Bee Gees

Monday 22 April 2013

Berangan Tukar 4 x 4 Selepas PRU13

Ish, batu batu ronson' ni tak habis habis cuba membakar 'nafsu' saya.

Mereka tak habis habis meminta saya tukar kereta yang saya miliki itu dengan kereta yang lebih praktikal dengan kerja kebun. Memanglah praktikal, tapi, patutkah saya menambah hutang yang sedia ada ini dengan sesuatu yang tidak langsung memberi pulangan yang setimpal dengan pendapatan saya.

Susah tau kalau 'batu api' cuba membakar guni basah yang sentiasa ditimpa hujan itu. Pengalaman usia begini, sudah cukup mengajar saya. Bayangkan pendapatan kita yang hanya berpendapatan sekitar , katalah RM5,000.00 sebulan, tiba tiba kita beli Mercedes Benz E250 baru, dan bayaran bulanannya sekitar RM4,000.00 sebulan, nak makan apa lepas tu?!

Begitulah juga dengan kerja kebun ini yan g purata hasilnya baru menghampiri RM1,000.00 sebulan. Mana logik akalnya menukar pakai Hi-Lux itu!!

3 Wheels dirve ni saya angankanlah!.


Saya angankan motor ini diparkirnya di kebun sahaja, hanya digunakan untuk menjual hasil pada hujung minggu.

Lebih praktikalkan? Sekarang ni purata seminggu 10 mayang, saya kira muat dengan motosikal 3 roda ini, sekiranya bertambah menjadi 20 mayang seminggu, saya usung dua kalilah. Tak kan nak tambah motor roda tiga lagi sekali kan?. Hahaha

Itupun kena tunggu Pakatan memerintah, sekarang ni harga motor Honda EX sekitar RM4000.00 lebih, harap harap akan merundum sekitar RM3,000.00 sebuah, doa doalah Pakatan menang ya.

Berkebun , berkebun jugak, kempen tetap berjalan!!

Latiff Hariri
1118 06042013
Sungai Petani

No comments: