Bee Gees

Wednesday 19 March 2014

Hari Ke 8

Petang Sabtu 15 Mac 2013 . Sekitar 340 petang. Hujan mencurah curah diikuti ribut kecil melanda Taman Teratai Indah khasnya, dan Sungai layar amnya.

Ini merupakan satu rahmat besar ! Sudah melebihi sebulan kemarau melanda Negara, dan sudah melebihi 8 hari pesawat MH370 tidak ditemui. 


Leganya hati ......hujan.

Dan dalam kesibukan ini juga, sempat saya kesana sini mengisi ruang yang tersisa untuk menyediakan sesuatu yang baik untuk perjumpaan bekas pelakar King Edward ini di Dewan Sekolah nanti.

Foto kenangan Makan Malam OEKL pada 2013 bersama Pengetua, Tuan Haji Abd Aziz Sahbuddin.

Dalam sibuk mengisi masa lapang saya, saya masih mengikuti perkembangan MH370, yang pada awalnya dengan penuh minat. Tetapi kerana terlalu rapat mengikutinya, akhirnya saya bosan!

Ya lah, dah hari ke 8 ni! Koman sangatkah Negara aku ini yang mengaku menuju Negara maju menjelang 2020. Dalam kegemparan dunia akan tragedi ini, Perdana Menteri itu boleh berbelanja di pasar dan dicanangkan harga ayam yang dia beli RM1.00 seekor !!



Dalam kesibukan Negara alain menggunakan segala aset yang ada, pemimpin Umno yang rasuah itu menggunakan khidmat khadam bomoh!

Ya, ungkapan yang sesuai untuk kerajaan dan kepimpinan yang bodoh sombong. 

Ehsan, anak remaja ni pun tahu akan apa yang berlaku didalam Negara kita ni.

Sat kata dekat Laut Cina selatan, terputus hubungan sekitar 1 pagi.
Sat TUDM kata ada pesawat misteri di sekitar Butterworth
Sat Hishamuddin nafi.
Sata kata kat Pulau Perak
Sat mengaku komunikasi berlarutan dengan Pesawat hingga jam 8 pagi Sabtu.
Sat kata tak mungkin kena hijack
Sat kata ada terima isyarat 'Tango' yang membawa erti Hijack
Sat kata erti Tango boleh membawa maksud lain.
Sat Vietnam tarik diri dari operasi
Sat delegasi China datang bermesyaurat tertutup.
Sat pergi serbu rumah Pilot
Sat kata Pilot bunuh diri

Macam sarkaslah korang ni pemimpin Umno.

Ni Bomoh 1Malaysia. Kawan Umno aku yang sorang tu siap 'fitnah' dengan foto bendera PR kununnya dia Tok Moh ini orang kuat Pakatan.

Now......dah londeh semua yang beliau kenal kesemua, baik Tun Razak, Tun Mamak , Tun Daim, alih aih dia pun kenal DSAI dan nak saman DSAI pulak? Apa kejadahnya ni?

Memang mentaliti kelulusan darjah 3 .

Andaian saya. Pesawat masih di semenanjung atau disebuah negara jiran berdekatan. Tentera dan KDN tahu cerita sebenarnya. Tak payah buat wayang sampai 3 minggu episodnya. 

Cek Kem Gong Badak. Cek negara jiran bersebelahan, atau kau cek aje kat pantai barat semenanjung ni.
Jangan terkejut lepas ni, Ketua DCA, Juruterbang, dikambinghitamkan.
Jangan tak biasa kalau lepas ni ada pemimpin PR ditangkap kerana dituduh bersubahat.

Ini semua mainan mereka yang sudah kecundang di gelanggan sendiri mahu pun di gelanggang antarabangsa.
Amerika duk perhati aje buat buat bodo, sedangkan mereka adalah dalang utama.

Ada yang kata dan sampai ke Khazakstan, Tumikstan, Monggolia....ingat mudah ke nak lepasi ruang udara orang lain begitu sahaja. 

Tapi, bila fikir Monggolia ni, hm....cerita tapai selam tu timbul balik. Mungkin jugak ni.
Tapi bila fikir Kazakhstan, teringat pulak menantu yang saorang tu, yang katanya penjenayah besar...

Ada berani ke?! 

Jom tengok Langkah Kajang 22 haribulan ni. Episod akhir , mungkin.

Latiff Hariri
0618 19032014
Sungai Petani 

No comments: