Bee Gees

Monday, 25 February 2013

Bas Jelajah Merdeka Rakyat di Sri Tanjung

Pagi Ahad ini, saya gadaikan masa saya untuk berkebun, dengan menghadirkan diri ke lokasi terhampir dengan rumah saya ini, iaitu Surau/Pasar Sri Tanjung

Seawal 845 pagi saya sudah berada di sini, walaupun jadual asalnya menyatakan kehadiran rombongan DSAI ini akan hadir sekitar 930 pagi.



Sekitar 915 pagi

Tetamu yang hadir , sekitar 150 orang, dibawah khemah, tidak termasuk diluar.

Acara dimulakan dengan pemberian Dermasiswa Kerajaan Pakatan Kedah kepada anak anak yang berjaya memasuki IPTA/IPTS sesi 2013.



Dr Hamdan sebagai tetamu Kehormat.



Ucapan kata kata aluan bermula sekitar 930 pagi.



Ibu bapa yang hadir untuk menerima dermasiswa




Sekitar 950 ,sebaik acara selesai, Bas Jelajah Merdeka Rakyat memasuki parkir Surau/Pasar Sri Tanjung


Bas yang ditunggu sudah tiba



Bas ekspress biasa aje, cuma suka bila melihat wajah wajah pemimpin yang akan keluar dari perut bas ini.


 Adun Alor Setar dari DAP

 

Ramai yang teruja dengan Tian Chua ini




Simon Ooi bersama Pengerusi Majlis dari Bas Jelajah Merdeka rakyat

 
Ucapan YB Alor Setar


Kehadiran sekitar 400 orang. Pagi Ahad di kedah merupakan hari bekerja


Dr Hamdan


Orang orang kuat Surau/Masjid AlAmin dihadapan


Dr Hamdan mengalukan kehadiran Bas dan orang ramai



Jurukamera dan wartawan dari media arus perdana Pakatan



Dato' Johari Abdul kita.


Perlbagai kaum mengikuti ceramah ringkas ini

Ucapan penutup dari saudara Tian Chua. Ucapan mamat ni memang menarik sepertimana pesonaliti beliau jugak. Bas bergerak meninggalkan perkarangan Surau ini sekitar 1105 pagi, bergerak menuju Gurun. Acara mereka padat, kehadiran DSAI hanya pada sebelah malamnya sahaja. Jadi, dengan melihat akan wajah bas ini pun kira dah terubat hati, walaupun  DSAI tiada didalamnya.

Latiff Hariri
1928 25022013
Sungai Petani

Sunday, 24 February 2013

Terbaik bersama Tian Chua

Hati BATU - Tulang Besi  - Urat Dawai.

Mula mengenali beliau ketika reformasi 1998. Satu satunya anak Cina yang berani bersila didepan Water Canon FRU itu, kini dah jadil Ahli Parlimen Batu.




Jangan jeles ek, orang kuat Sungai Layar berposing dengan Orang kuat Batu
1050 pagi Ahad 24022013 - Gang Sungai Layar ni.

Saya kurbankan kebun pagi ini semata mata untuk acara ini. DSAI tak dapat hadir kerana terlalu padat acaranya untuk beliau.


Latiff Hariri
1248 24022013
Sungai Petani




Friday, 22 February 2013

Dua Rumpunan Serai

Saya sudah alihkan, atau tunaskan serumpun Serai Kampung ke batasan yang baru. Dah tahu, kebanyakan serai ini sudah matang dan perlu dilakukan sesuatu supaya ia tidak pupus.

Dengan cuaca yang pasti hujan setiap petang ini, saya panjangkan masanya berkebun disebelah pagi. Seawal jam 730 pasti saya sudah berada didalam kebun. Dan dihari kahadiran rakan sepejabat saya itu juga, saaya terperasan , mendongak kerantingan  dahan durian ini.....ternyata sedang berbunga untuk kali ketiga berturut turut.

Ini lah dinamakan rezki dariNya, bila saya bertekad untuk sedekah dan berkongsi setiap kali durian ini mengeluarkan hasilnya. Ada yang mahu membelinya, tapi, maaf, saya tidak mahu.



Renyah, itu tanggapan saya bila pertama kali membersihkan daunan serai ini.

Saya duduk bersila diatas tanah kebun, dengan sebilah parang dan tangan kosong, saya mencuci bersih 2 rumpun Serai Peha Ayam ini. Memasukkannya kedalam baldi biru, dan membawanya pulang. Setelah pasti semuanya bersih dan cantik, saya masukkan kedalam pelastik hitam, dan cuba menimbang dengan menggunakan alat penimbang berat badan!! Hahaha.

Akhirnya , saya bawa ke Pasar Sungai Layar bersebelahan dengan Taman Teratai Inn-dah ini. Dan jawapannya, hasil pertama ini dibeli pemilik gerai sayuran ini dengan harga RM1.60 sekilo.

" Bang, kalau bulan Ramadhan harga boleh mencecah RM2.00 - RM2.20", itu kata kata perangsang yang diberi kepada saya.

Tak jadi hal. Janji boleh buat duit. Petang Khamis ini poket baju saya terisi RM9.60 dari 6 kilogram serai..

Latiff Hariri
1918 22022013
Sungai Petanu

Tuesday, 19 February 2013

Stesen yang Separuh Masak

Pagi Sabtu ni, masuk pejabat kedua ini seperti biasa. Bersama semangat yang berkobar kobar.
Tiada kerja keras yang boleh saya lakukan, sekadar menggunakan pengorek untuk menanam sekitar 10 anak anak berangan ini. 

Selain itu, sempat juga saya menanam sekitar 25 anak anak serai ke tapak baru. Kerja mudah yang tak perlu kederat yang banyak. Orang pekan berkebun, macam tu lah.

Tapi , apa ke hal dengan daunan pisang ini?

 
Burung mana yang telah 'menodai'nya dengan bulatan putih ini?

Saya rasa saya dah habis akal untuk menulis didalam blog ini, asyik kisah berkebun siang malam. Cemuih yang membacanya. Jadi pada malam minggu ini, Sabtu 16 Februari, saya berkesempatan melihat sejauh mana Stesen Keretapi Sungai Petani beroperasi.

Kira 'slow'lah projek mengkayakan kantung kroni ini.

 Masih menumpang dibawah khemah  serta berpejabatkan seakan akan 'kontainer.

Kalau tak disabitkan anak nak balik KL malam ini, saya pun tak berminat untuk memasuki Stesen Keretapi Sungai Petani ini.


Ketibaan Tidak Menentu masih dipraktikkan - janji 850 malam, tiba 930 malam.





Malam penghujung Raya Cina ini, sesaklah jugak setiap gerabak dari Hadyai ke Kuala Lumpur ini.

Dah lebih setahun rasanya saya tidak menaiki keretapi. Tiada yang menarik, kerana perjalanan yang tidak menentu jadualnya.

Yang pasti, pagi Ahad ini , sebaik selesai di Pasar Tani dan bersarapan, sekitar 840 pagi saya sudah menyusup semula ke kebun. Janji ditepati, bukan dicapati. Terus mencantas 6 mayang pisang Beranagan untuk diperdagangkan di Pekan Tikam Batu.

Adalah dalam 48.5 kilogram, dan kantung seluar track saya ini menebal dengan kertas RM10.00 berjumlah lapan keping dicampur RM1 , 9 keping.

Ini sudah melebihi RM50.00 yang saya sasarkan setiap minggu itu!!


Latiff Hariri
1928 19022013
Sungai Petani

Friday, 15 February 2013

Semangat RM

Sebaik saya berjaya menjual 4 tandan pisang kepada Fazli di Pekan Tikam Batu itu, saya terus menayang RM kepada anak anak. Semuanya sebagai umpan untuk mereka berminat bersama sama saya ke kebun
pada petang nya nanti.

Ternyata umpan saya menjadi, kesemua anak anak bersetuju mengejakan kebun ini, walaupun seketika sebaik selesai solat Asar.


           
Semangat datang bila hasilnya bercambah setiap hari

Tiada apa yang boleh dilakukan selain dari mencantas daunan kering serta mengumpul untuk dibakar .


Bergerak pulan sekitar 7 petang

Pagi Selasa, saya hanya berdua dengan anak kedua di kebun. Kami berada disini untuk satu setengah jam.
Sekitar pukul 9 memasuki pekan Tikam Batu, ternyata Fazli tidak berniaga hari ini atas sebab kematian keluarga terdekat.


Kak Miza mereka berniaga tapai berhampiran pasar Tikam Batu

Ramai  yang saya jemput untuk bertandang ke kebun saya ini. Saya memang gembira dengan hasil titik peluh saya. Jadi , saya lampirkan disini peta google dimana terletaknya kebun saya ini.

 
Jemputan ini terbuka kepada kesemua kawan/kenalan saya yang tahu akan siapa saya ini, tapi beritahu dahulu ya, supaya senang saya susun tandanan pisang ini.

Petang ini pun  kami turun kekebun. Lega bila ada cuti panjang begini, dapat saya ber3-4 jam di kebun.

Bakar yang paling senang.

Dan tetamu untuk petang Selasa ini adalah Faridah Jo, yang merupakan kenalan Lenggong kami. Suaminya Faridah pun merupakan orang sekampung dengan kami di Permatang Berangan itu, cuma beliau keluar berhijrah terlalu awal untuk kami kenali ketika itu.



Faridah tiba dalam hujan..... tapi tidak menghampakan kami yang sedia berkongsi hasil kebun ini.


 
Lenjun hujan....bukan lenjun peluh.

Hanya ini yang mampu kami berikan untuk sebuah ikatan persahabatan kami yang bermula di Lenggong-Taiping-Shah Alam-Kuala Lumpur- Sungai Petani.

Kepada kesemua rakan kenalan , sanak saudara, sudi sudilah bertamu ke Sungai Petani, khususnya kebun kami.

Latiff Hariri
1921 15022013
Sungai Petani



Wednesday, 13 February 2013

Cuti Raya Tahun Baru

Pagi Tahun baru Cina ni, Ahad 10 Februari, sekitar 740 saya sudah bergerak ke kebun bertiga.

Sebaik menghampiri kebum, talipon saya berbunyi.

Hmmm, pagi bute ni, si Fadzli Tikam Batu dah menalipon.

"Bang, saya nak 10 tandan hari ni!", itu yang membuat saya ketawa besar. Dia ingat saya ni punya ladang 10  hektar ke? Hahaha, baru tanam 200 lebih sikit aje, pokok pisang berangan, orang dar pesan 10 tandan seminggu, harus saya sewa tanah orang lain untuk dapatkan hasil sebegitu banyak.

Yang boleh saya katakan, hanya sekitar 80 tandan yang sudah mengeluarkan hasil, bakinya masih belum berbuah, sekadar 5 tandan seminggu mungkin berpatutan buat masa ini.

Pagi ni Roziah tanam pokok ubi kayu.

Tidak menghampakan 3 tandan berangan dan 4 biji jantung pisang

Saya terus ke pekan Tikam Batu, tapi gerainya Fadzli masih tertutup, jadi untuk tidak mengganggu akan aturan kerja hari ini, kami bergrak pulang dahulu untuk bersarapan pagi bersama anak anak yang sesekali dapat bersama ni.

Selesai sarapan, terima pesanan lewat FB, yang ada rakan sepejabat yang mahu mencantas jantung di kebun saya pada sebelah petangnya Raya Cina ini.

Saya alu alukan sahaja.

Kami tiba serentak di kebun pada pukul 540 petang, Faizal dari Bukit Mertajam.


Faizal siap bawa orang tuanya untuk men'clear'kan jantung pisang pokok berangan ini.

Orang kanannya pun dibawa bersama, Norni.

Ha, pilihlah sendiri jantung mana yang nak dicantas

Faizal mengambil 2 anak berangan dan 2 anak emas

Ubi kayu cap gajah.

Semuanya selesai sekitar 720 petang

Kami bergerak pulang.

Paginya Isnin 11022013 ini, sekitar pukul 7, saya sudah berada di kebun semula, sendirian.
Tugas pagi ini adalah mengorek tanah untuk dikalehkan anak anak berangan ini. Dapat jugak saya mengorek sekitar 10 lubang dan menanam 4 anak berangan kedalamnya.

Mengutip daunan kering yang berserabut di bawah pohonan pisang, lalu dikumpulkan untuk habuah api di petangnya nanti. Baru kelihatan ceria kebun pisang ini.

Membungkus buah buah pisang ini dengan plastik hitam, untuk elak dari sengatan lalat buah yang boleh menggagalkan hasil jualan saya. Ruginya sebab saya tidak mempunya stok plastik, harus membeli sekitar 100 keping lagi, kerana dari pengiraan rasmi tadi, sudah menanti lebih 80 mayang/tandan pisang berangan, dan dua tandan pisang emas untuk dicantas dalam tempoh 2-3 bulan mendatang. Maknanya masih ada sekitar 160 pokok berangan yang masih belum berbuah, dan sekitar 90 pokok emas yang masih kosong.

Sekitar 2 jam dikebun, terus meluncur laju dengan Saga ini menuju ke pekan Tikam Batu.


Gerainya Fadzli di Pekan Tikam batu.

Rupanya Fadzli ini berhati hati dengan sesiapa sahaja yang menjual pisang kepada beliau. Habis diperiksa dengan kejiranan sekitar Tikam Batu/Sungai Layar dan Matang Kedondong, tentang siapa sebenarnya saya ini.

Untung, sebaik saya berjaya menjual 4 mayang kepada Fadzli, tetiba masuk saorang pelanggan yang juga merupakan orang kampung Matang Kedondong, yang terus mengesahkan siapa saya sebenarnya.

Fadzli kata dia takut terbeli buah buahan dari pencuri atau penagih dadah. Hehehe, kan Fadzli kata saya orang koperat .....

Purata 9kg untuk setiap mayang, jadi pulangannya adalah RM66.40

Tiada yang lebih menggembirakan selain dari pulangan hasil dari titik peluh sendiri. Kepuasananya berlainan dari gaji yang diambil dari majikan setiap bulan itu.....

Latiff Hariri
1158 11020213
Sungai Petani

Monday, 11 February 2013

Keempat Yang Pertama

Pagi Sabtu 09022013 ini, saya terbabas....

Sekitar 720 pagi baru keluar dari rumah, memanglah suasana masih kelam, tapi, ikut waktunya kira dah lewat. Bila subuh terlalu awal sekitar 545 pagi suatu ketika dahulu, jam 630 saya sudah duduk mengadap pokok pokok pisang ini. 

Ini dah kira lewat sejam.

Mencantas dedaun kering , tak terperasan adanya setandan yang dilewatkan niat, buat sedekah sahaja kepada anak anak burung ini.

Banyak berangan, hingga Berangan ketiga pun tak perasan, sebaiknya saya kirim kepada tetamu yang datang minggu yang lalu.

Saya simpan untuk rekod ingatan akan hasilnya pertama Berangan ini.

Yang pertama menjadi habuan saya sekaluarga. Yang kedua saya titipkan kepada rakan saya Osman Abu Bakar untuk dibawa pulang ke Bandar Tun Hussein Onn, Yang ketiga(foto atas) sedekah kepada anak anak burung.

Yang keempat...


Beratnya 12.5kg, yang paling besar , selalunya sekitar 7kg sahaja

Keluar dari kebun , saya terus ke pekan Tikam Batu, tujuannya untuk mencari sarapan pagi, tetapi kedai Nasi lemak Pak Man ni tutup pulak!

Terus saya ke gerai buah buahan dihadapan. Ada dua gerai, yang mana menjadi pilihan ni?

"Ya abang, bang nak buah pisang?"

" Tak, sebenarnya abang yang nak tanya ni, abang nak tolak pisang." , balas saya.

"Pisang apa yang abang nak tolak? Ada bawa?" Adik ini membalas.

"Ada, ada, pisang berangan.", saya mula 'excited' bila adik ini memberi reaksi positif.

Terus saya berlari lari anak ke  arah kereta saya.

Sebaik saya membawa masuk setandan pisang ini, adik ini terus mengajak saya masuk kebelakang gerai beliau. Beliau mahu saya menggunakan lorong belakang gerai beliau untuk transaksi yang akan datang, lebih mudah kerja, katanya.

"Abang, macam ni..... abang dah janji dengan gerai lain tak?"

Saya menggeleng....., "tidak..."

"Ok, kira jadi, lepas ni abang anta kat saya aje, jangan beri pada orang lain. Berapa tandan yang abang ada? Buah ni kira besar, abang kursus di mana dulu?"

"Kursus?" , saya membalas kebingungan.

" Ya, abang kursus tanam pisang di mana?"

Hahaha, saya ketawa dalam hati.

Akhirnya kami bertukar tukar nombor talipon, dan beliau mahu saya menghantar 5 tandan setiap minggu. Kata kata nasihat beliau berikan untuk saya praktikkan di kebun.  

Kami bersalaman dan bertanyakan nama masing masing. "Saya Fadzli," katanya. Orang Sungai Layar jugak rupanya, tetapi sudah menetap di Tikam Batu lebih 15 tahun

"Abang orang koperat ya?' soalan akhir beliau. Saya senyum aje.....

Tebu hitam yang merumpun.

Gembira bila akhirnya ada gerai yang mahukan hasil kebun saya. Sepanjang jalan mendendangkan lagu J Mizan yang berkumandang di Radio Klasik. Terus bersarapan di tengah Bandar Sungai Petani..

Sarapan pagi, siap bungkus untuk anak anak pun dah mencecah RM19.50 .

RM22.50 untuk 12.5kg pisang Berangan keempat, akan saya tabungkan bersama hasil tebu dibulan Ramadhan 1432 yang penuh kedukaaan itu 

Dah mula congak lagi, setiap minggu jual 5 tandan, purata RM10 setandan pun, dah kira lepas duit dapur seminggu, tak pun duit minyak kancil berulang alik ke pejabat 5 hari......

Latiff Hariri
1028 09022013
Sungai Petani