Bee Gees

Saturday, 9 July 2011

Bersih 2.0

Negara demokrasi, tapi tak boleh berkumpul dan meluahkan apa yang salah.

Mereka masih menegakkan yang taghut dan bathil. Yang membunuh, kalau kaum kerabat mereka, mereka lepaskan, yang menayang video lucah, kalau orang mereka, sekadar denda sahaja, yang mereka fitnah , mereka kata benar, yang kita pertahanan kebenaran, mereka kata fitnah. Inilah negaraku Malaysia.

Suasana pagi 09072011 disekitar KL




Orang tak bersalah yang disalahkan. Penjenayah berleluasa

Student pun berani bangkit!!

Ini golongan orang orang .....
SB.

Aku sering ingatkan anak anak aku, supaya jangan berkerjaya Polis. Mereka tak bermaruah.( Maaf kawan kawan aku di PDRM, aku tahu korang ok!!!)

Ini semngat pagi 9 Julai 2011. Sempena umur aku 47 tahun!

Dah bersedia untuk apa jua 'keburukan' yang bakal dihadapi anak anak 'Lelaki' Hariri.


Latiff Hariri
1215 07092011
Hati Bersama Hariri Brothers'

Thursday, 7 July 2011

Kali Ke2 ke KL 26062011

Melalui talipon , saya berbual dengan Kak Siti, meminta tunjuk arah kami kerumah beliau. Ternyata mudah, rumahnya dibelakang Balai Polis Simpang, Taiping.

Malangnya Kak Siti tiada, yang menanti dengan penuh debaran adalah emaknya. kami memasuki rumah ini sekitar pukul 1245 tengahari. KEhadiran kami dinanti sekian lama oleh Bonda Che Rahmah Abas.

Berlinang air mata beliau menceritakan kenangan manis bersama satu satunya anak tunggal lelaki beliau. Katanya, " Mak cik memang nak tengok sangat sangat kawan kawan arwah ni....., macam ni lah agaknya arwah pada usia 47 tahun." Sambil beliau menahan sebak. Kami cukup terharu.

Saya akui didepan bonda Che Rahmah, yang pemergian Allahyarham hanya diketahui sekitar 1 Mei 2011. Tiada yang mengabar beritakan kepada kami. Untungnya kita mempunyai surat khabar, yang menggerakkan hati Rosmawati, adik Allahyarham untuk menghubungi Badrul sebaik iklan pertemuan bekas pelajar King Edward tahun 1981 tersiar di harian Metro.

" Arwah anak yang baik. Setiap kali Ramadhan, mak cik tak payah ke dapur. Dia sediakan semua. Dia yang memasak untuk berbuka puasa, dia yang bangun awal , bersiap sahur, sebelum mengejut pakcik dan makcik untuk makan. Dia suka tolong orang. mak cik ni orang berniaga, jual jual kain di Kota Bharu tu....., bila makcik ke'seberang' untuk mendapatkan barangan, dia lah yang jadi tukang pembawa makcik dengan motosikalnya. Adakalnya terlewat gara gara dia menolong orang yang mahu berulang alik ke seberang tanpa meminta apa apa bayaran. Itu yang makcik selalu marahkan dia, bukan apa, sebab makcik nak cepat......"

Setahun kemudian ayahnya pula pergi, macam mereka dah berjanji. Itulah satu satunya anak lelaki tunggal kesayangan Bonda Che Rahmah. Kami terdiam.

" Kami orang Kelantan, pakcik kerja swasta di Taiping, bila pencen , kami balik Kota Bharu, tapi makcik ada rumah di sini. Arwah memang disenangi ramai. Dihari pengebumiannya, penuh sesak rakan taulan, saudara mara yang hadir. Mak cik pelik sungguh, dimanalah datang ramainya yang berziarah beliau ni. Jenazah disemadikan di jalan yang mengarah ke Pantai Cahaya Bulan"

"Arwah ada jugak minat dengan saorang jururawat tu..... kesian dia....., dia suka lalu kat situ,' dapat tengok rumahnya pun jadilah' itu kata kata seloroh dia kat makcik."

Haruskah saya bercerita lagi tentang Allahyarham Sanusi ini? Saya pasti, ramai rakan rakan 5sc3 mempunyai kisah menarik bersama Allahyarham ni. Malang bagi saya tidak begitu akrab dengan beliau, sekadar mengenali wajah.

Sumbangan dari OE Class 81.

"Mengapa anak anak tak buat tahlil sahaja untuk arwah dan kawan kawan yang lain?"

Itu soalan cepumas untuk saya dan Badrul.

Ya, sudah tentu, di tahun tahun mendatang, lokasinya untuk Pertemuan Semula ini adalah di Rumah Anak Anak Yatim di Taiping dan sekitar, tiada lagi hi-tea nya. Itu janji saya kepada Bonda Che Rahmah.

Kalau ikutkan Bonda, dia tak mahu berhenti, tapi saya yang hentikan....maafkan saya, Saya harus segera bergerak. banyak destinasi yang harus saya tujui petang ini, selain berpatah balik ke Sungai Petani nanti.

Bersalaman dengan Badrul dan Jawaid.

Sekitar pukul 215 petang, kami dah terpacak di rumah pasangan ideal ini.


Senyum sampai ke telinga Abang Man ni. Alah Kak Dah oi, tak payah nak bergaya dah.

Dia dah tak heran orang dah, cucu diutamakan.

Sekadar memberi ikan talapia pekasam dari Lenggong kepada Faridah Abang Man, kami terus bergerak ke selatan.

Hujan lebat di Behrang, dan banyak berlaku kemalangan yang agak teruk disebabkan hujan. Mokhtar mula memperlahankan kenderaan. Ada BMW hitam terbalik kura kura, serta kemalangan 10 buah kereta dek kerana kereta dihadapan terbabas dek jalan licin.

Kami memasuki lebuh raya DUKE sekitar 340 petang, itu kira laju ke?

Ini kena jumpa sat, sebab dah janji. Maaf pada yang lain, insyaallah , tahun hadapan ada lagi, tak pun hujung minggu ni, masih ada lebih 50 biji diatas pokok tu.

Sebaldi durian kecil, sekadar boleh makan lah.

Faiqah siap dapat ole ole dari Mak Mah ni, ada kek lagi.

Memasuki Ampang, hujan mula lebat semula, kerumah kakak saya di Taman Dagang, terus ke BTHO rumah Rahman, untuk minum petang segera. Pada mulanya , tak mahu singgah sebab kesuntukan masa, tapi dah ada emak, kenalah turun sekejap.


Minum petang dengan rambutan dan buah kulitnya hitam dalamnya putih.

Tak sampai 15 minit , kami bergerak ke Nilai, menghantar Faiqah pulang. Dah melepasi pukul 6 ni. Menanti adik bujang saya datang untuk mengambil bahagian beliau. Ghazali salah saorang hantu durian.


Adik ke 11 ikut susunan. Masih tak jumpa jumpa pasangan dia.

Bergerak ke Shah Alam, memasuki kawasan Hi-com Shah Alam ni sekitar Maghrib. Arah tuju, kerumah Bang Shipol, sebab dia terbau, bau durian minggu lalu. Di seksyen 25.

Saya pernah menetap disini sekitar tahun 1988-89.

Tart dikelilingi adik adik pupu beliau.




Kami makan malam di restoran Nasi Arab di Seks 7 Shah Alam bersama adik saya , Rashi.
Tiada foto dirakam disini. Saya masih mencari cari saorang rakan baik Edwardian di Shah Alam, tapi tiada jawapan taliponnya. Kiranya rezki kami hanya berakhir di Shah Alam ini agaknya.

Tetapi dalam perjalanan mengarah ke Lebuhraya Guthrie ni, tetiba dia membalas panggilan talipon saya, syukur, masih ada rezki kami ni.

Tapi si comel ni dah lena.

Dah semakin berisi Dhya

Din melayan kami dengan air bujang, fresh orange penghilang mengantuk kami.

Bertemu Setiausaha Utama OE Class 81.

Kami bergerak ke Sungai Petani sekitar pukul 940 malam. Berhenti seketika di Tapah dan Bukit Merah. Tiba di Sungai Petani sekitar 230 pagi, untuk sambung lena.

Esok kerja wei!!


Latiff Hariri
0910 070711
Sungai Petani




Monday, 4 July 2011

Waktu Rehat di Bawah Pokok

Berbalas utusan lewat 'Facebook' antara saya dan Azwan , menghasilkan waktu rehat ini dibawah pohonan rendang.

Azwan yang menetap di Amerika , akan pulang bercuti lagi ke kampung beliau di Batu Gajah. Ini saya jangkakan kali kedua saya akan dapat bertemu beliau sesudah tahun 2009 yang lalu. Kisahnya boleh dibaca disini.

Pada awalnya, saya bercadang ke Kuala Lumpur aje, tetapi, Azwan yang mencadangkan kami bersarapan di Taiping pada salah satu hujung minggu.

Saya mula canangkan lewat FB dan talian bimbit kepada semua rakan rakan OE, terutamanya rakan rakan SK King Edward VII-1 & 2. Hanya segelintir yang memberi kata setuju. Tak jadi masaalah kepada saya, saya tetapkan tarikhnya, berbual dengan Guru Besar , Cikgu Habib yang begitu positif memberi kata kata setuju dan alu aluan kepada kesemua bekas pelajar.

Azwan berangkat pada 15 Jun dari Amerika , dan saya jangka beliau tiba di tanahair sekitar malam 16, atau 17 pagi.

Subuh 26, sekitar pukul 340pagi, saya sudah bangun untuk sediakan sarapan pagi bersama isteri saya. Saya hanya jangkakan 5-6 kehadiran, termasuk Guru Besar atau Penolong Kanan, mungkin melepasi 7-8 orang, termasuk keluarga.

Sekitar 630 pagi kami bergerak. saya ditemani anak kedua dan pembantu pemandu, Mokhtar. Ke kebun dulu jengok durian, dan memasuki Tol Kepala Batas sekitar 7 pagi, dan sudah berada di perkarangan SK KIng Edward pada pukul 805 pagi.



Ini padangnya , ragby , permainan 'anak lelaki' King Edward.

Terus saya sediakan meja dan kerusi yang saya ambil dari kantin sekolah. Buat Macam sekolah sendiri

Selesai semua sekitar 830 pagi, dan kami bertiga mula menengok detik jam yang berlalu.
Penantian itu suatu penyiksaan.

Sekitar pukul 9 masih tiada yang hadir, tapi pasti ada yang sudah menghampiri. Roslan Wahab yang menjadi orang pertama yang hadir, diekori dibelakang olen Wan Mahathir.
Roslan memandu dari Ipoh, sedangkan Wan Mahathir dari Assam Kumbang, rumah bapanya.

Saya sekelas dengan mereka berdua dari darjah 3 hingga 6. Kedua duanya ulat buku, termasuk Azwan.


Mereka berpelukan , bertemu buat pertama kali selepas cuti semester sekitar 1984, bilamana mereka di'kurung' oleh penaja sebaik sahaja pulang dari New Zealand dan Australia. Lepas tu dah tak jumpa dah. Sedangkan saya, pertama kali berjumpa Wan Mahathir selepas tahun 1976. Maknanya dah lebih 35 tahun.


Apa lagi, bercerita kisah lama, terutamanya kenangan diatas akar kayu yang menjadi tempat larian kami waktu rehat mahupun waktu pulang.

Azwan memasuki perkarangan sekolah sekitar 925 pagi, dia macam tu jugak, maintain.


Rakan se Aulong 1973-1976 .Ayahnya cikgu Mat Taridi, sementara ibunya guru di SK Convent Taiping, waktu itu.


Saya hanya mampu tersenyum melihat bebudak ni berpelukan.


Roslan pun tak lepaskan untuk memeluk Azwan, cuma jurukamera terlewat.

Dan bermulanya acara sebenar, mengungkit kisah lama di akar akar kayu ini. Berlari di padang, perlawanan antara KE1 dan KE2, bebudak St George.

Ok, rasanya , korum dah cukup. Saya masih menanti Badrul Hisham dan Jawaid. Sedangkan Penolong Kanan Koku sudah hadir, dan memulakan acara mengganntung cenderahati untuk dijual kepada kami. Saya tersenyum terharu.....laa, beria ria sungguh sekolah aku ni, saya tak jangkakan kehadiran yang ramai, tetapi Cikgu......terus melakukan apa yang sepatutnya. Malu dibuatnya.

Acara sarapan dimulakan.


Nasi Lemak sambal sotong dijamah.

Sambil bertanya khabar bekas bekas guru dan rakan rakan, sekitara pukul 945 si Jawaid pun sampai. Bertongkat. Kakinya terbelah, gara gara kemalangan jalan raya. Untung semuanya selamat.


Jawaid bertongkat.

Perbualan semakin rancak, keisah lama diungkit ungkit lagi. Ada sebuah Waja berlalu perlahan disisi, kelihatan pemandunya tersenyum kepada kami, seakan akan saya mengenalinya, tetapi siapa agaknya?


Parang tu Roslan. Kang terpelanting durian bersama parang tu.

Pemandu Waja tadi mengelilingi sekolah, dan memakir kenderaan disisi, lalu menghampiri. Saya cuba memutar masa dikepala saya, siapa orangnya ini?


Perlahan beliau menghampiri, seakan akan rakan sekolah jugak ni. Siapa ek?

Ini lah Guru Besar terkini, Cikgu Mohd Tahir Lokman, yang akan memulakna tugas secara rasmi di SK King Edward VII-1 pada 1 Julai 2011. Beliau menggantikan Cikgu Abdul Habib.

Guru Besar , Cikgu Mohd Tahir bersama isteri beliau serta Penolong Kanan Koku,Puan Zuraini Akmar Mohd Zailani, semeja bersama kami menjamu selera. Terima Kasih Cikgu!!

Guru Besar adalah bekas pelajar SM Dr Burhanuddin, Taiping. Beliau terlalu berpengalaman menjadi Guru Besar di seluruh Negeri Perak ni!!

Banyak benar kenangan beliau dikongsi bersama kami pagi ini.

Waktu sudah melebihi pukul 1015, bila Badrul menghampiri kami. Kiranya ini rakan yang terakhir yang hadir.


Badrul bersalaman dengan Jawaid sambil diperhati Wan Mahathir.


Roslan dan Badrul berpelukan. Begitu kukuhnya ikatan persahabatan ini.

Sedangkan kami teruskan acara sarapan ini. Badrul membawa bersama beliau air mineral sebagai buah tangan. Perbualan kami semakin rancak , kerana Guru Besar, isteri dan PK Koku pun berkongsi pengalaman bersama kami.


Penolong Kanan Pentadbiran, Puan Rokiah Ata Mohamed pun turut hadir. Hebatkan!!

Yang saya suka, cikgu cikgu ni serta isteri GB memuji nasi lemak pagi ini!
(depa tak tahu beras impot dari Siam@Betong)

Sekitar pukul 11 pagi, Cikgu Mohd Tahir memohon diri untuk berundur, dan saya segerakan mengoyak kertas ini untuk tanda ingatan kepada sekolah dari kami berenam.


Tanda penghargaan kami kepada SK King Edward VII-1. Kecil sangat sumbangannya.


"Dulu, 4-5 tahun lalu Amitabh Bachan pernah berlakun disini, ada aksi 'stunt' dari atas bangunan ni, terkini, ada anak sekolah yang lakukan aksi yang sama, patah kakinya, sebab itu dipasang pengadang besi sekeliling tingkat satu."





Pilih , jangan tak pilih. Ole ole dari Sekolah.


Wan Mahathir ke MCKK, Latiff sampai pencen di KE, Azwan merantau ke MRSM, Badrul, Jawaid dan Roslan, pun pencen di KE


Kenapa dulu kami tengok meja ni besar sungguh!! Anak anak KEVII-1&2, 1976

Berlatar belangkangkan pejabat, bilik Guru Besar dan dewan sekolah. Majestic!!


Kamar mandi yang dibina ditahun 1930, mesih kukuh!!


Antara yang pernah naik ke pentas menerima hadiah.


1905. Masa tu umur kami (-) 56 tahun. Ada ke umur merentas masa?


Azwan mengahayati keindahan bangunan sekolah dari tengah padang, seakan akan nak convert bola melepasi tiang ragby aje tu.


Main ragby, bolanya mana?!

Akhirnya tiba saat perpisahan. Entah bila kitakan ketemu lagi. Saya dan Badrul tetap bermastautin di Kedah, sedangkan Roslan Wahab akan pulang ke Ipoh, Wan Mahathir akan pulang ke Kuala Lumpur, Jawaid penduduk setia Taiping. Azwan akan pulang ke US untuk bersama keluarga beliau disana.

Ini adalah pertemuan kali kedua saya dan Azwan, yang pertama bagi Roslan dan Wan Mahathir untyuk bersama Azwan, setelah meninggalkan sekolah rendah ini. Kisah yang pertama boleh dibaca disini.

Walau sekejap dan kehadirannya hanya 6 orang, tapi bagi saya, ia amat bermakna. Kita tidakkan tahu bila kita kan ketemu lagi, dan bila kita akan dipanggil 'pulang'.

Saya , Mokhtar dan anak saya terus bergerak ke arah Simpang, sambil diekori Badrul bersama Jawaid, menuju ke suatu destinasi yang belum pasti dimana alamatnya.


Latiff Hariri
1955 04071964 - 2011
Taiping-Sungai Petani

Thursday, 30 June 2011

Have Gun Will Travel

Terus terang cakap aje, sememang saya cuti sakit hari ini, dan dibekalkan Doktor ubat untuk turunkan tekanan darah ni. Tapi, saya sebenarnya bukan pengidap penyakit ini, selalunya saya normal. Tapi, pengakuan saya kepada doktor , " Saya melantak durian setiap pagi dan malam doktor."

"Eh, mana boleh macam tu Latiff, kita bukan orang muda...kurangkan makan durian." Itu nasihar doktor.

Tapi, hati saya muda pe?



Asri yang bawak aku mai sini, aku tak nak pun, kepala berdenyut denyut.

Perjalanan mengambil masa 2 jam, sarapan di rumah orang tua Asri , nasi berlaukkan gulai sukun dan ikan bilis goreng, hmm, bertambahlah tekanan darah tinggi dan angin ni.

Selain dari si Asri yang ada temu-janji dengan pihak PDRM, saya sempat juga membeli ikan pekasam dan ikan talapia hidup untuk dilaukkan malam nanti.

Kami berada di sekitar Permatang Kedondong pukul 315 petang, dan bermulanya acara serang hendap ini , tanpa berundur.

Kalau dahulu , main Police and Thief ni, hanya buah terung menjadi pelurunya, kini, sasarannya pelurunya yang 'hidup' dan sasaranya pun benda hidup. Dah lama saya 'mark' 'mereka' ni dari jauh. Nasib baik si Asri ada senapang ni.


Aksi ini agak ganas, senapang terpaksa dicensor dengan pokok kelapa.

Hanya mencuba dua tembakan, yang saya jangka satu kena pada sasarannya. Tetapi foto tidak boleh ditunjukkan, dijangka akan men'trauma'kan yang melihatnya.

Ini yang pakarnya.


Ada gaya Clint Eastwood tu.

High Chaparral di sawah bendang

Sekadar menghabiskan empat peluru hidup disini selama dua jam setengah.

Upahnya, makan durian di kebun dan dibawa pulang.

Tu, Asri dah jumpa sebiji untuk partner dirumahnya.

Laaaa, makan kat sini rupanya.

Kami tamatkan acara ini sekitar 630 petang. Pulang ke rumah untuk mandi dan solat, sebelum bergerak ke Pulau Pinang menghantar Asri ke Jamilah semula.

Dan bukan Jamilah yang menanti di tepi lebuhraya berhadapan Tesco ini, tetapi Gen2 yang bertayarkan kempis. Gen2 ini pancit tayarnya semasa Jamilah memandu dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, dan ditinggalkan kepada Asri untuk diproseskan.

Sekitar 9mlm di Lebihraya pantai mengarah ke Jety dari jambatan Pulau Pinang.

Tak lama pun kami disini, Asri cukup mahir dengan Gen2 beliau.

Tart sering menjadi teman saya untuk perjalanan malam/jauh. Untung berkawan dengan orang muda dan bujang ni.

Akhirnya baldi berdurian serta senapang ini dikeluarkan untuk diserahkan kepada tuannya.


Jangan tanya berapa biji duriannya.

Tart yang paling seronok bergaya dengan senapang ini.

Bergerak ke Semenanjung sekitar 945 malam, dan kami berlima hanya berada semula di Sungai Petani sekitar 1030 malam. Entahlah, boleh kerjakah saya esoknya? Urat dibelakang leher ni berat aje. Cuma makan seulas durian sahaja hari ini.

Latiff Hariri
2118 27062011
Sungai Petani