Bee Gees

Monday, 21 May 2012

Pusaranya Nenda Jennaton/Janaton/Jenan

Saya tak nafikan, saya suka acara bersama sama keluarga besar ini. Cuma ada kalanya, bila acaranya berada jauh dari jengkauan saya, saya terpaksa menyepikan diri.


Terakhir bersama keluarga ini sekitar 2002 yang lalu. Dan semenjak itu , disetiap pertemuan, ada sahaja rencana lain yang harus saya lakukan.


Pada usia 48 ini, saya kira masa saya begitu banyak untuk saya luangkan bersama kerabat kerabat ini.


Petang Ahad 13 Mei ini, sekitar pukul 2 petang kami bergerak meninggalkan Sungai Petani, bertiga.


Bergerak dari rumah....

Mencari arah sebenarnya Rumah Tetamu didalam USM ini, bukanlah sesusah mana.


Kami berada dihadapan rumah ini sekitar 305 petang.

2 tahun muda dari usia arwah Bapak.

Bertemu pertama kali dengan pangkat sepupu saya dari keluarga Jennaton, Prof Dr Murad Merican, disisi abang Dimyati.


Bualan petang sementara menanti kehadiran tetamu tetamu Kehormat.

Pangkat sepupu duai dari Malaysia dan Ranah Minang bertemu sekali lagi.

Puan Yang Kalsom, Pengerusi K-Jenaton.

Puan Salma Khoo Nasution dari Penang Heritage Trust, juga orang kuat dari Khoo Kongsi.

Prof Murad memulakan bicara petang tentang Datuk Jennaton, yang pertama membuka Pulau Pinang sebelum Francis Light.

Kisahnya serba sedikit : -  Datuk Jennaton merupakan keturunan salasilah dari Kesultanan MinangKabau. Dek kerana salah faham keluarga , Datuk Jennaton bersama dengan orang orang kanan beliau serta keluarga terdekat, berlayar membawa diri ke tanah seberang. Pelayaran bermula dari Batu Bara, dan mendarat di Pulau Pinang.


Sebagai tanda hormat dan kasih sayang sesama kesultanan Melayu, beliau mengadap Sultan Kedah, dan diperkenankan Baginda untuk membuka perkampungan di Batu Uban. Dan Datuk Jennaton menjadi pembesar Pulau Pinang ketika itu.


Kisah selanjutnya, kena cari sendirilah, hehehe, atau bila bila masa kelapangan, akan saya sambung lagi.


Akhir ceritanya, saya pun diberi nama Abdul Latiff Janaton bin Hariri. Saya adalah keturunan keenam dari salasilah ini.


Sesuatu yang aneh pernah berlaku pada salah saorang anak saya yang pertama kali menjejakkkan kaki ke Bukit Tinggi itu, ketika percutian keluarga bersama emak saya. Emak ada mengatakan 'daulat' anak anak saya masih kuat bila ke Bukit Tinggi itu!
Apa daulatnya? Adalah, sikit punya hal.....


Dan satu kisah yang lain, pernah kami ditegur sesaorang di Kota Medan, ketika berjalan kaki di hadapan Kantor Pos Besar Medan, secara tiba tiba ada kereta yang berhenti mengejut disisi kami sekaluarga, dan penumpang sisi membuka tingkap, saorang perempuan, lalu menyapa , " Asalnya dari Puteri Minangkabau ya?"


Kami terdiam bersama dan hanya senyum kepada penumpang tersebut.

Profesor Salleh, Sasterawan Negara, pun turut hadir

Tetamu tetamu mendengar kupasan sejarah Dato' Jennaton

Prof Murad mengambil masa melebihi sejam untuk mengupas sejarahnya Datuk Jennaton, serta sejaranya kesulatanan Minangkabau itu, serta budayanya Melayu Pulau Pinang.


Saya kira , masa yang terhad memendekkan sesi soal jawab petang ini.


Selanjutnya kami dihidang dengan minuman petang.


Saya gunakan untuk berkenalan dengan sebahagian dari para hadririn.

Bertemu sekali lagi dengan salah saorang pakcik dari K Jennaton, Tan Sri Razali Ismail
Beliau merupakan mantan Duta PBB ke Myanmar, era 80 dan 90 an.


Satu untuk kenangan petang di Bukit Jennaton ini!

Para hadirin berkenal mesra.

Adik saya yang jugak penduduk tetap Pulau Pinang.

Kami bergerak sekitar Asar menyusuri pusaranya datuk saya , yang pertama membuka Pulau Pinang ini!!


Yes, orang Minang memang suka merantau.


Samaada merantau untuk mencari rezeki atau ilmu, mahu pun merantau kerana merajuk pada suasana yang tidak menggalakan. mencari jati diri.


Adalah baik kita berhijrah, demi kebaikan diri dan anak cucu.

Izzuddin adalah keturunan ketujuh dari DATUK JENNATON.

DATOK JANATON KEMBALINYA KERAHMATULLAH PADA TAHUN 1789.

Antara yang hadir disisi pusara.

Para tetamu dari Penang Heritage Trust.

Prof menerangkan sesuatu tentang tapak pusara khas keluarga Jennaton ini.

Datuk Jenaton - Abdullah - Mohd Pakir - Baharin - Tam Rafeah - Hariri - Abdul Latiff Janaton - Muhammad Izzuddin.

Sepupu duai dari Sumatera - Namanya masih saya mencari, yang pasti berpakaian batik merah adalah Ahli dewan Perwakilan (ADUN) dari Parlimen Indonesia.



Penerangan abang pupu  dari Sumatera ini tentang pencarian beliau kemana 'lari'nya Datuk Jenaton terjawab......

                          
Walaupun ramai yang tidak mengetahuinya, dan sejarah mendewa dewakan penjajah sebagai pembuka pertama Pulau Pinang itu , saya tetap gembira kerana saya tahu salasilah asal usul saya dan keluarga saya.


Apa yang pasti, ramai dari salasilah iniyang menjadi pejuang kemerdekaan Tanah Melayu. Ramai jugak yang berpolitik dan tersasar tujuan sebenar berpolitik, ramai yang berjawatan tinggi swasta/kerajaan , dan ramai yang berjuang 'menentang' kezaliman yang dibawa kerajaan sekarang, hehehe.(Aku la tu)


Apa jua namanya datuk saya ini , orangnya tetap yang sama. Ada yang panggil Jenan, ada ejaan namanya berbeza Jennaton dan Janaton/Janatun. 


Tak jadi hal, orang yang sama, kecuali saya.


Latiff Hariri
0948 20052012
Sungai Petani.

Saturday, 19 May 2012

Ustaz Azhar Idrus Pung Mai Kedah

Siapa yang tak teruja untuk bertemu wajah dengan ustaz Azhar Idrus ni, saya kira dia masih gitu gitu aje dalam mengangkat mertabat Ulamak Ulamak tersohor ini.


Sebelum subuh Jumaat ini pun ,saya sudah tertanya tanya, sempatkah aku hadiri majlis Ustaz Azhar Idrus ini?


Banyak pesanan ringkas yang mencabar saya, bilamana rata rata menyatakan :'kami sudah bergerak ke Gurun, solat Maghrib di Perwaja', sedangkan saya masih menanti anak bujang saya di kelas tambahannya.


Tak boleh jadi, sebaik selesai Maghrib, terus saya bergerak berempat ke Gurun, dan jalan ternyata sesak 'gile gile ' bila menghampiri Perwaja.


Kepala berputar ligat, tindakan segera harus dilakukan. Saya 'naikkan' sahaja kereta saya ini kebahu pembahagi jalan di tengah tengah jalan raya ini. Kerana ternyata kereta serendah kancil pun boleh memanjat bahu jalan ini, inikan kereta saya ini.


810 kami dah teruja, lautan manusia dengan wajah ceria berduyun duyun memasuki ruang parkir Perwaja ini.


Nasib baik dihadapan Perwaja ini, laluan kendaraan adalah 4 lorong kiri dan kanan, sesak tetap sesak, tapi, bernafaslah.

Bahu tengah jalan yang luas.

Kami menapak laju menuju ke dataran parkir , kerana orang ramai yang tidak mahu mengalahkan langkha kami untuk mendapatkan lokasi terbaik. Sedangkan , Isyak pun belum bermula.

 
Waktu ini saya mengagak sudak mencecah 10,000 hadirin

Gang anak muda

Nasyid anak anak sekolah bersatu dengan anak anak muda. Memang lunak dan merdu suara memuji memuji kebesaran Ilahi ini.

1
Solat Isyak

 
Kehadiran UAI seawal 905 malam

Ustaz Azhar Idrus pun teruja dengan kehadiran, inikan kami waga marhain ini, dengan kehadiran Ustaz!

Kisahnya malam ini berpandukan Kebahagian Hidup yang sebenar dari persepsi Islam.


Gaya perbualan Mak Limah dengan Mak Leha di ajuk ajuk oleh Ustaz Azhar membuat hadirin ketawa.


Mak Limah memuji kejayaan anak anak Mak leha yang kesemuanya berkelulusan Menesiti. Yang sulong berjawatan Jurutera, yang kedua Doktor, yang ketiga Pengarah jabatan Kerajaan, Yang keempat Guru, dan yang kelima  baru dapat masuk menesiti.


Mengapa tidak, anak yang kelima dimasukkan sahaja ke sekolah tahfiz di Phatani atau terus dihantar ke Timur Tengah.

Ustaz Azhar pun akui , pada awalnya beliau beranggapan Gurun ni pekan kecil, mungkin 10 ke 15 ribu hadirin sahaja yang hadir.

Kerana tiada gunanya kejayaan dunia, sedangkan bila ditanya tentang keilmuan agama, anak anak Mak Leha gagal memberi jawapan yang tepat!

Kehadiran sudah mencecah 30 ribu, ketika ini!!

Lapuran dari rakan rakan di hujung ,berhampiran jalan besar Gurun-Bedong ini, kenderaan terhenti terus, tiada gerakan langsung!!


Nak ke mana mana guna Hiway ajelah.


Kalau semua masuk sekolah pondok, semua pakat jadi ustaz dan Ulamak, siapa nak jadi makmum pulak?

Membuat hadirin ketawa.


Maksud Ustaz Azhar Idrus ialah, jangan risau dan pandang serong pada anak anak yang bersekolah pondok itu? Kita risaukan, samaada anak itu boleh 'mencari makan' bila kelulusan hanya bersekolah agama.


Ustaz bertanya, apakah kita pernah mendengar anak anak sekolah pondok, mati kebuluran?


Sedangkan anak anak Siam itu, ditinggalkan emak bapak mereka di Wat Wat Siam semata mata mahu dijadikan anaknya Sami yang disegani, dan anak anak Siam ini gemuk gemuk dan sihat belaka , tiada yang kebuluran.


Itulah mesej yang disampaikan Ustaz Azhar Idrus.


Soalan dewasa yang banyak ditanya warga Gurun.

Terdekat yang berjaya dirakam

Hadirin yang tak mahu berganjak

Korang tanya, Ustaz jawab selamba dan senafas sahaja, tiada selindung selindung lagi.

Sesi soal jawab yang dinanti nanti

Memang penuh dengan hilai gelak ketawa, walaupun soalannya serius, mengenai hukum hakam kehidupan saoorang Islam.


Dalam keseriusan berdialog tentang agama Allah ini bersama rakyat marhain, Ustaz Azhar Idrus berjaya menambahkan keyakinan anak anak muda, dan  bapa bapa tua seperti saya ini, untuk bersama sama kembali .......

Gang anak anak muda yang kehadapan, berbeza sangat sangat sejak kebelakangan ini!

Acara soala jawab ini berpanjangan hingga mencecah 1150 malam, memang tak kering gusi bila bersoal dengan Ustaz tersohor ini.


Kami melangjah kaki menuju ke kereta. Nak melepasi orang ramai ini pun satu hal, inikan pulak bila menaiki kenderaan nanti.


Lautan sebahagian 30 ribu warga yang meraikankan Ustaz Azhar Idrus mengarah ke Bedong/Sungai Petani.

Bersessak sesak untuk pulang dengan wajah keriangan yang terukir.

Puteri puteri dari Tahfiz Negheri Kedah, comei kan?

Kami tersangkut didalam kesesakan ini melebihi 40 minit, baru dapat meninggalkan Perwaja.


Terima Kasih Perwaja, Terima Kasih Ustaz Azhar Idrus, Terima Kasih DUN Gurun, Terima Kasih Crew yang menjaya acara malam ini, dan Terima Kasih Warga Kedah keseluruhannya!! 


Hanya berada dirumah sekitar 130 dinihari, tak ngantuk pulak, tapi, paksa tidurlah juga.


Latiff Hariri
1158 19052012
Sungai petani

Thursday, 17 May 2012

Sejarah Perjuangan Guru Melayu Kedah - 3


Penting dan Genting Perjuangan Guru Melayu Kedah Gerhanakan UMNO
            Guru-guru Melayu merupakan golongan yang aktif berpersatuan. Selain bertugas mendidik anak bangsa, mereka mempunyai persatuan sendiri untuk membela dan memperjuangkan nasib guru-guru Melayu dan menjadi medan untuk kegiatan kemasyarakatan dalam kalangan mereka. Menurut Khoo Kay Kim;
“Guru Melayu dan kaum intelek lain bergiat (dalam persatuan) dengan tujuan menimbulkan kesedaran di kalangan orang Melayu tentang perlunya diadakan semangat yang lebeh kuat untok menjaga kepentingan anak bumiputera.”[1]

Guru-guru Melayu Kedah berjuang dalam persatuan yang kuat. Dalam tahun mereka menentang Malayan Union, guru-guru Melayu Kedah menubuhkan Persatuan Guru Melayu Kedah (PGMK). PGMK ditubuhkan pada 15 Mac 1946, diasaskan untuk menjaga kepentingan, kebajikan dan menyatukan guru-guru Melayu Kedah.[2] Guru-guru Kedah yang terlibat dalam politik tempatan turut mengasaskan PGMK seperti Hj. Salleh Ibrahim, Othman Khamis, Saidin Yahya, Asha’ari Ahmad al-Salleh Muhammad Darus Abdul Rahman, Hanfiah Shafie, Balkis Hj. Abdullah, Mahmud Jabar dan Saidin Hanafi iaitu Yang Dipertua PKMM.[3] Menurut Senu Abdul Rahman;
“Sa-bagai sa-orang guru yang telah mencheborkan diri dalam politik dari semenjak pekarangan sekolah lagi, saya berani mengatakan bahawa kapada kebanyakan guru2 Mel[a]yu terutama dalam tahun empat pulohan dan lima pulohan, politik merupakan sa-bagai chandu yang tidak dapat di-pisahkan lagi, sekali asap meresap masok ka-dalam badan, rasa ketageh terus menyelubongi jiwa sa-hingga tidak ada ubat yang dapat menahan.”[4]

Tambah beliau lagi;

“Sa-pekara yang tidak dapat di-nafikan iaitu pendidekan dan chara pergaulan guru2 Melayu itu sendiri merupakan faktor2 yang besar dan penting yang memupok dan menyalakan semangat chintakan bangsa dan tanah ayer. Faktor2 ini di-perkuatkan lagi dengan dasar penjajahan yang terus terang membedzakan kedudokan guru2 yang mengajar di-sekolah2 Inggeris.”[5]

Perjuangan politik guru Melayu Kedah terpaksa melakukan penyamaran untuk memastikan persatuan mereka bertahan lama. Oleh itu mereka cuba untuk mengelak daripada menyentuh soal politik secara terang-terangan. Begitu juga dalam PGMK, politik tidak diletakkan sebagai asas perjuangan persatuan. Oleh itu, dapatlah dikatakan bahawa penubuhan PGMK lebih bertepatan memperjuangkan keadaan sosiekonomi guru-guru Melayu pada ketika itu. Guru-guru Melayu hidup dalam kesempitan, tiada kenaikan gaji dan ada yang masih di bawah taraf kemiskinan.
            Selain itu fokus utama perjuangan PGMK ialah perjuangan bahasa pelajaran. Mereka hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan sekaligus bahasa kebangsaan Tanah Melayu. Matlamat perjuangannya melalui pelajaran pula ialah PGMK bercita-cita menjadikan sebuah organisasi yang bertanggungjawab sepenuhnya demi menaikkan semangat bangsanya dengan memiliki pendidikan yang sempurna serta mahu sekolah Melayu diberi nafas baru. Sehubungan itu, PGMK berhasrat sekolah-sekolah menengah Melayu dapat dibina dengan lebih giat dan sebuah universiti bertaraf kebangsaan diwujudkan di Tanah Melayu.[6]
Perjuangan PGMK bertambah agresif apabila berlaku pergabungan dengan Kesatuan Persekutuan Guru-guru Melayu Semenanjung (KPGMS). Selain giat membuat tuntutan berkaitan isu kebajikan guru dan gaji guru-guru Melayu, gabungan ini juga memperjuangkan kedaulatan bahasa kebangsaan dan sistem pendidikan sekolah Melayu.


[1] Khoo Kay Kim, “Tahun 1920-an Dalam Sejarah Malaysia”, dlm. Jernal Sejarah, Jld. XI, 1970/71. (Kuala Lumpur : Universiti Malaya), h. 10.
[2] Othman bin Khamis, “Sejarah Rengkas Persekutuan Naungan Guru-guru Kedah” dlm Chenderamata PGMK 25 Tahun 1946-1971, Alor Setar, 1971, h. 81.
[3] Ibid.
[4] Ibid.
[5] Ibid.
[6] Dipetik daripada, Mohamad Muzammil Mohamad Noor, Guru Melayu Di Kedah : Penglibatan Dalam Politik, 1940-1960, h. 197-198.

-bersambung-

UmiFathimah
Kedah Darul Aman

Wednesday, 16 May 2012

Bersih 3.0 di Bandung

Rabu 2 Mei, merupakan hari kedua kami di Bandung, walaupun semalam adalah hari perjalanan kami, dan hanya tiba pada sebelah malamnya.


Sengaja saya tawarkan kepada pengemudi teksi yang malam tadi itu samaada mahu memberi perkhidmatan teksi untuk kami untuk keesokkan harinya. Beliau meminta Rp500,000.00 sehari.


Hmm, sama harga dengan kereta sewa ni!


Walau bagaimanapun, saya puji sikap beliau yang tidak mendesak, dan turut mencadangkan kami menggunakan kereta sewa  yang sedia ada di Hotel Unik itu.


Ternyata Hotel Unik bersedia untuk memberikan perkhidmatannya..


Pagi Rabu sebaik sarapan yang tak seberapa dari Hotel Unik itu, kami bergerak berempat bersama pengemudinya si Andri, yang merupakan karyawan Hotel Unik.


Anak muda yang baru mendirikan rumahtangga.


Kemana lagi kalau tidak ke Kawah Gunung Tangkuban Prahu itu.


Saya ingat lima enam tahun yang lalu, untuk memasuki persekitaran Tangkuban Prahu ini, harganya sekitar Rp10,000.00, tetapi sekarang sudah RP50,000.00 seorang dan parkir mobilnya Rp15,000.00 !!


Dingin dan sedikit berkabus. Memang Tart dan Zul teruja dengan sesuatu yang baru untuk santapan mata dan minda mereka

Cantik.... tapi kalau meledak!?

Seorang Unjuk Rasa bersih 3.0 yang hadir sendirian di Bandung

Agak keras baunya belerang pagi ini

orang ramai yang semakin ramai

Gerun.....
Berkabus

Sekitar 10 pagi kami bergerak ke Kota Bandung, berhenti seketika di Kebun buah strawberry

Beg plastik digunakan untuk tanaman

vKhas untuk marka mereka di Malaysia


Kami hanya seketika disini, tiada yang menariknya kebun buah tanah tinggi ini.


Terus bergerak ke persekitaran Jalan Ciampelas itu untuk berbelanja.


Rumah ni wajib ziarah setiap tetamu yang berkunjung ke Kota Bandung

Anak anak muda ini tidak berminat dengan baju baju moden berjenama, sedangkan saya sudah habis melebihi setengah juta.....Rupiah disini. 


Kami bergerak mencari rumah makan, ternyata laparnya terlalu segera, mungkin kerana cuaca yang kedinginan.


Andy cadangkan kami ke Rumah Makan Sederhana sahaja.


Meja penuh! Tapi keenakkannya tidak sama dengan masakan dari Ranah Minang itu.

Di Bukit Tinggi saya berikan markah penuh 10 untuk RM Sederhana, tetapi di Bandung saya beri 6  sahaja ya.

Jalan Ciampelas.

Disini banyak jeans dan branded boutique, tapi harus hati hati, ada yang tiada kualitinya

Teringin nak beli, tapi, macam mana nak dapat permitnya? Nak tembak monyet dikebun sahaja

Selesai makan tengahari yang saya kira harganya sekitar RM55.00 sahaja untuk 4 orang makan, kira murahlah.


Bergerak lagi, kali ini Andry cadangkan kami ke Pasar Baru sahaja. 


Saya boleh agak dan boleh faham, sebenarnya untuk berjalan kaki ke Pasar Baru ini pun tak lah jauh mana, naik angkutan kota pun sekadar Rp3,000.00 seorang.


Tetapi, hari pertama ini biar Andry yang jadi pemandunya, esok esok kita merayau sendiri aje.
Ni kira menghafal jalan jalan di Kota Bandunglah.

Latiff Hariri
1910 15052012
Sungai Petani