Bee Gees

Friday, 12 April 2013

Makan Makan di Danok

Jumaat 5 haribulan ini, saya sengaja ambil cuti. Yang pastinya, cuti ini akan saya habiskan masa di kebun dan  merayau persekitaran Negeri Kedah. Pagi Jumaat ini juga, saya keluarkan pelbagai jenis pisang yang berjumlah sepuloh mayang ini, untuk saya dagangkan, supaya , saya tidak perlu ke kebun lagi pagi Ahad nanti. Adakalanya, saya pun nak 'off' jugak hari Ahad, asyik memerap kat kebun pun, cemuih jugak.

Selesai sarapan di tempat biasa saya ini, restoran di belakang Balai Bomba Sungai Petani itu, baru saya perasan, rupanya ada kemalangan yang baru berlaku.

Ish, sayangnya! Motor mahal tu!! Harapnya lepas PRU13 nanti, saya boleh membelinya dengan harga yang lebih patut dari sekarang.


Bomba kemalangan di belakang Balai Bomba Sungai Petani

Pulang kerumah. Rehat sekitika, untuk bergerak semula. Kali ini ke Alor Setar.
Saya guna laluan SP-Merbok-Yan-Kuala Kedah. Panduan santai. Solat Jumaatnya di Masjid Teluk Kechai. Tazkirahnya disampaikan oleh Ustaz Rahman Saad, saorang anak muda , yang saya kira usianya belum melepasi 30 tahun.

Kisahnya perjalanan hidup Gabenur di Syam, yang pernah difitnah , walaupun Khalifahnya menanya setiap Masjid di daerah jajahan beliau itu, samaada benar atau tidak keburukan Gabenur yang dilantik itu. Dari berpuloh masjid yang Khalifah bertanyakan itu, hanya sebuah perkampungan sahaja yang meng'ia'kan fitnah tersebut, sedang perkampungan yang lain menafikan akan berita 'fitnah' itu.

Akhirnya Gabenur yang difitnah itu mendoakan kepada Allah terhadap yang 'kaki fittnah' itu, 
" Ya Allah, Kau panjangkanlah usia beliau yang membawa berita palsu itu, dan Kau matikanlah beliau dengan penuh keaiban...."

Dan doanya dimakbulkan, hinggakan pemfitnah mengakui , "Allah sudah mengaibkan diriku, kerana melakukan fitnah terhadap Gabenur tersebut."

Bayangkan 'lapis' usia beliau semua dah mati, dan yang lapis anak cucu beliau semua dah mati, cuma, beliau saorang aje yang masih hidup.

Kesimpulannya, hentikan fitnah video dan foto itu wahai rakan rakan didalam parti itu......Ada faham?

Ke, saya nak sebut saya tujukan kepada siapa?

Puas mendengar Khatib berkhutbah tentang perbalahan Pemimpin dan yang dipimpin, di hadapan Allah, di Sana kelak. Khatib memetik 4 Ayat pilihan AlQuran, tentang Pemimpin yang pura pura tidak mengenali rakyatnya, sedangkan semasa hayatnya rakyat itulah yang duk kipas pemimpin tersebut. Di Sana, Pemimpin akan berlagak tidak mengenali dan tidak mahu dipertanggungjawabkan atas segala kemungkaran yang beliau lakukan, sedangkan yang dipimpin, mengadu kepadaNya bahawa pemimpin itulah yang menyesatkan mereka.

Fuh, 'kaw-kaw' punya Khatib ni, saorang Pensyarah di IPTA! Hebat sungguh anak anak muda berlatarbelakangkan Agama di Negeri Kedah ini!


Ambik anak di Alor Setar, lepas tu terus makan makan di Danok

Memang enak masakan disini. Kami gemarkan gulai Ikan Puyu masak Kimsum, Loban goreng Bawang Putih. Di sini, Puyu dan Lobanya besar besar, payah nak jumpa di Pasar Tani Sungai Petani.


Parklir aje disisi Imigresen, jalan kaki masuk Siam.

Pulang rumah sebelum Maghrib. Tak ke kebun petang ini, sebab merayau dan cuaca pun sudah mula membasah di Sungai Petani ini.

Bukan apa, cuti sekolah yang lalu, anak yang ini tidak bersama kami ketika itu. Beliau di Kolej kat KL tu, jadi ini kira 'bayar' balik lah.

Latiff Hariri
1048 12042013
Sungai Petani


Wednesday, 10 April 2013

Laguna Merbok Pulak DiSerang

Ini kisahnya Ahad 7 April 2013. Bermula sekitar selesai Isyak dan tamat jam 1 pagi..

TV dan radio boleh buat propaganda, tapi Rakyat tetap berduyun duyun mendengar ceramah Pakatan. Fitnah lah apa pun terhadap Anwar Ibrahim mahu pun Tok Guru Nik Aziz, kami tetap bulatkan hati untuk Pakatan.


Surendran bakal calun DUN Padang Serai


Saifuddin Parlimen Kulim



Cikgu Bard - Sg Acheh


Memang Cikgu Bard anak muda yang cekal . Ezam lompat katak, lahir lagi 10 Cikgu Bard dan Rafizi.

Malam ini Cikgu Bard merupakan 'Star', setiap fakta yang disampai mendapat tepukan gemuruh.


Mantan Exco Negeri Kedah, saorang Jurutera , bukan kontraktor sepertimana didalam Umnu tu.


Mantan wakil Dun Bukit Selambau.


Saifuddin ni tak payah ceritalah, lenggok penyampaiannya seakan akan DSAI


Pak Tam Det tak pernah miss setiap ceramah - dia wajib ada di depan pentas


Malam ini paling ramai kehadirannya dari masyarakat Cina




Hero malam ini memulakan ucapan sekitar 1140 malam, dan tamat sekitar 1245 malam.

Orang ramai tak berkelip mata dengan fakta yang DSAI bawa.

Macamana nak kata rakyat sokong BN, sedangkan ceramah pun hanya kerusi yang hadir.


Sekitar menghampiri 50,000 hadirin.


Pelbagai kaum dari penduduk Sungai Petani.

Saya pasti kali ini barisan Nasional akan dikuburkan. Kalau tidak, bermakna berlakunya penipuan semasa Pilihanraya atas kerjajahat SPR dan Umnu.

Jurufoto MediaMaya Sg Layar - Nasiruddin Ice

Latiff Hariri
20:08 10042013
Sungai Petani

Monday, 8 April 2013

Lajak ke Kampung Banggol, Merbok

Selesai majlis makan makan di rumah pengantin perempuan itu, kami terus dipaksa Malek, orang kuat Bang latiff TNB itu supaya terus memasuki Kampung Banggol, yang terletak kira kira 4 km dari rumah pengantin ini.

Ya lah, ya lah, kami datang ni.



Pengantin lelaki dah lega, selesai hidup membujang.


Ini, orang kuat Bang Latiff TNB, dia tak daka 'kalu', Bang Latiff patah sebelah tangan.


Menabur janji ditepati, time makan


Anak anak lele @ keli


Ambil angin petang bawah dangau


Wakaf pun ada, bukan dangau aje


Dusun durian yang dah matang.....


Pekena saorang secawan teh, ada ngin angi sepoi dari laut Tg Dawai, pakat nak lena time Maghrib ni!

Akhirnya sekitar jam 7 senja, kami berduyun duyun keluar dari Kg Banggol ini. Menarik tengok kampung orang yang boleh dibuat 'angan' untuk memeriahkan kampung sendiri nanti.

Latiff Hariri
0738 08042013
Sungai Petani

Friday, 5 April 2013

Pernikahan Zulkifli Ahmad & Noor Izzwa Md Radi II

23032013 Sabtu sekitar Azan Asar......

Dah Sampai dah....umah mak mertua....Kg Tandop Batu, Merbok.


Rombongan lelaki sekitar 7 kereta.


Kulihat hijau.....cantikkan?

Memasuki kampung/rumah ini sekitar Asar.



Haaa, tu dia hantaran, sederhana aje...

Jamuan mula dihidang dan dimulakan dengan doa selamat

Berbalsah hantaran

Mihun goreng dan kuih muih


Air sirap ni memang dinanti, dahaga sungguh!


Tambah lagi Bang Omar.

Dah nak balik dah, sekitar pukul 545 petang


Seketika cuma............

Kenangan petang sabtu 23032013

Posing  selagi boleh ...


Jejaka idaman? Sorang tu aje, yang lain dah jadi bapak beriman, hehehe

Sekitar pukul 6 petang kami bergerak memasuki kampung di pedalaman Merbok ini, cari buah kayu lagi untuk buat buah tangan

Latiff Hariri
1108 05042013
Sungai Petani

Wednesday, 3 April 2013

Pernikahan Zulkifli Ahmad & Noor Izzwa Md Radi

23032013 -Sabtu


Memang si Zul ni jenis tak kisah. Semua diatur oleh ayahnya Bang Omar. Buruk baik dia serahkan pada Ayahnya. Pernikahan beliau ni pun , pada saya , secara sepontan aje, tiada angin ribut yang menunjukkan beliau dah keluar ber'dating' dengan pasangannya

Saya? Saya pilih sendiri, hehehe.

Sesuai dengan ketiadaan 'orang rumah' di rumah hujung minggu ni, pi mengendeng makan tengahari rumah Pengantinlah.


Tak ada malunya lagi di rumah ni.....


Dah siap 'pasang badan'....

Melihat pengantin dah bersiap sebaik selesai makan tengahri tu, saya bergegaslah pulang  kerumah, nak 'pasang badan' sama


Kebanggaan Ayah dan Ibu.


Dikelilingi adik adik pupu dari Shah Alam

Bergerak meninggalkan Sri Tanjung sekitar 245 petang, dan tiba di Masjid Merbok sekitar 310 petang, dekat sahaja, sekitar 20km.


Pengantin leleki pulak kena tunggu Tok Imam dan Pengantin Perempuan


Ha, ni dia pasangan yang pertamakali kami kenali


Bakal Kakak Ipar kedua.


Salam Zul, jangan tak salam. Sekali lafaz je.....Tahniah. Sekitar pukul 4 petang


Akujanji Zulkifli Ahmad


Akujanji Noor Izzwa



Ok, sama sepadan. Kami semua tumpang gembira, moga bertambah sanak saudara sepupu duai .

Jom pi makan makan kat rumah pengantin perempuan, jom.

Latiff Hariri
1058 30032013
Sungai Petani