Pagi Ahad , 16 haribulan ni, seperti pagi minggu yang biasa. Pulang dari pasar tani, terus bersarapan sendirian.
Difikiran hanya memikirkan jam berapa harus saya bergerak. Tak mahu sampai awal sangat, tak mahu lewat sangat.
Kalau awal sangat, tiada teman bicara pulak, kalau lewat sangat, kasihan rakan rakan menanti.
Jadi , saya berada 1 km dari Tol Kamunting ni sekitar 240 petang.
Pukul 10 pagi baru nak mulakan percetakan hitam putih kad aturcara majlis.
Sampai awal, sempatlah saya bertemu adik saya untuk mengambil lebih dari 16 kotak, air mineral untuk diagih agihkan kepada pelajar nanti. DSaji Felda taja airnya.
Bertemu seketika di KamalLodge, dan terus bergerak ke Homestay di Kagmpung Jambu untuk mengambil kunci rumah.
Hanya seketika jua, terus mengelilingi Bandar Taiping. Saya masih belum berkeputusan samaada nak makan di Dolly, Casual marker atau Cendol Bismillah sahaja.
Akhirnya saya memilih Casual Market dengan mee kombatnya.
Selesai sepinggan kueteow goreng dan air kelapa.
Ke kedai peralatan penulisan dan buku, beli apa yang dipesan rakan saya di Kuala Lumpur itu.
Dan terus pekena cendol semangkuk.
Lepak sendirian di Homestay dari Asar hingga ke Maghrib. Ini kira saya dah terlalu awallah ni.
Badrul tiba selepas Roslan , sekitar Maghrib.
Kami sempat menyelesaikan kerja kerja kecil ini sekitar 915 malam. dan bergerak ke Tigers Corner untuk makan malam.
Memang saya lapar. Hanya berbekalkan mee kombat siang tadi, saya pun memesan sepinggan kueteow goreng dan burger.
Dari bertiga, jadi berempat, jadi berlima dan berlarutan hingga ke pukulm12 tengah malam....
Dari kiri, Rasi (adik saya), Badrul, Wan Akmar, Nor Kamal Azmi, Mie Gelong, Razak, Badli dan Zainal Abidin.
Antara yang awal tiba, Jawaed , Razak dan Zainal.
Nor Kamal Azmi tak berubah wajahnya.
Anwer tak bawa adiknya Dr Ismail.
Bersalaman untuk berpisah pun, Mie Gelong masig bertanya, ni Zainal mana?
Jadi malam Isnin 17 Mac ini penuh dengan hilai gelak ketawalah.
Tidur pun melepasi pukul 1 pagi.
Latiff Hariri
0648 20032014
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment