Bee Gees

Friday 12 April 2013

Makan Makan di Danok

Jumaat 5 haribulan ini, saya sengaja ambil cuti. Yang pastinya, cuti ini akan saya habiskan masa di kebun dan  merayau persekitaran Negeri Kedah. Pagi Jumaat ini juga, saya keluarkan pelbagai jenis pisang yang berjumlah sepuloh mayang ini, untuk saya dagangkan, supaya , saya tidak perlu ke kebun lagi pagi Ahad nanti. Adakalanya, saya pun nak 'off' jugak hari Ahad, asyik memerap kat kebun pun, cemuih jugak.

Selesai sarapan di tempat biasa saya ini, restoran di belakang Balai Bomba Sungai Petani itu, baru saya perasan, rupanya ada kemalangan yang baru berlaku.

Ish, sayangnya! Motor mahal tu!! Harapnya lepas PRU13 nanti, saya boleh membelinya dengan harga yang lebih patut dari sekarang.


Bomba kemalangan di belakang Balai Bomba Sungai Petani

Pulang kerumah. Rehat sekitika, untuk bergerak semula. Kali ini ke Alor Setar.
Saya guna laluan SP-Merbok-Yan-Kuala Kedah. Panduan santai. Solat Jumaatnya di Masjid Teluk Kechai. Tazkirahnya disampaikan oleh Ustaz Rahman Saad, saorang anak muda , yang saya kira usianya belum melepasi 30 tahun.

Kisahnya perjalanan hidup Gabenur di Syam, yang pernah difitnah , walaupun Khalifahnya menanya setiap Masjid di daerah jajahan beliau itu, samaada benar atau tidak keburukan Gabenur yang dilantik itu. Dari berpuloh masjid yang Khalifah bertanyakan itu, hanya sebuah perkampungan sahaja yang meng'ia'kan fitnah tersebut, sedang perkampungan yang lain menafikan akan berita 'fitnah' itu.

Akhirnya Gabenur yang difitnah itu mendoakan kepada Allah terhadap yang 'kaki fittnah' itu, 
" Ya Allah, Kau panjangkanlah usia beliau yang membawa berita palsu itu, dan Kau matikanlah beliau dengan penuh keaiban...."

Dan doanya dimakbulkan, hinggakan pemfitnah mengakui , "Allah sudah mengaibkan diriku, kerana melakukan fitnah terhadap Gabenur tersebut."

Bayangkan 'lapis' usia beliau semua dah mati, dan yang lapis anak cucu beliau semua dah mati, cuma, beliau saorang aje yang masih hidup.

Kesimpulannya, hentikan fitnah video dan foto itu wahai rakan rakan didalam parti itu......Ada faham?

Ke, saya nak sebut saya tujukan kepada siapa?

Puas mendengar Khatib berkhutbah tentang perbalahan Pemimpin dan yang dipimpin, di hadapan Allah, di Sana kelak. Khatib memetik 4 Ayat pilihan AlQuran, tentang Pemimpin yang pura pura tidak mengenali rakyatnya, sedangkan semasa hayatnya rakyat itulah yang duk kipas pemimpin tersebut. Di Sana, Pemimpin akan berlagak tidak mengenali dan tidak mahu dipertanggungjawabkan atas segala kemungkaran yang beliau lakukan, sedangkan yang dipimpin, mengadu kepadaNya bahawa pemimpin itulah yang menyesatkan mereka.

Fuh, 'kaw-kaw' punya Khatib ni, saorang Pensyarah di IPTA! Hebat sungguh anak anak muda berlatarbelakangkan Agama di Negeri Kedah ini!


Ambik anak di Alor Setar, lepas tu terus makan makan di Danok

Memang enak masakan disini. Kami gemarkan gulai Ikan Puyu masak Kimsum, Loban goreng Bawang Putih. Di sini, Puyu dan Lobanya besar besar, payah nak jumpa di Pasar Tani Sungai Petani.


Parklir aje disisi Imigresen, jalan kaki masuk Siam.

Pulang rumah sebelum Maghrib. Tak ke kebun petang ini, sebab merayau dan cuaca pun sudah mula membasah di Sungai Petani ini.

Bukan apa, cuti sekolah yang lalu, anak yang ini tidak bersama kami ketika itu. Beliau di Kolej kat KL tu, jadi ini kira 'bayar' balik lah.

Latiff Hariri
1048 12042013
Sungai Petani


No comments: