Pagi , bersahur di Sandakan adalah sekitar 4 pagi, kerana subuhnya masuk pada pukul 445 pagi.
Sekitar pukul 630 kami bertiga keluar ke bandar Sandakan, untuk menghantar Aqilah ke sekolah beliau. Sebenarnya teramat dekat sekolah ini dengan taman perumahan Aqilah. Tersedia pengangkutan bas mini untuk ke Bandar. Perjalanannya sekitar 15 minit jika tiada kesesakkan. Yang menjadi masaalah kecil, kita perlu menggunakan persimpangan bulatan untuk membuat 'U turn' untuk sampai ke sekolah, dan kena faham keadaan pagi yang sesak dengan kenderaan.
Tak sampai 15 minit pun dah memasuki sekolah beliau.
Anak muridnya pun tak ramai , sekitar 200 orang.
Pulang semula ke rumah untuk sambung tidur. Tidur tidur ayam, kerana sekitar pukul 11 lebih sikit, kami keluar lagi.
Memang mudah memasuki Pusat Bandar Sandakan. Untuk rekod , ini adalah kali ke 4 saya merantau ke bandar ini. Bandar ini saya anggap lebih besar dar bandar Sungai Petani, kenara ia mempunyai Pelabuhan.
Mercu tanda Sandakan adalah perkampungan airnya.
Rumah rumah ini milik warga Malaysia, tetapi diinapi bersama warga yang punya KP Malaysia tetapi disangsikan keasliannya, serta terang terangan warga Filipina dan Indonesia yang tarafnya PATI.
Kabarnya sepanjang Laut Sabah ini , Malaysia memiliki 6 atau 8 unit peronda begini, tetapi, 2 rosak memanjang, 2 boleh digunapakai, 2 atau 3 unit yang 'on off' penggunaannya.
Kesimpulannya, Perairan Sabah ini memang tidak 100% terkawal.
Dulu masa sekolah Rendah, saya meminati kerjaya Perkapalan ni,,,,
Masjid Besar Sandakan
Selesai mundar mandir di bandar ini, kami berpatah balik mengarah ke Batu 2 dimana terletaknya Sekolah Vokasional.
Ini sekolah pertama , secara rasmi anak saya Noor Aqilah mengajar.
Sebelum ini dah pernah mengajar di Kolej Swasta dan Sekolah Menengah sebagai guru sandaran
Lapang hati saya bila dapat menjejak kaki ke sekolah ini. Sekarang saya dah tahu dimana Kolej Vokasional Sandakan.
Kira kami sekeluarga dah jejak kakilah......
Sebaik Aqilah tamat sesi pengajarannya, kami berpatah balik ke Timur memasuki pusat bandar Sandakan.
Dalam berpuasa ini, untuk berjalan kaki, memang meletihkan. jadi kami berlima hanya merayau dengan kereta sahajalah. Terus ke hujung bandar mencari gerai gerai Pasar Ramadhan.
Di luar pusat bandar Sandakan, terdapat banyak gerai gerai Ramadhan
Yes, pecal makcik ni yang terenak. Sambil menyediakan pesanan orang, beliau mengiklankan masakan beliau ini dengan kata kata, kalau dah cuba pasti datang lagi.
Tepat kata kata makcik ini, esoknya kami datang lagi pada waktu yang sama, tapi......maaf, dah habis....
Di sini, suasana tak hiruk pikuk sepertimana di tengan tengah Bandar Sandakan
Udang Galah gergasi.
Walaupun abang Bacho dah belikan kami telur penyu ini, tapi, kami gatal tangan beli lagi.....
Jadi, Ramadhan pertama ini kami beriftar di rumah Aqilah. Ikan dan sayur masakan ibunya, sedangkan yang lain, ikut nafsu di gerai Ramadhan.
Berbuka disini 642 petang, tapi dah Maghrib lah. Ini Ramadhan pertama kamim sekeluarga di Sandakan. Tiada bezanya , yang seronoknya berbuka awal sejam dari Semenanjung
Latiff Hariri
2000 24072013
Sungai Petani
No comments:
Post a Comment