Bee Gees

Wednesday, 20 August 2014

Hulu Langat-Lenggeng-Soromban Syawal ke 5

Lokasi peta perjalanan kami untuk pagi Syawal ke 5 ini adalah dipersekitaran Cheras hingga ke Lenggeng.

Saya tahu, Jumaat ini, perjalanan akan terhenti henti dek kerana Silat Jumaat, dan tidak sesuai bertandang ketika itu.

Rumah keempat pagi Jumaat ini adalah di rumah adik arwah Bapak saya, Salmiah Bab. Rumahnya di bandar Langat. 

Makcik Miah merupakan adik Bapak dari ibu kedua , bilamana emak Bapak, Tam Rafeah meninggal dunia, Tok Bab berkahwin pula dengan Wan Tak.


Makcik Miah dan suami, Pakcik Pian.

Pakcik Yut @ KamrulZaman, adik Bapak satu ibu, yang ke enam ikut turutan.

Berfoto Raya dengan Makcik Miah dan anaknya.

Perjalanan tengahari ini kami teruskan ke Gabai, ke rumah pakcik Dain.

Ini dah jadi tahun kedua saya berhari Raya dengan Pakcik Dain. Saya juga wajib kesini, kerana menantu Pakcik Dain, Tarmizi dari Sungai Penuh, Kerinchi, Sumatera Barat, turut pulang ke Malaysia untuk beraya bersama keluarga.

Dah lah sesekali dapat beraya, mereka duk main Handphone, hahah.

Pak cik Dain dah sihat sepenuhnya dari kemalangan 3 bulan yang lalu.

Menu utama disini, makan tengahari.

Memang kegemaran anak anak saya. 

Kenyang aje, apa lagi, nak bertebaran lagi. Bersalaman dengan tarmizi dan Pakcik Dain, kami teruskan perjalanan ke Semenyih, mencari adik saya Akhtaruddin.

Malangnya kami berlangkah kiri, rumah beliau tertutup rapat.

Jadi saya alihkan perjalanan ke Lenggeng, ke kampung Nenek Bulan/Sariah bertemu abang pupu kedua saya.

Dah melepasi pekan Beranang baru saya menalipon Abang Udin, saya beruntung, kerana abang Udin sedang bersiap untuk bertandang ke Kuala Lumpur .

Anak anak saya bersama tiga pupu mereka dari Salasilah Sariah.

Kemana lagi?

Alang alang dah sampai Negeri Sembilan ni, kami terus ke Paroi Jaya, lagi pun ada lebuhraya LEKAS ni, perjalanan tak melebihi 20 minit, dan kali ini, saya cuba ke rumah adik emak saya, Makcik Normah.

Langkah kiri lagi....

Untungnya rakan baik saya ini ada dirumah, dan kami minum petang bermihun goreng di rumah Razak dan Sarimah.

Razak rakan baik saya masa saya bekerja sebagai Kitchen Helper di Restoran A&W Imbi Plaza, sekitar tahun 1982.

Dah sekitar pukul 640 kami pun bergerak pulang.

Dah letih pun, mahu terus ke rumah kakak saya di Taman Dagang untuk bermalam dan berehat. 

Tiba sebaik Azan Maghrib....Fuh lega. Selesai keliling 2-3 negeri dan sehari.

Esok Sabtu Syawal ke 6 akan meneruskan perjalanan yang agak jauh ke Pantai Timur, malam ni kena tidur awal.

Latiff Hariri
2038 18082014
Sungai Petani

Tuesday, 19 August 2014

5 Syawal di Pusara Emak.

Kami bergerak keluar dari Sungai Petani melepasi pukul 9 malam, Raya ke empat, Khamis malam Jumaat

Cadangnya mahu makan malam di gerai gerai berdekatan, tetapi hampir keseluruhan gerai dan Restauran di penuhi pelanggan, akhirnya.....

Kami makan di R&R Juru sahaja. Pun sama , sesak dengan orang ramai.

Bergerak meninggalkan R&R pun melepasi pukul 11 lebih, dan saya jangkakan perjalanan akan berkahir di Shah Alam sekitar pukul 3 pagii.

Kami disambut Rashi dan Hakim subuh tu, dan dapatlah saya tidur tidur ayam, hingga ke pukul 6 , bila tersedar yang adik saya Rashi sudah bersiap untuk ke pejabat beliau. 

Tak sempat nak berfoto pagi tu, masing masing kelam kabut.

Bersalaman, dan kami keluar dari Shah Alam pada pukul 830 pagi menuju ke Bandar Tun Hussein Onn.

Pertama, di pagi Jumaat Raya ke 5 ni, menzirahi kubur Emak....Al-fatihah.

Terus ke rumah Rahman.

Baru dapat beraya dengan Rahman.

Sepupu terdekat.

Isteri Rahman .

Sekitar pukul 1045 pagi kami bergerak ke rumah sebelah. Ini rumah rakan baik saya , si Osman Abu Bakar.
Beliau pun sama dengan Rashi, sudah memulakan tugas di pejabat. Hanya bertemu dengan isteri dan anaknya Aisyah sahaja.

Di BTHO, rumah Osman.

Bergerak lagi untuk rumah ke 4 dan seterusnya. Kena segerakan ziarah supaya dapat memaksimakan silaturrahim....

Latiff Hariri
2009 18082014
Sungai petani

Monday, 18 August 2014

2 Syawal tetamu ke 3 dan ke 4

Sebaik sepupu sepapat saya berlima kereta itu mengundur diri, masuk pulak rakan baik saya ini bersama keluarganya.

Layan lagi....


Wan bersama isteri dan empat anak beliau.

Untung datang hari ni Wan, menu Nasi bergulai daging dan kambing.

Malam tu dah tak ada tetamu yang hadir, kami lima beranak aje menyelongkar periuk, mencari baki baki kambing.

Saya memulakan tugas di Pejabat pada Rabu dan Khamis iaitu raya ke3 dan ke4. Saya terpaksa kurangkan cuti bagi memudahkan menghantar Izzuddin pulang ke Dungun.


Cik Li dan isteri serta dua anak , pada raya ke 3, malam.

Malam ini menunya  Nasi Hujan Panas. Oklah.

Terima kasih lah kepada semua yang sudi hadir berhari Raya bersama kami.

Khamis malam Jumaat tu , kami dah kunci pintu pagar, kerana mahu bergerak ke Kuala Lumpur pula.

Latiff Hariri
1948 18082014
Sungai Petani

Tuesday, 12 August 2014

4 hari tak tengok kebun (Cerita Ramadhan)

Ini sambungan kisah saya pulang dari Terengganu pada bulan Ramadhan yang lalu.

Selesai berbuka puasa di Pekan kecil Sepang itu, saya menalipon rakan OE81 ini untuk tumpang solat Maghrib dan Isyak..

Kami ke Bandar Enstek rumah Hatta sebaik selesai perjalanan dari Dungun. Mamang kena beri salam pada Hatta sebab Aqilah akan menginap di rumah kawan persekolahan beliau , juga di Bandar Enstek.

Esoknya Isnin, Aqilah akan ke Port Dickson untuk mesyuarat/kursus.


Mini Iftar di rumah Hatta.

Malam tu sekitar pukul 9 lebih saya bergerak keluar dari Enstek menuju ke Tol Sungai Besi. Sekitar pukul 10 lebih sikit sudah melepasi Bukit Lanjan.

Memang saya speed habisan, nak cepat sampai, nak tidur , nak sahur, nak ke kebun esoknya.

Tiba SP sekitar pukul 1 malam.

Pulun cuti Penang Bandar Bersejarah ni, dengan 100kg tebu!!

Dan saya pun jarang melilau dalam kebun, tapi pagi ni, mungkin sebab rindukan kebun, saya terus buat satu pusingan di perbatasan kebun ini, dan terjumpa yang ini.

Cempedak wei!!

Pagi itu jugak saya kerjakan pisang pisang di  kebun saya ini dan terus saya dagangkan. Dapat melebihi RM120,00 duit pisang.

Sarjan Din peraih pisang kebun saya.

Memang puas hati dengan aktiviti sambilan berkebun ni. Bulan Ramadhan ni sahaja, sudah terjual sekitar 800 kilogram tebu kepada peniaga air tebu di Pasar Ramadhan. Pulangannya RM400.00, lepaslah Langsir tingkap baru, hahaha.

Tak tercapai 1000 kilo seperti yang saya angankan.

Latiff Hariri
1628 26072014
Sungai Petani

Saturday, 9 August 2014

Tetamu Terjauh DiRaya Kedua

Sebenarnya raya kedua ni kami tiada perancangan seperti Raya Raya yang lalu. Saya pun tidak betul betul membeli untuk hidangan berat seperti selalu..

Kali ini saya hanya beli 4 kilo daging 'batang pinang' dan sekilo 'rimau menangis.
Saya jangkan, sekilo untuk rendang, baki 3 kilo untuk digulai-karikan. Rimau Menangis tu simpanan untuk makanan anak beranak sahaja. Selalunya saya beli lebih dari 5 kilogram daging.

Masak pun santai, tidak tergesa gesa.

Sekitar pukul 1230 masuk pesanan dari Ustaz Ramlan bahawa mereka sudah dalam perjalanan ke rumah saya.

Dan bertepatan dengan Waktu Zuhur , mereka tiba dua kereta.


Khariah Sg layar Zuhur 2 Syawal ni berImamkan Ustaz Ramlan Porigi.

Ustaz jua merupakan bekas pelajar Tahfiz Al-Amin. Ramai anak Khariah yang tidak perasan akan kehadiran Ustaz Ramlan. Dan buat pertamakali juga, saya mempunyai 'kuasa  mengarah' siapa yang patut mengImamkan Solat Zuhur 2 Syawal ini, tanpa ada bantahan dari pembantu Imam yang bertugas!!

Terasa 'besar' jugak saya petang itu, hahaha. 

Sebenarnya saya mempunyai hubungan yang baik dengan Pegawai MAsjid Al Amin, jadi tiada masaalahnya sesekali orang luar mengImamkan solat.

Ole Ole  dari keluarga Ustaz Ramlan, Air Zam Zam, Madu Yaman dan Burasa.

Selesai Solat sempat Ustaz bertemu dengan beberapa kenalan beliau di Masjid

Dua keluarga juga, adik Ustaz dari Johor serta emak.

Suka makan dalam berebut rebut dengan bebudak ni.

Ustaz barada di rumah kami sekitar 1 jam, menghampiri pukul 245 petang beliau bergerak ke TamanSeri Tanjung , rumah kenalan lama beliau.

Tips nasihat dari Ustaz....tentang Madu Yaman.

Kenal masa sama sama Umrah 2008.

Ok , terima kasih Ustaz . Dah dua tahun berturut kami beraya dengan UStaz sekeluarga ni.

310 minit petang.

Tak sempat nak berlengkar pun, masuk panggilan dari kakak sepupu saya ni, Kak Nor'ain.

Datang....jangan tak datang.


Abang Nai sepupu saya, Abang Omar suami Kak Nor'ain dan menantu.

Kanan, Sepupu saya Mustapha.

Anak anak dan isteri isteri serta Kakak pupu saya Kak Rohaya

Ini dari salasilah Nenek Sariah, dari kelaurga kakak emak saya. Mereka lakukan tiap tiap tahun berkonvoi beramai ramai ke setiap Negeri menziarahi sanak saudara. bahagian ini keluarga Hariri memamg ketinggalanlah!

Terima Kasih semua. Kak Nor'ain dari Pandamaran, Kelang. Kak Rohaya dari Parit Buntar. Abang Nai dair Seri Manjung. Balu kepada sepupu kembar saya, baharom dan Baharin dari Taiping, dan Mustapha dari Sungai Pasir, Sp . Saya kira lebih daro 20 sanak saudara dari 5 buah kereta.

Duit raya dari Pakcik Boy korang.

Tahun 2014 ni memang antara tahun terbaik kami sekeluarga kerana ramai tetamu yang hadir dari jauh.

Terima Kasih semua sepupu sepapat saya yang rajin bertandang walaupun dari jauh.

Latiff Hariri
2158 09082014/13 Syawal 1435
Sungai Petani

Tuesday, 29 July 2014

1 Syawal -Bertandang pulak.

Bila beraya di rumah jiran ni, saya segan nak berfoto, kecuali jiran yang mulakan.

Jadi di rumah Abang Rahman, tiada foto terakamlah.

Berjalan kaki kerumah jiran kedua, Yazid.

Yazid tiap tiap tahun Rumah Terbuka, malam pun.....

Pekena lontong di rumah Yazid. Yazid orang Johor tapi dah tak nak berkampung di sana lagi.

Rumah ketiga, Abang Latiff TNB. Pun sama, tiada foto dirakam.

Rumah keempat Cikgu Hashim, ayah kepada Budin, gang kamera Sungai Layar.

Nasi pertama Syawal.

Kami dititipkan buah anggur.

Beraya dengan Cikgu Hashim.

Terus bergerak ke kampung....Kampung Permatang Berangan sahaja.

Selfie lagi, hehehe.

Anak cucu Abang Majid,

Balik rumah sekitar pukul 3 lebih. agak agak nak lentok, datang Pengantin lama ni, dengan bodyguard.

Ehsan bodyguar tak bergaji.

Hari Raya pertama ni kami terlalu simple. 

Kami tak betul betul memasak. Hanya sekilo daging rendang, seekor ayam rendang , ketupat palas dan Nasi Impit. Kuih muih dalam 6 jenis, semua berbeli.

Malam sudah tiada tetamu yang bertandang. 

Rilex malam ni, TV langsung tak dilayan. Tapi tidur tetap lewat sekitar pukul 11, asyik duk melayan WhatsApp.

Jadi raya pertama ni hanya bertandang ke 5 buah rumah, dan tatamu yang hadir sekitar 3 kumpulan, dan bebudak Assalamualaikum sekitar 20 orang.

Latiff Hariri
1128 29072014
Sungai Petani

1 Syawal 1435/28 Julai 2014

Malam akhir puasa ni, 29 Ramadhan, terpaksa saya kurbankan tarawih saya, kerana nak ' kutip' (bahasa bebudak kini) anak sulong saya di Lapangan Terbang Pulau Pinang.

Kami berbuka puasa ala kadar sahaja senja tu, hanya mihun goreng.

Selesai Maghrib terus memecut ke Pulau Pinang.

Aqilah berangkat senja Jumaat dari Sandakan ke Kota Kinabalu.Lepak semalaman di Lapangan Terbang KK. Pagi Sabtu 1115 terbang ke KL dan lepak lagi hingga maghrib 720.

Kami tiba Pulau Pinang 920 malam. Sesak Lapangan Terbang.

945 malam, baru keluar dari Bilik Ketibaan.

Terus berbuka puasa secara rasmi dipersekitaran Masjid Batu.

Restoran Hadhralmaut. Bersama keluarga adik saya Fadhil.

1030 malam bergerak pulang. Esoknya puasa terakhir.....

Saya selesaikan Fitrah saya sebaik selesai Asar, Amilnya Pak Desa yang sudah berusia 72 tahun.

Selamat Tinggal Ramadhan

Pagi 1 Syawal sempat saya ke Masjid untuk Subuh. Solat Eid Fitry bermula pukul 9 pagi. Jadi macam biasa, saya dah di Masjid pada pukul 8 . Pertamakali saya di saf hadapan, selalunya saya pilih saf kedua.

Selesai 10 pagi, siap bertahlil.

Kali ini saya diberitakan Masjid melimpah ruah dengan jemaah, terpaksa dibentang tikar di tapak parkir motosikal. Saya mula memikirkan pembesaran Masjid Al Amin.

Selfie pertama Raya 2014 hahaha.

Selfie kedua

Selfie ketiga

Sekitar pukul 11 pagi,diwaktu Pengantin yang baru berusia 2 bulan ini pun datang sebagai tetamu Syawal pertama, diselang seli dengan 'gang Assalamualaikum'!

Tak nak minum/makan, nak duit raya je.

Ude dan Tart, pengantin baru 2 bulan.

Hadiah kahwin yang  sengaja kami lewatkan

Selfie Pengantin

Tetamu kedua datang dari Abang Din, Abang Mail dan Najib, seta jiran sebelah Mr Mani.

Meja kecil tahun ni.

Sebaik Najib dan groupnya pulang kami memulakan langkah pertama kami ke rumah jiran dibelakang, Abang Rahman dan Kak Faridah.

Latiff Hariri
1048 29072014
Sungai Petani