tergesa gesa mengejar masa, kami santai sahaja. Perbelanjaan kami disini pun mengambil masa lebih 40 minit. 

Rata rata semua berpuas hati kerana katanya harga yang ditawarkan murah sedikit dari yang di Padang Panjang itu. Saya menngangguk kepala aje tanda setuju, sebenarnya .....saya sendiri tidak berminat untuk membeli belah. Lebih kepada menyeronokkan kesemua tetamu ini yang tujuh darinya adalah pengunjung pertama ke Bukit Tinggi.

Bersambung......................tak dan, banyak kerja lain.

Latiff Hariri
0618 19122013
Sungai Petani
.

No comments: