Dalam terik matahari tu, kumpulan kesenian Gondang Sembilan setia menanti. Kagum dengan keaktifan anak anak bangsa mempertahankan seni budaya.
Saya terus mundar mandir di sekitar jalan masuk ke rumah pengantin perempuan ini
Mereka setia menanti walaupun sudah melepasi 30 minit
Ayah dan Bonda pengantin perempuan yang berjenaka sesama mereka, hanya tersedar yang aksi mereka terakam, bila mendengar 'klik' kamera saya.Terus saya disapa, dan berkenalan secara rasmi. Saya katakan saya dari Kedah, mengikuti rombongan dari KL. Kami bertiga. Ternyata Tuan rumah terlalu besar hati mengenali saya.
Pengantin perempuan sudah keluar mengambil tempat di pelaminan
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi5hhZqDoUeE2KcVXZFXK7Xke3_zleHIZc0eSVwNNhKD0sEEqEcHBilxEDwLPx6u6WM-yeBC0QpYOKLgFGmWrczo9d2w5etZT8oE-x4oMMOEvAsVFeQNQU5a0n5DfsU-smFvAA6NzqQXPCX/s320/DSC_0803.JPG)
Kumpulan kesenian Gondang Sembilan mula berdiri sebaris, maknanya Pengantin sudah hampir
Ini rakaman pertama pengantin yang menyorok disebalik mobil rombongan
Ketua Adat,(saya agak ajelah) memberi tanda bagus untuk memulakan perarakan memasukilaman rumah pengantin perempuan.
Bila rombongan pengantin menghampiri, pencak silat pun bermula....
Panas kaki tu!!
Dari kaca mata pengantin lelaki melihat tarian pahlawan Melayu
Lenggok dan gemalai tangan penari penari yang berjalan mengundur sambil menggamit tangan seolah olah jarinya berkata , silakan silakan.......
Gemalai lenggokan tarian ini sepertinya seekor burung menari menjemput tetamu hampiri rumah pengantin
Mengundur kebelakang menggamit pengantin lelaki dan rombongan
Hati saya teruja melihat semua ini
Akhirnya pengantin sampai ke pintu utama majlis, lalu kain batik direntang, seolah olah meminta bayaran tol.Yang pasti, saya terlihat ada kertas putih, mungkin jugak sampul surat, ataupun kata kata 'password' untuk memasuki rumah pengantin. Hehehe
Akhirnya kain dilabuhkan, bermaknanya dipersilakan masuk.
Pengantin perempuan sudah terasa lega, penantian lama pun berakhir.Bila pengantin mula duduk dipelaminan, acara makan makan pun bermula. Saya dan Wan masih belum mahu makan. Sedangkan Raja Anuar dan Pak Suparmin sudah ke tengah kota untuk membeli hadiah untuk pengantin. Ya lah, kami datang berlenggang sahaja, mana boleh macam tu.!?
Sambil makan, irama muzik tradisi masih beralun, saya teruskan merakam suanana majlis, ya lah, ramai jurukamera dari Malaysia sedang menjamu selera.
Latiff Hariri
1742 18042011
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment