Bee Gees

Tuesday, 11 March 2014

Restoran Gembira Sek 3 Shah Alam

Rancangan pagi Ahad di Restoran Gembira Seksyen 3.

Ini merupakan salah satu restoran kegemaran kami. Tahun 1989 hingga 1999, sering saya dan anak anak bersarapan disini. Memang dekat dengan rumah pun. 

Nasi Lemak Restoran Gembira Sek 3, Shah Alam, antara Nasi Lemak terbaik Malaya.Tapi, yang tak tahannya, harga makanannya, 'boleh tahan'.


Bila kami mula duduk, maka ramailah pelanggan lain mula beratur.

Sepatutnya pagi ini menjadi tempat pertemuan 3 OE81. Tetapi pada saat akhir Mazlan Baba terpaksa tukar jadual ke hari Sabtu. Jadi tinggallah dua OE81 sahaja. Saya bersarapan dua keluarga dengan adik saya Rasi pada awalnya. 

Jam 8 pagi Ahad 2 Mac 2014

Sebaik Rasi  meninggalkan Restoran Gembira, masuk pulak kawan baik saya yang rajin ini, Din Selamat.

Saya 'second' round dengan kuih muih pulak.

Bertemu pagi ini adalah untuk mengemaskini perkembangan terkini aktiviti bulan Mac 2014. Senang cakaplah, kami berdua dah letih.......

Seronoknya bila berkisah tentang perkembangan anak anak Din yang dua orang itu, dan anak anak saya yang 3 orang itu. Banyak kenangan indah akan terlakar di bulan Mac 2014.


Sharing Our Journey 2.......ini yang terakhir?

Pagi itu kami berpisah sekitar 930 pagi. Masing masing punya acara berbeza pagi ini. Saya harus kedestinasi 'tujuan utama ' saaya ke Lembah Kelang awal bulan Mac ini.

Terima kasih Din Selamat.

Latiff Hariri
0648 10032014
Sungai Petani

Monday, 10 March 2014

Mazlan Baba Sesudah 33 Tahun

Ini kisahnya Mazlan Baba, orang Melaka tu.

Saya memang ingat ingat begitu sahaja beliau ni. Waktu menetap di asrama KE, beliau pun salah saorang yang pendiam dan hanya bersama kumpulan beliau sahaja. Maknanya, bukan jenis yang kecuh waktu di asrama mahupun di kelas.

Tapi saya boleh ingat beliau, cuma beliau yang susah nak ingat kat saya.

Jadi, pagi itu satu temujanji dibuat, sebaik beliau selesai mendaftar anak memasuki UITM  Shah Alam. Saya seawal pukul 11 pagi sudah tercegat di dalam Kompleks PKNS itu.

Adalah lebih setengah jam saya duduk disini .

17 tahun yang lalu, Kompleks PKNS ini menjadi tempat pilihan saya untuk bersiar berbelanja. Kedai gunting rambutnya menjadi pilihan saya , gerai makanannya pun banyak pilihan. Selain dari berdekatan dengan rumah saya di Seksyen 4 itu. Kini, dah banyak perubahan didalamnya

Sebaik talipon berbunyi, saya cadangkan kepada beliau untuk datang ke Kompleks PKNS ni aje. Memang  nyaman pun dalam kompleks ini. Kalau bertemu di luar, harus keluar lagi dan mencari parkir di persekitaran . Saya pasti, pagi Sabtu ini kebanyakan restoran penuh dan susah untuk mencari parkir.

Bertemu sekitar menghampiri pukul 12 tenghari.

Mazlan dan isterinya.

Terungkailah serba sedikit kisah perjalanan hidup sebaik meninggalkan King Edward itu.


'Brunch' kami. Mihun  Soto dan Mee Kari.

Mazlan merupakan mantan kakitangan UiTM . Pencen awal. Adakalnya saya cemburu dengan kumpulan pencen awal ni. Isteri baliau juga merupakan kakitangan Uitm. Jadi , tidak menjadi kekok bila isteri isteri kami ni berjumpa, semua staff UiTM mereka kenal, kecuali diri masing masing.

Agak lama kami berbual. Saya rasa melepasi pukul 1 tengahari.

Dulu kat KE saya pun kenal gitu gitu aje dengan Mazlan, sebab dia bukan jenis yang kecuh kecuh tu waktu di asrama mahupun dalam sekolah.

Terima kasih Mazlan kerana sudi meluangkan masa untuk kami sekeluarga

Latiff Hariri
0638 10032014
Sungai Petani

Sunday, 9 March 2014

Hujung Bulan di Kuala Lumpur

Kalau pemanduan lancar,masa untuk tiba awal memang ada. Cuma yang tak tahannya Speed Trap. Saya memang anti dengan AES serta PDRM. Bahagian nak kebas duit rakyat ni memang mereka lebih laju dari pamanduan rakyat.

Petang tu kami tiba awal di Kuala Lumpur. Jadi sempatlah menjamah makanan ala oriental kegemaran kami ni di Plaza Great Eastern itu.


Kueteow Beef Ginger kegemaran saya.

Lepas menjamu selera kami bergerak ke Taman Cempaka dalam kesesakan lalu lintas. Dapat berjumpa dengan abang pupu saya ini, orang kuat Pakatan, ex Umno yang sudah berpatah arang.

Apartment ini dengar kabarnya terbina dibawah pemerintahan Khir Toyo, tiada CF hingga kini gara gara tidak mengikuti spesifikasi Arkitek. Projek segera kroni.

Lewat malam makan lagi di Restoran Ayam Penyet Taman Dagang.

Jadi, malam tu kami tidur di rumah Ustaz Abdul Jabar je. 

Rancangan saaya ingin ketemu pakcik saya yang katanya sakit itu. Tapi, tiada rezekinya. Jadi, kami teruskan ke destinasi seterusnya, keesokan harinya.

Kami datang ni berlenggang tangan sahaja. Tiada ole ole kali ini, hasil kebun berkurangan.

Latiff Hariri
1908 06032014
Sungai Petani

Friday, 7 March 2014

Tanah Kubur Berasap?

Petang itu, seperti petang petang yang lalu, cuaca kering sungguh.

Dan petang kelmarin juga , saya sudah terperasan ada kepulan asap yang berkepul secara perlahan keluar dari daerah sepi disisi Taman Teratai Indah ini. Hati saya mengerutu, " Siapalah kering hati pi boh api kat situ, tak tahu ke cuaca tengah kering ni?"

(Ada yang komen, orang Taman ni juga yang punya kerja)

Saya tak peduli pun.

Tapi, keesokkan petangnya, keadaan dah lain macam. Angin ribut turut melanda, dan saya mula risau.


Bomba Sukarela tiba dahulu walaupun perbualan talipon dengan kakitangan Bomba SP belum selesai.

Kena tabik tiga kali gang Bomba sukarela ni. Yang sukanya, Bomba SP tanya, " Boleh tak kami hantar Bomba sukarela aje? Kami dah tak cukup kakitangan?".

Tak kan nak jawab tak boleh, kan?

Air mula disembur kira kira 10 minit sebaik mereka tiba, mereka guna Generator kerana tekanan air rendah.

Antara kejiranan yang hadir menolong apa apa yang patut.

Diatas bukit bersebelahan kubur. 

Api merebak laju atas bantuan angin. Jadi kami hanya pandang dari jauh ajelah. Walaupun pap getah boleh sampai keatas bukit, tetapi tekanan air amat rendah.

Mereka memadam yang bersebelahan dengan Taman Teratai Indah sahaja.

Sekitar setengah jam kemudian, datang lagi kakitangan Bomba Sukarela SP dengan dua kenderaan peribadi. Yang terkemudian ini, baru saya perasan, mereka berpakaian seragam Bomba lengkap. Yang dua terawal itu lebih kepada iku apa yang dan....

Bila api memuncak, mereka meminta bantuan tanker, tetapi katanya tanker sukarela dari Kota Kuala Muda.

Lori tanker terlepas Taman kami, 'berlari' laju terus ke Sungai Layar, mungkin ada pamggilan lain yang lebih mencemaskan?

Akhirnya, tiada yang datang membantu. Kami perhati ajelah dari jauh akan kebakaran di atas bukit bersebelahan kubur.

Nasib baik bukan kubur yang terbakar dan berasap, kata kata saorang jiran menceriakan .

Bomba Sungai Petani mengambil alih tugas sebaik selesai Azan Asar. Mereka berada di atas bukit bersebelahan Taman Melati Layar.

Dapatlah berbual mesra dengan mereka, dan dari ceritanya, mereka keletihan mengejar api. Setiap hari tanpa berhenti siang dan malam. Bomba Sukarela banyak membantu walaupun tidak mengikut aturcara yang ditetapkan. Apa pun, katanya, mereka tetap berterima kasih kerana banyak kebakaran yang awalnya Bomba Sukerela yang dahulukan. Bomba Sungai Petani sebagai penyudah.

Dan dari kebakaran kecil hutan sebelah kubur ini juga, terbongkar rahsia, tentang aktiviti tidak sihat penghisap dadah tegar, yang menjadikan hutan ini sebagai Port mereka melepaskan ketagihan , dan mengrelaikan enjin dan badan motosikal yang mereka curi. 

Sebaik Bomba SP memasuki kawasan hutan ini, satu MPV Polis turut masuk dan mengeluarkan bangkai motosikal yang turut terbakar.

Kejiranan  Taman harus lebih perihatin dengan aktiviti tidak sihat ini.

Latiff Hariri
0648 06032014
Sungai Petani

Wednesday, 5 March 2014

Edwardian 2014

Ini , kira yang pertamakali, saya ikuti perkembangan Sukan Rugby King Edward.

Saya dah tak follow sebaik tamat SPM 1981. Walaupun ada yang menanya saya , samaada saya mewakili Sekolah saya dalam sukan ini, tapi sebaik meninggalkan bangku sekolah, saya dah tak 'follow'dah.

Saya cuba kurangkan bermain FaceBook, jadi tengahari Ahad itu baru saya buka FB setelah lebih 5 hari tidak melihatnya.

Terkejut beruk jugak, "Eh, Final daerah hari Ahad jam 330 petang di padang KE?"

Terbangun dari lamunan terus bergegas sediakan diri, dan sekitar jam 1 petang kami berempat bergerak laju ke Taiping.


Komen Mokhtar, "Hush.. 1883 tu!"

Sebab tu lah saya bangga dengan sekolah saya ini. Salah sebuah sekolah tertua di Perak. Dan permainan sukan yang teristimewanya adalah permainan anak anak 'jantan', iaitu rugby.

Saya mewakili Sekolah Rendah King Edward VII-1 pada tahun 1976 , dan mewakili Under 15 untuk Sekolah Menengah King Edward VII.

Tiada piala. Memang kedua duanya angkatan OE81 gagal. Memang 'bengkek' dan malu bila kalah, sebab abang abang senior tak pernah kalah kecuali waktu kami.


Tarian Tigers bermula.



Scrump down.

Perlawanan petang ini menjadi permulaan untuk Izzuddin, Mokhtar dan Zulkifli, melihat permainan ini secara 'live' didepan mata. Ternyata mereka teruja dan kagum dengan ketangkasan permainan yang ditunjukkan oleh pehak lawan.


Dan jurukamera ini jugak yang saya temui di Padang King Edward ini, Cikgu Amin.

Tak nak ceritalah keputusan perlawanan petang ini. Biarkan ia berlalu. 

Yang saya pasti, walaupun team OE81 gagal menjulang nama diperingkat Negeri, tapi sekurangnya , hampir kesemua OE81 menjadi manusia dan berjaya dalam karier masing masing.

Latiff Hariri
1928 04032014
Sungai Petani

Tuesday, 4 March 2014

HUT ke 23

Kami bergerak memasuki Bandar Taiping bermula dari Lorong King Edward. 

Nak kemana ya? Terus ke arah Bomba Taiping, hmmm, mungkin kueteow Dolly menjadi penawar 'boring'nya hati sebaik selesai menyaksikan perlawanan Rugby di Padang KE itu.

Tapi, ada yang tidak berminat ke Dolly, kerana katanya, masakannya sudah tidak seenak dahulu lagi. 

Pusingan 'U' dibuat, terus ke Casual Market, katanya mahu pekena popiah Taiping. Langkah kiri jugak, baru pukul 500 petang, tapi, Popiah dah 'selesai'.

Terus saya berFB dengan sesaorang ini, kerana tiada jawapan bila saya bertalipon dengan beliau.

Ok lah, kita minum petang di Batu Kurau ajelah. Tengok apa rezeki kita di sana.


615 petang di Taman Hijrah , Batu Kurau.

Hari ni 'All Black' minum petang di Batu Kurau.

Mewah makanannya, Bubur Lambuk, Jagung Bakar, goreng pisang dan pelbagai. Sesekali dapat jumpa dengan kawan baik saya ni, yang hujung minggunya pasti pulang ke Taiping.

Kami bertandang ke rumah abangnya Awie, Idris, yang merupakan guru di Batu Kurau. 

Sebaik tiba dirumah, terpampang foto foto beliau sekeluarga sedang menjamu selera lagi di Taping. Asyik makan aje ni.

Terpapapar di FB perkataan sempena meraikan 23 tahun bersama.......

Eh eh, ya ka? Jadi , di Batu Kurau tu kira meraikan Hari Ulang Tahun ke 23 lah ya?

Tahniah untuk Zawawi Zaharah dan anak anak . Didoakan  berbaris baris kejayaan dan kecemerlangan tercipta di tahun tahun mendatang. 

Ameen., maknanya 23 Februari lah ye? 1991.



Latiff Hariri
0708 03032014
Sungai Petani


Sunday, 2 March 2014

Panas dan Hujan Minggu Ketiga Februari

Saya rasa dah melepasi sebulan hujan tidak turun dari langit, khasnya bandar Sungai Petani ni.

Memang menyeksakan. Saya sendiri dah kurangkan aktiviti berkebun gara gara cuaca begini, selain dari pokok pokok pisang yang banyak  rosak dek cuaca panas, saya sendiri terasa bahangnya tidak dapat diterima badan.

Tapi petang Rabu ........saya terlihat langit hitam di atas . Lain macam punya awan hitam, sebab tetiba aja langit gelap petang itu. Saya memang ada membaca tentang satu lapuran pembenihan hujan yang bakal dilakukan pihak berwajib.

Minta mintalah hujan. 


Hujan pertama bulan Februari ni minggu ketiga, tak sampai 40 minit hujannya.

 Sekadar membasah lantai. Tapi ok lah dari sebulan kekeringan. 

Hujan buatan orang ini, hahaha, hanya turun dua hari berturut turut, sekarang kemarau berpanjangan lagi.

Bila cuaca panas, yang membiak sakan aalah nyamuk. Dah ada dalam sebulan ini, kes denggi. Jadi petang kedua hujan turun ni, pasukan kesihatan dari MPSP pun turunlah , membersih belukar dan tempat tempat tersorok ini dengan asap beracun khas untuk nyamuk.

Hutan dihadapan rumah .

Selalunya kalau operasi asap dari MPSP atau Jabatan Kesihatan ini, semburannya ala kadar aje, tapi, kali ni full blast.

Sah....nyamuk tak ada dalam kereta!

Dan pagi Sabtu ini, pertama kali saya dapat bersarapan ramai ramai dengan kejiranan Teratai Inidah. Bukan senang nak duduk semeja pagi pagi . Kalau malam tu, dah biasa sangat.

Sorang segelas air, tapi ada tambahan sekole teh o ais percuma dari tuan punya gerai.

Pulang dari berlepak dengan kejiranan ini, datang pulak rezeki yang dibawa oleh Imam Masjid, adik Ustaz Ibrahim Ahmad untuk kami sekeluarga. Ustaz keluarkan 3 jenis ikan yang rata rata beratnya seekor sekitar 2 kilogram.

"Abang Latif pilih seekor yang mana satu."

Ustaz kata dia nak test betul tak abang Latiff ni pandai makan ikan. Hahaha.
Ustaz silap Ustaz, ikan ikan ni tiap tiap minggu menjadi perhatian saya . Saya tahu harga ikan di Pasar Tani tu, turun naiknya setiap minggu. Musim ikan apa pada bulan bulan tertentu pun saya hafal.

Setelah mengambil seekor ikan yang agak besar ukurannya, Ustaz mencelah," Saya nak tengok reaksi abang Latiff bila tengok tiga jenis ikan ni, ternyata abang Latiff pandai pilih, hahaha."


Jenahak menjadi pilihan saya.

Jenahak ini terpaksa saya freezerkan dahulu, kerana sudah terpotong daging rusa ynag saya bawa balik dari Sandakan itu. Saya dah biasa makan daging rusa yang dibela, tetapi , bila mencuba daging rusa liar dari hutan Borneo itu, ternyata, rasanya lebih kejap dan padat. Jadi, 4 kilogram saya terbangkan didalam AirAsia minggu lepas.

Makan tengahari lewat , selepas Asar, sebab masih kekenyangan bersarapan dengan kejiranan pagi tadi.

Nasi Mande kambing serta rusa masak merah. Petang tu makan dengan anak anak kejiranan berdekatan. Nak panggil satu Taman masih tak lepas.

Latiff Hariri
0718 27022014
Sungai Petani