Bee Gees

Friday 19 July 2013

Kejutan di Udara Laut Cina Selatan


Ini pertamakali kami sekeluarga bermalam di rumah Hatta Ghazali. harap ianya tidak menyusahkan Tuan Rumah sekeluarga.

Sampai pun dah menghampiri tengah malam. Dihidangkannya pulak dengan Milo dan sandwich untuk alas perut. 


Hatta & Ros.

Pagi seperti biasanya bila nak berjalan, memamg bangun awal, terlebih awal dari biasa. Minda memang dah seronok nak berjalan jauh, jadi susah nak lena.


Ros akan bergerak ke tempat kerja



Hatta yang akan menghantar kami ke LCCT

Kami bergerak sekitar 730 pagi. Perjalanan ke LCCT daru rumah Hatta sekitar 12 minit sahaja. 

Kami berada di LCCT pukul 750 untuk menunggu waktu memasuki pesawat.


845 pagi didalam ruang menunggu.

Ketika ini Izzuddin terpandang wajah Arif Kashani melintasi ruang menunggu kami. Tapi beliau tak pasti, mungkin pelanduk dua serupa agaknya. Kami hanya dipanggil masuk pada 910 pagi.

Disebalik kisah ini, saya dan Arif sudah merancangkan sesuatu. Satu kejutan harus dibuat untuk saya sekeluarga. Seminggu sebelum berangkat, sengaja saya beritahu Arif yang kami akan ke Kot kinabalu pada 9 Julai pukul 655 pagi. Saya tersilap cakap, sebenarnya 930 pagi.

Ariff laju membalas bahwa beliau juga ke destinasi yang sama, cuma waktu penerbangan beliau adalah 930 pagi.

Saya yang termanggu manggu ini, terus memeriksa samula tiket penerbangan, ternyata saya tersilap. Rupanya kami akan menaiki pesawat yang dikemudikan bersama oleh Arif Kashani, sepupu kepada Izzuddin.

Menunggu saat penerbangan. Terlewat kerana banyak pesawat beratur ketika ini untuk pelepasan.


Sekiar 45 minit kemudian makanan yang dipesan secara 'on-line' pun dihidangkan. 

Saya masih menanti apakah 'plan' kejutan yang akan dilakukan oleh Arif, samaada 'plan A', 'plan B', atau plan Arif sendiri.

Perjalanan di udara ini sudah melepasi 1 jam 30 minit dan tiada tanda tanda Arif mahu keluar dari "cockpit'nya. Yang berborak panjang adalah kapten beliau, saorang warga Barat.

Diawal penerbangan, paramugari sudah memperkenalkan diri, serta memberitahu nama Kapten  dan Pembantu Juruterbangnya. Izzuddin dah tangkap nama Rahman, tetapi tidak disebut nama penuh Arif, sekadar A Rahman.

Jadi, perjalan sejauh ini, acara yang sesuai adalah tidur. Jadi mereka semua lena, sedangkan saya asyik memerhati ke arah hadapan khusunya 'cockpit'. Manalah tahu secara tiba tiba Arif keluar seperti rancanagan 'plan A' kami.

Arif keluar sebaik mendarat......

Kemudian saya lihat sang paramugari mengangkat gan ganggangan talipon dan berkomunikasi agak panjang. Ganggang diletak, lalu beliau memicit butang didinding . Pintu 'cockpit' dibuka. Beliau masuk dan menghilang sekitar 5 minit.

Saya dah syak satu kejutan bakal dilakukan Arif.
Saya lebih senang dengan 'Plan A' kerana , adalah perkara biasa untuk seorang pengemudi penerbangan keluar untuk urusan peribadi di kamar kecil pesawat, dan lansung bertemu kami. Sebab dah jadi perkara biasa.

Sebaik peramugari itu keluar dari ' cockpit', beliau melangkah laju menuju ke ruang penumpang. Saya dah boleh tahu bahawa beliau mencari nombor kerusi saya, sebab semuanya sudah saya atur bersama Arif.

Video kamera saya 'On'kan, sebaik dimaklumkan oleh paramaugari supaya mengikuti beliau. Sebaliknya saya mengejutkan Izzuddin yang sedang lena di kerusi belakang kami.

Marahlah orang yang sedang lena. Tapi, beliau mengikuti sahaja arahan saya yang menyatakan ada kesilapan atas nama Izzuddin......., jadi perlu diperbetulkan dihadapan.

Video terus berjalan bila Izzuddin dan saya mengekori paramugari tersebut. Sebelum butang untuk memasuki 'Cockpit' dipicit, arahan lisan diberi kepada Izzuddin tentang syarat wajib ketika berada di 'cockpit' ketika penerbangan sedang berlangsung.

Saya tidak dibenarkan masuk, hanya 'saorang' dalam satu masa.

Saya hanya dapat menjengok sahaja, dan saya lepaskan kamera bervideo ini k tangan Izzuddin. Sebelum itu Izzuddin dan 'termenjerit' nama Arif, sebaik beliau memasuki 'Cockpit' .....

Semuanya terakam didalam kamera beliau......

Adalah sekitar 5 minit Izzuddin berada didalam 'Cockpit'. Keluar sahaja dari 'Cockpit' , hebohlah Izzuddin kepada Ibu dan kakaknya....

Kami mendarat sekitar 1220 tengahari. Kami biarkan sahaja penumpang lain keluar dahulu kerana Arif , dengan persetujuan Kaptennya, mahu kami bergambar didalam 'Cockpit' beliau.

Izzuddin merasalah 'berlagak' sebagai Juruterbang.

Faiqah dan Arif

Pakcik Boy pun.

Jadi begitulah serba ringkas sejarah yang terlakar pada 9 Julai ini , dimana kami berempat dapat merasa buah tangan Arif mengendali pesawat penerbangan ini selama sekitar 3 jam. Semuanya berlaku sebaik usia saya mencecah akhir 40an.

Tahun hadapan akan memilik 5series pulak, hehehe.

Kami yang pertama!!

Tahniah untuk Arif! Terima kasih kepada Kapten beliau yang mengizinkan. Rupanya kapten beliau menghilangkan diri untuk membungkus makanan enak di ruang lobi Terminal 2. Saya dah tangkap restoran apa, sebab dah mencubanya bersama Najib tahun lalu.

Kenangan bersama KL-KK 930 pagi- 1230 tengahari

Melangkah perlaahan menuju ke Terminal 2 KKIA. 

Saya harus segerakan prjalanan selanjutnya, kerana saya tahu pemanduan ke Sandakan amat mencabar terutamanya peringkat kedua dari Ranau seterusnya. Saya sudah biasa memandu dari KK ke Ranau bersama keluarga, jalanrayanya ok sepertimana LebuhRaya Timur Barat kita tu. Tapi dari Ranau-Sandakan, ianya merupakan pertamakali buat saya, jadi saya tidak pasti laluannya.

Latiff Hariri
0638 19072013
Sungai Petani

No comments: