Saya rasa dah melepasi sebulan hujan tidak turun dari langit, khasnya bandar Sungai Petani ni.
Memang menyeksakan. Saya sendiri dah kurangkan aktiviti berkebun gara gara cuaca begini, selain dari pokok pokok pisang yang banyak rosak dek cuaca panas, saya sendiri terasa bahangnya tidak dapat diterima badan.
Tapi petang Rabu ........saya terlihat langit hitam di atas . Lain macam punya awan hitam, sebab tetiba aja langit gelap petang itu. Saya memang ada membaca tentang satu lapuran pembenihan hujan yang bakal dilakukan pihak berwajib.
Minta mintalah hujan.
Hujan pertama bulan Februari ni minggu ketiga, tak sampai 40 minit hujannya.
Sekadar membasah lantai. Tapi ok lah dari sebulan kekeringan.
Hujan buatan orang ini, hahaha, hanya turun dua hari berturut turut, sekarang kemarau berpanjangan lagi.
Bila cuaca panas, yang membiak sakan aalah nyamuk. Dah ada dalam sebulan ini, kes denggi. Jadi petang kedua hujan turun ni, pasukan kesihatan dari MPSP pun turunlah , membersih belukar dan tempat tempat tersorok ini dengan asap beracun khas untuk nyamuk.
Hutan dihadapan rumah .
Selalunya kalau operasi asap dari MPSP atau Jabatan Kesihatan ini, semburannya ala kadar aje, tapi, kali ni full blast.
Sah....nyamuk tak ada dalam kereta!
Dan pagi Sabtu ini, pertama kali saya dapat bersarapan ramai ramai dengan kejiranan Teratai Inidah. Bukan senang nak duduk semeja pagi pagi . Kalau malam tu, dah biasa sangat.
Sorang segelas air, tapi ada tambahan sekole teh o ais percuma dari tuan punya gerai.
Pulang dari berlepak dengan kejiranan ini, datang pulak rezeki yang dibawa oleh Imam Masjid, adik Ustaz Ibrahim Ahmad untuk kami sekeluarga. Ustaz keluarkan 3 jenis ikan yang rata rata beratnya seekor sekitar 2 kilogram.
"Abang Latif pilih seekor yang mana satu."
Ustaz kata dia nak test betul tak abang Latiff ni pandai makan ikan. Hahaha.
Ustaz silap Ustaz, ikan ikan ni tiap tiap minggu menjadi perhatian saya . Saya tahu harga ikan di Pasar Tani tu, turun naiknya setiap minggu. Musim ikan apa pada bulan bulan tertentu pun saya hafal.
Setelah mengambil seekor ikan yang agak besar ukurannya, Ustaz mencelah," Saya nak tengok reaksi abang Latiff bila tengok tiga jenis ikan ni, ternyata abang Latiff pandai pilih, hahaha."
Jenahak menjadi pilihan saya.
Jenahak ini terpaksa saya freezerkan dahulu, kerana sudah terpotong daging rusa ynag saya bawa balik dari Sandakan itu. Saya dah biasa makan daging rusa yang dibela, tetapi , bila mencuba daging rusa liar dari hutan Borneo itu, ternyata, rasanya lebih kejap dan padat. Jadi, 4 kilogram saya terbangkan didalam AirAsia minggu lepas.
Makan tengahari lewat , selepas Asar, sebab masih kekenyangan bersarapan dengan kejiranan pagi tadi.
Nasi Mande kambing serta rusa masak merah. Petang tu makan dengan anak anak kejiranan berdekatan. Nak panggil satu Taman masih tak lepas.
Latiff Hariri
0718 27022014
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment