Ahli Mesyuarat Tingkap sedang bersidang.
Tidak lupa jugak, anak nak teruna yang pandai mengacau periuk belangan ni.
Semuanya bermula seawal pagi. Saya yang tiada kena mengena dengan ajenda memasak ini pun , turut membantu , tetapi hanya ke pasar aje lah.
Pak Long Latiff TNB, orang kuat dapur DUN Sungai Layar.
Pak Tam Det mesti hadir, orang kuat Masjid.
Saya pulang kerumah untuk bersiap mengemas diri, dan hadir sekitar 1150 pagi. Ternyata sudah ada tetamu yang menjamu selera.
Saya tak perlu dijemput makan lagi lah, capai aje pinggan terus layan diri.
Antara tetamu yang awal.
Ni belum pukul 12 tengahari, kira tak ramai tetamu lagi.
Suasana sekitar 12 tengahari.
Tukang cuci pinggan gelas dah siap siaga
Payung untuk menghalang terik mentari baru dipasang
Pengantin lelaki yang santai aje melayan rakan rakan pejabat beliau.
Muslimah sudah memenuhi ruang sekitar 1215 tengahari
Kira saya ter'miss' untuk menyambut rombongan pengantin perempuan bertandang dari Merbok ke Sungai layar.
Latiff Hariri
1848 29042013
Sungai Petani