Termasuk foto dibawah ini!
Tulisan tulisan ucap selamat begini amat biasa, sekiranya anda berkunjung di kota kota di Indonesia. Setiap kata kata ucapan berharga sekitar RM80 -RM200, tertakluk kepada ukuran papan tanda. Katanya Pak Suparmin, saya pernah menghantar sebuah papan tanda ucapan dihari pernikahan anak gadis beliau. Mungkin juga, saya dah lupa, tapi, yang pasti ianya menjadi daya penarik untuk tatapan pengunjung, dari mana datangnya pengirim papan tanda ini.
Acara berzanji dan marhaban bermula. Memang menarik sekali khosidah dan nasyid yang dialunkan oleh kesemua penyanyi lelaki dari badan kesenian Gondang Sembilan ini. Ternyata suara Nash pun bisa dipukul oleh beliau.
Pengantin lelaki sudah pulang kerumah tamu untuk bersalin pakaian, sementara yang perempuan sedang bersiap. Saya kira masih ada sejam lebih untuk menanti acara selanjutnya.
Kami mula terasa lega bila pengantin perempuan sudah keluar dari rumah menuju ke pentas pelamin. Maknanya , bila bila masa pengantin lelaki akan tiba. Bererti jugak, kami boleh pulang mengikut jadual kami.
Irama nasyid masih diteruskan. Saya agak pengantin perempuan menanti melebihi 30 minit, namum tiada bayangnya pengantin lelaki. Para petugas sudah mula memasang kipas dikeliling pengantin bagi mengurangkan bahang panas yang mula menerkam.
Saya dah mula mundar mandir diluar perkemahan untuk mendapatkan aksi pertama pengantin lelaki sebaik sahaja beliau keluar dari mobilnya.
Latiff Hariri
1715 18042011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment