Bee Gees

Thursday, 19 April 2012

Anak Emas Yang DiLupakan

Cuaca yang menjadi alasan utama, jangan salahkan saya.


Saya warga yang hampir mencecah angka 50, kederat tiada.


Ditambah hujan sepanjang sebulan yang lalu, sebaik anak anak emas ini ditinggalkan sendirian di kebun ini. Akhirnya, selapas melebihi sebulan, saya mengalah, jenguk lah jugak anak anak emas ini.

Seronok tengok bangau bangau ini mencari anak anak ikan didalam bendang yang masih berair ini

Sebaik memakir kereta dan keluar melihat kebun.....



Astaghfirullah, dah jadi hutan rupanya!!
                
Berulang alik dari kereta ke tapak anak anak emas

Mendongak keatas, hanya sebatang ini yang menghasilkan buah yang saya kira sekitar 70 biji

Bunga bunga jambu susu

Sambil berangan dengan bebuah durian ini. kami cuci sekeliling pokok anak anak pisang emas ini, ada yang subur , ada yang segan segan begitu.

Dari 99 pokok yang saya tanam, hanya sekitar 70 yang sihat walafiat.

Guna tangan lagi cepat sebab tanahnya lembut.

Buah terung pipit ni bermaharajelela didalam kebun ini/eggplant fruit

Nangka yang meriah/jackfruit.

Sawah bendang yang sedang menghijau

Sekitar pukul 7 kami pulang. Dah tak ada kederat pun.


Latiff Hariri
2048 14042012
Sungai Petani




Wednesday, 18 April 2012

Tarian Tiang di Dataran Jam Besar Sungai Petani - Versi Perkasa

Bila gang PR adakan aktiviti kemasyarakatan  mahupun ceramah, saya menanti juga acara ini. manalah tahu, kalau kalau mereka berani membuat tarian sebegini sebagai selingan bila topik yang diceramahkan bertambah panas.


Tapi tiada.


Tapi kalau gagakhitam terdengar yang gang PR akan berdemontrasi aman, mereka pun sibuk nak turut serta. Gang PR bertungkus lumus memaklumkan PDRM akan aktiviti aman ini, dan gagak hitam pun tumpang sekaki, sebab mereka secara otomatik boleh turut serta.


Bila ada provokasi pun, polis Apco mesra alam dengan gagakhitam, tetapi bila mangsa provokasi dari PR terkena lontaran objek dari gagakhitam, dan buat lapuran polis, yang buat lapuran tu, silap silap ditahan polis untuk siasatan lanjut


Sepanduk tertulis "Tarian Tiang GagakHitam di Dataran Jam Besar Sungai Petani."

Now Showing. Khas untuk hadirin Perhimpunan Hijau 

Pertunjukkan percuma wei, untuk korang gang PR yang letih berdemontrasi.


Semoga terhibur.

Ewah, ewah....gaya  Sha Na Na ni

Pandanglah......, lihat lah......, pung**(tut tut) yang ramping dan dadaku yang bidang -senikata lagu Biduanita Negara. Pemuda yang sebelah tu duk adjust.......tut tut. Wek!!

Sebahgian ungkapan bersopan abang tua ni adalah , " tut...." , "tut"   "tut " "#%*&!"

Maaf ya , tidak diluluskan oleh Jakim!


Goyang pinggang.... , goyang badan...., jangan malu dan segan - Lagu Sudirman Hore Hore. Gaya kaki mesti diangkat seakan akan lembu....eh,  anjing kencing berdiri


Tak malu ke abang tua oi! Ada peminat tarian tiang ini bertanya, " dia ni tak sembahyang Jumaat ke tadi?"


Bukan nak kata  dia, yang dia tak sembahyang Jumaat, maksudnya , tak malu pada Allah ke?


Sekarang ramai dah tengok aksi abang tua ni, terhibur bang oiii!!


Muncung ikan puyu, yang penuh dengan maki, seranah, kutuk, bebel, potpet, meludah, umpat, cerca  . Perasan tak topi dia tulis apa? P.....

Inilah budaya 'umnu baru' yang dibawa mamak madey untuk ahli baru umnu. Budaya ini tiada sebelum umno lama diharamkan oleh mamak madey.


Tapi budaya memfitnah dan 'membunuh' sudah ada sejak Merdeka lagi. Kenapa saya kata begitu? Sebab dah ramai ahli PAS terutamanya yang menjadi mangsa sejak zaman Tunku lagi.


 
Sebahagian penonton 'tarian tiang' yang berpuas hati dengan persembahan warga separuh abad dari umno, memberikan tepukan gemuruh kepada beliau.

Tanda berpuas hati kerana aksi lucah anda berjaya dirakam!


Latiff Hariri
0628 18042012
Sungai Petani


Monday, 16 April 2012

Landasan Berkembar Pinang Tunggal

Dah lama saya ambil foto foto ini, ada yang saya ambil seawal Februari sebelum terjadinya kejadian ribut di kebun saya itu.


Saya dah memasuki simpang terdekat untuk sampai ke landasan berkembar ini, tapi gagal, dek kerana jalan berlecah dan ada paip air yang pecah berhampiran loji air itu. Jadi hanya foto foto dari jauh yang saya rakamkan.


Jaraknya dari kebun saya sekitar 2.5km sahaja.

Konkrit pengganti kayu pelapik landasan.

Jambatan yang saya kira sudah melebihi 50 tahun.

Memang teguh jambatan ini hingga kini.

Ini percubaan pertama saya sebaik hujan berhenti, tetapi lorong kampung ini terhalang dek kerana paip SADA pecah. SADA -Syarikat Air Darul Aman,.

Akhirnya petang 17/03/2012, baru saya teringat untuk menghabiskan expidisi yang mudah ini, melihat setakat mana projek landasan berkembar ini tersiap , sejak lebih 6 tahun lalu dimulakan.


Tasik dan Pulau jadian di tengah Sungai Muda. Ada yang jadi tasik. Dalam geran tanah, ada pemilik, tapi tanah dah jadi tasik lah pulak.

Ini kerja kerja tambatan Sungai Muda bagi mengelak kejadian banjir. Banyak tanah orang kampung yang dibeli 'kera'jaan bagi pembinaan tambatan ini sepanjang Sungai Muda.


Saya ingat sejak mula saya menjadi orang Kedah diawal perkahwinan saya sekitar 1986 hingga kini, kerja kerja mengorek(dibaca - dimentekedarah) pasir sungai ini sudah bermula. Ianya dimulakan oleh JKKK UMNgOk berkongsi dengan towkay Baba MCA kerana pasirnya berharga dan berkualiti tinggi.


Korang tahu, setiap JKKK, ada yang saya dengar menerima imbuhan RM300.00 sebulan dari towkay MCA ini, dan orang orang kampung boleh mengambil pasir ini secara percuma dari towkay ini!!


Akhirnya, selepas lebih 30 tahun mentekedarah pasir ni, banyaklah tanah orang orang kampung yang reban/runtuh memasuki Sungai Muda. Ikutkan peta, masih ada  lot tanah orang kita, tapi, fizikalnya, tanah dalam Sungai Muda. Ada orang kampung yang terlebih akal, spesis UMNgOk, yang menggadai tanah makpak mereka kepada bank kroni untuk di sapu duit dahulu, dan bila hutang tidak dilunaskan, bank pun nak lelong Sungai itu!!
Bank kroni tu pun dah tinggal kenangan lalu juga.....


Hahaha, spesis siang menjerit bersama rakyat, " Hidup Melayu!!!", malam depa jual tanah rezab Melayu!! Bangsatnya Melayu UMNgOk ni.


Semasa bujang saya sekitar usia 17 tahun(paling tepat lepas SPM), saya sudah menyeberang sungai ini, hanya paras leher saya sahaja. Kini? Taubat saya nak seberang, saya kira lebih 8 meter dasarnya!!

Habis terjual dan di'usir'  Melayu dari kampung halaman untuk pembangunan mereka!

Saya kira muat untuk dua landasan, kalau dibina stesennya sekali di atas sungai ini, lagi lah gempak!!

Saya pakai anggar sahaja, 500 meter agaknya jambatan ini.



Bendang yang dimangsakan , habis tanah Melayu sejak 54 tahun dahulu

Jambatan besi dilatar foto ini serta jambatan baru yang menyatukan Pinang Tunggal Kedah dan Pinang Tunggal Seberang Perai.

Tambatan Sungai. Batas sungai yang ditinggikan.

Saya punya angan angan tersendiri sekiranya usia panjang hingga kepencen. Chalet di kebun serta aktiviti merentas Sungai untuk sampingan. Jarak kebun saya ke Sungai Muda dekat sangat sangat.
Lambang KTM - Ketibaan Tidak Menentu

Saja saja je cek kerja mereka ni, lembab sangat, dari sebelum PRU 12 hingga kini belum siap siap. Dari kos 100% dinaikkan 100% lagi, lepas PRU13 ni, naik lagi 100%, kaya lah korang songlap duit rakyat tu.


Bukan KTM ek, tapi Rosmah suami si Najib and the cronies.

Latiff Hariri
1958 24032012
Sungai Petani

Sunday, 15 April 2012

Penghormatan Dari www.Kedahlanie.info

Saya amat terharu dan berterima kasih kepada Pengarang/Editor Sesawang Kedahlanie yang sudi menyiar atikel tulisan caca merba saya didalam laman sesawang popular negeri Kedah ini.

Satu penghormatan untuk jurukamera sebenarnya!!!

Patutlah, tetiba 'hit' atikel tersebut mendadak naik, tertanya juga, dari mana datang pembaca Maya yang ramai ini!?


Sesawang Kedahlanie

Pasti ada yang gembira hari ini!!
Sila klik laman Kedahlanie.info untuk bacaan terkini dan klik disini untuk atikel yang tersiar di Kedahlanie.

Suntikan semangat sudah kami terima. Moga Team MediaMaya Sg Layar bertambah kuat semngat kerja IKHLASnya, hanya ini pun yang termampu kita lakukan.

Semuanya untuk kebaikan bersama.

TERIMA KASIH PENGARANG KEDAHLANIE.INFO !!!

Latiff Harriri
1148 15042012
Sungai Petani

Saturday, 14 April 2012

Team MediaMaya PR Sg Layar - Kembara Taiping

15 Jamadillawal 1433H
Aman selamanya

First Galleria , Taiping, Perak, Malaysia. 

Boleh dihubungi : Firstmanagers@firstgalleria.com.my
                                  PWD 105, Jalan Stesen, 34000 Taiping, Perak, Malaysia.
                                  +605-8052137 

Team MediaMaya PR Sg Layar, Sungai Petani- ubah minda rakyat yg terpesong.

Tigers Corner - Tempat lepaknya bebudak tua dan muda King Edward, yang sudah mencengkau usia 128 tahun!!

Pejabat  arwah bapak, Hariri Bab 1959-1966 , 1973-1978, 1984.

 
Kaki bukit, Bukit Maxwell @ Bukit Larut


Budin in action

Lereng mendaki Bukit Larut

Perkuburan tentera British warga Islam berketurunan campuran.

Pusara Kenangan Peperangan  - Perang Dunia ke2

Daftar Pusara di Pagar Utama.

Pusara Islam

Burmese Pool


Taiping Lake Garden

Pagi di Taman Tasik, anak anak sekolah merentas desa

Damai disini
Kura kura berpanorama

Nyaman susasana

Dahan menjalar mencecah tasik, akar mencengkam bumi


Pohon buluh melentok ke tasik


Muzium Perak, Taiping.
JWW Birch

Gerabak Keretapi Negeri Perak - Taiping - Port Weld

Era kegemilangan Jet Tebuan berakhir di sini

Cendol Bismillah


Tak sah kalau ke Taiping , dan tidak menjengok gerai ini. Selain itu saya suka ke Kue Teow Dolly, Casual Market dgn mee kombat, popiah dan mertabaknya. 

Kebelakangan ini, saya dah tak minat nak makan roti canai Najib di Restoran Bismillah itu. Dah ceroi, tiada 'kick'nya lagi.

Ini acaranya pagi 07042012


Latiff Hariri
2158 13042012
Sungai Petani